Mengapa Kerajaan Selangor tidak lebih kreatif dalam pendekatan menyelesaikan isu Kandang Babi dengan memindahkannya ke negara jiran seperti Sumatera yang banyak tanah dan amat murah kosnya?
Semasa saya musafir di sana saya tersaksi banyak paip-paip minyak dan tanah kosong kering dengan pasir dan tidak berpenduduk. Sumatera akan untung banyak dengan jual-beli projek ini. Cina Selangor akan lagi suka dan menyokong dasar ini kerana berpeluang untung lebih dari situ.
Negara maju lain pun buang sisa toksiknya ke tempat lain jika dibantah oleh rakyat sendiri. Mereka ada cara mereka dan kita mesti ada cara kita. Dan mengapa kita asyik guna teknologi asing macam dari Jerman? Sepatutnya kita macam saya yang ekspot diri saya ke negara Jerman yang menjadi ibu pejabat saya sekarang kerana menjual servis saya disana.
Bukan sahaja babi tetapi juga kambing dan lembu yang kita kekurangan sebnayak 80% yang perlu diimpot setiap tahun dari India dan Australia. Semasa saya musafir sehingga Surabaya di Indonesia saya duk kira dengan orang sana yang harga mengarap di sana adalah separuh harga di sini. Lebih-lebih lagi tenaga buruhnya tidak terhad.
Juga kandang babi tidaklah isu di sana kerana orang Batak yang duduk di sana selalu makan daging itu malah dalam perjalanan saya menaiki ke Beras Tagi bersama Putri Deli dari Medan, kami nampak banyak kedai panggang babi.
Saya bukan nak tunjuk pandai kepada kerajaan negeri, tetapi saya rasa kita ini semuanya kurang kreatif dan senantiasa memandang rendah diri sendiri. Saya menyatakan ini bukan kerana merapu tetapi setelah duduk negara ini berdekad-dekad, sebelum sampai ke kesimpulan ini.
Saya sudah round dunia dan saya boleh buat perbandingan. Orang kita senantiasa rasa inferior dan memandang orang luar sebagai superior. Bukan Malaysia sahaja. Keniche Ohmae telah tulis dalam bukunya, "The Borderless World" tentang "The not invented here syndrome" yang songsang bagi negara Asia.
Apabila saya pergi ke negera luar pun sama. Orang Filipina pandang rendah orangnya tetapi pandang tinggi orang Malaysia. Orang Indonesia pandang tinggi orang Malaysia. Orang Jerman pandang tinggi orang Malaysia. Saya amat bangga bukan kerana saya tinggi 1.87m yang lebih tinggi dari ramai orang Jerman apabila saya berjalan di Berlin, tetapi saya sudah jumpa rahsia kejayaan sebenarnya semasa duduk di Kuang, Selangor, Malaysia di bawah pentadbiran 22 tahun Dr. Mahathir Mohamad.
Sekarang saya cuma minta kita jangan lagi ke belakang. Be the best of all that you can be - Allahu Akbar wal Hamdulillah!
4 comments:
mbPeluang nak buat duit nie banyak, tetapi sebab malas, asyik nak pikir kerja mudah aje....
Sanggup gadai maruah, gadai tanah bangsa sendiri untuk duit....
Kekadang tu, anak sanggup jual tanah mak bapak, sampai mak bapak habis tanah tapak rumah pun kena jual.....
Cantik cadangan anda pindahkan projek babi. Tapi pada saya bukan itu soalnya. Kalau ada projek RM100 juta untuk bukan Islam atas nama kerajaan Selangor (walaupun bukan duit kerajaan), mana projek RM100 juta untuk Melayu Islam, hasil kerajaan baru Selangor. Kalau takde, kena fikir bagi ada, itulah ujian awal Selangor di bawah Pakatan Rakyat.
Ibnu Hasyim.
Salam Anak Hashim!
Hmm.. oh gitu?
Jadi kandang babi ni duk macam tu je la? Asal kita cari kandang lain yang boleh menguntungkan semua secara saksama?
Hmm.. itulah Konsep Keadilan agaknya.
Tetapi bukankah kita sebagai tuan rumah sudah dapat banyak kurniaan dah dari bumi ini? Bagilah kat depa plak kan?
Tetapi bukankah saya dengar ramai protes itu disebabkan bukan soal kaum lain tidak dapat apa-apa (sekali lagi ia agak apolegetik mengemis di bumi sendiri secara ini), tetapi mereka rasa projek macam ini tidak sesuai dan tidak memberi peluang protes yang lebih lega.
Terlalu cepat kerajaan negeri meluluskannya, dan merupakan projek mega sulong pulak tu.
Jadi terbukalah ruang untuk pihak lain mempolitikkan ini. Saya sini cuba cari jalan bagi semua jadi, bukan separuh je jadi.
Isu ni dah lama cuma aku just nk bg pendapat aku sendiri.
Alasan nk buat pusat ternakkan kt Sumatera tu aku tak setuju. Memang la kos kat sana murah tapi ni bukannya pasal isu kos aja.
Kalau tutup pusat babi kat Slangor pastu bukak pulak kat Sumatera, apa jadik ngan tokey babi yang pusat ternakkan dia ditutup ni? Nk soh diorang keje kat sana plak ke? Aku tak rasa diorang nak. Kerajaan kena sediakan alternatif lain kalau nak guna idea ko tu bro.
Bg aku la,niat diorang nak satukan semua pusat babi seluruh selangor jadi 1 tempat mmg bnyak manfaat. Najis2 babi akan diguna blk untuk tanaman yg kendian bg blk babi tu mkn, dia rotate kat situ jek. Air cucian kandang akan diguna blk utk buat makanan pejal babi.Ini le teknologi yg Jerman gunapakai utk sekian thn yg Mlysia xde pun teknologi ni.
Aku nmpak idea ni lg bnyak positif dr negatif.Rakyat jek yg kna "dodoi-kan" dgn alasan2 yg x msuk dek akal.Pegang babi haram la, itu la, ini la.Ntah bila le Islam kata pegang babi tu haram,aku pun xtau. Pegang bkn muhrim tu haram,mmg aku ada baca tp pegang babi setahu aku kena samak aje ada la.
Post a Comment