28 April, 2008

HardTalk RTM Lawan Raja Petra

Semalam tepat jam 8.30 saya tunggu di depan kaca TV saluran RTM1 padahal rancangan BLOG yang keudara pada tepat 8.40 mlm. (Sedikit salah mengikuti pemberitahuan oleh blog malaysia-today.net) Itulah yang dinanti-nanti oleh golongan bloggers Malaysia, iaitu blogger utama negara, Raja Petra Kamarudin (RPK) diwawancara oleh Hasshim Abu Hanifah selama 20 minit mengenai isu-isu yang panas dan pokok kepada jemaah bloggers.

Selepas beberapa minit rancangan berjalan saya terasa yang ini hebat juga cara penyusunannya kerana agak bebas dan tidak nampak berat sebelah manapun. Penemu-bual pula memainkan peranan memprovok dan mengacu soalan agak ala Steven Sackur dari BBC Hardtalk. Oklah kira bagi kita orang Malaysia dapat menyaksikan perlawanan secara langsung tanpa sekatan dan potongan, dimana seorang seperti RPK boleh menyuarakan ketidak-puasannya yang amat sangat terhadap beberapa institusi kerajaan dari hujung rambut sampai hujung telinga pun jadilah.



(Link kepada bahagian seterusnya dalam Youtube - bah II dan bah III)

Kuasa eksekutif PM, Parlimen, Kehakiman, Kepolisan dan Kesuruhanjayaan habis dibelasah RPK. 'Steven Sackur' kita pula semacam berjumpa peninju Mike Tyson mula-mula Tyson belajar masuk gelangang. Hasshim kita pula yang tergagap cunggap sedikit padahal dialah yang memakai bidak catur berwarna putih.

Cuma kali ini pihak Hardtalk kita tidak dituduh prejudis oleh RPK sepertimana Mahathir minggu lepas menuduh pihak media salah sumber. Jelas strategi Hasshim kita berdepan dengan lawan ialah jangan bagi peluru lebih. Namun RPK dapat membalas kembali dengan cara ke'raja'annya tentang beberapa soalan kuntow oleh Hasshim. Antaranya apabila ditanya apakah RTM dan Kerajaan kini tidak cukup terbuka, RPK mengacu balik, 'belum pasti lagi, tengok dulu'. Bukankah banyak 'commission' baru dibentuk untuk menyiasat kes (nota kepada yang berbahasa baku - 'commission' di sini adalah jawatankuasa penyiasat, bukannya wang komisen), RPK berkata mana bebasnya jika jawatankuasa ini melapur diri kepada PM dan bukan dilantik diluar pengaruh PM?

Hasshim ada gunakan satu strategi selamat 'rope-a-dope' Muhammad Ali (kepada berbahasa baku, rope-a-dope itu bukan tali gantung tetapi menyandar ke tali macam Muhammad Ali tu yang seolah confident padahal berselindung pukulan balas) dimana ditanya RPK manakah satu contoh negara yang boleh dijadikan teladan sebagai kerajan bersih dan baik. RPK menjawab (jika tidak silap saya kerana RPK jawab pantas) 'Sweden' yang kepada saya agak payah untuk kita diMalaysia untuk membuat perbandingan objektif kerana negara itu di Eropah, jauh dan lain pula demografi politiknya kerana tiada Cina, India dan Ibannya.

Jadi sayangnya kepada pihak RTM, Hasshim tidak menekan minyak kerana banyak cara boleh memukul balik RPK disitu. Mengapa tidak Singapura, atau Indonesia atau India yang dikatakan hebat-hebat dan lebih sewaktu dengan kita?

Cuma satu peluru simpanan sahaja yang saya rasa Hasshim 'Sackur' memilih untuk menggunakan pada hayung-hayung getir dalam Hardtalk kita ialah apakah RPK sokong sistem politik 'Anarchism'? (Bagi mereka yang berbahasa baku, anarki itu adalah pemerintahan yang tiada struktur formal atau sistem kawalan apapun malah dibiarkan rakyat bebas menentukan segala-galanya). Di sana nampak RPK terkena tumbukan menghayung jauh kerana jelas RPK berfikir lebih panjang bukan macam selama pusingan awal tanpa berfikir panjang. Memanglah semasa hardtalk-hardtalk macam ini kita tak boleh ambil masa lama sangat berfikir. Tidak ada konsep 'timeout'. Tak boleh main taktik tali kasut longgar atau tukar bulu tangkis terpatah. Perlu spontan dan seolah cukup yakin dengan jawapan sendiri.

RPK cuba menjawab bahawa adalah silap taktik pihak pemerintah senantiasa menuduh keadaan huru-hara anarkisma akan berlaku seperti Mei 13 setiap kali rakyat meminta untuk perubahan dan kebebasan bersuara. RPK merujuk kepada blognya sendiri iaitu Malaysia-Today.net yang bebas tanpa sekatan tidak membawa sebarang huru-hara kepada rakyat jelata. RPK menganggap cara pemikiran itu sebagai ala komunis.

Namun begitu saya rasa itu saja peluru yang terbaik Hasshim kerana huru-hara adalah menakutkan kepada setengah-tengah penduduk kita yang sudah berumah-tangga besar dan mempunyai rumah besar dan harta tertanam dalam negara. Tetapi bukankah keadaan negara kita sekarang separa anarki dengan harga barangan makin melambung naik?

Pendapat saya ialah rancangan RTM memang sudah telus (seperti kata RPK 'for now' tetapi 'let's see how as time goes by') dan sekali lagi syabas kepada Menteri Penerangan baru yang jenis tidak mengosok punggung,

"Mad Shabery, you memang hero! Hmm.. espisod akan datang bolehkah jemput kita? Tak perlu sogok kan? kan?".

Yang saya risau lebih sekarang ialah isu kenaikan harga barangan tidak dapat diselesai oleh sekeras-keras cakap mana, kerana ia merupakan krisis peringkat global - yang saya percaya adalah lebih angkara golongan elitis Illuminati Dajjal yang mempermainkan sistem ekonomi dunia supaya biar kita semuanya makin terhutang lumpuh kepada sistem inflasi wang kertas dalam genggaman mereka..

Namun sebagai muslim wa mukmin kita harus insaf yang Allah Maha Segalanya di dalam genggamanNya dan pasti ini adalah ujian-ujian terkakhirnya apakah kita manusia memaut kepada makanan atau ArRazaq pada akhir zaman ini.

5 comments:

Ellyasak said...

RTM now open... my foot. What openess you're taling about? "Terbuka" untuk 20 minit tetapi "Tertutup' rapat untuk 23 jam 40 minit...

Rancangan Rentak Juara malam tu jer ambil masa 1jam 30 minit...

Redhuan D. Oon said...

U really got a point there bro. But to be fair 20 mins of prime time TV channel 1 is worth many times more than 2 hrs lalala time elsewhere. And also u cannot count the 11pm - 7am slot. If RPK came out at 3am, then we can curse and swear at our alarm clocks.

Ellyasak said...

Although the program was aired during prime time, it's still too short of time... Just like a "hit and run" … Trying to push everything/issues into to the audience’s throat and expect them to chew everything, and bear in mind that half of RTM1 audiences are from the rural areas – (no offence) mau tercekik atau terbelahak dibuatnya.

Over-flowing your audience with information or issues that they hardly understand and in short of time, can be bad and back-fired to the guest speaker him/herself. If they are not careful, they can be looked as the bad boys/culprits trying to condemn everything what the government trying to do.

As for city folks, I don't think we have that problem understanding the issues coz we can get more or additional information from other sources.

I tend to agree what RPK said last night -- the program is just a cosmetic works. Just to show/prove to public that the government is open (or rather moving towards it). If Ahmad Shabery or the government is really sincere, sufficient air time should be given to oppositions or NGOs to express their thought.

p/s – Masih ingat rancangan Panorama yang pernah tersiar di RTM sekitar tahun 80-an. Diberhentikan siarannya kerana bersifat terlalu menghentam program/dasar kerajaan.

Redhuan D. Oon said...

Yes, i didnt think about that - the fact that most rural non online kinda viewers may still feel strange to RPK's story and his vision of freedom. They may think him to be a commie.

Pray this BLOG slot does not suffer the same fate as that of Panorama.

Noone said...

Assalamualaikum,

Harap kita dilindungi dari niat jahat yahudi. Semoga pemimpin2 kita mempunyai rancangan untuk mengatasi kenaikan harga barang. pada pendapat saya rakyat amerika sudah lumpuh dan bersedia untuk dijadikan hamba mereka bila2 masa saja dengan hutang yang menimbun. jaga diri kita, keluarga dan jiran2 terdekat. salam