03 April, 2008

Anwar Yang Saya Kenal

Adalah lebih baik cerita dari pengalaman sendiri bagaimana saya berkenalan dengan seseorang tokoh kontroversil dan bukan copy/paste dari cerita orang lain. Takut nanti mahkamah akan menuduh saya atas kesalahan hearsay.

Selepas saya memeluk Islam di Melaka pada Januari, 1980, saya telah meninggalkan pengajian formal dan mencari pendidikan Islamik sehingga akhirnya agak sebulan kemudian saya sampai ke Insititut Dakwah Perkim (IDP), Jalan Universiti, Petaling Jaya yang berhadapan dengan Hospital Universiti (UH). Di IDP saya dapat belajar Islam dari peringkat Sanawi yang merangkumi bab-bab fardhu-ain serta pembacaan tajwid Al-Quran. Seronok juga kerana ia adalah berasrama penuh dan elaun perbelanjaan diberikan. Kawan-kawan sekelas terdiri dari pelbagai kaum dari seluruh dunia yakni Iban, Kadazan, British, Jepun, Korea, Kemboja, Cina dan India. Waktu malam selepas solat Isyak berjemaah kami sering seberang ke kantin UH dan biasa ternampak Dr. Wan Azizah bertugas di sana. Kemudiannya beliau mendirikan rumah tangga dengan Sdr Anwar Ibrahim (kini Datuk Seri AI).

Satu malam terdapat program ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia yang dipimpin oleh Sdr Anwar waktu itu) dekat IDP iaitu di Dewan Al-Malik Faisal, Universiti Malaya (UM) untuk meraikan Hari Palestin. Wakil PLO dijemput berucap di sana. Kami pergi dan seronok mendengar kerana terdapat sedikit perdebatan dari hadirin kepada wakil PLO tersebut. Ada yang menyuarakan tidak puas hati dengan Yasser Arafat pemimpin PLO yang dikatakan berkawan dengan Soviet Union padahal USSR bunuh ramai umat Islam di bumi Afghanistan. Ada yang menyuarakan kebimbangan (jika tak silap saya oleh Sdr Khalid Samad) yang perjuangan PLO lebih kepada fahaman nasionalis yang tidak islamik. Ada yang turut bertanya terus kepada Sdr. Anwar,
"Saudara, apakah kita asyik kutuk, kutuk dan kutuk sahaja? Apakah tindakan kita selepas ini?"

Sdr Anwar pun berbincang sedikit dengan wakil PLO tersebut lalu menjawab balas, "Saya sudah dapat persetujuan tadi dari wakil PLO bahawa mereka akan menerima pejuang dari Malaysia untuk pergi ke bumi Palestin untuk perangggg!!" Jelas tergamam kawan yang bertanya tadi.

Pada keesokan harinya saya pun merancang untuk mengunjungi pejabat ABIM yang juga tapak Yayasan Anda Akademik (YAA) kerana ingin menyahut panggilan jihad ke medan perang. Rasional saya ialah saya tidak minat berjuang dibumi Palestin yang mungkin nasionalis. Saya mahu berjuang di bumi Afghanistan. Tetapi kerana tiada tawaran ke sana tetapi Sdr Anwar telah menawar ke Palestin pula, saya sangka bagaimana kalau saya pergi masuk menerusi Palestin?

Saya mula mengajak sahabat yang ada di IDP untuk turut bersama ke medan jihad. Pada mulanya beberapa kawan kata bersetuju dan bersama dengan saya. Kemudian mereka kata mereka di belakang saya. Apabila tiba untuk saya menaiki bas dari Jalan Universiti menuju ke Jalan Pantai Baru, pejabat Anwar, tiada seorang pun yang berada disampain maupun belakang saya.

Setibanya di pejabat Anwar, saya terjumpa Kamarudin Mat Nor (kini Dato' KMN) yang bermeja depan dari ruang lagi satu dalam pejabat. Keadaan suasana waktu itu agak sederhana, bukan macam ofis sekarang. Namun ruang pejabat Anwar agak sempit tetapi berkaca dan kelihatan beliau di dalam bersama seorang tetamu. KMN tidak bertanya saya pun apa tujuan saya tetapi terus ajak saya masuk terus ke bilik pejabat dalam pejabat itu. Saya memberi salam di pintu Sdr Anwar dan beliau terus ajak saya masuk duduk padahal tetamunya masih ada dan beliau tidak langsung pernah berjumpa dengan saya. Tetamu itu pulak adalah Fadhullah Wilmont iaitu ayah kepada Wardina (yang masa itu baru berumur 2 tahun).

Saya cuba mengajukan hasrat rancangan saya secara mudah dan ringkas, "Abang Anwar. Saya Redhuan yang malam itu terdengar pelawaan Abang tentang peluang pergi berjuang di bumi Palestin. Saya dan beberapa rakan saya (dengan menoleh tangan ke belakang menandakan jauh ke Jalan Universiti sana) berminatlah..."

Anwar pandang saya tersenyum dan bertanya umur saya. Saya menjawab '19'. Beliau pun bertanya apakah saya sudah tamat pengajian tinggi. Saya menjawab yang saya sudah berhenti dan tidak berminat terus lagi. Anwar pula menawarkan yang Yayasan Anda boleh membiayai pelajaran saya. Saya menolak kerana menganggap semua pengajian itu bersifat duniawi dan ingin pengajian bersifat ukhrawi. Fadhullah Wilmont pulak masuk menyampuk,
"But Saidina Umar said we must learn about kuffar to fight the kuffar".

Saya tak berapa melayan ungkapan Fadhullah. Saya terus menunggu jawapan Anwar. Dia dengan pantas menjawab, "Kita ada pelbagai sukarelewan dari bekas komando, askar dan orang ramai yang lain. Tetapi PLO cukup kaya dan lengkap segala-galanya. Tidak perlu fizikal dari kami, cuma sokongan moral".

Saya terus hilang harapan di situ. Tetapi Anwar dengan pantas lagi menyambung, "Brother, stay here in Malaysia. We have a bigger war here! (Kita ada perang yang lagi besarrrr di sini!)".

Saya pun meninggalkan pejabat ABIM dengan perasaan bercampur-campur. Kerana dari satu segi saya hampa tidak dapat pergi ke medan shahid, tetapi dari satu segi saya berkenalan dengan seorang yang cukup karismatik.

Satu hari saya pada awal tahun 1981 saya pun bosan dengan pendidikan sanawi di IDP lalu datang ke pejabat Anwar memohon kerja di Yayasan Anda Akademik. Saya menunjuk kepadanya Sijil MCE saya (SPM la). Beliau perhati sijil saya lalu dengan pantas angkat telefon. "Nahar Akhbar Khan, I got an english teacher for you!" (Nahar lama kemudiannya menjadi pengarah drama tv dan wayang).

Anwar pun beritahu saya, "That is evening class in Kpg Baru branch. Pagi pulak u come here to help me with writing my foreign correspondence. I need your A1 in English".

Saya pun dibawa Anwar sekililing pejabatnya dari Kamarudin Md Nor, ke Kamarudin Jaafar, ke Abbas (yang lama kemudiannya menjadi dekan matrikulasi UIA) ke Nasarudin Jalil (yang tak silap saya kemudiannya jadi jutawan)(Ini semua zaman Anwar dalam Umno kemudian).

Yang istimewa ialah cara Anwar perkenal saya, "Jaga-jaga sikit dia ini. A1 in English. Kombinasi Abdul Qadir AS-Sufi dan Suara Islam!" (Anwar merujuk kepada dua kumpulan Islam yang saya turut mengikuti waktu itu).

Saya gembira mendapat kerjaya hidup saya yang pertama ia itu sebagai seorang tutor merangkap penjawab surat-menyurat Anwar. Sebelah petang saya pergi mengunjung Nahar untuk melapurkan diri. Yang lucunya Nahar pun berbisik kat saya, "I didnt even ask for an english teacher. Apalah tu Anwar, pandai-pandai je angkat orang kerja dengan senang je". Baru saya tahu bahawa Anwar terus dengan kilat mencipta kerja untuk saya tanpa berfikir lebih lanjut.

Saya mula kagum dengan Anwar. Di pejabatnya saya perhati bagaimana beliau bercakap dalam telefon,
"Apa habak pak menakan?! Apa habak mak menakan?! Apa habak anak menakan?! And how is your son overseas?" Beliau cukup mencairkan pemanggil yang duduk di hujung talian telefon.

Cara Anwar berjabat tangan dengan kawan lain dari yang lain. Orang angkat tangan sekadar ke paras perut, Anwar angkat tangan dari kepala turun. Jika anda berjanggut Anwar akan mengusapnya. Jika anda bawa anak kecil Anwar akan mengusap manja kepala anak itu. Cukup personal.

Satu hari saya telah selesasi mengarang surat balas Anwar ke luar negara yang berbahasa Inggeris. Cara saya menjawab surat tersebut ialah dengan mengambil ulasan dan jawapan ringkas dari Anwar dan saya akan menyempurnakan seluruh kandungan surat - bagi heading dan ending. Cara nak bagi itu saya perhati dari surat-surat yang mendatang. Jika surat itu bermula dengan, "May you find this letter in the best of Iman and Islam", saya akan tulis balik dengan jawapan "May you also find this letter in the best of Iman and Islam". Copy and paste punya teknik. Selepas itu baru saya memasukkan one liner atau jawapan ringkas Anwar, saya tulis dengan tertib dan penuh ayatnya di hujung dan dipangkal.

Anwar apabila mahu approve surat yang saya sudah karang akan ambil pen dan potong pulak ayat muqadimah yang saya susah payah tiru dari surat lain. Dia potong ayat, "May you find this letter ... " dan ganti dengan tulisan lain, lalu pandang saya lalu berkata, "Do not follow others".

Satu hari semasa mengajar di YAA di Kpg Baru saya didatangi satu berita gempar dari IDP iaitu beberapa muslimah saudari baru telah dianiaya oleh pentadbiran IDP iaitu disuruh buka kain tudung dan diganti dengan skarf yang mendedah aurat mereka. Mereka protes lalu 10 dari mereka kena hukuman kurung di dalam bilik asrama mereka sehingga mereka turut perintah modenis dari Tan Sri Abdul Jalil Hassan (pengarah IDP yang tak silap saya juga pernah jadi Mufti negara). Saya meminta bantuan ide dari pendaftar YAA cawangan Kpg Stony (Wan Abdullah) dan beliau bawa saya jumpa editor akhbar Watan dekat dengan Kpg Baru. Saya bagi tahu ceritanya kat beliau dan Watan pun menyiarkan kisah perintah buka tudung itu. Pihak IDP lagi marah dengan saya dan muslimah yang boikot itu. Akhirnya 3 dari saudari baru itu turut perintah kerana tidak tahan deraan psikologi dan tinggallah 6 dari mereka yang masih degil. Kesemua-semua enam itu dipecat.

Sekali lagi saya pergi ke pejabat Watan, dan sekali lagi Watan siarkan sebagai tajuk muka depan kali ini, "Perkim buang Saudari Baru Kerana Enggan Tinggalkan Pakaian Tudung" (saya tak berapa ingat tajuk sebenar, maklumlah dah lama).

Saya pun bergegas ke pejabat Anwar mengharapkan pembelaan. Setibanya di pejabatnya, saya perhati Anwar sudah berada ditalian telefon dan berbual dengan suara agak jelas kepada Setiausaha Agung Perkim. Anwar nampak saya dan isyaratkan saya masuk pejabat dan duduk.

Saya dengar Anwar berkata, "Datok, jika mereka ini buat nakal ke khalwat ke, boleh lah pecat. Itu pun bagi lah amaran, itu pun amaran pertama, kedua. Ini tidak, terus dah pecat. Malulah kita nanti sebagai pertubuhan kebajikan saudara baru".

Lepas habis perbualan beliau, Anwar pandang kat saya dan terus berucap, "Inilah Redhuan! Kita mana boleh harap kat tarikat engkau saje? Kita perlukan satu angkatannnn macam ABIM niii!"

Anwar terus mengeluarkan buku ceknya dan tuliskan satu cek bernilai RM300 (juga tak berapa ingat jumlah tepat, plus minus 50). "Berikan ini kepada muslimah yang dipecat itu. Kita terus lawan." Saya pun sampaikan wang itu ke rumah Kak Azizah, iaitu rumah seorang kakak (saudara kepada Datuk Hassan Ibrahim, pengarah kerajaan yang masyur dengan kes bongkar kecuaian dalam kerajaan) yang mengambil para muslimah tersebut menduduki sementara rumahnya yang terletak lebih kurang seratus meter di belakang IDP masa itu.

Itulah Anwar yang saya kenal. Cukup bertindak pantas dan tepat, tajam, peramah, karismatik serta cerdik dan berjiwa besar. Tetapi saya agak terkejut kerana pada satu majlis makan malam amal ABIM di Dewan Sivik MPPJ beberapa hari sebelum beliau memasuki UMNO, Anwar berucap dalam perasmian majlis tersebut, "Ada ura-ura mengatakan saya akan masuk UMNO. Itu semua berita angin belaka"

Apabila kejutan itu akhirnya berlaku, saya sudah rancang berhenti dari YAA kerana mendapat kerja sebagai juru-komputer di Dataprep Malaysia. (Terima kasihlah banyak-banyak kepada DSAI dan YAA kerana membiayai gaji RM220 sebulan yang dapat menampung pengajian komputer saya sebelah siang di Goon's Institute di seberang Kpg Baru di belakang Chow Kit waktu itu. Memang gaji itu tak cukup bayar yuran RM160 sebulan tetapi emak saya bagi elaun RM120 kerana membantu emak jual rokok di kelab kuda pada setiap hujung minggu. Anwar juga memberikan saya duduk percuma di asrama YAA di Flets Kpg Kerinchi. Jasamu merupakan amal jariah buat seorang saudara baru).

Masa berita Anwar masuk UMNO, saya terkunjung pejabat Fadhullah di Perkim/Riseap dan beliau dengan seronok tanya pendapat saya. Saya pula menjawab, "Itu periuk nasi masing-masing. Allah tak akan tanya mengenai hal orang lain. Tetapi mengenai hal saya sendiri". :-)

Tak lama kemudian saya pun menyertai PAS. Saya tidak pula mahu berjumpa Anwar walaupun beliau ada bagi tahu kawan yang saya boleh pergi berjumpa jika mahu. Saya tidak berminat politik kerana lebih minat tasauf, dan ilmu sejagat serta mempergunakan PAS untuk berdakwah kepada Cina dan bukannya Melayu. Lama kemudian semasa karier Anwar makin mendaki, tergerak hati pula nak berjumpanya. Saifudin Nasution pun bawa saya pergi menghadiri salah satu majlis berbuka puasa di rumahnya. Tetapi masa itu nampak Anwar dikelilingi TanSri2 dan DatukSeri2 dan macam dah tak berapa kenal saya. Tak ape lah, salah saya pun, kerana berkerja di Harakah masa itu dan ade orang pernah menggunakan nama saya (Zulkifli Yahya lah tu) untuk hentam Anwar dalam artikel Harakah. Nak kata sori dah tersiar berita menfitnah beliau bina rumah besar dengan kolam renang.

Saya cuma berkata kepada Anwar semasa nak salam malam yang saya datang check kot-kot ternampak ke kolam berenang tersebut. Anwar pun dengan selamba tunjuk kat longkang tepi rumahnya dan berkata, "Mungkin ni kot". Jelas beliau marah sikit.

Itu pada tahun awal 90an agaknya. Apabila berlaku pemecatan beliau pada 1997 ke macam itu saya pun sudah meninggalkan PAS dan Harakah pada tahun 1995. Saya pergi melihatnya kali terkakhir di rumahnya kerana saya sudah bosan dengan politik secara am. Saya ingin menjengok wajahnya dari jauh kerana terlalu ramai orang masa itu dan tidaklah elok bertolak-tolak sesak. Anwar kelihatan letih, lebih kurus dan kembali lebih boleh didekati, bukan macam dulu. Ramai yang tanya saya, "Betulkah tuduhan homoseks itu?"

Saya pun terfikir sejenak mengembalikan ingatan saya semasa saya berkhidmat dipejabat beliau selama 11 bulan pada tahun 1981/2. Dan mempertimbangkan cara kes itu ditimbulkan, jawapan saya yang rasmi ialah, "Saya percaya ini semua adalah fitnah belaka. Anwar bukan langsung menyerupai atau berperangai atau ada tanda-tanda sepertimana yang mereka menuduhnya. He is been setup big time."

Hari ini Anwar berada diambang kejayaan. Sekali lagi saya mengucapkan, "This is your life. I will not be asked about you. I shall be asked about myself. Serve the people well and maintain your faith in Allah's Will and we shall be your hawariyun. Serve them bad and we shall do our bit to carry out Allah's Will too".

6 comments:

jai.fm said...

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah yang amat menarik ini. Satu kisah dari kehidupan atau pengalaman tuan sendiri.

salam perkenalan juga dari saya
Faizal

Abu Sofeyyah Ad Dusuqy said...

salam...

saya seronok membaca tulisan saudara.

sila datang ke blog saya http://www.addusuqy.blogspot.com.

selamat bersaudara sesama agama !

Wakmasnoor said...

Sdr,

Anwar is where he is NOW for GOOD OR BAD, is what allah swt has stated for him. FOR A REASON ONLY GOD KNOWS.

For a person, YOU, whom SPELLED ALLAH and FATE more often than anyone else in any other blogs, YOU SEEMED to say another but preaching totally another landscaping of belief.

This is a HATE BLOG. Not an OPEN CONVENTIONAL blog like many im used to comment. ITS SO CLEAR AND OBVIOUS the intent, in your writings.

You may (at the end of the day) had your side of which and what you support, but STOP PATRONIZING as if you are A MAN OF GOD's WISHES BUT AT THE SAME TIME PUT HATES INTO OTHER CHARACTER OF PEOPLE.

Just an advice.

Redhuan D. Oon said...

Dear Wak Maznoor,
I shall take note of your kind advice and be careful from abusing religous terms, as well as been patronising which is distasteful to be alleged as such.

Hmm, so you can read my intentions? Wow! I ought to meet you rather than my shrink.

Anyway, just my 5 sen back. To me i myself have to be honest enough to admit to have own bias, prejudices and what not, since this is a personal blog and there is no censorship policy in my forums i feel it is good enough compliance with all blogs in this world.

There is a saying, "I may not stand for what you are or do, but i will defend to my death your right to speak your piece."

Anyway, syukran for your advice. If i am still on a wrong note here, perhaps you can drop me a private email at red1@red1.org and we communicate offline cos i dont like to be hated. I am a nice guy, honest!

Peace!

DIN said...

Assalamualaikum,

puas di hati apabila terkebil-kebil TUN Mahadir menjawap soalan saya, kenapa dan apa yang terjadi sebenarnya antara saudara Anwar dan TUN yang menyebabkan penyingkiran-nya.

victorian
1984-1989

syauqah-el-wardah said...

hmm.. i got sumtin for my assgnmnt.. thanks for your story.. Terima Kasih..