Yang berikutnya adalah video mengenai satu forum politik oleh MYKMU.NET yang berlaku hari ini di salah sebuah hotel yang diambil bahagian oleh Tun Dr. Mahathir. Oleh kerana ia amat menarik dan melibatkan soal masa depan politik dan negara kita saya letakkan sambungan youtubenya di sini. Selepas itu saya nak bagi analisa sedikit:
Jelas sekali TDM amat bijak berpidato dan mengelakkan soalan yang ditanya oleh seorang wanita mengenai siapa sebenarnya yang menjadi punca budaya burung kakaktua dalam Umno. Dr. M nampaknya tidak mengaku soal tanggungjawabnya semasa beliau PM dahulu atau menjelaskan cara nak mengkikis budaya tersebut. TDM memang seorang political animal. Tau survive. Yang penting kepada kami sepatutnya ialah jawapan, bukan kritikan dan sorakan. Saya akan lebih kagumi TDM sekiranya beliau dapat menunjuk jalan keluar dari kelemut hari ini yang dasyat melanda Umno.
Jawapan saya untuk soalan tersebut ialah, "Kita harus mendidik dan mencari pemimpin baru yang diuji dimana sekiranya gagal ujian, hendaklah ditegur dengan cepat, sepertimana cara Imam solat ditegur atau diganti apabila batal solatnya".
1 comment:
Salam Sdr Riduan,
Jelas sekali sdr amat mengkagumi mantan PM Malaysia, Tun Mahathir sehingga meletak tajuk entri ini "DR Mahathir-Makhluk Politik Handalan".
Tidak dijelas secara nyata, mengapa harus Tun Mahathir dikagumi. Kita tak boleh mengkagumi seseorang itu berdasarkan kebijaksanaan berpidato semata-mata atau berjaya mengelak dari menjawab soalan yang dikemukakan.
Apapun saya bersetuju apabila sdr menyatakan bahawa Tun Mahathir seorang 'political animal' yang boleh 'survive' dalam persekitaran yang menekan. Semakin kuat, beliau ditekan, beliau akan muncul sebagai pemenang , sesuai dengan falsafah politik kebinatangan iaitu 'the ends justify the means'.
Falsafah ini akan tinggal akan menjadi gendang kosong sekiranya tidak boleh dijelmakan ke dunia realiti seandainya penganutnya tidak punya kekuatan berfikir yang 'structured'dan 'tricky'. Dan Tun Mahathir mempunyai kompentensi berfikir secara yang sedemikian.
Kepetahan berpidato dan menepis soalan, adalah salah satu ciri-ciri pemimpin yang berkarisma. Dan Tun Mahathir memiliki ciri ini. Oleh kerana itu dia berjaya mencetuskan rasa sayang dan rasa yakin sebahagian besar rakyat terhadap kepimpinan beliau sejak dulu sehingga sekarang.
Dengan mengunakan daya fikir yang hebat dan didokong oleh unsur karismatik , dia telah memaku otak pemimpin dan ahli UMNO serta BN, supaya menjadi burung kakak tua. Maka penternak agung 'burung kakak tua' adalah beliau sendiri.
Salah satu sisi gelap orang yang mempunyai ciri-ciri sebegini, ialah kecenderungannya untuk menjadi diktator. Tun Mahathir tidak terkecuali, walaupun pada waktu yang tertentu, terutama semasa political crisis,menjadi diktator mungkin satu keperluan yang tidak dapat dielakkan.
Dan orang yang berciri sedemikian, akan mendapat sambutan terutama dalam keadaan kepimpinan negara sekarang berada ditangan orang yang lembab cara berfikirnya dan bercelaru falsafahnya.
Dalam suasana politik yang serba kalut dan berserabut ini, Tun Mahathir akan lebih segar menikmati 'time of crisis'.
Percayalah, sekiranya Tun Mahathir mendapat sokongan, beliau akan berjaya membawa UMNO keluar dari kemelut yang sedang melanda dengan cara yang dianggap terlalu kejam oleh seterunya!
Soalnya, berapa ramaikah yang akan berdiri teguh di belakangnya untuk melakukan beberapa siri 'kekejaman' demi menyelamatkan UMNO!?
Suka saya tegaskan,kemelut UMNO akan menjadi fenomena sementara kalau Tun Mahathir bangun dengan sokongan ramai ahli UMNO untuk melakukan beberapa siri 'kekejaman' terutama yang melibatkan PM dan menantunya!
Sekiranya Tun Mahathir berjaya maka tajuk entri sdr terbukti sebagai sah dan relevan.
Post a Comment