19 April, 2008

Akhbar Bebas Dan Lucah

Pada tahun 2001, semasa saya dalam musafir perjalanan bas dari Medan ke Jakarta, yang menelan masa berhari-hari perjalanan, saya dapat menyaksikan hasil pasca reformasi di sepanjang jalan.

Bas yang dinaiki amat moden kepunyaan pengusaha Cina (seperti biasa), tetapi jalannya, amat repot dan rosak. Ada lubang sebesar kereta Proton Perdana, dan ramai penduduk sepanjang jalan hanya berdiri ditepinya kerana mahu bas kami tersekat lalu memberi mereka sedikit ongkos untuk mereka bantu tolak atau letak batu penahan supaya bas tidak terbalik.

Maka pemandu bas sering menghulur 2 ribu rupiah atau lebih kepada penduduk kampung sepanjang jalan, kerana kerepotan adalah hampir setiap setengah kilometer. Perjalanan kita memang dari petang ke pagi ke petang balik baru sampai. Itupun sampai ke Pekan Baru sahaja kerana singgah bermalam di rumah kontek kepada kontek.

Saya pun berbual dengan kontek,
"Saya tabik anda semua, hidup begitu sabar dengan keadaan macet, repot dan senantiasa kena hulur".

Jawapan yang diberi kepada saya, "Sebelum reformasi, semasa zaman Suharto tidak ada sedemikian, pak! Dulu Suharto seorang sapu tetapi jalan elok kerana kroninya sudah efisien rangkaiannya untuk buat kerja. Gambang saja. Sekarang ada sejuta Suharto! Entah siapa yang ambil uang semua itu. Uang sudah ambil, tetapi kerja tidak buat."

Semasa bersinggah di kawasan rehat dan rawat saya perhati rak gerai buku penuh dengan majalah yang lebih terdedah dari yang ada di tanah-air. Lalu saya bertanya lagi ke kontek,
"Waduh! Apakah begini majalah panas boleh di Indonesia? Di Malaysia pasti sudah kena tarik KDNnya".

Kontek, "Tidak Pak! Dulu tiada kebebasan akhbar. Tidak boleh buka sini sana. Sekarang sudah demokrasi penuh."

Saya teringat semasa Majalah Playboy ingin buka cawangan di sana ramai yang protes lalu pengurusan majalah tersebut memberi jaminan tidak akan siar wanita yang bugil seratus peratus sepertimana yang diamalkan di Barat. Ia akan siar dengan pakaian yang sopan dan tidak menjatuhkan maruah wanita.

Maka keluaran mereka yang awal saya copy/paste di atas. Masih agak sopan.

Yang terbaru di sebelah kanan ini sudah mula menghilangkan kesopanan tersebut. Sudah mula terdedah dan pasti akan lebih laris jualannya.
Entah apa yang akan lebih terdedah dalam keluaran seterusnya sedikit masa lagi. Tidak beranilah saya hendak mencopy/paste yang kemudiannya.

Dahulunya di Malaysia gejala mendedah sikit-sikit adalah amat popular. Itu semua sebagai taktik pelaris jualan kerana ingin bukan keuntungan tetapi mengelak dari kerugian kerana kos cetak adalah tinggi dan pembaca tidak seramai Indonesia. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia kurang membaca bahan yang bersifat intelek. Mereka suka gosip mengumpat atau dedah.

Kini di Malaysia agak terkawal bahan yang tidak sopan di rak-rak kedai buku dan majalah. Payah jumpa yang sedemikian dan piawaian kelucahan adalah jinak dan rendah. Inilah dilema kebebasan akhbar. Semua disekat, tidak boleh cetak dengan sewenang-wenangnya. Maka taktik penerbit mengunakan insuanasi seks. Berita panas disiarkan secara tidak bergambar nyata tetapi secara hiasan. Kelucahan lebih dimainkan dalam bentuk kata-kata dan tulisan. Akhirnya kegilaan seks tidak normal timbul kerana nafsu kehendakan seks dan seks itu dipermainkan di dalam minda dan bukan di depan mata. Lebih besar impak psikologi kepada masyarakat.

Dengan adanya camera phone dan youtube semua jenis kelucahan buatan sendiri mampu dilepaskan ke dalam alam maya yang lebih alternatif daripada media perdana. Dulunya budak nakal lukis gambar lucah dibelakang pintu jamban. Kini mereka dapat melepaskan keinginan berkarya secara kreatif mereka ke atas papan digital.

Apabila saya berbual dengan beberapa chatters dan bertanya mereka apakah mereka menonton kelucahan dalam internet, ada yang sanggup mengaku lalu mempertahankan diri bahawa itu tidaklah haram kerana mereka bukan menonton yang nyata, tetapi komposi gambarnya sahaja.

Para ulamak kita kini bukan saja perlu tahu tentang soal DNA tetapi soal graphics pula. Yang saya risau ialah soal kenegaraan berkhalifah yang mengamalkan Amal MadinahAl-Munawarah yang bercahaya dan tidak kegegelapan hidup masih belum selesai. Kelucahan yang lebih teruk berlaku dalam pejabat bank dimana sistemnya yang haram sudah ditampal dengan label "Islamik" sehingga bank yang asalnya haram sudah bertanda halal, Dow Jones pun sudah halal, duit kertas cetakan ceti yahudi England sudah halal, pelacur pun sudah halal.
Yang menjahanamkan bumi Indonesia sedikit masa dahulu bukan hasil kerja IMF, tetapi dalang-dalang dibelakang institusi kewangan terdasyat itu. Malaysia terselamat kerana kepandaian dan kecekapan mantan PM kita mengesan dalang tersebut serta kaedah operasi mereka. Alhamdulilah! (Saya puji Allah bukan mantan PM kita. Tetapi menurut syariat kita berbillion terima kasih kepadanya.)

Sistem ekonomi yang penuh riba dilingkari wang kertas amat merepotkan dengan strategi inflasi dan kenaikan harga barang sehingga manusia jatuh miskin dan teruknya dinegara jiran sehingga keluarga terpaksa membenarkan anak gadis mereka dilacurkan demi untuk mengisi perut ahli keluarga yang lain.

Pejabat Agama seharusnya tangkap ahli bank dan pencetak wang, bukannya pelacur yang tidak berdosa. Islam tidak zalim. Yang zalim adalah penzalim yang zalim lagi menzalimkan. Yang paling zalim ialah mereka yang berjubah dan berserban tetapi membiarkan mangsa sistem ekonomi riba wa halal mereka, yakni gadis-gadis yang belum akil baligh mengharapkan pembelaan dari penjenayah seks yang memberi pampasan dengan harga yang murah dan tidak sekali-kali mencukupi untuk melepaskan diri. Kini ada yang tidak membayar sesen pun lalu culik dengan percuma.

5 comments:

Letting the time pass me by said...

Nie sudah promosi nie bro. Sampai letak cover Playboy versi Indon....

jangan sampai hilang integriti sudahla bro....

Wampyere 666 said...

The more control there is; higher the urge becomes (this is a natural instinct) - so to control, a good idea?

The issue of morality should be instilled, not imposed.

TRALAYAN said...

Assalamualaikum.

"Pejabat Agama seharusnya tangkap ahli bank dan pencetak wang, bukannya pelacur yang tidak berdosa".

Ini betul ke atau tersalah taip. Yang berdosa kita kena kata berdosa, walaupun kita nak bela. Betul la keadaan dan keperitan hidup membuatkan seseorang kena ambil tindakan yang luar biasa, tetapi kalau tindakan yang diambil tu jalan dosa, kita kena kata dosa. Salah pilih jalan la ni. Bukannya tak boleh buat kerja lain, tetapi melacur ni agaknya lebih mudah dan senang. Tak banyak mana la berpeluhnya!

Kamal said...

..getting more sexciting bro!..but BERTANGGUNGJAWAB!
..anyway, bab 'banking system' yang popular hari ini mungkin itu sahaja satu sistem ke"wang"an yang majoriti, malahan mungkin 99.99%,dari kalangan kita manusia tahu...jadi mereka "islamic" kan benda itu....dan ramai kita hampir terima atau lebih tepat terpaksa terima...kan kita suka label...macam ada restoren yang tulis PORK FREE pun ada orang saya "nampak macam" orang yang menganut Agama Islam patronise!

Bimbang sungguh membimbangkan!

Tapi apa yang perlu kita lakukan ya?

Redhuan D. Oon said...

T.k. atas komen ikhlas dan menegur. Soalnya begitu mudah saya dapat research cover playboy indon itu dengan sekadar google je. Saya tengah terlayang fikiran ke waktu saya musafir di sana dan menceritakan apa yang saya buat dan nampak. Ada yang lagi sensasi (tapi normal) seperti sampai2 je kat Medan, seorang budak lelaki muda terus tawarkan saya cewek. Saya pun tanya dia mana masjid. Lalu selepas solat di masjid (dan cukup pelik kerana terjumpa seorang gentleman tempatan yang kata iu pun pertama kali dia solat di masjid itu. Namanya Firdaus dan nama saya Redhuan (Jannah dan penjaganya!))

Apabila keluar masjid budak tu masih sana, dan saya belanja dia makan, lalu beri sedikit nasihat kat dia tentang rezeki Allah (seperti yang Tralayan cakap) bahawa tidak perlu buat yang lain yang jahat untuk hidup). Lalu budak u offer saya cewek yang salihah pulak untuk buat bini!!

But the point here is (tentang pejabat agama) dalam zaman khalafur rasidin, orang yang mencuri itu tidak dihukum tetapi majikannya dihukum sekiranya majikan yang menzaliminya sehingga keadaan begitu. Anyway, ini cuma cuitan saya yang separuh fras dan geram dengan kezaliman pembankan riba. Harap dimaafkan, saya akan lebih bertanggungjawab sepertimana yang saya sudah taken oath of :-)

red1