17 April, 2008

Risiko Kepada Ahli Politik

Pernah pada tahun 1987 semasa Khalid Abdul Samad, tuan syarikat yang saya berkhidmat sementara selepas kekalahan saya lawan Daim Zainudin, ditahan di bawah ISA, dibenarkan berjumpa dengan kita sekejap di tempat tahanannya, saya sempat berbual dengan pegawai Special Branch (SB).

"Apakah masih ada ancaman kepada keselamatan negara?", bertanya saya degan sinis.
SB, "OOohhh, tentu adaaa".

Red1, "Jadi apakah Khalid Samad ini masih menjadi ancaman tersebut?"

SB, "Hmmmmm, adalah... "

Red1, "Bagaimana? Tolong cerita kat saya sikit bagaimana Khalid masih menjadi ancaman? For the likes of me i do not see how? Please enlighten me!"

SB, "Look here bro, if you do not like such a risk of been detained under ISA, then why are you in politics? Consider this a work hazard".

Akhirnya saya memperakui kebenaran SB tu yang tidak sangka saya cekap speaking macam saya pulak.

Baru-baru ini saya dapat mengunjungi Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob. Beliau cukup lain dari lain dengan cara beliau menjalankan tugas hariannya di pejabatnya. Malah beliau akan berbuat demikian bukan dalam pejabatnya tetapi ruang legar menunggu di luar pejabatnya!

Beliau akan main tegur-sapa dan bertanya, "Apa hal ni?!" secara kampung yang boleh dianggap orang lan sebagai kedebeh.

Beliau dengan cepat menandatangan apa-apa surat atau borang sekiranya ia adalah kes minta bantuan, biasiswa dan permohonan rakyat. Beliau juga main menghalau secara kampung orang kampungnya sendiri,

"Ah.. orang Bentung ke ni? Ah, balik dulu! Lain kali lah! Aku belum sempat sembahyang Asar ni..", ujar beliau kerana sudah 6.30 ptg waktu itu.

Datuk Adnan baru-baru ini menyatakan tidak akan bertanding mempertahankan kerusi MT UMNO tetapi akan lebih fokus kepada negeri sendiri.
Saya bertanya orang lain di sana tentang kepimpinan beliau dan cukup baik dengar ceritanya. Namun kita semua tahu bahawa beliau masyur bukan kerana sifatnya yang bersahaja dan mudah digauli orang kampung tetapi satu gerak tangannya yang jauh lebih bergurau sahaja.
Itulah risiko politik. Ces't la vie! We got to live with it.

5 comments:

Fairuz@Barb said...

Seperti kata bijak pandai - kita hanya memerlukan sedetik keburukan untuk menghancurkan seumur hidup kebaikan. Dan saya rasa itu adalah tepat untuk memperkatakan tentang MB Pahang ini. Itu adat resam politik - kalau tak berani dilambung ombak jangan berumah di tepi lautan.

TRALAYAN said...

Assalamualaikum.

Nampak senang betul orang macam anta ni nak jumpa orang-orang besar dan ternama. Bagi orang yang tidak mengenali anta, mungkin tertanya-tanya azimat apa yang anta pakai. Bagi saya anta seorang yang istimewa. Ketinggian, mata, karisma, attitude. Sekali jumpa pasti tak lupa. Sebab tu, Adnan ke sapa ke, bila dah jumpa sekali mudah la nak jumpa kali kedua. Dah tentu ada urusan penting lah kan pergi jumpa MB tu. Anyway, keep going and good luck. Fight for right.

Redhuan D. Oon said...

Waalaikum salam,
Terima kasih kerana bertanya. Tujuan berjumpa itu kerana saya senantiasa bercerita kepada kawan-kawan tentang visi dan konsep Open Source saya yang kini worldwide, maka ada kawan yang terasa patut dibawa ke mana-mana pihak yang mungkin terdekat atau termampu mengikut kontek yang ada. Yang Datuk Adnan ini adalah kontek kepada kontek kepada konteklah.

Namun kita tidak dapat bercakap sepatah pun mengenai ide saya supaya Pahang menjadi pusat Open Source sedunia dengan kos yang terendah.

Saya tidak jangka dapat berjumpa lagi dengan beliau selepas ini kerana saya juga agak sibuk, dan mungkin kontek kepada kontek tu pulak sibuk gak.

Selepas ini saya merancang berjumpa seorang Sultan negara jiran, seorang Presiden dan PM. Sekali ini adalah mengharapkan kontek demi kontek jika ada.

Ada juga plan untuk jumpa MB Perak dan MB Kedah tak yah kontek kerana memang kenal sungguh.

Formula azimat ialah doa campur niat campur luck. Jika tak terjumpa, tak lah ia ditakdirkan.

TRALAYAN said...

Dah agak dah, ini tentu pasal bisness. Tak nak cuba di Kelantan ke? Atau dah promote lebih awal. Kalau gitu, apa Tok Guru kata?

Kamal said...

..never never give up...a winner never quit, a quiter never win...wallahuwa'lam..