Perang politik yang sedang melanda tanahair hari ini saya anggap tidak lain dan tidak bukan daripada dulu lagi ialah pertembungan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sejak zaman Tunku Abdul Rahman, perdana menteri kita yang pertama, politik tanah-air tidak ada lampu pelita disepanjang sejarah kita melainkan dua makhluk ini sahaja.
Siapa yang sebenarnya menjadi penunjuk jalan dalam kemelut pasca merdeka dulu, jika bukan Dr. Mahathir? Semasa zaman Tunku, kejayaan masa itu adalah kemerdekaan, iaitu kejayaan kolektif UMNO dengan pelbagai pertubuhan pejuang seperti KMM, API dan AWAS. Tetapi tidak ada tokoh yang pemikiran tajam, analitikal, futuristik, dinamik serta pragmatik dan results-oriented melainkan Dr. Mahathir. Beliau juga seorang master strategist, politikus handalan, yang berkebolehan silat kungtau sepertimana yang diajar dalam kitab Sun Tze iaitu The Art of War - Strategi Perang yang mengajar pengikutnya supaya kelihatan lemah apabila kuat, dan kelihatan kuat apabila engkau sebenarnya adalah lemah.
Sun Tze juga mengajar macamana mengenalpasti lawan serta dengan struktur suasana sekeliling sehingga menggunakan pihak lain untuk mengekalkan kedudukan sendiri buat selama-lamanya. Ia umpama bermain catur dengan bidak-bidaknya tersusun secara strategik sehingga pihak lawan tidak dapat baca apa rancangan anda sebenarnya selama ini.
Kepada saya rancangan Dr. Mahathir adalah jelas, jatuhkan pemimpin, naikkan diri, dan kekal di situ. Strategi ini sekarang makin ternampak, dan saya di sini ada analisa serta hujahnya bagaimana ini adalah sebenarnya strategi tersembunyi beliau yang cukup bijak sekali selama ini dari dulu lagi. Oleh kerana saya mendakwa seolah saya amat pasti dengan analisa ini saya akan membuat satu ramalan yang mengejutkan, iaitu Mahathir mau kembali berkuasa!
Sebenarnya selama ini beliau memang sedang berkuasa! Tetapi jika saya bagi tahu kesimpulan ini secara telus dan tanpa hujah pendahuluan, maka tiada ramai pembaca yang akan mempercayai teori ini. Ia adalah lojik hanya dengan mengkaji segala sejarah yang melibatkan Dr. Mahathir yang releven sahaja dan tinggalkan teori yang lain yang saya anggap tidak releven. Yang releven ialah berfikir bagaimana anda hendak naik duduk di kerusi nombor satu padahal anda berada di tangga terbawah asalnya.
Mula-mula kita mesti lihat macamana Dr. Mahathir hidup dari segi politik semasa zaman dahulu sebelum beliau naik. Dr. M sudah analisa macamana nak mengaut sokongan dan melicinkan perjalanannya ke atas. Sebagai anak murid kitab Sun Tze, ia diajar bahawa jalan ke atas bukanlah lurus tetapi bengkang bengkok. Ia melibatkan strategi menggunakan lawan dan keadaan dan peluang. Ia melihat setiap krisis sebagai peluang keemasan. Misalnya apabila berlaku kejutan yang mengancam UMNO semasa 1969, masa itulah sesiapa yang ingin naik hendaklah buat kejutan politik dan tanam benihnya supaya terpelanting naik nanti pokoknya itu. Di situ Dr. M telah melakukan yang necessary iaitu mengorak langkah menentang Tunku secara terbuka dan menulis buku yang boleh diharamkan dengan sengaja supaya menjadi legenda dan menaikkan penulisnya.
Balik ke satu makhluk lagi bernama Anwar Ibrahim. Beliau pun anak murid kitab yang sama dan mencari peluang bagaimana mahu melonjakan namanya sejak dari bangku universiti lagi. Peluang keemasan itu datang dalam isu Baling di Kedah dimana orang kampung sudah kebuluran dengan kejatuhan harga getah. Dan taktik melegendakan dirinya ialah untuk ditahan di bawah ISA seketika, supaya sampai bila-bila, benih pokok itu sudah tertanam dan akan kian membesar.
Kepada yang masih kurang yakin, saya cerita sikitlah tentang cara sifu Cina itu berfikir. Ini kerana saya adalah keturunan TiongHua dan amat mendalami kitab Sun Tze yang merupakan buku legenda ikutan semua komuniti hari ini untuk strategi korporat maupun perang. Menurut Cina ni, jika mau naik, mesti buat korban bidak yang dinamakan gambit dalam bahasa catur.
"Nah! Bagi engkau makan, makanlah" Dengan memberi makan bidak kita kepada lawan sebenarnya adalah tipu-helah. Lawan kita yang bodoh itu akan menjawab, "Wah, banyak baik hati lu lor, terima kasih!!!".
Ada yang sanggup masuk penjara 5 tahun demi menyembunyikan selonggok emas dari taukehnya dan kemudiannya bila sudah keluar baru galinya balik tetapi hidup senang-lenang selepas itu. Ada yang sanggup berpura-pura baik dengan musuh, tidur dengan musuh, dan kena penjara untuk musuh demi menjadi pewaris kerusi yang sedang diidamkan.
Saya mula kagum dengan Dr. Mahathir pada tahun 1993 semasa saya masih dalam PAS lagi. (Saya akan tulis direncana lain macamana ini boleh berlaku padahal saya penulis dalam Harakah yang sepatutnya amat anti Mahathir). Dan saya mula berfikir-fikir bagaimana dan apa inspirasi strategi dia memerintah dan mentadbir. Arenanya bukan sekadar Malaysia sahaja, tetapi merangkumi aspek luar negara yang cukup menyanjungi beliau. Saya lebih tertanya-tanya apabila saya lihat macamana beliau tidak memilih orang-orang yang lebih cerdik darinya untuk memimpin kabinetnya. Melainkan seorang sahaja iaitu Anwar Ibrahim pada tahun 1982 + - (lebih kurang, maaf tarikh tak ingat sangat dan tak berapa penting. Yang penting ialah strategi caturnya. Itu sebab kita boring main catur, pasal Kasparov dan Karpov ambik 2 jam baru nak gerak balas satu step dalam midgame).
Dengan adanya orang yang agak tidak sebijak kita, maka mereka akan jadi pak turut, yes men yang taat dan akan menyokong kekuasaan kita tanpa cabaran supaya senanglah taukeh meneruskan apa jua rancangannya. Inilah kabinet Dr. Mahathir dari dulu sampai sekarang. Tidak ada tokoh yang berwibawa. Ini taktik langsung dari kitab SunTze. Tidak disuruh taukeh atau maharaja ambik ramai sangat penasihat. Cukuplah seorang sahaja. Yang lain menjadi pengawal istana.
Apabila Dr. Mahathir meninggalkan jawatannya, ia amat mengejutkan kepada orang kebanyakan tetapi tidak kepada ahli strategi ala Sun Tze. Sebenarnya SunTze sekiranya ia masih hidup (beliau zaman 250 sebelum masihi semasa negara Cina tengah berperang-lenang lagi) akan ketawa seronok besar dan memuji-muji Dr. Mahathir sebagai anak muridnya yang cukup bijak.
Dr. Mahathir memang bijak dan sudah tahu apa akan berlaku sekiranya Pak Lah diberikan kerusi no1. Selepas itu Dr. M mengatur langkah untuk memulakan serangan olok-oloknya padahal Dr. M sudah tahu apa akan berlaku kepada ekonomi negara, kenaikkan harga minyak (Dr. M masih penasihat Petronas?) dan kelemahan PRU12.
Serangan olok-olok itu adalah benih round kedua Mahathir kembali berkuasa. Dia sepatutnya lemah kerana sakit jantung dan operate dah entah berapa kali dah. Tetapi apakah anda pasti dia betul2 operate kerana sakit atau kerana persiapan? Bukankah ia mengikuti ajaran SunTze bahawa sekiranya kuat, tunjuklah engkau lemah, supaya musuh tak sangka anda boleh menyerang dengan pantasnya lalu cepat2 kuasai musuh dengan sempurnyanya. Pembedahan jantung juga untuk menguatkan jantung sebenarnya dengan persiapan supaya tidak mudah terjatuh sakit semasa di medan perang! Bukankah Dr. M itu seorang doktor yang cukup teliti tentang kesihatannya?
Anwar pun sama. Apabila sudah masuk UMNO dan mula panjat tangga sehingga sampai sebelah kerusi no1, beliau juga tahu strategi yang dipakai. Anwar memang bijak. ABJJ juga - Apa Boleh Jual, Jual. Dan akan sanggup gunakan apa jua taktik dalam maupun luar untuk memasuki ruang ShaoLin Temple yang terakhir. Anwar sudah agak yang Dr. Mahathir tak akan turun-turun sehingga menghembus nafas terkakhir. Itulah sumpahan semua maharaja Cina 5 ribu tahun dulu lagi, melainkan direvolusi, reformasi, apa-apa si, asal dijatuhkan dengan kuasa sendiri.
Maka Anwar terpaksa membuat bacaan iklim politiknya dalam tahun 1990an lagi dan mengorak langkah pada 1993 dan 1997 untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. Jika tidak Anwar akan dilumpuhkan geraknya oleh Dr. M. Ia adalah samada Mahthir atau Anwar. Dari dulu lagi sampai sekarang.
(bersambung ke bab 2 nanti. Ana nak mandilah, belum minum pagi lagi. Juga ana nak tunggu 2 kawan ana yang ntah dah bangun ke tak untuk hentam ana balik di bawah. Sementara itu mahu iklan sikit. Bab 2 nanti akan cerita cara Anwar mulakan serangannya. Kemudian macamana Mahathir tunggu siap dengan bala tenteranya. Bab 3 akan fokus bagaimana Mahathir melepaskan PakLah untuk dijatuhkan bukan menerusi Najib tetapi KuLi. Itu sebab Khairy pun masuk dalam bidak-bidak di papan catur ini. Kerana Khairy yang mengeluarkan Anwar dari tahanan dan tiba-tiba ada kes Alantahyaketidak untuk menghadkan bidak pertahanan lagi satu iaitu Najib).
3 comments:
Bagi saya tidak salah untuk mengagumi Dr.M atas dasar karismanya sebagai seorang politikus. Beliau sememangnya seorang ahli politik. Orang yang tidak menjadikan politik sebagai hobi, tetapi sebagai darah daging dan ism nya. Beliau sanggup melakukan apa sahaja bagi mengekalkan kuasanya. Antara mangsa-mangsa politiknya selain daripada Anwar ialah Musa Hitam dan Ghafar Baba, malah Ku Li sendiri. Bahkan, sesiapa yang didapati atau dipercayai cuba mnegorak langkah untuk mencabarnya, akan dicantas awal-awal lagi. Sehingga akhirnya dalam kabinet hanyalah para yesman sahaja yang tinggal. Kalau tidakpun, terpaksalah berpura-pura menjadi yesman. Sekarang barulah berani nak kritik Dr. M, setelah beliau tidak lagi berkuasa.
Allahu Akbar! Alhamdulillah 'Malaysia' dikurnia Allah swt dengan pemimpin2 hebat baik yang hidup atau yang sudah meninggalkan kita...tetapi bukan itu saja..ada banyak lagi..termasuk 'kita' (rakyat2, petronas, kelapa sawit, getah, timber, emas, a lot of water, banjir, banjir kilat, tanah runtuh, masalah dadah,.....macam2 ada!)...i.e. yang baik dan yang tak berapa baik....
Apa juga yang berlaku dan akan berlaku semua 'sunnatullah'! To see what we can do with it or about it..
They say for the last more than 6000 years: spring follows winter, summer follows spring, autum or fall follows summer...then winter again! Reason: To see what 'we' can do with it or about it....to the farmers there, they start planting crops in spring, work through summer, and harvest in winter...then they say 'Sow And You Shall Reap'...
Sebagai insan di dunia ini, kita perlu meneruskan amalan dan ibadat kita so we shall reap...do not let tujuan untuk mencapai kecemerlangan akhirat (dan jangan lupa bahagian kita didunia ini)di ganggu gugat keadaan politik yang kadang2 masuk tahap terlalu emosional...but I still think it is 'sunnatullah'....just to see what we can do with it......As long as kita menuju kepada at least 1 RM = 1 Sing$ (just one criteria!) or even better.
Marilah kita "Ke arah Politik Muafakat Dan Bertanggungjawab".....
"Ya Allah, jadikan negara (pemimpin,rakyat,++ makhluk2 didalamnya) kami terbaik didunia dengan rahmatMu"..Amin.
Mukhsin said,
RM1 = S$1
Now that is a good KPI target! Easily done if we use golden Dinar in place of useless paper money! :-)
Post a Comment