Adalah cukup istimewa ciptaan Allah ini kerana kami diberikan satu macam gelaran yakni Khalifah di atas bumi Allah. Malaikat awal-awal sudah protes bahawa buat apa lagi satu makhluk macam ni padahal mereka para malaikat dan jin sudah cukup bertasbih kepada Allah dan manusia ini akan melakukan kerosakan atas mukabumi serta lalai dalam tanggungjawab mereka.
Allah SWT pun menjawab dengan, "Inii alamu malaa taklamuun" (Aku tahu apa yang kamu tidak tahu). Saya cukup tertarik dengan jawapan ini kerana dua sebab:
1) Sebagai pengikut Kristian dulu, kami tidak diberikan jawapan mutlak bagaimana Tuhan menyelesaikan masalah manusia ini. Kami diberitahu bahawa kejahatan manusia disebabkan oleh Syaitan. Apabila saya tanya padri mengapa Syaitan boleh lawan Tuhan, mereka terima bahawa Syaitan ada kuasanya tersendiri. Seolah Tuhan itu silap cipta dan bukan maha berkuasa. Manusia ini accident macam Syaitan itu pun accident. Jika banyak sangat Tuhan itu buat silap mesti bukan Tuhan kata saya. Siapa yang mutlak powernya? Tanya lebih, padri kata nanti saya akan masuk neraka. Tetapi hati saya terus bertanya. Dengan ada jawapan dari Al-Quran ini saya sudah yakin yang Allah mengetahui apa yang kita tidak mengetahui. Bermakna adalah jawapannya. Bukan tidak ada. Semasa dulu sebelum masuk Islam, tiada jawapannya. Jadi big question mark.
2) Islam meletakkan bahawa Allah itu Maha Segalanya dan tiada yang lain selain Dia. Maka syaitan itu adalah dibawah kekuasaan penuh mutlaknya. Dan kejahatan yang berlaku adalah apa yang diizin oleh Allah secara hak, dan bukan secara accident atau main-main. Allah menyatakan bahawa Dia mencipta alam ini berdasarkan Haq dan bukan untuk main-main. Maka dengan itu saya teryakin tanpa pecah otak atau berkonflik batin bahawa Allah ini adalah 100% mengawal keadaan. Apatah lagi saya pelajari ungkapan "Laa HauLa Walaa Quwwata'illah billah" - Tiada daya dan upaya melainkan dengan kuasa Allah.
Jadi apabila Allah jadikan manusia, sudah dicover semua angle dan aspek. Cuma kita saja belum tahu.
Dan yang istimewanya Allah tidak berikan gelaran Khalifah ini kepada makhluk lain melainkan kita. Dia mahu kita jadi pemimpin selaku wakil ayat, tajaliyyat, asma dan manawi serta tanda kebesaranNya. Maka kita pun adalah Sultan, Raja, Khalifah dan Perdana Menteri. Sifat kepimpinan pun Allah tunjukkan dari ayat-ayat tadi. Iaitu kuasa semua sebenarnya adalah daripadaNya secara mutlak. Kamu tidak ada power langsung. "Allah yahdimantasya" - Allah memberi petunjuk kepada siapa dia kehendaki. Dan banyak ayat lain menunjukkan IradahNya. Jika Dia ingin jatuhkan kamu, tiada dalam universe ini boleh bantu. Jika Dia mahu pertahankan kamu tiada juga boleh jatuhkan. Maka dengan itu, ramai berpendapat bahawa tidak boleh ada demokrasi untuk memilih pemimpin politik sesuatu kumpulan secara bernegara. Perlu ada gerakan evolusi yang meletakkan pemimpin maka sistem Sultanlah yang sepatutnya digunakan. Sultan diberikan kuasa mutlak dan hanya boleh dijatuhkan secara racun atau tikam sahaja, sekiranya dia zalim.
Ada yang percaya pemimpin spiritual adalah cara yang lebih tepat. Sesiapa yang boleh memimpin zahir wa batin pengikut ramai, maka baiyatlah kepadanya dan taat setia sehingga syariat menentukan sebaliknya.
Pendek kata dalam Islam diletakkan proses kepimpinan itu lebih semula jadi dan secara tersendiri. Malah ada hadits menyatakan jika kita tidak ada Imam yang kita berbaiyat dengannya maka kita akan mati dalam mati jahiliyah.
Hari ini sudah moden dan demokratik. Kita pangkah je kat kertas undi. Tidak pun kita pergi mengunjung pemimpin yang terpilih itu lalu memberikan baiyat kita kepadanya atau mendengar nasihat darinya atau dapat menasihatinya kembali secara berdepan. Semua sekarang dilakukan menerusi blog dan dibelakang. Ini adalah tidak fitrah dan tidak perlu. Kita harus ambil initiatif berjumpa dengan mana-mana pemimpin pun dan bersalam dengannya dan menyatakan baiyah,
"Sesungguhnya saya Redhuan Wen BauXin, adalah merdeka dan muslim menyatakan taat setia kepada anda yaa Abdullah Al-Badawi sepertimana menurut sunnah junjungan kami Rasulullah salallahualai wa salam. Kamu melindungi kami dan kami berjuang mempertahankan pemerintahan mu". Selepas itu kuasa dia adalah mutlak sebagai raja, dan memerintah ke atas jajahan dengan zakat menggunakan dinar dirham dan dia memastikan semua zakat diagihkan tanpa simpan dalam bank.
Jelas di atas ini adalah satu mimpi kerana sistem kesultanan islam sudah pupus sejak Portugis jejak kaki masuk Melaka dulu lagi.
Di sini saya setuju dengan Hindraf yang kita sama-sama patut hantar memo bukan sahaja kepada kedutaan British tetapi juga kedutaan Portugis dan Sepanyol supaya bayar ganti-rugi kesultanan, kejiwaan, bijih timah, getah, dan tenaga buruh kasar yang mereka sudah guna secara perkosa dan tanpa izin dan rela kami.
1 comment:
..huu..huu...like the last part! Tuntut habis2an! Tapi Portugis, Belanda kata.."Aku pandai masa tu...belajar dari org Islam kat eropah dulu yang bawa ajaran dari al qur'an!!! Tapi kami tak mahu ikut agama dia saja....kami mahu ambil 'knowledge' mereka saja....itulah Ibn Sina, Al Khawarizmi(spelling?) etc..etc..belajar atas 'dorongan' al qur'an untuk 'menuntut' ilmu Allah swt dan benar2 menjadi Khalifah Di atas Muka Bumi! Medicine, Mathematics etc etc asal dari org yang belajar atas 'dorongan' ayat2 al qur'an....zaman sekarang?? Belajar untuk jadi Doktor nak jadi kaya raya, nak jadi pakar 'terkenal' etc etc...buat Law bukan nak uphold the law, nak jadi kaya...belajar engineering bukan nak belajar 'Sunnatullah' (org putih panggil Natural Law...or Law of Nature....tak nak mengaku ilmu dapat dari org2 dulu yang belajar atas 'dorongan' ayat2 al qur'an!)..malahan belajar 'IT' or 'ICT' pun ramai belajar ikut2 org saja...'org' kata bagus..'Cyberspace' is God-given (Alhamdulillah)!...so Siapa Khalifah?
Post a Comment