Semalam saya duk sembang dengan kawan berbincang kes datuk ini, kes datuk tu, kes tansri ni, kes tansri tu, kes tun ini, kes tun tu. Lama-lama aku dah bosan kerana bukan setahun tetapi berdekad kita duk citer kes demi kes rasuah sehingga tak habis-habis dengan segala drama dan sensasinya.
Kali ini saya ingin tulis satu pendapat khas buat umum bahawa sebenarnya kebanyakan rasuah adalah tersembunyi dan tidak dapat dikesan maupun oleh BPR atau jinn. Tidak kira walaupun dibuat tender terbuka ke, pakai nombor ganti fail proposal ke, padamkan semua butir penender ke, dan sebagainya.
Selagi mata manusia yang menelek fail tersebut selagi mereka dapat berpakat. Contohnya katakan saya kini sudah ujudkan satu sistem rasuah-proof yang tercanggih dalam dunia sehingga segala perbincangan lembaga tender telah dirakam kat youtube dan segala maklumat kertas kerja disiarkan dalam blogspot.
Katakan selepas PR memerintah negara, kita ada satu tender buat Tapak Memproses Segala Fail Lapok BN yang mesti cukup banyak untuk dianalisa demi mengesan kes-kes lama. Satu tender akan dikeluarkan dimana pembekal perlu menyatakan pengalaman tanpa meletakkan nama mereka supaya tidak diketahui mereka ini dikenali oleh lembaga kelulusan tender. Tentu sekali pembekal jika letak nama syarikat pun tidak akan letak yang tuan punya atau pemegang saham adalah anak menakan PM. Tentu dia akan pakai proksi katakan bernama Ah Hong namanya.
Tak dapat juga Ah Hong meletakkan nama pada mana-mana bahagian proposalnya lalu dikirimkan secara pos kepada pejabat PM. Ah Hong boleh telefon PM dan menyatakan tarikh cap pejabat pos atau warna kertas yang dia pakai. Jika tidak dia boleh kata berapa bilangan mukasuratnya.
Katakan sistem kita lagi canggih dimana fail tersebut dianalisa terlebih dahulu oleh satu pihak lain yang mempunyai sistem kriteria untuk memendek senaraikan (shortlist) calon yang berjaya. Sekali lagi kriteria tersebut boleh dinyatakan oleh PM terlebih dahulu contohnya peralatan RFID yang ingin dipakai hendaklah datang dari Taiwan dan bukan Hongkong. Ini kerana Ah Hong sudah pakai yang Taiwan punya.
Seterusnya katakan harga yang Ah Hong guna mestilah lebih tinggi kerana ada bahagian rasuah. Selalunya ada nas dalam borang tender yang menyatakan bahawa kerajaan tidak tertakluk dengan harga yang paling rendah dalam membuat keputusan. Ia mungkin berdasarkan syarat siapa paling lengkap atau paling sesuai atau pantas atau apa-apa kriteria lain.
Saya cakap ini berdasarkan pengalaman saya berkerja untuk satu syarikat pembekal alat saintifik bagi Petronas, Universiti dan Kementerian Kesihatan. Pihak pengarah jurutera yang merupakan kroni empunya syarikat telah memberitahu tentang apa yang mereka akan beli dari semasa ke semasa. Spesifkasinya telah diberitahu terlebih dahulu. Dengan itu kami pembekal telah tersedia lebih awal dengan segala perkiraan harga dan persiapan maklumat yang diperlu tanpa buang masa. Apabila tender dibuka yang sering waktu itu tidak lama, kitalah yang paling selesa memenuhinya kerana tidak mengejutkan kita lagi. Pembekal lain terkejut dengan spesifikasi yang akan menelan masa untuk menyiapkan maklumat atau harganya.
Ada cara yang lebih mudah iaitu kita yang bagi tahu kat kerajaan apa untuk dibelikan! Misalnya alat menguji penyakit aids yang terbaru lalu kita berikan contoh dan syarat dari pembekal luar yang kita telah siang-siang mengikat perjanjian jualan. Macamanapun kita akan dapat keuntungan kerana pihak lain yang menang pun kena ambil dari kita.
Berkongsi maklumat juga meliputi hal-hal yang berpotensi rasuah lain seperti tanah mana akan naik, saham mana akan naik, perjanjian mana kerajaan akan tandatangan dan seterusnya dan seterusnya.
Jadi itu sebabnya kita tak akan jumpa sampai bila-bila kes rasuah yang melibatkan Tun, TanSri, Datuk Seri, Dato dan dif-dif terhormat yang tertentu. Mereka ini semuanya bijak. Jika mahu ambil duit banyak beli tanah pun tidak akan bawa dalam beg tetapi menerusi sistem pembankan yang ada atau gunakan bank draft.
Dr. Mahathir ini lain pula. Dia siang-siang mengaku kerajaan sapu kontrek PLUS untuk syarikat UMNO iaitu Renong dan Hatibudi. Dia kata ini untuk semua kroninya iaitu semua orang adalah kroninya. Ini termasuk nama-nama yang ada dalam senarai panjang yang tergantung tempoh hari itu di PWTC.
Jadi sesiapa naik kerajaan nanti toksahlah bagi tahu saya ceriter panjang lebar tentang kejujuran dan keikhlasannya berjuang demi agama dan negara. Semasa PAS menawan Kelantan dalam tahun 1990 pun saya sudah saksikan bukti dengan mata saya sendiri. Cuma masa itu saya masih fanatik dengan PAS dan tidak membongkarkannya kerana adalah rahsia parti.
Kini selepas tiada lagi dalam PAS saya tengah duk belek-belek apakah nak bongkar ke tak, nak bongkar ke tak...
7 comments:
Korupsi nie memang berleluasa... Kalau dalam bisnes, macam tak boleh tak korup... kalau kita tak hulur, mulala nak cari jalan nak blacklist la, nak disqualified la dan lain-lain...
Tapi kena yakin.. Insyaallah kalau betul jalannya Allah akan bagi rezeki... Yang bagi rezeki nie Allah, bukan mahluk...
Memang, Allah ArRazaq, Maha Pemberi Rezeki.
Tidak disuruh kita cari pun! Hanya tuntut sama seperti burung berterbangan awal pagi dengan perut kosong kembali dengan perut berisi. Apatah lagi manusia yang jauh lebih mulia dari burung. Ini kata-kata Nabi Isa a.s. yang saya teringat dari Al-Bible.
Terima kasih saudara kerana mengingatkan saya.
Peace!
Of course! Rasuah Boleh DiSembunyikan...easy...Cuma...Allah swt Maha Mengetahui...
Salam.
Minta maaf kalau saya terkasar tapi saya perlu memperbetulkan apa yg salah kerana ia juga melibatkan maruah semua pegawai2 yg menilai sykt. Kerana apa yg saudara tulis ini menimbulkan tanggapan yg buruk kpd semua pegawai baik k'jaan mahupun swasta dan terutamanya terhadap org2 yg beriman. Saya cuba jawab seringkas mungkin. Tapi apa yg saya jelaskan ni mungkin tidak keseluruhan kerana kesuntukan masa saya tak sempat nak jelaskan semua.
Saudara hanya menulis dari sudut seorang kontraktor atau pembekal atau syarikat luar. Dlm soal memilih pembekal ini ada 2 kategori pegawai yg terlibat, pegawai yg liase dgn pembekal, dan pegawai pakar bidang berkaitan misalnya, pakar dlm menentukan jenis, model spesifikasi peralatan yg hendak dibeli disamping kriteria2 lain. Dan kita tahu, di dlm gaji pegawai tetap k'jaan lebih rendah dari pegawai swasta. Jadi berdasarkan pengalaman saya, org2 yg pakar ni dah masuk swasta atau buka sykt sendiri kerana soal pendapatan yg lebih lumayan di luar sana.
So, yg tinggal dlm k'jaan ni selalunya org2 yg kurang pakar atau tak tahu menahu langsung. Org2 pakar ni biasanya blh selesaikan soal pemilihan dlm jangka waktu yg singkat. Org2 yg kurang pakar ni terpaksa telefon sana, telefon sini, tanya pembekal, dsb utk buat pemilihan. Di sebabkan kesuntukan waktu dan kurang kepakaran, sesetengahnya menyerahkan sebahagian soal pemilihan model, spesifikasi peralatan dsb kpd pembekal. Ini belum lagi dlm fasa utk mengeluarkan tender. Ini fasa utk mencari kaedah penyelesaian terbaik. Mmg benar ada fasa lain iaitu RFC, tapi kadangkala tidak di ikuti. Saya sendiri pernah buat macam ini. Tapi nak buat macammana, kalau kita tak serahkan kpd pembekal, mungkin kita akan tersalah pilih peralatan, akibatnya projek blh fail dan siapa yg kena tanggung ? Ini juga mungkin di sebabkan org yg tak berkaitan dipanggil utk terlibat dlm projek yg bukan dlm bidang dia.
Dlm kes lain, ada juga di mana j/kuasa pemilihan mmg ada kepakaran. Tetapi boss siang2 dah pilih sykt mana utk ambil. Kalau ikut pengalaman saya, ini mmg ada unsur2 kroni atau rasuah. Tapi yg lebih baik, sebagai org Islam, jika sekiranya kita tahu tiada unsur duit/hadiah/dsb, maka tanya dulu pd boss tu, kenapa dia pilih. Kadang2 mmg ada sbb yg munasabah. Kadangkala, spt ada sebuah kolej yg saya tahu, boss jabatan, pilih sykt A ini kerana sykt A ini selalu atau pernah sponsor aktiviti kolej.
Kadang2, dlm j/kuasa pemilihan, si pakar ni mmg dah buat deal dgn pembekal. Nak jadi cerita plak, si pakar ikut prosedur tak dibenarkan utk deal dgn pembekal, tapi dia deal time weekend. Habeh yg deal direct dgn pembekal ialah ketua shj. Dah tu ketua lak mmg tak tau apa2, yg dia tau, pakar tu ada PHD dan tunjukkan reference dari buku tulisan professor2, jadi dia percaya jelah. bila keputusan diberikan pd pembekal, ketua atau org hubungan yg kena marah dgn pembekal. Nak buat camne.
Tu tak kira lagi soal budget, soal ada kawan jadi "consultant" tak bertauliah utk pegawai2 dlm j/kuasa, walhal "consultant" tak bertauliah ni bukan kerja dgn jabatan pun. Tapi org j/kuasa ni kadang2 tak pakar, so atas nasihat "consulant" ni, terpilihlah sykt yg tak sepatutnya.
Kadang2, sesetengah pegawai tu, beri alasan "tak biasa dgn sykt tu", jadi tak nak pilih, walhal sbb utamanya kerana tak tau nak pilih yg terbaik.
Saya tak ingat apa lagi yg saudara tulis, tapi senang cerita, apa yg saudara tulis ni , blh menimbulkan FITNAH kpd pegawai2 yg sedang atau pernah diberi t/jawab membuat pemilihan kerana org yg baca akan menganggap semua yg saudara nyatakan ini rasuah, walhal kadang2 kita mmg ada sebab musabab utk memilih sykt lain bukan kerana kroni atau duit/harta/khidmat seks/dsb.
Perlu ingat, manusia ni dianugerahkan dgn akal yg terbatas ilmunya. Takde org dlm dunia ni blh mengaku tahu semuanya ilmu duniawi ni. Ilmu Allahlah yg lebih luas. Jadi, macammana pun saudara akan jumpa dgn org2 yg kurang ilmunya. Jadi tak blh nak cakap apa. Rezeki itu di tangan Allah. Anggap shj bukan rezeki kamu kalau tak dpt tender.
Kalau nak, saudara blh buat kajian atas semua kontraktor dan pembekal k'jaan di Malaysia, Arab Saudi, Yemen, Syria, Iran, Hong Kong, dsb, dan saudara akan dapati, mereka juga akan bagitau kes2 seperti di atas berlaku w/pun terhadap ustaz2 sekalipun.
Asalkan perkara tersebut tiada unsur2 pemindahan wang atau barang/perkhidmatan tak payahlah kita buat andaian yg buruk. Bersangka baik sesama org beriman, itu adalah lebih baik.
Kalau saudara masih tak puas hati, harap blh explain lebih lanjut melalui email.
Sdr,
Saya terbaca tulisan saudara dan menerima tegurannya. Saya tidak bermaksud menyalahkan orang tertentu secara umum tetapi cuba memperlihatkan tentang kelemahan sistem yang tidak dipantau oleh pegawai yang beriman dan bertanggungjawab.
Memang proses RFC, RFI saya biasa kendali, dan memang kita terpaksa buat keputusan yang adil tetapi ada saja orang lain nampak tidak adil. Hanya Allah yang tahu. Dengan itu saya terima teguran sdr in good faith. :-)
Salam.
Terima kasih atas kepercayaan saudara.
Tapi artikel ini telah menyebabkan beberapa org mempunyai salah tanggapan dan menganggap apa2 jua kes yg dipaparkan oleh saudara Redhuan ini adalah rasuah.
Ini yg salah.
Sbg contoh, pembekal ABB selalu memberikan bantuan teknikal dlm buat proposal atau selalu sponsor. Tetiba bila buat open tender, pembekal ABB yg dipilih sedangkan ada pembekal lain yg menyediakan quotation/sebut harga dlm jumlah yg lebih rendah. Kita nak kata itu rasuah ?? Berdasarkan pengalaman saya, kalau jabatan tu pilih pembekal selain ABB, next time takde org nak tolong jabatan tu buat proposal. Lantak kaulah, carilah pegawai teknikal baru yg pakar, itupun kalau blh dpt.
Sykt swasta pun nak dptkan pegawai pakar kena bagi gaji tinggi, apatah lagi jabatan k'jaan.
Ada Imam masjid, dia suka pilih seorang peniaga kedai mkn, umpamanya utk tender sediakan mknan waktu tahlil mlm Jumaat, kita nak kata Imam masjid terima rasuah ?? Walhal, peniaga tu semua org dah suka mknan yg dia sediakan dan dia pula selalu sponsor masjid.
Saya amat berharap Encik Redhuan blh modify sikit tulisan En Redhuan agar tidak timbul fitnah mengenai rasuah ini. Saya tak tahu dlm Islam apa yg dilabelkan rasuah apa yg bukan. Tapi saya rasa Allah tidak akan menyusahkan hamba2Nya yg benar2 bertaqwa.
wasalam Sdr,
Yang mencetuskan blog tersebut adalah kerana ekoran kerajaan negeri baru yang menyatakan menghilangkan tender tertutup sptmana sdr juga menyatakan tentang kes masjid. Maknanya masjid pun kena buat tender terbuka untuk memilih pembekal makanan (misalan contoh shj).
Dengan komen2 sdr di sini maka telah dibaikilah tulisan saya itu.
Jadi saya ingin berbincang apakah ia semestinya kesalahan tender tertutup maupun terbuka? Bukankah ia lebih kepada soal yu'minul billah wabillakhir'?
Secara tidak langsung saya mempertahankan kes yang sdr bangkit. Cuma yang pesimis akan anggap semua salah.
Dalam tulisan lain saya utarakan banyak perkara - Apakah jemaah Islam suci dari hujung rambut, misalannya. Apakah musuh Islam boleh pukul Islam jika kita terbuka?
Pelbagai fobia terujud, dan benteng terkuatnya adalah minda dan ilmu. Jika orang berilmu dia tidak akan raba punggung misalnya. Dia tidak takut cabaran dari iblis pun. Dia berpaling ke Allah.
Tetapi kita semua ada kelemahan. Saya akur bukan kerana saya perlu. Tetapi Allah wajibkan kita akur.
(Jadi bolehkah saya modify dengan menambah ayat2 di atas?)
(atau mungkin saya boleh letakan footnote di bawah blog saya bahawa ada cacat-cela sikit dan komen tertentu telah membetulkannya. Saya rasa itu lebih baik kerana saya cuba elak berubah2 dalam cakap dan lebih rela diperbetulkan dan saya hilang markah demi muafakat pendapat daripada bersifa self-centric. :-) )
Jika perlu, bolehlah sms saya di 017-8869378.
Pandangan sdr amat saya hargai.
Redhuan D. Oon
Kuang, Sg Buluh
Post a Comment