Sistem mahkamah yang diambil daripada Barat sering dikritik kerana seseorang peguam itu tidak boleh memihak kepada lawan walaupun anak guamannya salah dan penipu. Begitu juga dalam soal berpolitik. Jika awak PAS janganlah pergi sokong apa UMNO kata. Kena kutuk nanti. Pakai songkok pun tidak boleh. Itu songkok UMNO (terutamanya dalam tahun pertengahan 80an).
Jika awak UMNO jangan pergi sokong PAS. Kena ketuk nanti. Pakai serban tak apa. Orang UMNO tak berapa kisah pakaian. Kedua-dua parti ini pula ada persamaaan dari segi pendirian agama. Mereka sama-sama Islam dan amat sensitif kepada soal kepentingan Islam. Soal pergi tangkap orang berkhalwat, kedua-dua akan berebut pergi.
Hisap rokok tak kisah pula. Padahal orang Cina sensitif kepada ahli politik yang merokok. Kurang 'bersih' pandangan kepada masyarakat Tionghua kita. Pengalaman saya semasa dalam pejabat PAS ramai hisap rokok merata. Pejabat PAS dulu yang pernah saya kunjung bersepah dengan puntung rokok dari tangga bawah sehingga atas. Tidak melambangkan kecemerlangan syahsiah Islamik.
Walaupun merokok itu diterima sehingga ke para ulama merokok gudang garam pun tidak menjadi isu besar. Berpaip atau hisap cerut pun tak apa. Asal jangan hisap dalam lounge hotel dan memegang punggung wanita dalam keadaan mabuk. Orang UMNO pun jatuh hormat apatah lagi orang PAS.
Apakah apabila kita ahli PAS, maka PAS itu adalah suci dari hujung rambut sehingga hujung kaki? Orang yang bawa saya masuk PAS iaitu Abdul Razak Ayub al-Lubis sering bertanya dengan ayat tersebut. Itu yang menarik saya masuk PAS. Tetapi apabila hilangnya hak bertanya atau mengkritik sehingga tercemar imej yang suci pada PAS itu tidak boleh diamalkan maka itulah antara sebabnya saya rasa seolah tidak berparti walaupun menjadi Exco Pemuda PAS dulu.
Khalid Abdul Samad yang pernah menyandang jawatan AJK Agung PAS dalam tahun 1980an semasa saya ada, pada satu hari menarik diri dari AJK tersebut dan tidak bertanding semula. Saya tanya beliau 'mengapa?' - 'why, why, why?'. Beliau menjawab, "Nothing changed. I can do nothing in there. So why stay?".
Dalam bisnis pun sama. Seorang taukeh akan berdebat dengan jurujual dan tidak akan setuju dengan harga mana pun yang diberi. Satu hari saya sebagai pakar penasihat sistem komputer dalam sebuah syarikat awam berhad menyaksikan ketua pengarah saya seorang Datuk cina berbuat demikian terhadap satu syarikat pembekal lalu saya kesian dan cuba menasihati yang harga diberikan itu sudah memadai.
Datuk itu tanya saya balik, "Whose side are you on? (Awak sebelah pihak mana?)". Baru saya sedar, saya berkerja dengan syarikatnya, maka saya tidak boleh memihak kepada yang luar syarikat. Datuk itu pun menerangkan kepada pembekal itu dengan elok,
"I am on my side (Saya berada dipihak saya)". Dalam ertikata lain, "I am not on your side (Saya bukan memihak kepada kamu)."
Persoalannya apakah kita kena begitu? Bukankah dalam Islam itu terutama zaman Al-Malik al-Nasir al-Sultan Salah al-Din Yusuf ibn Ayyub, atau Saladin kepada Barat dan Salahudin kepada kita. menurut wayang Hollywood yang bukan muslim pun ditayangkan Salahudin sebagai begitu tinggi peradaban kemanusiaannya dengan tidak membunuh atau menyiksa atau memperhambakan musuhnya orang Kristian. Beliau dan tentera Islam tidak membalas dendam.
Bacalah kisahnya yang menakjubkan di sini: Saladin Story
Maka saya terfikir apakah orang Kristian yang menonton wayang itu akan memanggil pengarah wayang itu dan bertanya dengannya, "Awak ini sebelah pihak Islam ke?".
Jika pihak lawan boleh memihak kepada kebenaran sejarah selaku pihak kita, mengapa kita tidak boleh terbuka hati memihak kepada mereka selaku kebenaran yang ada? Apakah kita takut dan khawatir? Bukankah kita cuma melakukan apa yang pernah dilakukan sebelum ini?
Hanya hambaNya yang salih sahaja yang mampu melakukan hasanah dunya wa akhirat. Hanya yang mengenal Tuhannya.
No comments:
Post a Comment