28 April, 2008

Konsep Imam Dalam Islam

Acap kali semasa berada dalam masjid untuk bersama-sama bersolat berjemaah saya perhati satu fenomina yang unik yang tidak berlaku di luar. Pemimpin jemaah sembahyang atau Imam itu tidak tetap dan senantiasa bertukar-tukar. Malah sesama makmum akan tolak menolak antara satu sama lain supaya mara ke depan untuk memimpin dalam solat.

Saya pernah diminta untuk menjadi Imam pada peringkat awal semasa saya baru mengenal Islam. Tentu sekali saya takut sekali berdiri di depan saf-saf yang lurus itu kerana bimbang sebutan saya mungkin tidak betul atau gerak geri saya tersilap.

Tetapi sesiapa yang berdiri di depan itu walaupun tersilap baca akan ada makmum dibelakang yang akan mengulangi kembali sebutan ayat dengan betul supaya Imam sementara itu dapat menyambung bacaannya kembali tanpa membatalkan solatnya.

Fenomina lebih suka orang lain jadi Imam dan bukan diri sendiri adalah satu perkara yang baru bagi saya yang tidak saya kenal sebelum memeluk Islam. Rupa-rupanya konsep pemimpin dalam Islam itu tidak sama dengan konsep Presiden Amerika Syarikat yang asyik bersyarah bahawa dialah presiden yang lebih baik dari lawan yang lain.

Dalam Islam senantiasa pemimpin itu mengaku dirinya kurang baik dan ingin sangat orang lain mengambil tempatnya. Malah adalah cukup terhormat akhlak dan wajah seseorang pemimpin yang turun dari tahta kerana takut kepada Allah dan bukannya takut kepada makhluk.

Dia tidak risau jika dia berundur itu akan berlaku huru-hara dalam saf-saf di masjid. Ini kerana ramai makmum yang tahu tentang tertib solat berjemaah dan mampu mengambil alih tempat itu dengan baik dan aman. Lebih-lebih lagi janji Allah dalam 'ayat seribu dinar' bahawa sesiapa yang bertakwa hanya kepadaNya dan bertawakal menyerah urusannya akan terselesai dengan sempurna. Maha benar Allah!

Alangkah cantiknya sekiranya jawatan Presiden parti atau Perdana Menteri dipegang oleh seseorang yang berakhlak sedemikian. Kejap-kejap mahu berundur dan disuruh saf lain mengambil tempatnya. Dapatlah dia rehat lebih dan bertafakur bebas dengan Allah daripada melayani karenah makhluk lain yang senantiasa ada yang asyik mengampu dan menipu.

1 comment:

SiR KinG TiGeR said...

Red1

Aku teringat kisah 4 orang muaalaf yang tengah sembahyang seorang jadi imam dan 3 orang makmum disebuah masjid, tiba tiba seekor tikus lalu dihadapan mereka.

Jamaah 1 - hai ya itu tikus banyak besar lo

Jamaah 2 - eh..olang sembahyang tatak boleh ckap lo

Jemaah 3 - Untung wa talak cakap

Imam - Habit apa pasal lu olang suma ckap ?

Saje gurau gurau ! Ilmu agama ko lebih mendalam dan hebat dari aku

Mohd Zaki @ ZeQ
Kelana Jaya, Selangor