Kerana saya memasuki IDP itu pada lebih kurang bulan Mac, 1980, dimana pelajarnya yang berjumlah dah lupa mungkin 30 lelaki dan 20 wanita, dan kelas mereka saya rasa dua atau tiga sahaja, dan saya perlu langkah kerana miss beberapa subjek yang sudah berjalan saya pun cuba mengejar waktu dengan menghafal huruf-huruf arab.
Ia cukup mudah bagi saya kerana hurufnya adalah 26 lebih sahaja, iaitu alif, ba, ta, sehingga lam alif, hamzah. Tidak seperti huruf Cina yang asasnya adalah 3,000 huruf! Jika mahu jadi macam Tze HuangTi atau Kung FuTze atau LaoTze atau SunTze perlu tahu 50,000 huruf! Dalam masa dua tiga hari saya terhafal cukup untuk memulakan pelajaran baris di atas, di bawah, di depan serta dua baris, dan kemudiannya tajwid. Idhigham wajibal ghunna, Ikhfar, Izhar, Mat Jaiz, Mat Lin, cukup lah tu. Saudara tahu ke semua tu? Jika belum tahu malaslah nak cerita lanjut.
Untuk subjek Tauhid saya gembira kerana dengan mudah dapat 100 markah. Jika emak saya ada pasti tak kena rotan. Dalam bab Tauhid ada belajar sifat 20. Tetapi saya tidak sekadar cukup dengan buku tauhid yang ada. Saya membaca buku sehingga yang orientalis tulis seperti Martin Lings dan Frtijof Schoun. Saya juga dapat banyak dari mengikuti pengajian di masjid dan pondok secara tambahan.
Mari saya tanya saudara sikit. Sifat Allah yang pertama saudara tahu ke? Apa dalilnya Allah Ujud atau Ada? Cuba jawab. Saya tanya ini kerana ramai kawan-kawan saya yang mengaku Islam tidak dapat jawab! Jika mereka lepas bilik shaolin pertama saya akan tanya soalan bilik kedua. Nahas juga, kerana lagi ramai tidak tahu apa itu dalil aqliah dan dalil naqliah. Jika lepas itu, masuk bilik ketiga lagi payah. Semua sekali ada 7 Chambers of Shaolin Kungfu. Siapa yang rasa dia dah tahu dan nak dapat sijil Redhuan Oon mengenai sifat pertama Allah silakan berjumpa dengan saya. Yuran sijil tak mahal. Nasi kandar satu pinggan je.
Hehe, jika tak lepas sifat pertama brader, macamana nak berdebat dengan kita bab politik Islam brader? Anyway saya bersambung apa yang saya mengalami di IDP itu.
Di sana ada sepasang suami isteri dari Jepun. Mereka berumur dalam sekitaran 50an. Saya pun tanya mereka kenape masuk Islam dan mai Malaysia. Mereka bekata memang dah masuk dah, cuma tiada tempat mahu belajar Islam lalu mari ke Perkim. Payah mereka belajar kerana aliran bahasa di IDP dan mereka cuma tahu bahasa Jepun dan sedikit bahasa Inggeris. Tetapi seorang sahabat Cina Muslim iaitu Hashim yang kuat tabligh selalu mendampingi mereka untuk mengajar mereka. Akhirnya suami-isteri itu bila balik ke Jepun telah menghadiahkan macam-macam buah tangan kat Hashim.
Ramai juga kawan-kawan lain yang Cina di sana. Dua yang masyur sekarang ialah Usman Chua yang kini sudah dapat Phd di UIA dan menjadi pensyarah di sana. Kisah hidupnya pada permulaan amat sedih dan mencabar. Cukuplah sekadar menyatakan beliau bernikah dengan seorang lagi saudari baru berbangsa India yang sama-sama mengaji di IDP. Masa Usman memeluk Islam dan masuk IDP sudah berumur 37 tahun dan mempunyai sedikit kecacatan ditangan dan kakinya. Tetapi beliau boleh tamat belajar IDP dan sambung belajar ke UIA dari ijazah sehingga masters sehingga doctorate sehingga jadi pensyarah. Yang sedihnya beliau semasa baru nikah tiada tempat duduk melainkan berkongsi sebuah rumah usang Cina dihujung lapangan terbang TUDM di Sg. Besi. Rumah itu ada tokong dan tiada bilik air yang lengkap. Kemudiannya mereka berpindah ke Sg Buluh dan isterinya pula berkerja di sebuah kilang mercun untuk menyara mereka berdua kerana Usman perlu belajar sepenuh masa di UIA tanpa bantuan awal dari Jawi atau Perkim. Bantuan ada tetapi terlalu sedikit dan terlalu lambat. Mereka kini hidup serba boleh dan ada anak angkat pula dari bangsa Melayu disamping anak-anak sendiri.
Saya teringat lagi amalannya setiap pagi sebelum subuh beliau akan membaca kitab Al-Quran dengan kuat dalam bilik kelas di bawah tingkat penginapan kita. Kadang-kadang terdengar suaranya yang tebal pelat Cina. Bila tiba waktu subuh, beliau yang akan melaungkan azan. Kedengaran suaranya yang pelat Cina dan melucukan. Lepas itu dia akan berjalan dengan perlahan kerana cacat sedikit dan naik ke tingkat atas untuk ketuk setiap pintu dan masuk memanggil semua orang yang masih tertidur, "Saulaah, saulaahh!"
Ada yang sengaja kuncikan pintu supaya dia tidak dapat masuk. Ada yang menolak dia pun ada. Bukan semua yang masuk Islam disana adalah secara ikhlas nampaknya.
Seorang lagi ialah Syukri Yeoh. Beliau kini adalah pensyarah di UKM dan diambang mendapatkan Phdnya. Kisahnya pun mencabar juga. Selepas belajar di IDP beliau pernah duduk lama dengan Dr. Harun Din sebagai anak angkat di Bangi sebelum pergi belajar di Acheh. Kemudiannya belajar di Mesir.
Semasa di IDP kami dapat berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman dan juga Tan Sri Taib Mahmud, Prof Dr. Kamal Hassan, dan lain lain pengunjung yang masyur.
Ramai lagi jiwa-jiwa disana, mungkin saya tulis lebih lanjut dalam bentuk sebuah biografi kelak.
(bersambung - akan tersentuh satu persatu jemaah lain - Murabitun dari Britain, Darul Arqam di Sg Penchala, Tabligh di Masjid India, Suara Islam group pelajar Melayu di Britain, dan PAS. Semasa tersentuh itu harap sabar kerana akan lebih kritis sentuhan saya)
No comments:
Post a Comment