14 April, 2008

Perlu DEB Yang Kreatif

Saya duk fikir, banyak ketegangan politik hari ini diantara kaum di Malaysia adalah berpunca dari perlaksanaan Artikel 153 dalam Perlembagaan Malaysia iaitu bagaimana hendak mencapai rancangan seperti DEB supaya kaum bumiputera mendapat 30% dalam saham ekonomi negara. Adapun antara kaedah yang sering digunakan adalah sistem kuota dimana misalannya kemasukan dalam universiti awam dijamin sebahagian kerusinya untuk kaum bumiputera.

Setakat ini ia agak berkesan dalam mencipta kelas pertengahan bumiputera yang jauh lebih maju dari 20 tahun dahulu, tetapi satistiknya masih menghampakan. Kaum bukan bumiputera yang tidak menikmati apa-apa kuota malah dihadkan peluang bagi mereka tetap berjaya dan menguasai semua bidang profesional dan sektor ekonomi yang dipertandingkan.

Dr. Mahathir dulu semasa beliau selaku PM, sering saya ikuti ucapan perhimpunan agung UMNOnya yang selalu membangkitkan hal ini. Malah Dr. Mahathir senantiasa menegur dengan tegas dan jelas yang kaum bumiputera sudah terlalu lama dibantu dan tidak akan berubah keadaan melainkan diberi kejutan. Mahathir kemudianya telah melonggarkan kembali penggunaan bahasa Inggeris untuk pendidikan subjek Sains dan Matematik. Beliau juga membuka lebih peluang bagi kaum lain dalam beberapa sektor. Yang penting sekali beliau asyik puji kaum lain sebagai contoh kejayaan. Beliau juga sering menangis tentang nasib orang sendiri yang tidak mahu atau mampu berubah. Beliau anggap selama ini perjuangan ini sehingga umur tuanya tak akan selesai.

Saya di sini tidak percaya kejutan boleh berjaya mengubah nasib seseorang dengan lebih berkesan berbanding dengan kaedah yang kreatif dan innovatif. Hendaklah ada cara lain yang tidak mendatangkan sensitiviti perkauman dan memang banyak ide telah dilontarkan oleh ramai pihak dalam blog. Ada antara mereka yang agak unik dan menarik. Di sini saya ingin utarakan sedikit tatacara yang mungkin berguna buat kita merenung.

1) Jangan gunakan sistem kuota tetapi besarkan kolam bersama. Tambahkah saiz kolam dan bukan saham dalam kolam. (increase the pond not the share of the pond).

a) Contohnya Malaysia perlu memasuki bidang yang amat jauh ke depan seperti biotek, geotek, Open Source (yang saya adalah pemimpin salah satu projek dunia) dan perdagangan serta perkhidmatan tanpa tetapi mengalakkan kaum lain yang jauh ke depan. Ini adalah sektor yang Malaysia agak terbina pasarananya tetapi tanpa sistem meritokrasi, ianya tidak akan berkembang dengan pesat. Yang penting ialah biar ia berkembang pesat tanpa kira peratus kaum di dalamnya.

Biarlah syarikat besar maju tanpa ada 30% ahli lembaganya orang kita. Apabila syarikat itu maju lagi, cukai yang lebih besar itu boleh dikaut dan didirikan institusi yang mendedahkan rahsia kejayaan tempatan kepada semua dan dunia.

Contohnya saya sebagai berjaya dalam http://www.adempiere.org/ tidak pernah diajak oleh insitusi tempatan maupun kerajaan untuk bercerita apa kehebatn software saya mapun cara ia untungkan negara. Kini saya sudah ada ibu pejabat di Berlin, Jerman dan akan lebih kerap menetapi di sana menguruskan gergasi dunia yang saya kepalai ini. Saya telah dijemput untuk menghadiri konferensi di Filipina sebagai penasihat dasar. Tak lama lagi saya juga akan pergi ke Afrika, Thailand, Brunei dan Bangladesh atas peranan yang sama.

Tetapi dari Malaysia tidak ada jemputan malah saya habiskan begitu banyak wang untuk mendapatkan pertemuan dengan pelbagai pihak dan akhirnya mereka tak endahkan begitu sahaja. (Mungkin kerana saya tak suka berpolitik atau menghulur lagi bawah, maka saya tak dapat perhatian).

Mengapa kita asyik ada sindrom Michelle Yeoh dan Vijay Singh dimana mereka dahulunya duduk di Malaysia dan tidak diendahkan. Akhirnya mereka jadi masyur seluruh dunia baru kita endahkan. Saya kini diambang keadaan yang sama. Apakah saya sudah menetap di luar negara baru mau panggil saya kembali?

Adalah diharapkan dengan memajukan pihak lain yang tidak kelihatan depan mata ini, kaum bumi juga tidak akan terperap di dalam kepompong kaum sendiri. Asyik sama gengnya dia saja, tak akan maju namanya. Hendaklah dicampak dalam lautan luas, tidak kira dia seorang sahaja dalam pekan Cina.

Zaman dulu, ramai orang Melayu yang tercampak dalam kelas semuanya Cina dan India, dan akhirnya dia jadi Brigadier Jeneral dalam tentera yang kelulusan undang-undang. Ada doktor yang belajar di Singapura dikelilingi oleh pelajar ultra sosialis dan komunis, dan akhirnya dia jadi doktor dan Perdana Menteri. Hari ini kita dikelilingi dengan kita sahaja. Alaah, demo tu kawe teman, toksahlah aksen! Jadi ketam berlonggok dalam bakul akhirnya kito semua.

2) Menukar paradigma penglibatan dalam bahagian kaum kepada nilai pendedahan dan bukan nilai angka kuota.

a) Contohnya, kaum bumiputera patut disubsidikan sebagai aprentis belajar dengan syarikat maju dan tidak digulakan dengan sijil semata-mata. Mereka harus mencapai prestasi pengalaman yang tinggi dan terbukti sebelum mendapat sijil.

Negara Jepun dulunya amat masyur sebagai pengeluar barangan yang paling teruk kualitinya. Made In Japan itu bermakna rosaklah namanya. Apabila mereka buang tabiat hanya tiru dan cap barang sahaja kepada paradigma belajar dan mendalami tanpa cap, maka mereka akhirnya tahu dan kenal apa itu kualiti.

3) Bumiputera harus menyertai lebih NGO atau persatuan bidang masing-masing yang fikir dan fokus atas menjayakan balik ide-ide yang kreatif. Ramai bumiputera yang berjaya tetapi tidak diberitahu cara untuk menyumbang kembali hasil kejayaan mereka kepada pelapis akan datang tanpa mengharapkan lagi kepada subsidi kerajaan.

Secara umum saya kenal ramai bumiputera yang berjaya dan cerdik serta bersikap global dan prihatin kepada semua ini. Tetapi sayangnya mereka tidak dimanfaatkan dengan sebetulnya. Mungkin kerana mereka tidak pandai politik dan tidak ingin membodek.

Ini adalah internal brain hemorrhage dan bukan brain drain. Ini lagi dasyat - pendarahan dalam dan bukan hilang akal. Saya sayangkan Malaysia, kepulauan Melayu Nusantara disekelilingnya sehingga tanah besar Cina, tetapi saya sedih yang kehebatan saya tidak dimanfaatkan sehingga sudah terlambat dan saya tidak lagi ingin menjual diri saya secara begitu murahan lagi.

Assalamualaikum!

Red1

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Wah sempat juga buat marketing...

Kita memang memerlukan sesuatu yang kreatif... out of the box thinking.. Kita kena ade sistem ekonomi berasakan debit... Kita hidup kini didalam sistem ekonomi berasaskan kredit yang merugikan..

Masalah sistem keewangan berasaskan kredit nie ialah ia melemahkan nilai-nilai fundamental hinggakan sistem ini boleh dimanupulasikan dan orang-orang sibuk mengaut untung atas angin...

Saya pun musykil jual beli jenis paper transanction nie, dan tak paham, macam main judi pun ada..

Sistem matawang yang tak de sandaran jugak menjadikan inflasi naik macam roket ke bulan, sebabnya tak de nilai piawai... Duit tu dah jadi komoditi dan nilai-nya menjadi semakin susut...

Kenapa nilai matawang semakin susut, sebabnya keran sistem ekonomi kredit, kerana manusia banyak hutang dan duit menjdai semakin hilang nilainya...

Jadi macamana nak asakan ekonomi kredit? Kena balik kepada sistem sandaran atau sistem ekonomi debit.. Ianya sistem yang lambat berkembang tetapi pada masa yang sama ia tidak banyak menyebabkan orang-orang ketingalan secara ekonomi... Tak de income gap yang besar dan keseimbangan ekonomi boleh dicapai....

Dunia ini penuh dengan sistem keseimbangan, dan apabila orang-orang menjadi amat kaya, kenala ada orang-orang yang jadi amat miskin, sebab law of nature ingin menyeimbangkan suasan tersebut..

Anyway, saya bukan ahli ekonomi.. cuma saya rasa sistem ekonomi sekarang ni nampaknya terlalu materialistik dan kapitalistik...