02 April, 2008

Tahniah Buat Ahmad Shabery Cheek


Saya mengenali Dato' Md Shabery ni semasa saya bertugas secara sukareleven dalam Harakah tanpa gaji tetap sekitar tahun akhir 80an dulu. Entah macamana lama tidak berjumpa terserempak dengan beliau dua kali berturut-turut minggu lepas iaitu malam jumaat dan keesokan hari selepas solat jumaat. Beliau cukup mesra dan tidak melupai kenalan lama. Dulu masa dalam Harakah saya rajin round mengutip tulisan mana-mana pihak yang ingin disiarkan untuk tatapan golongan intelektualis tanah air. Beliaulah yang menjadi tutor di Uniersiti Malaya masa itu, cukup peramah menerima kunjungan kami untuk berbual serta mengambil artikel darinya untuk dimuatkan dalam penerbitan kami.

Semasa saya berjumpa beliau minggu lepas saya agak lega dan puas hati yang beliau tidak berubah cara mesranya malah bersemangat pula menceritakan hasratnya untuk memperbaiki institusi penting iaitu Kementerian Penerangan supaya lebih cergas dan meletakkan kepentingan yang betul dari segi desiminasi berita dan maklumat. Beliau berkata,
"Saya tidak mahu lihat berita keluar ikut susunan PM, TPM, Menteri Penerangan baru berita isu. Tiada lagi soal personaliti. Tetapi soal isu".

Selepas kembali dari pertemuan itu, saya pun duk perhati demi perhati setiap malam berita jam 8 RTM 1 dan TV3 untuk memerhati apa betulkah ada perubahan. Memeranjatkan saya ternampak bukan sahaja ada perubahan iaitu muka PM pun tak keluar langsung(!!!) tetapi berita mengenai kumpulan dalam Umno (diketahui Dr. M) yang kuat menentang PM pula yang keluar agak lurus dan terjaganya. Saya terus memberitahu isteri saya yang kurang sensitif tentang siapa lawan siapa secara terkini untuk perhati sebagai saksi saya,

"See! see! That Ahmad Shabery really did it! He really did what he said!"

Alhamdulilah, rupa-rupanya ada faedah juga jadi Menteri. Boleh menggunakan kuasa pada tangan untuk merobah keadaan bagi manfaat rakyat. Sekarang saya betul-betul menikmati berita perdana. Kerana saya tahu bahawa dasarnya adalah lebih telus. Tiada lagi sindiran yang entah terbang dari mana yang berat sebelah sahaja. Sudah ada Menteri yang bukan sahaja kawan kepada kita, tetapi kawan kepada semua.

Semoga Allah jua memberkati jasa mu Md, dan jangan bimbang, sekiranya anda dijatuhkan kerana terlalu telus, doa kami akan mengangkatmu dunia wa akhirat, amin!

2 comments:

sheikh teluk intan said...

Adakah Ahmad Shaberi Chik, yang dulunya dipengaruhi oleh jalur pemikiran Ali Shariati akan menjadi" a new broom sweep cleans" atau masih terlalu awal untuk kita memberi tabik hormat kepadanya.

Dan mampukah dia menjadi Menteri yang sanggup mempertahankan prinsip yang murni dalam kabinet yang penuh dengan 'kacang hantu'?

Pa'chik said...

setakat dia siar berita kumpulan mahathir dulu.. tak menjadikan dia telus... dia dulu kan orang ku li... mungkin dia pun memberontak dengan pak lah sekarang nih... siapa tau...
kalau tengok berita pagi jam tujuh.. masih lagi rasa nak baling je tibi tu ngan kerusi...