05 April, 2008

Bab 1b - Mahathir Dikagumi

Ini menyambung pula cerita mengapa ia senantiasa Mahathir sebagai pemimpin negara selagi dia ada lagi. Lepas itu baru kita mungkin faham mengapa saya meletakan Mahathir sebagai terror sekali dalam politiking tanah-air dan selepas ini dapatlah diterima beliau sebagai pengikut cerdik SunTze dalam bertahan semasa krisis ekonomi dan politik melanda Malaysia pada tahun 1997 di mana beliau terpaksa gantung wang ringgit kita pada RM3.80 berbanding dollar Amerika dan memecat Anwar dengan segala risiko gentingnya.

Sepertimana yang saya ceritakan sebelum ini, saya dalam tahun 1984 sehingga 1995 berada dalam PAS dan berkhidmat dalam Harakah secara suka-releven (tanpa gaji tetap) dimana kami amat benci-membenci terhadap makhluk yang bernama Mahathir itu. Ia senantiasa digambarkan sebagai Taghut (Mahazalim) dan gambar yang kami muatkan dalam Harakah selalunya yang terburuk boleh kita carikan buat beliau. Cerita-cerita yang kita muatkan pun senantiasa mengutuk beliau. Jika ada cerita baik, tak keluarlah dalam Harakah. Kutuk, kutuk, kutuk Mahathir dan UMNO sahaja.

Satu hari setelah PAS memenangi Kelantan pada tahun 1990, saya telah dapat peluang menaiki galeri Parliament pada tahun 1993 atas pas masuk Dr. Daeng Sanusi, wakil parliament bagi kawasan Rantau Panjang, Kelantan. Saya duduk di ruang galeri dan dapat menyaksikan prosedur perjalanan sidang seluruh Dewan Rakyat dengan jelas sekali. Masa itu tengah hangat isu rang-undang-undang Perlembagaan menghadkan kuasa Yang diPertuan Agung supaya jika Tuanku tidak tanda-tangan akan dianggap ditanda-tangan secara defaultnya nanti.

Itulah pertama kali dalam hidup saya saya ternampak Mahathir, walaupun dari agak jauh dari atas galeri belakang dewan. Kit Siang bangun bercakap membahaskan rang undang-undang tersebut,
"Sepatutnya ada pemisahan kuasa diantara raja dengan parliament. Ini adalah satu krisis perlembagaan. Kerana baginda tuanku tidak mahu meluluskan rang ini, parliament boleh paksa baginda.."

Wakil lain bangun ingin memotong hujah Kit Siang, iaitu wakil dari Nibung Tebal. Kit Siang pun memberi jalan kepada Putucheary (seorang peguam kini mendiang).
"Yang Berhormat, tahukah YB mana yang lebih berkuasa dan menentukan dalam segala ini? Agung ke Parliament?"

Kit Siang pun menjawab, "Dia ni peguam ke? Ah, pergi balik sekolah peguam belajar balik!"

Putucheary pun bangun semula dengan lebih mengesa, "YB tak menjawab soalan saya. Parliament adalah badan legislatif, lebih berkuasa daripada Agung".

Kit Siang tanpa melayan pertanyaan, memandang pula ke seberangnya iaitu tempat duduk Dr. Mahathir, "YAB, inikah peguam penasihat awak tentang isu ini? Patutlah kucar-kacir, nampak tak sekarang sudah krisis?!"

Mahathir pun bangun, "YB, Saya bukanlah seorang peguam. Itulah sebabnya saya mengambil peguam lain sebagai penasihat saya. Peguam saya ada kerja. Bukan macam sesetengah peguam yang tidak ada kerja"

Phoooii! Kena sebiji kat muka Kit Siang, kerana memang Kit Siang adalah kelayakan peguam tetapi tidak ada kerja guaman dan hanya ketua pembangkang masa itu.

Tetapi pada masa yang sama juga, persepsi saya kepada Mahathir sudah mula berubah.

Kit Siang bangung cepat, "YAB! Ini adalah krisis. Awak adalah diktator! Turunlah!"

Mahathir, "Pemimpin dalam UMNO sudah bertukar empat kali. Pemimpin dalam DAP bila lagi?"

Phooii! Lagi sebiji kena balik kat Kit Siang. Saya dah mula terbayang yang Mahathir ini adalah Muhammad Ali. Releks atas tali dan macamana lawan tumbuk pun beliau boleh elak dan tumbuk balik tepat lagi.

Kit Siang, "Er, memang pemimpin itu belum tukar, er, eh, YAB, awak diktator, turunlah. Ada orang lain bersedia ambil tempat YAB. Di sebelah itu ada Ghafar Baba. Kalau tak mau belakang itu, satu, dua, tiga, empat, bersedia ambil tempat YAB. Turunlah diktator!"

Mahathir, "(dengan izin) I understand how you feel. I know you fras".

Saya pun mula enjoy dah seronoknya dengar cara gergasi berentap dalam dewan. Yang Mat Sabu pula tak kelihatan beraksi. Tak pandai plak bercakap macam itu. Kit Siang naik hot dan berjalan keluar tunjuk protes. Orang pun booh dia.

Mahathir, "Karpal Singh, bos awak sudah keluar, jangan takut, sekarang engkau boleh cakap. Saya selaku Menteri Dalam Negeri memberi jaminan YB tidak akan diapa-apakan. Cakaplah, jangan takut-takut lagi".

Karpal Singh, "Bos ke takde bos, saya tidak takut. Itu Sultan Selangor pun saya lawan".

Saya macamana terus complete perubahan persepsi saya bahawa Mahathir itu sebenarnya bukanlah lembab, bingung, gelojoh, rakus, kebinatangan, tamak dan emosional. Beliau merupakan sebaliknya. Selepas itu saya makin tertarik dan mengkaji tulisan dan hasil kerja beliau. Lama-kelamaan saya mengkagumi projeknya seperti Proton, KLCC, Putra Jaya, North Port, West Port dan South Port, serta hasratnya untuk memotong Singapura dari segi pencapaian serba-serbi. Saya walaupun lahir di Singapura, pun mahu lihat Singapura mengikuti kita dan kita tidak lagi dibelakangnya.

Mahathir dapat mengawal keadaan di dalam negara dengan tenang dan berkesan. Bukan sahaja kuasa raja dihadkannya, tetapi Musa Hitam, iaitu lagi satu pelita yang tak sempat menyala ditamatkan riwayat politiknya. Darul Arqam dimusnahkan. ISA, OSA, AUKU, et al diperkuatkan. Ini semua dengan kehadiran dan peranan serta sokongan Anwar yang taat setia masa itu.

Di arena luar negara, Mahathir boleh hentam dari Australia sampai Britain dan Amerika. Seluruh dunia samada benci dia atau sanjung dia. Mahathir adalah superstar.

Saya mula syaki yang beliau ini pandai dalam banyak hal dan kuat membaca serta berfikir tentang isu penting dan penyelesaiannya dalam dan luar negeri. Penarikannya terhadap Anwar untuk bersamanya dari awal 80an sehingga 90an adalah satu taktik cukup bijak kerana satu ungkapan Sukby Latiff satu hari kepada saya,

"Do you know when Anwar could have become PM?" Saya sangka beliau minta saya satu tarikh ke depan. Saya pun menjawab pertanyaan Subky dengan tahun 1995, atau 2000.

Subky pun menjawab, "Anwar sepatutnya jadi PM pada 1986! Dengan syarat Anwar tidak masuk UMNO. Masa Anwar di luar sudah amat popular, Asri pun offer dia Presiden PAS. DAP pun suka dia. Tetapi bila masuk UMNO, langsung tak dapat." Ohhh, baru saya faham dari cakap Subky tu yang cukup mendalam dan bijak analisanya.

Pada tahun 1997 krisis ekonomi melanda Malaysia. Suharto di Indonesia jatuh. Banyak negara lain di Asia mula goyang. Di Malaysia kita semua mula panik. Mahathir nampak goyang dan terdiam. Kesetiaan Anwar macamana? Ikutilah perbincangan seterusnya esok atau lusa mengenai Bab 2 dimana Mahatir dapat merancang segala penyelesaiannya. Ini dah 1.30 pagi. Sambung kerja lain.

Peace!

No comments: