Tidak cukup untuk menutup tirai atas perbincangan kemelut kepimpinan yang diterajui oleh dua gergasi tadi, tanpa memberi sedikit analisa serta pandangan dari sudut kepimpinan Melayu dan Islam terhadap Perdana Menteri kita yang masih berdiri tegak iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pak Lah kini menukar gayanya dari seorang tokoh yang tidak banyak menyerang kepada serangan balas yang bermula semalam kepada bukan satu, bukan dua tetapi tiga tokoh yang lain yakni Mahathir, Ku Li, dan Anwar. Secara matematiknya beliau menghadapi kesukaran yang jelas. Siapa yang menasihatinya berbuat demikian? Mengapa perlu serang padahal barisan kabinetnya dari UMNO agak berwibawa dengan cara tersendiri mempertahankan beliau kerana mereka bukan defensif malah agresif serta ofensif dalam taktik serangan mereka. Sekali lagi saya rasa Pak Lah masih melakukan kesalahan strategi. Sebelum saya menyokong hujah saya, ingin saya cerita pengalaman saya dengan beliau.
Lapan tahun yang lepas saya berkebetulan (ni asyik berkebetulan je ntah ye ke tak? Wallahi! Memang kebetulan, kan saya ni musafir? Asyik berjalan kerana tak masuk universiti melainkan universiti alami dan kehidupan. Cuma ana ni peka sikit bila terdengar perkara menarik mesti buka mulut menyambut) berada di rumah Che Jam Harun, ketua wanita UMNO salah satu cawangan di Kepala Batas. Kak Jam, seorang pesara (jika tak silap saya sama sekolah dengan Pak Lah) tengah merungut mengapalah Pak Lah suruh dia jadi senator tahun itu (rasa-rasanya 1999). Masa itu Pak Lah adalah Timbalan PM, dan inginkan Kak Jam ini menerima jawatan Ahli Dewan Negara selama 3 tahun sepenggal. Saya pun tanya kat beliau,
"Mengapa Kak Jam tanak terima jawatan senator?"
"Kak Jam hanya tahu buat kerja kat bahagian rendah dan bersama rakyat bawah. Ni masuk Dewan ni toksahlah. Buang duit je. Kak Jam tak tau buat ucapan kat dewan tu."
"Bagaimana jika saya bantu Kak Jam buat ucapan untuk Parlimen?"
"Jika Redhuan betul janji buat ucapan bagi saya, baru saya berani terima".
Maka saya pun buatlah janji akan mengiringi Kak Jam ke Dewan Negara dan bincangkan dengannya serta bantunya berlatih untuk ucapan perdananya. Saya menghabiskan dua minggu melakukan penyelidikan apa yang sesuai untuknya dan akhirnya dengan tangan mengigil YB Che Jam Harun dapat menghabiskan ucapan 4 helai itu dengan berjayanya. Tambah pula persoalan yang ditimbulkan dalam ucapan tersebut dijawab pula oleh setiausaha parlimen kementerian yang hadhir.
Kerana terlalu seronok dengan bantuan yang saya berikan beliau memperkenalkan saya kepada 5 senator wanita UMNO yang lain untuk saya bantu ucapan parlimen. Mereka tawarkan upahnya sekali. Saya menolak semua itu kerana memang saya kurang masa lapang dan hanya bantu ini sekadar untuk pecahkan ais.
Mereka pun jemput saya bersama sekali untuk berjumpa Pak Lah dengan isterinya (arwah) di Hotel Armada untuk makan malam. Di sana saya dapat berjumpa juga dengan adik kembar (arwah juga) isteri Pak Lah dan mengenal lebih lanjut mengenai keluarga Pak Lah itu. Oleh kerana balaci UMNO pun ramai di situ saya mengambil langkah bersikap pasif pulak. Saya bagi tahu Kak Jam janganlah perkenalkan saya sebagai penulis ucapan Parlimen tetapi sebagai drebar je lah.
Dan itulah yang Kak Jam bagi tahu kat Pak Lah apabila Pak Lah bersalam dengan saya. Pak Lah cukup peramah dan silakan semua orang duduk makan sekali pada meja yang besar. Saya duduk dua tempat ke kiri Pak Lah. Saya duduk diam kerana memerhati perbualan mereka dan tidak mahu melakukan kesilapan kata-kata kerana menghormati kedudukan Pak Lah selaku Next PM.
Terkejuit sikit saya apabila saya lihat hadirin lain bersenda gurau agak terbuka dengan Pak Lah, malah ada yang mengkritik UMNO depan Pak Lah! Saya heran dan perhati apa reaksi Pak Lah yang bukan sahaja tidak terasa apa-apa malah asyik senyum dan tetap bersopan cara melayani macam-macam cakap seperti kawan-kawan sekampung. Saya pun memberanikan diri saya dan buka mulut,
"Pak Lah, er dua malam lepas saya er terdengar ucapan ceramah dari orang Abim, er Anwar Tahir yang mengatakan ..."
Pak Lah, "ah.. Anwar Tahir, ya saya kenal dia.. apa dia cakap?"
"dia kata Paklah siapkan satu bilik khas untuk mengawasi Anwar sepanjang waktu."
"Hm.. macam saya adake masa buat semua tu?" senyum sambil berkata Pak Lah kepada saya.
Saya duk perhati dan ternampak cara Pak Lah tu cukup menyayangi isterinya Datin Seri Endon Mahmood yang duduk disampingnya masa itu. Terdengar Pak Lah cukup loving cara bertanya dengan perkataan, "Yes, darling.." dan cukup, cukup sayang keluarga kelakuannya.
Sekembali ke Kepala Batas, saya melihat keadaan rumah Kak Jam yang serba sederhana dan kampun lalu bertanya, "Takde ke Kak Jam minta apa-apa projek dengan Pak Lah?"
"Hm! Pak Lah tu, tak nak bantu kawasan dan orang sendiri untuk kuatkan dapurnya. Orang lain sapu semua. Dia duk macam tu gak. Tak pe nanti Kak Jam cuba mintak kat dia. Nanti Kak Jam bawa lagi Redhuan pergi mintalah".
"Tak payahlah Kak Jam. Lebih baik Pak Lah begini. Lebih saya percaya orang macam itu".
Hari ini Pak Lah berada dalam keadaan yang tidak normal bagi dirinya. Beliau adalah seorang yang cukup baik sebagai pengikut, sebagai orang kampung, sebagai orang bawah. Tidak biasa berada di tangga nombor satu. Dia tidak ada ilmu kungtau sebenarnya yang ada pada Mahathir atau Anwar. Dia tak tahu lawan sesiapapun kerana tak pernah perlu lawan sedemikian. Dan dia cuba juga lawan kerana penasihat bagi tahu dia, "If you do not fight, they think you are weak!". Maka pasanglah jugalah Pak Lah dengan sarung tangan dan cuba tumbuk dengan tiga orang tokoh sekalli gus. Kesian terasa saya.
Pak Lah sepatutnya maintain dan jaga imejnya sebagai seorang lemah lembut dan tidak agresif, yang ada kekuatannya yang tersendiri disitu. Jangan berubah. Don't go changing... kata lagu Inggeris. Tetapi bertumbuk jugak Pak Lah.
Pak Lah ni cukup penyayang sifatnya. Kat rumah jika menantunya lari kat dia dan berkata, "Ayah, Khairy ada ide bagus ayah", mestilah Pak Lah suka dan seronok dan menyiakan kerana atas dasar sayangkan anak-anak sendiri lebih dari diri sendiri. Bukankah itu satu sifat Melayu yang sejati dan murni? Saya teringat filem P. Ramlee yang masyur iaitu 'Anak Ku Sazali".
Sekarang orang menyerang anak-anaknya sebagai mendatangkan masalah. Saya terasa sangat hati perut orang Melayu kerana lama hidup dengan mereka. Ada beberapa perkara menjadi pantang kepada mereka. Salah satu ialah menyentuh hal keluarga peribadinya. Ini mesti sudah trigger jiwanya supaya terus penyayang lagi dan melindungi keluarganya itu.
Pak Lah sebenarnya tidak bersalah atas kekalahan teruk. Yang menjadi faktor bukan dia. Yang menjadi faktor ialah Mahathir. Ada usaha sabotaj dari Utara. Ada general yang pintar dalam soal perang saraf yang meletakkan seolah Pak Lah yang menjadi puncanya. Jika Pak Lah menang besar siapa dalam UMNO yang rugi jika bukan Mahathir yang sudah mengasah parang lebih 2 tahun sebelum itu? Maka Mahathir sudah merancang dengan teliti sehingga anaknya Mukhriz diberi kawasan bahaya pun di Jerlun dan tidak Kubang Pasu dapat selamat dengan majoriti yang lebih besar dari calon-calon lain yang kalah di Kedah. Ada kem Mahathir sedang bergiat. Merekalah yang mengatur forum tempoh hari itu. Soalan mengenai Anwar itu sebagai ujian air kencing. Nampaknya Anwar tidak ujud dalam pertimbangan mereka. Mereka mau kembalikan Mahathir ke pangkuan kerusinya.
Bagi Pak Lah, tak nampak ada apa-apa jalan lain. Pak Lah seharusnya menggunakan ilmu 'Thick Face Black Heart" yang diamalkan amat sangat oleh Mahathir. Pak Lah mesti bongkar habis legacy Mahathir sampai habis. Tidak boleh setakat kes Lingam sahaja. Itu tidak mengikuti nasihat SunTze yang mengatakan jika mahu pancung, pancung habis semua kaki dan tangan sehingga mereka tak boleh bangkit dan lawan balik.
Mahathir dah ikat tangan dan kaki dan mulut Anwar dan tanamkan kuncinya dalam semak. Tetapi selaku PM entah siapa yang menasihatinya supaya pergi cari kunci itu balik dan bukakanlah rantai yang ada pada Anwar. Lepas itu tayangkanlah video Lingam kat SuruhanJaya. Sekarang hasilnya Pak Lah mencipta 3 seteru yang inginkan dia turun.
Pak Lah perlu pilih satu musuh sahaja. Siapa yang sebaik-baik musuh untuk ditewaskan? Yang akan menjadikan Pak Lah legenda tersendiri yang baru jika berjaya Pak Lah tewaskan. Ku Li bukanlah ada harga politik jika ditewaskan. Anwar adalah anti-klimaks kerana menguasai momentum dan masih berada diluar parlimen dan BN masih kuat. Apakah Mahathir yang buat masa ini tidak ada kedudukan langsung dalam UMNO menjadi seteru yang berbaloi?
Sebenarnya Pak Lah tidak ada musuh luar. Kuasa mutlak pada PM dan Presiden UMNO sudah cukup dan terlalu berkuasa. Ini kerana cara Mahathir dah siap habis memperkuatkan kerusi sakti itu. Pak Lah cuma duduk diam di dalam kerusi sakti itu dan jangan melakukan perkara yang mengancam dirinya kembali. Beliau sepatutnya Thick Face - Muka Tebal sedikit dan berjumpa satu persatu dari Ku Li, Mahathir dan Anwar. Lakukan roadshow dan jangan hentam tetapi menangkan hati-hati pengikut mereka.
Semua projek raksaksa patut digerakkan. Semua duit khazanah dalam gedung-gedung seperti Petronas dan KWSP harus dicairkan. Apabila ekonomi sihat kembali, pasti kemenangan besar menanti BN.
Jika tidak, Pak Lah akan dibimbangi sebagai pemimpin UMNO yang terakhir kerana perentapan seterusnya mungkin melemahkan habis apa lagi yang tertinggal pada UMNO.
5 comments:
Salam...
Terkejut juga saya dengan perwatakan baru Pak Lah ini. Mungkin beliau rasa dah tiba masanya menembak balas. Asyik berkubu je pun, lama-lama boleh hancur.
Tun mahathir pula, seoalah-olah terlalu kuat, adakah dia merasakan dia masih kuat sekuat sewaktu beliau memegang teraju.
Tetapi semuanya masih menjadi tanda tanya. Paklah pernah bersama Tun Mahathir sebagai TPM dan pastinya banyak rahsia diantara mereka mereka yang disimpan bersama. Tetapi kelihatannya Tun Mahathir lebih bersikap berani.
macam mana ni ye?
Banyak lagi yang sdr perlu tahu tentang Abdullah Ahmad Badawi juga Khairy Jamaludin. Itu saja yang dapat saya katakan.
Apa yang sdr tahu sedikit, saya tahu juga sedikit. Dan beribu lagi lain yang tahu sedikit2. Dan sedikit2 ini tentunya berbeza cerita, kisah dan kejadiannya, bukan? Ada yang GOOD. BUT yang BAD pun ada.
Thanks sdr.
http://100patahperkataan.blogspot.com
Sdr,
Yang bad memang ada. Cuma kita selaku makhluk ada tertib prilaku kita.
1) Tidak boleh menghukum melainkan kita adalah Qadi.
2) Tidak boleh menuduh melainkan bawa dua saksi dan sendiri terlibat.
3)Lebih baik silap menghukum yang berdosa daripada silap menghumkum yang tidak.
4) Lebik baik diam sekiranya tidak ada yang baik untuk kita ucapkan.
5) Sentiasa beri jalan keluar bagi sesiapa sepertimana Nabi s.a.w. pernah untuk seorang wanita berzina.
6) Senantiasa tutup aib saudaranya takut kerana dihukum sebagai memakan dagingnya
7) Senantiasa bersikap daie bil hikmah mengharapkan yang membaca itu sedar dan taubat.
Syukran banyak-banyak ke atas komen saudara dan niat baik saudara amat dihargai. Komen saudara dapat mencetuskan fikir yang lebih tajam dari diri saya dan ia juga memberi pembaca satu sudut bandangan yang lebih seimbang!
wasalam
red1
Didalam kehidupan ini, bukan semua benda sesuai untuk semua orang....
Yang lebih penting ialah bagi manusia itu memahami apa yang terbaik untuk dirinya...
Tak semua orang boleh pakai taktik Sun Tze yang lebih kepada peperangan...
Didalam perjuangan dan strategi, kita senantiasa mempunyai pilihan, samada offensif, defensif atau pun negosiatif...
Selama 4 tahun ini, dari segi strategi politik, Pak Lah banyak melakukan pendekatan Psikologi dan PR (Public Relation bukan Pakatan Rakyat)... Tengok sajalah bilboard penuh dengan gambar Pak Lah... yang paling saya perasan ialah "Masyarkat Bermaruah Bermula Dengan Mu"... nah gambar Pak Lah dengan gaya yang kadangkala saya tengok agak "arrogant" terpampang.
Tapi kalau tengok PAS, banyak gambar Nik Aziz tengah nangis, bermunajat, tunduk penuh dengan "humbleness"...
Pak Lah pulak keluar gambar dengan heroine James Bond.. yang langsung bercanggah dengan poster kat Billboard...
Masalah Pak Lah ialah terdapat banyak contradictory dalam pentadbirannya... Yang mungkin tidak sesuai dalam Masyarakt Islam Malaysia.. tetapi mungkin biasa dalam masyarakat Islam Turki atau Labenon...
Kadangkala saya jugak ada terfikir.....
Adakah orang yang nampak bodoh sebenarnya lebih cerdik daripada orang yang nampak cerdik.......
Mungkin ini satu strategi yang tak tercatit dalam Sun Tze.....
ada, ada tercatit... ibu prinsip kepada Kung FuTze, Lao Tse dan Sun Tze adalah prinsip Ying<>Yang, dimana setiap yang hitam akan bertukar jadi putih dan sebaliknya bila tiba waktunya.
Mungkin yang asalnya baik sudah bertukar jahat, dan yang buruk sudah bertukar baik. Dalam debat mengenai Thick Face Black Heart, adalah mengenai raja yang amat zalim, tetapi sebenarnya amat baik kerana terselamat negerinya tidak diganggu musuh.
Terima kasih sekali lagi peminat Yusuf Islam (CatStevens) Sometimes i listen to his old CD just to relax my spirit
Post a Comment