Salah seorang daripada mereka, iaitu Jacqueline (kiri memakai baju putih) dapat menerangkan kepada saya faedah mengenai dinar yang ada nilai berbanding dengan wang kertas yang tidak ada nilai yang disandarkan. Pelajar tahun kedua itu dalam aliran Business & Law, Multimedia University, Melaka, melihat kelas Islamic Finance yang didudukinya bagi semester ini amat menarik kerana dia dapat mengenal jenis pembankan yang diamalkan oleh bank islam
Namun pensyarahnya telah mengajar mereka tentang bahayanya apabila masih bersandarkan sistem wang kertas yang sudah ditarik keluar dari perjanjian Bretton Woods pada tahun 1971 oleh Amerika Syarikat kerana telah mencetak terlalu banyak kertas kosong yang tidak boleh ditebus dengan emas lagi. Maka dunia tertipu dengan memegang terlalu banyak kertas dollar dan AS pula dapat memegang segala komoditi dunia terutamanya minyak dari Timur Tengah.
Saya terus berbual dengan amoi dari Kuala Terengganu ini mengenai pandangannya tentang bagaimana dia memilih jurusan itu serta rancangan kerjayanya.
Apabila saya mengajaknya dan rakan-rakannya untuk menulis tentang pandangan mereka tentang banyak perkara semasa, mereka pula amat bersemangat untuk menyumbang nanti
Pameran yang mereka siapkan cukup lengkap sehingga meliputi kegunaan duit emas oleh Tanah Besar Cina dan Tanah Melayu zaman silam.
1 comment:
diorang ada cerita pasal konspirasi fed, memperbanyakkan emas di pasaran , supaya harga emas rendah?
Post a Comment