06 April, 2008

Bab 3 - Rancangan Terakhir Mahathir & Anwar

Mahathir sudah tua. Itu ikut piawaian kita. Bukan piawaian negara China dimana umur 85 pun dianggap pertengahan dan top lagi. Mahathir jika kita perhati dua tiga minggu ini seolah amat muda dan cergas. Macam dikatakan sebelum ini, lawatannya ke IJN disyaki adalah kerja preventive maintenance dan bukannya repair disebabkan kerosakan. Saya berpendapat bahawa bukan sahaja Mahathir dapat lasak sepanjang tahun ini berperang kembali di medan utama padang politik tetapi dia tidak akan tiba-tiba terduduk atau terbaring kerana jantung. Melainkanlah dia sengaja nak buktikan saya ini silap. :-)

Ok, kenapa dua tiga hari ini Umno dan kerajaan Pak Lah tiba-tiba menyerang Dr. M sahaja, secara habis-habisan dan mengeluarkan satu jenis barisan penyerang? Iaitu menggunakan Ahmad Shabery, Roslan Kassim, Zaid Ibrahim tetapi tidak sangat Pak Lah dan Najib? Apakah ini menyimpan perluru atau berjaga-jaga kerana mengikut sejarah Mahathir ini akan diam lama kerana merancang dan selepas itu akan menyerang macam Pele tendang bola entah datang dari mana. Saya percaya Mahathir ada muslihat dan perancangan yang agak rapi. Jelas nampak yang BN rasa Mahathir lagi besar ancaman daripada Anwar dan PR itu sendiri.

Mahathir menyatakan tidak sokong Najib ada sebab. Kini Ku Li adalah proksi barunya. Mahathir mesti sudah mengira yang Najib tak akan dapat naik atau lawan bossnya. Mahathir bila pukul nak bagi KO, bukan TKO atau kira markah.

Bagaimana pula dengan Anwar. Disini ada dilema sikit. Jika Anwar biarkan PakLah saja, Umno sendiri akan bertambah lemah dengan sendirinya apabila Ku Li cabar Pak Lah. Lepas itu dengan Umno menjadi lemah dan lebih berpecah, barulah senang sikit serang. Tetapi waktu pembukaan tirai bagi Anwar adalah April 15 ini. Apakah Anwar akan serang Parlimen pada peluang sidang petama selepas itu atau tunggu EGM Umno yang entah akan berlaku antara bulan itu sehingga Disember nanti?

Mesti kita ingat bahawa terbukanya tirai bagi Anwar beraksi tidak ada hadnya. Tirai itu tidak akan tutup balik kerana Anwar sudah bebas dan tidak ada kes baru atau ISA lagi. Melainkan Menteri Dalam Negeri beraksi balik. Dan KDN hari ini tidak macam dulu. Hanya Dr. M sahaja yang berani humbang Anwar masuk kembali ke dalam lokap. Cuma janganlah bagi singa tua ni keluar turun padang kat Dewan PWTC nanti. Ooh please don't. Jangan Mahathir atau Anwar. Kedua-dua ini tak boleh bagi pegang microfon. Habis terbalik dewan nanti. Ini kerana mereka adalah pemidato handalan peringkat antarabangsa dan akan masuk dengan persiapan bala tentera masing-masing. General perang tidak akan turun seorang. Mesti dah susun strategi untuk menang dan menang kotor pun tidak kisah, asal menang.

Mahathir pandai mengira pusingan pukulan dan mesti duk mengira apakah sempat Ku Li berikan KO kepada PakLah. Ini hanya akan diketahui selewat-lewatnya Disember ini. Mahathir sudah tahu bahawa sistem kuota yang didirikannya adalah benteng yang kini memihak kepada Pak Lah. Itu sebabnya Mahathir meminta supaya sistem itu dibuang. Alasan yang dia beri bantai saja. Katanya sudah rosak. Kena buang, katanya.

Anwar pula perlu tahu bahawa jika dia menyerang BN pada sidang Parlimen seawal mungkin, BN itu sendiri mesti sudah bersedia kerana bola ada pada kaki BN. Juga perlu tahu bahawa menyerang UMNO ini mungkin membawa kesan backfire atau backlash. Mengapa kata begitu? Ini mudah saja teorinya. Jika sekiranya sesuatu itu tak rosak jangan betulkan. Sekarang ini BN sudah lemah tanpa campur-tangan Anwar. Khairy masih berleluasa di dalam BN dan tengah hangat berkempen berdepan dengan Mahathir menerusi proksi Ku Li itu. Biarkanlah. Kenapa nak rosakkan satu perang habis-habisan yang akan menghancurkan diri dari dalam? Mengapa mahu menghabiskan peluru atau buang tenaga campurtangan dalam perang proksi tersebut. Simpanlah kuasa. Tunggu dan sabar. Itulah strategi ala SunTze. Jangan masuk perang yang anda tidak tentu anda akan menang.

Jika sekiranya Anwar serang awal, takut-takut UMNO pula bersatu dan tidak jadi perang saudara mara mereka itu. Macam-macam boleh berlaku. Pak Lah letak jawatan suruh Mahathir naik ganti! Masa itu betul-betul akan habis Anwar dan gang nanti. Rakyat nak berontak? Silakan. Mahathir akan mengaktifkan memori lamanya. Dah masak Mahathir menghadapi segala macam risiko dan keadaan. Bukan sekadar menghadapi, malah pernah buktikan kehandalannya. Agung? Mahathir langkah je. Pasal perlembagaan kata boleh, dan ada caranya. Cuma perlu sedikit kekejaman jarum doktor.

Mustahil Mahathir kembali berkuasa? Siapa kata? Ada perlembagaan kata? Jika tidak ada senario lain UMNO boleh bersatu kuat. Scenario yang kurang dastrik dari atas adalah mengikut kejutan pukulan pusingan pertama yang Anwar bakal berikan. Mahathir boleh diangkat jadi penasihat UMNO dengan kuasa menteri dan Ku Li di letak gantikan Pak Lah tanpa pertandingan tetapi perjanjian bersama. Pak Lah pula boleh diletakkan sebagai menteri kanan tanpa portfolio sehingga krisis berlalu. Sekarang pun kita lihat Pak Lah kurang keluar berita atau muncul di TV. Ini mesti ada taktik yang mereka tengah mainkan.

Senario terakhir Anwar ialah dia akan dapat berkuasa dalam masa terdekat sekiranya BN melakukan offside yang terlalu dasyat sehingga gol betul-betul terbuka. Samada UMNO kena kes mahkamah yang mengantungkan aktiviti mereka, atau terdapat kes yang Mahathir timbulkan nanti. Tetapi jika Anwar bertindak, Pak Lah pun boleh bertindak juga, iaitu cepat-cepat membubarkan Parlimen untuk runoff kali kedua tahun ini yakni PRU13.

Mesti ingat PRU sekali lagi tidak bermakna BN akan kalah sekali lagi di 4 negeri berkenaan. Seperti Ahmad Shabery berkata dan saya percaya beliau ini sudah dapat hasil analisa penuh kajian pengundian PRU12, bahawa kekalahan BN di 4 negeri itu bukanlah kemerosotan undi Melayu malah adalah kehilangan undi terbanyak dari bukan Melayu. Mesti ingat bahawa BN adalah paling teruk pada PRU12. Ini bermakna tiada akan lebih teruk selain PRU12. Apa-apa pertandingan akan datang dia mesti kuat sedikit jika tidak banyak. Ini adalah analisa teknikal dan bukan fundamental. Tak faham tanya pakar statistik. Minyak itu sudah tekan habis dah, dah tak le gi lagi, orang kampung kato.

Jika Anwar terbaca meter itu sudah maksima dan akan lantung balik, beliau terpaksa kira balik tang mana meter itu boleh bocor. Jawapan yang paling strategis ialah perkuatkan 5 negeri, biarkan UMNO berpecah, biarkan isu minyak dan kemelesetan ekonomi Amerika pulih kembali dalam masa dua tahun ini baru serang. Ini kerana jika PR ambil alih sekarang pun PR akan hadapi masalah dalaman dan luaran yang terlalu banyak. Juga terdapat masalah dalaman PR akan berebut untuk kerusi akan datang. PR terlalu baru dan kena matang lebih sikit. Jadi jika tidak terdesak, consolidate dulu, simpan tenaga, dan rancang betul-betul untuk jangkamasa panjang.

Walau macamanapun ini merupakan perang terakhir buat Mahathir yang akan menentukan hidup matinya. Terlalu banyak yang menjadi risiko sekiranya kerajaan jatuh ke tangan Anwar. Mahathir tahu Anwar tidak akan memaafkan dosanya. Begitu juga ini merupakan perang terakhir bagi Anwar. Sekiranya beliau tidak menang kali ini, entah bila lagi boleh jumpa peluang sedemikian.

Sebagai kesimpulan, nampaknya akan menjurus kepada berlangsungnya PRU13 nanti dan akan menjadi perang terpenting dalam sejarah tanahair, bahawa dua obor terbesar negara berentap, dan salah satu akan menang dan satu lagi akan musnah. Cina cakap ini kali satu mesti mati. Tetapi Melayu sendiri sahaja boleh elak mala-petaka ini. Kan Melayu tidak suka gaduh? Kuasa ada dalam tangan mereka secara mutlak. Buat apalah mahu gaduh dan hilang kuasa? Saya cukup runsing memikiorkan ini. Tawakal jelah. Nescaya Allah yang Maha Menguruskan segalanya, kulli syain qadra.

6 comments:

Anonymous said...

Baru tengok MU draw dgn Middlesborough...baca blog ni lagi best! Bro teruskan....kadang2 ada 'preview' what's coming seronok juga! TDM cakap tak nak jadi Pr amno atau pee em aje...Pr atau atas sikit mesia okay kot? What say you bro/

Redhuan D. Oon said...

Baru tau Pak Lah tadi sudah hentam Mahathir kow kow. Jadi ikut analisa tulisan saya tadi, bermakna BN sudah keluar peluru terakhirnya. Selepas ini Pak Lah sudah takde peluru melainkan guna sten gun yang hentam geromoh je.

Saya nak tunggu Mahathir plak, mesti dia tengah betulkan tayar kereta kebalnya.

Anwar tak akan buat apa-apa. Mesti menunggu perang saudara Umno berlarutan dulu.

Mahathir mesti kira, bahawa jika dia pukul Pak Lah, apakah akan tumbang kawan itu? Jika tak, dan UMNO cedera parah, maka Dr. M akan melakukan taktikal maneuveur iaitu mesti dia letak proksi yang boleh dipercayainya yang akan menurut perintahnya sebiji sebiji.

Boleh jadi selama ini mereka berdua sandiwara? Hmm... untuk apa? Elakkan perhatian dari harga barang naik? Berikan pesta kepada rakyat berseronok?

Perlu tahu bahawa Dr. M sudah tahu Penang dan Kedah akan kalah sebelum ni kerana Daim sendiri pernah umumkan 2 minggu sebelum PRU12 dulu. Daim adalah kem Dr. M. Mesti mereka sudah tahu dan bersedia selepas tu.

joe penang said...

Nak bubar parlimen sekali lagi utk pru13 dalam jangka terdekat? Rasanya tak mungkin!!

- Umno & BN tak bersedia. kan hjg thn ni ada PAU. MCA & MIC pun nak adakan PA gak.
- mana nak cekau duit nak buat banner, poster dll lagi. habih dah duit toke2 judi digunakan(dan ditelan?)

lagipun kalu dibubarkan
- PR enggan membubarkan DUN. Maka 5 kerajaan PR tidak terjejas. Cuma kerusi parlimen je akan diadakan semula

Redhuan D. Oon said...

Memang betul Joe tang 5 Negeri tidak bubar. Dan pengundi akan terdorong undi pecah ke BN di Parlimen, yakni bagi swing votes dari bukan Melayu. Mereka bukan macam kita beb. Mereka itu pendulum.

Tentang kemungkinan bubar itu ia pasti berlaku jika SB bagi tahu Pak Lah yang 30 kerusi itu sudah dalam tangan Anwar. Jika tak bubar Anwar naik jadi PM secara walkover.

So amacam? Sangka Pak Lah dan geng nak bagi walkover free ke?

Nevada said...

tak silap saya kalau nak bubar parlimen sekali lagi ada waktu edah dia.. malah PR12 yg lepas masih belum digazet lagi pun..

Letting the time pass me by said...

UMNO sebenarnya masih majoriti iaitu 78 kerusi, sementara PKR cuma ada 31 kerusi... So kalau ada 30 lagi join PR, kekuatannya seakan sama dengan majoriti PKR...

Kita juga tahu akan peranan DYMM Agong dalam melantik PM...

Oleh itu, saya rasa perkara ini bukan satu yang straight forward. Bukankah PR ingin menubuhkan satu Majlis Penasihat Tertinggi, bermakna, PM PR akan diputuskan oleh Majlis Penasihat ini...

Dalam BN, majoritinya amat jelas.. UMNO adalah majoriti terbesar... Tapi dalam PR, semua parti mempunyai kekuatan yang agak seimbang...

Jadinya saya tidak menolak kemungkinan bahawa PAS juga mempunyai peluang menjadi PM....