Rasa bersalah pulak bila menyatakan bahawa tiada pemimpin bertaraf 'Obama' di Malaysia melainkan dua itu sahaja. Memang saya ada senarai pimpinan favorite saya yang saya kenal tetapi saya anggap mereka masih tidak setaraf kualiti dua tersebut iaitu Mahathir dan Anwar. Bukan puji atau nak jack tetapi in adalah satu perbualan yang saya sempat ada dengan Imam II Masjid Negara (10 tahun dulu) iaitu Ustaz Firdaus yang bagi tahu tentang ketandusan kepimpinan sebenar di tanahair kita tercinta ini. Ustaz bagi tahu kami kat surau Institut Latihan Pos di Bangi waktu itu bahawa alam Melayu ada dua sahaja tokoh kelas A ini.
Dengan itu saya mulakan tajuk reverse balik ke Bab 1c untuk menyebut beberapa nama yang saya anggap sebagai pemimpin yang sesuai dan amat diminati oleh saya. Sekali lagi ini adalah senarai peribadi saya dan bukanlah saya ingin menjaja nama mereka merata.
1) Ashaari Muhammad - yakni Abuya Darul Arqam yang telah diharamkan kerajaan zaman Mahathir-Anwar. (!!). Beliau merupakan seorang yang cukup hebat kerana yang berikut.
a) Saya pernah tanya tentang beliau daripada penentang beliau! (Nak tahu buruk orang tanyalah dari 'musuh'. Tetapi terkejutnya saya apabila 2 ahli arqam yang telah dibuang atau menentang kumpulan Arqam masih cakap perkara yang baik tentang Ashaari. Yang pertama iaitu Mashudi memberitahu saya bahawa Ashaari adalah orang yang paling mengamalkan sunnah dan amalan yang beliau menyatakan. Beliaulah paling lemah lembut dan bersantun dalam perbicaraan dengan orang lain serta paling aktif berdakwah dan menarik tokoh-tokoh lain untuk bersama dalam perjuangan perkara-perkara fardhu kifayah seperti mee halal, kicap halal, dan doktor sakit puan halal.
Yang kedua adalah Mohd Nasib yang juga menyokong pendapat bahawa Ashaarilah yang paling menghormati tetamu dan melayani orang dengan penuh kasih sayang.
b) Satu hari saya menziarahi Ashaari secara peribadi kerana ingin lihat cara beliau beramal. Daripada pintu masuk rumahnya di Rawang dekat 5 tahun dulu saya pun menyaksikan tingkah-laku beliau menyambut tetamu. Asshaari telah berdiri siap menunggu diruang tamu padahal kami rombongan kecil belum lagi sampai dekat pintu masuk rumahnya. Setibanya ke dalam beliau terus ajak saya duduk disebelahnya. Kemudiannya kami dijamu dengan hidangan yang meliputi sepenuh meja yang ada di ruang tamu. Ashaar pun berterima kasih kerana menziarahinya kerana beliau sifatkan sebagai pembawa rezeki kepadanya. Saya bagi Abuya ni 99% markah. Satu markah saya tolak kerana beliau tidak pandai mentadbir politik sehingga hancur kegemilangan Al-Arqam yang sepatutnya sudah menjadi gergasi dunia hari ini.
2) Fadhil Nor, semasa saya mengenal arwah dalam PAS cukup rendah diri dan melayani tetamu. Waktu pertama kali bertemu arwah semasa ceramah perdana saya dalam PAS dipilihanraya kecil Padang Terap 1985 dahulu, arwah memperkenalkan saya dengan bahasa yang tertib serta meningati saya macam memori fotografi.
3) Nik Abdul Aziz. Kepada saya Menteri Besar Kelantan hari ni semasa saya kenal beliau dalam PAS adalah lain sikit dari yang lain. Beliau ini straightforward dan tidaklah minat nak bodek kita. Jika Fadhil Nor akan cepat-cepat keluarkan wangnya untuk bayar, Nik Abdul Aziz akan tunggu bagi anda peluang membayar! Saya anggap itu jujur. Nak tahu apa yang saya maksudkan kenalah duduk dengan beliau kat kedai kopi.
4) Tengku Razaleigh. Tengku atau Ku Li adalah cukup istimewa akhlaknya. Satu hari kami dari Harakah pergi ke rumah Tengku di Jalan Langgak Golf di Ampang untuk berbuka puasa bersama beliau. Saya agak kurang ikut kesusilaan majlis kerana pergi tanpa tukar pakaian ke baju Melayu dan setiausaha Tengku menegur saya diruang legar mengapa. Kawan-kawan saya pun defend saya dengan menjawab bagi pihak saya bahawa saya bukanlah Melayu tetapi orang Cina. Itu merupakan gurauan sahaja tetapi setiausaha tersebut terima sahaja alasan kami. Lepas itu Ku Li datang menjengok kami sebelum waktu berbuka dan kami pula sudah menguasi semua tempat duduk dan tidak pula menawarkan kepada Ku Li tempat kerana maklumlah kami ini semuanya letih berpuasa. Ku Li dengan selamba terus berdiri di situ dan mula berbual dengan kita dengan cara yang lemah lembut dan tertib bahasanya.
Yang saya kira penting bagi seseorang pemimpin adalah akhlaknya ketika melayani orang lain tidak kira siapa orang itu. Itu yang akan saya perhati apabila saya berjumpa dengan seseoran pemimpin. Ada yang kurang cermat dari segi itu atau membiarkan mereka dikelilingi dengan pengiring-pengiring yang kurang melayani tetamu, dan maka akan memberikan gambaran yang buruk kepada pemimpin mereka itu.
6 comments:
Salam Redhuan,
Teman bekas pengikut Darul Arqam.
Ustaz Ashaari Muhammad secara lahiriah , boleh dikatakan seorang yang begitu indah personalitinya dan berkarismatik.
Tapi memberi dia markah 99% amatlah tidak wajar. Tidak boleh diterima oleh akal, kegagalan mentakbir Jemaah sehingga hancur (kerana diharamkan) hanya 1% sahaja yg ditolak. Ianya tidak memadai. Persoalan kepimpinan adalah soal pokok dalam mana-mana organisasi. Jatuh dan bangun sesabuah organisasi bergantung kepada mutu kepimpinanan.
Sepatutnya, sdr menolak sehingga lebih dari 50% dari keseluruhan markah 100 %.
Bear in mind Leadership makes difference.
Salam
Yaa Sheikh bekas al-arqam,
Yang ana tolak satu markah tuu kerana menghormati puak-puak macam ante nii. Mana tau, masih ada kefanatikan ante kepada bekas tok guru ante tuu.
Ana takutlaah, jika ana tolak lebih sangat markah tuu nanti ana dikecam lagi sebagai melakukan pembunuhan character terhadap seseorang yang mungkin dianggap masih lagi suci oleh ramai lagi pengikut setianya, yang ramai saya kenal dan amat menghormati.
Lebih-lebih lagi, sptmn saya selalu maklumkan, saya ni mualaf cina, tak layaklah saya memandai sangat. Cukuplah potong satu markah simbolik tu je. Semoga-moga diterima baik dan positif mesej tersirat yang saya percaya puak-puak kita pandai menafsir.
Dengan meletakkan Abuya sebagai pemimpin yang paling datang ke minda saya bukanlah main-main atau sengaja, tetapi memang ikhlas.
Wallahu aklam!
red1
Salam,
Pernahkah anta dengar seorang sheikh Teluk Intan menjadi bebal kerana bersikap fanatik kepada seorang pemimpin? Dia tak pernah fanatik terhadap mana-mana tokoh, melainkan kepada seorang insan yang paling agung, iaitu Muhammad Rasulullah S.A.W.
Selain dari baginda , ada kekurangannya.
Tidak timbul 'character assination' kerana dalam kes ustaz Ashaari beliau telah membunuh karektornya dengan tangannya sendiri.
Mungkin saudara ikhlas, tetapi tolonglah menilai ketokohan Ustaz Ashaari secara lebih objektif dan jangan kerana hendak menjaga hati pengikutnya yang masih 'mensucikan' beliau.
Atau mungkin ana gagal melihat ustaz Ashaari mengikut sudut pandang(perspective) anta.
Kalau begitu maaf sahajalah kerana barometer kita tak sama
korang ni bodohlah..dah jelas ashaari dan al-arqam tu sesat lagi menyesatkan. nak buat apa puji lagi..
pemimpin yang bagus nik aziz.
al-arqam ni manusia bertopengkan syaitan!!!!
Bendahara,
Fatwa sesat itu datang dari pihak lain. Kita hendaklah berjumpa orang tu dulu baru nak menghukum, samada fatwa tersebut politically motivated ke tidak. Terpulang kepada dirinya depan Tuhannya nanti.
Yang kita ni akan disoal apa kita buat. Saya cuma nak menilai kebaikan darinya iaitu kejayaannya memimpin secara solo mula-mua sehingga dapat membina sebuah kerajaan dalam atau lebih tepat lagi di luar kerajaan, iaitu berpengkalan di Haadyai, Thailand dan Amman, Jordan. Beliau berjaya dari segi dapat mengumpul 10,000 ahli pengikut dan RM100 juta aset. Dengan cara berkakhlak dan bukan pakai jin. Lepas itu antara keahliannya orang yang baik-baik belaka. Lepas itu kerajaan menjatuhkannya atas alasan dia sesat. Saya rasa di bawah kerajaan PR nanti diadakan satu jawatankuasa siasatan tentang apakah betul pengharaman ke atas Arqam tu sah ke tidak.
Yaaa Sheikh Teluk Intan,
Tolong bagi bukti dimana Abuya membunuh karektornya sendiri. Setelah memberi bukti dan terbukti bukti itu baru ana akan terima pendapat ante itu.
red1
saya bersetuju dgn pandangan saudara redhuan bahawa salah satu ciri2 kepimpinan yg baik adalah bagaimana seseorang itu melayan orang yg lain dgn penuh hormat. Pada pilihanraya yg lepas saya berpeluang bekerja dgn calon2 yb umno kerana saya telah ditugaskan utk vet borang pencalonan mereka. saya dapati kebanyakan mereka walaupun sangat mesra dgn saya (mungkin kerana tugas saya ketika itu) namun saya dapati kebanyakan mereka agak angkuh, tidak menghormati org lain dan suka bercakap berdegar-degar seolah2 dunia ini mereka yg punya!!!
Post a Comment