Permasalahan utama menjadi pemimpin negara ialah bahawa ia akan didatangi dengan bukan seribu satu, sejuta satu, tetapi senantiasa dengan rintingan dan beban bukan berbentuk kerja berat, bukan berjuang dengan pedang, bukan menaikkan panji-panji Islam, tetapi berdepan dengan godaan, dunia indah, harta karun, sogokan, wanita, dan pujian.
Sesiapa yang dapat mengekalkan imannya terhadap semua ini adalah cukup bahagia dunia akhirat kerana tidak terjatuh dalam tiga golongan yang dimasukkan ke neraka Allah (Pemimpin yang zalim, Ulama yang sombong tidak mau mengajar, Hartawan yang kedekut tidak mau infaq).
Ramai yang lemah pendirian dan telah acap kali disebut dalam kitab pun, bahawa manusia ini kelemahannya adalah tiga:
1) Dunia yang akan membawa harta benda dan kemewahan
2) Kuasa menerusi keududukan politik
3) Wanita dengan kebebasan seks tanpa had
Masyarakat kaum saya biasanya pergi untuk no (1) di atas dan tidak berapa priority yang dua lagi itu. Masyarakat lain pula ada yang pandai akan mengejar no (2) dulu. Itu lagi bijak. Kerana dengan kuasa politik mereka mampu mengaut yang lagi dua itu.
Saya ingin bicara di sini tentang scenario macamana rasanya dengan kuasa politik. Saya tahu ini kerana saya pernah mengikuti seorang menteri naik Jet PM. Bersama dengan kami tentulah ramai pengiring yang seronok dapat ikut sekali. Apabila dalam jet kapal terbang, cukup mengkagumkan kerana ia adalah penerbangan khas dengan krew kabin khas. Layanan cukup istimewa. Boleh bergambar dengan krew.
Sebelum naik pesawat ada bilik VVIP. Selepas turun pesawat ada bilik VVIP. Apabila sampai ke bumi, ada penyambut dengan wanita cantik, pemukul kompang, pemberita, ahli politik, ahli peniaga, pembesar-pembesar dan sebagainya. Mungkin ahli kabinet itu tidak endahkan ini semua, tetapi pengiring-pengiringnya cukup endahkan. Jadi, pemimpin mereka mesti endahkan yang lebih baik dari ini semua. Mesti ada layanan yang lebih istimewa menantikan mereka.
Adalah cukup cepat merasa selesa dengan keadaan begini, terbang sini sana, dengan layanan top class. Lama-lama sudah tidak mahu tinggalkan cara hidup yang sedemikian. Segalanya diberes. Rumah, orang gaji, kereta, supir, elaun, majlis, penyambut, publisiti dan pengiring.
Apabila seseorang dalam keadaan demikian disuruh turun, apakah dia berfikir tentang lojiknya dia turun atau sayangnya dia turun? Macamanapun Al-Quran sudah letak bahawa manusia itu sayang kepada ini semua melainkan segelintir sahaja, barangkali para wali atau salihin atau sufi yang amat berjaga-jaga tentang kesenangan dunia yang dianggap tidak lebih dari anjing kurap yang akan berlalu begitu sahaja.
Namun ada salihin yang hidup mewah tetapi senantiasa berderma secara senyap dan tidak di depan khayalak ramai. Saya pernah terjumpa ramai yang sedemikian. Alangkah gumbeera dapat bersua dengan mereka apatah lagi berkenalan dengan mereka. Rasa tenang, nyaman dan besar jiwa dengan golongan yang sedemikian. Berkat pun dapat, InsyaAllah.
Dengan golongan yang asyik bodek dan mengampu, saya tidak berapa selesa. Terasa macam out of place - tak kena tempat. Bukanlah saya cakap ini kerana menunjuk sikap holier than thou - lebih suci dari anda, tetapi memang rasa nak muntah disebabkan kita ini Allah sudah berikan pendidikan yang maha tinggi dengan pelbagai pengalaman terasa jatuh air muka atau maruah kita jika over sangat.
Bukan saya seorang tetapi saya percaya ramai pembaca pun sama. Mereka adalah agak private orangnya, tidak mahu kacau orang, tidak mahu bising-bising, dan hanya mahu lalui hidup dengan sebaik mungkin dikehendaki Allah. Tahniah kepada mereka ini. Semoga Allah menaikkan martabat tuan/puan seperti yang Dia janjikan. Amin!
red1
2 comments:
Bro, minta maaf kalau saya tulis panjang sangat...and 'modus operandi' di bawah memang orang baik-baik pun guna..ni'at dia saja lain...betul lah Rasulullah saw pesan "innama'aqmaltubinniyyat" (tak tahu lah betul ke tak Bahasa Arab saya tu...kalau salah tolong tunjukkan).
Senario yang tak berapa elok lebih kurang macam ni:
Aha..selagi we use this 'banking system' and the practice of the 'speculative economy'.....rasuah or yang sewaktu dengannya memang possible and very highly probable....
As Bro said, mungkin para wali atau solihin atau sufi yang berjaga-jaga dalam hal macam itu, malahan mereka berjaga-jaga semua "tentang kesenangan dunia".
The 'infrastructure' is all ready for rasuah dan yang sewaktu dengannya.
Like you said: kelemahan manusia seperti acap kali disebut dalam kitab ada tiga:
1) Dunia yang akan membawa harta benda dan kemewahan
2) Kuasa menerusi kedudukan politik
3) Wanita dengan kebebasan seks tanpa had,
now plus the conduciveness of the 'financial infrastructural facilities'....
Duit atau wang boleh dideposit di mana-mana...even Switzerland..tak siapa boleh tahu, kalau dia orang tak nak ambil tahu. Beli harta dalam bentuk tanah ke, apartment ke di mana-mana pun boleh...kat New Zealand ke...pergi jalan-jalan sana book dan beli tiket kapal terbang, ada paspot, ada visa, pergi saja lah...jangan pergi dengan Vee Kay Linnngammm cukup lah!
Kalau banyak lagi duit, 'derma-derma', 'buat-buat kebajikan' lah banyak-banyak....nanti ramai orang suka...suruh jadi ketua itu dan ketua ini..NGO itu NGO ini...ada lagi balance duit, cuba-cuba politik pulak lah...untung sabut timbul...
Wanita atau perempuan...lagi senang kalau banyak duit...pil veeaagraaa pun ada....boleh 'action' kat member "aku ada girlfriend cun"...member pun lagi rapat ngan kita...sokong lagi...untung-untung dapat 'share'....
So it is all ready, set, GO!
Wallahuwa'lam..
itulah.. boleh bawa duit menerusi t.t. ada yang masih pakai beg untuk bawa duit sehingga di tahan di airport negara bukan Islam tetapi amat strict dan disiplin sehingga tidak boleh dikira atau dikautim dengan menghulur semata-mata.
Post a Comment