Menurut perlembagaan Malaysia, seorang Melayu itu bukanlah pada bangsanya tetapi pada adat resamnya. Iaitu sekiranya dia itu boleh berbahasa Melayu, ikut adat-istiadatnya lalu beragama Islam maka Melayulah dia.
Oleh kerana Guan Eng belum beriman maka dia itu bolehlah dikira 2/3 Melayu. Harusnya orang Melayu yang lain tidak rasa sangsi taat kepada seorang pemimpin yang 2/3 Melayu kerana di Sarawak dulu orang bumiputera disana taat kepada seorang Raja yang bernama Inggeris, berbahasa Inggeris dan beristiadat Inggeris iaitu James Brooke.
Lebih-lebih lagi Guan Eng ini dikatakan sudah teringin mengikuti konsep politik Islam seperti yang pernah diamalkan oleh Umar Abdul Aziz, maka beliau bolehlah dikira setengah muslim pula. Cuma yang setengahnya lagi itu ialah buat alam akhirat dimana beliau tidak akan dapat buka akaun lagi selagi belum mentaati tauhid yang wahid serta memegang kepada kerasulan Nabi. Tetapi mana tahu itu boleh terjadi malam ini juga, kerana untuk menerima hakikat itu cuma cukup mudah iaitu dengan itikad di dalam hati, dan belum dihabak ke orang lain pun sudah dikira jatuh hukum muslim di depan Allah.
Sekiranya dengan tergerak hatinya untuk menerima kebenaran dan cahaya Ilahi, lalu markahnya naik ke 3/3 dan 2/2 maka masa itu juga beliau layak jadi Perdana Menteri. Senario politik tanah air tentu sekali amat berubah daripada sekarang. Akan berduyung-duyunglah agaknya ahli-ahli dari parti lain terutamanya Parti Gerakan seperti Lim Keng Yaik dan Koh Tsu Koon nanti.
Ini tidak mustahil kerana sudah pernah berlaku semasa jatuhnya Mekah kepada rombongan penyerang muslimin. Nabi mendapat wahyu lalu keluarkan perintah, bahawasanya sesiapa yang menyebut saja, "Tiada Tuhan lain melainkan hanya Allah" dia itu selamat dan tidak boleh diapa-apakan. Cukup mudah, amoi pun boleh baca, apatah lagi Lim Keng Yaik. Cuma pelat dia tu tebal sikit. Saya sikit tahu hokkien tak risau, faham juga apa dia nak habak nanti.
Kisah di atas ini cuma bersenda tanpa gurauan sahaja kerana ia tidaklah sesuatu perkara yang ganjil bagi Islam. Semua 10,000 sahabat Nabi yang mengepung Mekah dahulu tidak satu pun yang merupakan keturunan asalnya Islam. Mereka adalah mualaf belaka.
Yang berketurunan ahlul kitab dan penjaga Kaabah pula masa itu kehilangan punca dan sandaran. Namun mereka semua terima sahaja akhirnya Islam itu apabila sudah tidak ada lagi politik maupun suara untuk menentangnya. Islam itu rasional dan realiti semasa sampai bila-bila. Ia hanya menunggu masa.
Kaum yang terbesar Muslim hari ini bukanlah dari bangsa Arab maupun dari bangsa Nusantara, tetapi bangsa yang diIslamkan menerusi pengaruh luar sekali iaitu Babur Khan, keturunan Genghiz Khan dari Mongolia, yang menerima Islam selepas melanggar Baghdad dan meneruskan sehingga sekaligus benua India hari ini di campur semua umat yang terbawa oleh Khan-khan ini tak kira Babur atau Akhbar Khan adalah 450 juta (Pakistan + India + Bangladesh).
Idzajaa a nashrullahi wal fath - 'apabila datangnya pertolongan Allah yang Membuka', cukup terbukti dalam ayat itu tentang pembukaan, bukan perubahan. Perkataan 'apabila' bermakna when, bukan if.
Renong-renonglah kita. Doa-doakanlah, hari ini kalau Allah tidak berikan kita Karpal Singh, bagilah Lim Guan Eng pun jadilah.
3 comments:
Guan Eng menunjukkan seseriuosan nya untuk mengamalkan konsep yang diterapkan khalifah umar dalam pemerintahan. Perkara ini adalah perkembangan yang menarik buat umat islam khasnya di P.Pinang. Menunjukkan keterbukaan DAP terutamanya Guan Eng dalam berpolitik. Yang mana nampak beliau adil, itulah yang beliau rasa perlu digunakan. Atas berkat Almarhum Dato Fadzil Nor yang melawat Guan Eng dipenjara dan membekalkan Guan Eng buku tentang Khalifah Umar itulah menjadi titik tolaknya (takdir Allah). Moga apa yang berlaku membawa kebaikan kepada rakyat keseluruhannya dan membawa kepada tertegaknya islam yang pastinya berintikan keadilan sejagat.
http://aktivitionline.blogspot.com
Guan Eng - Cina atau Melayu?
Red1,
Guan Eng - Cina atau Melayu?
(Jika Guan Eng kata dia Cina).
Sebelum jawab soalan itu ada apa-apa yg boleh kita rujuk dari perlembagaan malaysia tentang apa yg dikatakan orang Cina?
Jika tiada, maka kita minta Red1 cari di republik Cina -apakah takrifan orang Cina di sana? Apakah yg dikatakan orang Cina atau lebih tepat KECINAAN itu letaknya di mana?
Kesepetan mata? Orang melayu pun banyak yg sepet.
Cakap Cina dan Kulit putih kuning? Saya dah pernah tengok yg hitam legam cakap Mandarin.
Makan kuew teow dan kueh pau? Orang melayu pun dah pandai buat dan jual kueh teow dan kueh pau.
Tetapi orang Cina itu ada yg Teowchew, Hakka, Canton, Ma dan lain-lain? Mungkin lebih tepat dari melihat KECINAAN - kita lihat di mana letaknya KETEOWCHEWNAN atau KEHAKKANAN? Red1 bagaimana?
Guan Eng ini apa asal usulnya?
Makannya apa? Cakapnya apa? Agamanya apa? Raja datuk neneknya siapa semasa di Tanah besar Cina?
Samy Vellu pun apa asal usulnya? Telugu? Mamak? Malayalam? Makan pakai dan Raja datuk neneknya dahulu apa?
Apapun kalau dah lebih makan sambal belacan dan budu - maka sahlah mereka dah mula lebih melayu dari cina.
wassalam
rtk
from rethinking times
http://rtktime.blogspot.com/
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakattuh
Sdra. Redhuan,
Do you still remember Tun Omar Ong Yoke Lin ?
Tun Omar Ong Yoke Lin , was a founding member of MCA .He was a minister ,later appointed as an ambassador during the era of the late Tunku Abdul Rahman.He celebrated his 90th birthday last year.He and his family accepted Islam through the dakwah of the late Tunku Abdul Rahman and Hj. Ibrahim T.Y.Ma of PERKIM
Dr.Muhammad Leo Mhicahel Toyad – a Melanau from Sarawak , the Former Minister of Tourism accepted Islam in 2006 .
Whoever, sincerely search for the TRUTH, ALLAH - Ar Rahman and Ar Rahim will fill their hearts with the HIDAYAH and IMAN.
A reminder from the Holy Qur'an:
“O you who believe! Fear, Allâh, and believe in His Messenger, and He will bestow on you a double portion of His Mercy. He will provide for you a Light by which you shall walk (straight in your path), and He will forgive you (your past); for Allâh is Most Forgiving, Most Merciful.” (57:28)
Please allow me to share with you some interesting websites on Islam,Muslim and Chinese.
http://islaminchina.wordpress.com
http://www.muslimtionghoa.com
http://www.mualaf.com/
http://abuzuhri.blogspot.com
http://www.pitijatim.org
Wassalam
Post a Comment