Menurut (Allahyarham) Dr. Ali Shariati, seorang pujangga sosiologi masyur zaman sebelum revolusi Iran, yang antara penulisannya turut diminati Ahmad Shabery Cheek dan juga saya terutama tulisannya mengenai fahaman politik barat yang punah dan satu teori menariknya iaitu:
"Manusia akan maju setelah melakukan hijrah" - Most civilizations arrived at the heels of a migration lebih kurang kata-katanya yang saya masih ingat terbaca dalam tahun awal 80an.
Mualaf awal Islam zaman Mekah di bawah Rasulullah s.a.w mencapai kemajuan setelah berhijrah ke Yathrib yang kemudian menukar namanya ke Madinah. Orang Cina maju semua setelah meninggalkan kampung asal mereka. Begitu juga orang Padang, Acheh, Jawa, Pasai, India dan Mongol.
Kaum yang duduk setempat akan ketinggalan dalam kemunduran secara relatif dengan kaum yang pernah berhijrah. Ini teori yang saya lihat kebenarannya secara umum. Sering apabila saya berkenalan dengan seorang amoi atau kawan baru saya akan bertanya tentang asal usulnya. Ini untuk menentukan apakah dia bercampuran darah dengan mana-mana suku-kaum masyur atau kaum pendatang.
Macam Noor Hidayat Noordin yang bergambar di sini yang saya berkenalan semasa di program dinar MMU, Melaka beberapa hari lepas. Saya tak pasti apa bangsanya pada mulanya. Saya pun tanya dan dia memberitahu yang ayahnya adalah dari datuk Jawa dan nenek India. Ibunya adalah dari campuran Cina dan Australia.
Mengapa hijrah itu penting bagi mentukan kemajuan sosio-politik satu-satu kaum? Ini mungkin kerana hijrah memutuskan kita dari pegangan jumud dan pasif kepada bumi kampung halaman kita lalu membuka jiwa kepada keluasan alam Allah yang sebenar. Itu mungkin sebabnya antara asnaf penting adalah musafir. Rezeki lebih pun dikhaskan kepada sesiapa yang berhijrah atau bermusafir keluar dari kampungnya.
Ada kisah dan pepatah Melayu yang saya belajar dulu iaitu 'Anak Melayu Merantau Di Negeri Orang', lalu seorang lelaki yang masih remaja diberi oleh bapanya sedikit bekalan dan Quran lalu disuruh tinggalkan rumah mencari pengalaman hidup.
Pengalaman Melayu masih agak muda dan baru. Malah sejarah Melayu itu tidak pasti bermula bila. Yang saya belajar dulu ialah teori Param s/o Wara (Param anak lelaki Wara) seorang Hindu dari Palembang yang memeluk Islam lalu lari sehingga Melaka dan menjadi raja pertamanya. Itu dalam tahun 1404 barangkali. Tetapi pengalaman kerajaan Melayu pertama tidak lama cuma 106 tahun yakni tamat pada 1511 apabila Portugis datang menyerang.
Sehingga 1957 apabila merdeka, Melayu itu masih tidak boleh dianggap tua, malah masih terkejut kerana kenkangan 400 tahun penjajahan kepada minda dan sanubarinya sehingga tidak biasa dengan soal berperang dan menuntut kebebasan berfikir secara tersendiri. Nak buat 'jarum patah' pun disoal oleh Sultan Johor waktu itu.
Maka kaum Melayu itu masih dalam pra-metamofosis sosio-politiknya dan perlu melalui beberapa siri hijrah dan peperangan sebelum dapat mencapai kematangan dan kemajuan sepertimana yang biasa dilalui oleh semua kaum besar dunia.
Saya agak zaman Mahathir ini sudah menolak Melayu itu ke kancah politik perdana sehingga disegani dan disanjungi dunia dibeberapa tempat dan dalam beberapa keadaan. Hendaklah proses ini dimangkin dan digalakkan sehingga Melayu itu dapat 'come of age'.
Pergaduhan terbesar berlaku zamannya iaitu dengan Raja maupun dengan rakyat. Mahathirlah yang menjadi Atilla dan Rasputin yang menendang beruang itu terbangun dari kesaljian politik. Masa itulah orang berani panggil dengan nama shit dan p*k*m*k. Melayu sudah mula berontak terhadap dirinya.
Budaya tempurung dan subsidi perlu dilepaskan dari mencengkam minda dan jiwa. Hendaklah dihidu udara bebas dan bersih sebelum dapat berdiri tegak sebahu dengan semua. Akan berlaku banyak lagi goncangan dan kejutan politik yang menyelongkar tali-perut terbelit psiki kaum sendiri sebelum dia dapat benar-benar merdeka dan bersuara tersendiri.
Budaya yang matang bergaduh tidak akan lihat kepada siapa yang bergaduh tetapi apa isu yang digaduhkan. Kaum Skandinavia seperti Jerman dan Swiss maju kerana mereka tak kisah kulit awak hitam legam. Yang mereka kisah jika awak bijak dan cakap lojik. Kita di Asia masih lihat pada siapa lu yang bercakap itu. Dan jika tidak suka dengan percakapannya masih ada yang melatah dengan, "Pergi mampussslaaa luuu!".
Islam meletakkan satu tuntutan yang lebih tinggi bagi kita. Bukan sahaja kita perlu bertutur baik dan berhikmah, kita perlu juga mengamalkan apa yang kita katakan.
4 comments:
As-Salamu 'Alaikum!
Saudara! Sesiapa pun tidak pernah meminta atau memilih supaya dia menjadi bangsa tertentu. Ketentuan bangsa adalah urusan ALLAH.
Apalah ada pada Melayu (saya sendiri Melayu) kalau durhaka terhadap ALLAH. Sebagai muslim kita sama-sama faham "hanya iman & taqwa" sebagai nilai kita. Selagi kita bertaqwa selagi itulah kita mulia di sisi ALLAH.
Lupakanlah bangsa tu.
Maaf dan salam!
Assalamualaikum Red1,
Menarik cerita tuan tentang melayu.
Apapun jika kembali ke Perlembagaan Malaysia saya nampak bahawa melayu itu hanya bersandar secara amnya kepada 3 perkara:
1- boleh bercakap dalam bahasa
melayu
2- lazim dengan adat melayu (makan minum, pakaian,...)
3- beragama Islam.
Tidak ada langsung berkenaan darah keturunan atau warna kulit. Maknanya sesiapa sahaja yang ada ketiga-tiga perkara di atas adalah melayu menurut perlembagaan.
Kalau yang hanya boleh bercakap melayu - dia sudah 1/3 melayu. Jika ditambah dengan makan sambal, belacan dan budu dah jadi 2/3 melayu. Jika beragama Islam seperti tuan sahlah tuan melayu 3/3.
Mungkin melayu hanyalah takrifan/gambaran untuk mereka yang lazimnya sudah boleh digelar atau diterima sebagai-the people having the colour of the place. Yakni mereka yang sudah menurut 'warna' tempatan atau menurut warna gelas kata sesetengah orang atau sudah sebati dengan tempat duduknya di sini atau juga sudah menurut cuaca alam tempatan.
Berkait dengan Sultan Parameswara yg tuan sebut - Pandangan saya ialah baginda menjadi titik sambungan melayu baru yg muslim dengan melayu lama yg hindu dan lain2. Keislaman baginda berserta rakyat jelata yg juga sudi memeluk Islam menjadikan kontrak sultan dengan rakyat bersambungan dengan mudah dari dahulu kala hinggalah ke zaman ini. Maka salasilah kesultanan itu umurnya beribu tahun dan diperkuatkan lagi dengan Cahaya Ilahi melalui penerimaan Islam dan perkahwinan campur dengan muslimin yang beriman dari tanah arab.
Kesultanan sebelum Parameswara berlandaskan Sultan dan kesultanan sebagai payung/tunjang negara menurut kaedah orang daerah ini yang beragama (hindu/buddha)ketika itu dan sekarangpun Sultan bersambung juga menjadi payung/tunjang negara untuk orang yg beragama (islam).
Apapun kesultanan adalah tunjang kehidupan/tamaddun untuk orang yang beragama. (agama apa sekalipun).Kita di sini bertuah kerana Cahaya Ilahi melalui Nabi terakhir s.a.w. mudah sampai kepada Sultan Parameswara dan para Sultan lain di kawasan ini.
Orang yang datang ke daerah ini dari benua lain dahulu dan sekarang kadang-kadang ada yang lari dari raja atau sultan masing-masing. Tetapi apabila tiba ke sini maka hendaklah mereka terima sultan/raja di sini pula. Apabila mereka juga sudah boleh bercakap bahasa melayu, berbudi bahasa (dan makan sambal budu?)lagi muslim maka lengkaplah dia menjadi orang melayu (suka atau tak suka).
Akhir kalam kalau tuan mahu kurangkan kemelayuan tuan - jangan makan sambal belacan maka hilanglah 1/3 melayu.
wassalam
rtk
from rethinking times
http://rtktime.blogspot.com/
Semangat kebangsaan melayu boleh mewujudkan "gap" dengan bangsa lain. Jadi dengan Islamlah "gap" itu boleh dihancurkan dan Islam itu sungguh lengkap dalam hidup bermasyarakat. Kalau sesebuah parti politik meletakkan "melayu" dalam namanya, maka itulah yang menjadi "gap". kan?
http://aktivitionline.blogspot.com
yin: Ambe nampaknya tak suka kalau berpolitik atas nama melayu
yan: Sama aje yin - yang satu letak melayu dalam kotak, yang satu lagi letakkan islam pula dalam kotak. Di Indonesia berlambak parti letak islam dalam kotak. Masing-masing kata kotak depa lebih islamik! Kotak yang islamik, bukan orangnya!
yin: Yalah Yan - Bukannya melayu dan islam aje dikotakkan, cina, india, keadilan, sosialisme dan entah apa lagi pun kena masuk tong jugak. Disuruh pilih pula tong mana yang kita suka.
yan: Apa depa nak kata jika kita tak mau sistem tong? Tak kiralah tong see through ataupun tidak. Kita undi tolak buang semua tong? Macam soalan objektif/multiple choice dulu-dulu boleh pilih jawapan - (E) ialah untuk none of the above. Sekarang soalan macam tupun dah tak buat dah.
yin: Di US berapa kerat aje yg pilih sistem tong tapi masih lagi kata suara majoriti.Suara tong dah jadi suara minoriti.
yan: OK yin, nanti lain kali kita sambung cerita lagi tentang depa yang suka sembah tong.
Post a Comment