Maaf kerana teriklan majalah sebelum ini. Persoalan yang ingin disambung seterusnya ialah tentang apakah tujuan Islam didatangkan kepada kita sebenarnya? Bukankah Allah itu Maha segalanya sehingga merangkumi semua soal kejadian sepertimana sering dikatakan dalam Al-Quran sebagai kulli syain qudra?
Maka apakah segala dosa itu pun dipertanggungjawabkan kepada Allah? Ini antara persoalan yang padri kristian tidak boleh jawab semasa saya tengah melalui perjalanan kritikal spiritual saya sebelum terjumpa Islam. Kepada kristian, agama itu adalah soal moral semata-mata. Sains dan lojik tidak penting atau diutamakan. Sekiranya kita boleh buktikan tuhan itu tidak ujud, mereka tidak akan terima, kerana memang tidak boleh buktikan keujudan zat Allah secara saintifik. Saya makin kritikal kerana saya tidak dapat menerangkan keujudan saya sendiri yang akan fana tidak lama lagi.
Falsafah kristian itu mengajar saya secara songsang atau reverse psychology tentang beberapa perkara yang harus ada pada tuhan itu sekiranya saya terjumpanya. (Saya gunakan 'tuhan' dengan huruf kecil kerana sifat mengakui keujudan Allah akhirnya dan tidak dengan fahaman yang lain yakni 'tuhan' yang semasa belum mengenalNya). Tuhan mesti Maha Segalanya, dan maha bertanggungjawab atas segala ciptaanNya. Maka Allah Maha Mengetahui yang saya pun tengah tulis ini dan dapatlah berikan makna mengapa kezaliman boleh berlaku dan iblis boleh berontak terhadapnya.
Padri tidak boleh memuaskan pertanyaan saya yang bertalu mengapa seorang miskin yang melakukan kejahatan untuk hidup boleh dinerakakan sedangkan dia tidak minta untuk dilahirkan miskin. Padahal seorang yang dilahirkan kaya juga tidak meminta sedemikian lalu mendapat pendidikan baik dan berkelakuan baik, apakah markahnya di depan Allah itu adalah lebih baik dari si-miskin yang malang itu? Saya cerita ini bukan spekulasi tetapi nyata kita terjumpa di India (saya ada pergi sana sekejap) dan Indonesia dan Thailand di mana jelas ramai kisah anak-anak gadis dijual demi menyara hidup keluarga.
Itu sebabnya Allah dan RasulNya mengistiharkan perang ke atas riba yang menyebabkan keadaan ini, dan tentu sekali riba yang dimaksudkan itu bukan sekadar bunga interest dalam sistem pembankan tetapi meliputi ekonomi kufur yang berinflasi dan berspekulasi wang kertas yang telah menipu kita selama ini.
Semasa kemuncak atheisma saya, begitu banyak persoalan sehingga apakah lojik boleh dibakar perbuatan manusia yang harus dan fana ini dalam neraka yang baqa? Ini juga persoalan dalam buku Fritjof Schoun yang akhirnya beliau memeluk Islam. Akhirnya seorang ulama tempatan iaitu Ustaz Ghazali Din (sudah arwah, Allahyarham), yang menerangkan kepada saya tentang janji Allah sejajar dengan Iradah kehendakNya.
Selepas mengamati banyak hujah jawapan dari Al-Quran dan ajaran dan tulisan para ulama saya dapat memahami tentang tujuan sebenar kejadian kita dan kedudukan Allah. Sekiranya seluruh alam ini muslim tunduk kepadaNya tidak akan bertambah kepadaNya sebesar biji sawi pun. Sekiranya seluruh alam kufur tidak mengenal Allah tidak rugi kepadaNya sebesar biji sawi pun. Secara konsisten Islam mengajar bahawa tujuan manusia dijadikan bukanlah untuk membodek Allah atau mempertahankan Islam tanpa memahami KehendakNya. Sekiranya Allah kehendaki nescaya kita ini satu kaum, bermakna perpaduan bukan considerationNya.
Kita dijadikan untuk memperhambakan diri kepadaNya secara terus dan telus. Tujuan kristian tidaklah sama dengan tujuan Islam. Mereka sangka yang penting jaga moral, iman, pakaian, lahiriah dan batin diri dan tidak perlunya ilmu tauhid itu mereka mendalami. Dalam gereja kita saksikan mereka beryanyi, berdoa dan menjerit kerana ingin memasukkan semangat Ruh Qudus dalam jiwa dan inginkan perasaan high demi merasakan keujudan tuhan itu.
Saya dapat membuat perbandingan yang tujuan Islam yang sebenar bukanlah untuk moral akhlak semata-mata. Bukanlah sejauh mana wanita kita menutupi aurat dengan 1001 syarat dan lelaki pula cuma dengan satu syarat sahaja. Saya sedar yang Islam bukanlah satu projek sosial dimana kita lahir kat dunia ini dan mendapat ijazah lepas itu cari kerja gomen, dan ambil loan rumah dan kereta lalu berkahwin dan bersambung seterusnya anak cucu kita and so on and so on.
Hari ini ramai umat Islam hidup tidak berbeza falsafah hidup mereka dengan yang bukan Islam - just to let their lives pass by :-) - oh-oh, please forgive my pun bro!
Sering semasa saya panik dalam kegelapan dan kecarian spiritual dan membelik-belik Al-Quran kerana merayu kepada Allah tentang mana rezeki dan mana hidayah dan mana penyelesaianNya, saya terjumpa banyak ayat yang tidak ada dalam pegangan orang Islam disekeliling saya. Apabila terjumpa ayat tentang rezeki yang ia memang sudah terjamin buat saya dan saya harus musafir untuk menuntutnya, saya pun pernah musafir ke Cape Town, Afrika Selatan dimana saya terkejut yang mereka asalnya Melayu dari Maluku, Sulawesi dan Makasar yang dibuang Belanda ke sana. Islam mereka begitu murni dan mengejutkan (lain episod lah ana citerkan nanti).
Jadi apakah Iradah Allah sebenarnya? Apakah ia harus menepati lojik dan lojik macamana? Apakah api mesti senantiasa membakar sesiapa yang tersentuhnya? Ini penting kerana kita adalah tercipta olehNya dan tidak terkeluar dari genggamanNya. Ini penting kerana kita asyik hidup seolah kita bebas dariNya dan tersangka dengan hanya menunaikan yang lumrah akan cukuplah buat kita.
Kita harus membaca kembali Al-Quran bukan untuk bunyi bahasa tetapi untuk maknanya yang sebenar. Ia mengalak kita melihat, mencari, berfikir dan sedar. Banyak ayat yang mendakwa ada yang yukazzibubiddin, yakni mendustakan agamaNya (memohon perlindungan dari itu dengan Allah). Iaitu mereka yang tidak jaga yatim, tidak beri makan para miskin, dan yang mempersoalkan nikmat Allah sehingga Allah boleh bertanya berulang-ulang:
Fabi aii yi'alaa i rubbikumaa tukazdzibaan - Dan mana diantara nikmat-nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan? Jika mahu shortcut kita harus tanya sepertimana Shaykh saya pernah bertanya,
"Why don't you fall in love with Allah?".
No comments:
Post a Comment