08 April, 2008

Pengalaman Berpuasa

Apabila terkenang kembali memang banyak peristiwa yang perlu diceritakan. Pengalaman berpuasa juga adalah menarik kerana berpuasa merupakan salah satu rukun utama Islam. Pada mulanya kerana jiwa tertarik dengan Islam, tidaklah disoal langsung apa jua permasalahan yang mungkin timbul apabila sudah menjadi seorang muslim yang perlu mengamalkan cara hidup secara muslim dengan sepenuhnya.

Solat lima kali sehari tidak menjadi masalah. Cara dan kaedahnya mudah difahami. Boleh rujuk buku untuk maklumat yang lengkap. Teringat pula pengalaman semasa mengunjungi sebuah kedai buku Melayu di Melaka lalu tengah memerhati buku Islam pada rak, jurujual Melayu di dalam kedai bertanya dengan saya apakah saya ini Cina atau Melayu. Saya pun menjawab yang saya ini Cina.

Apabila saya membawa sebuah buku Islam kepadanya untuk dibeli, jurujual tersebut pun bertanya hairan mengapa saya mahu beli buku Islam. Lalu saya jawab,

"Yalah, saya orang Islam"

Jurujual, "Tetapi kan tadi awak kata awak orang Cina?"

Ok, balik kepada soal puasa. Jika solat itu mudah, berpuasa pula adalah agak mengejutkan apabila terdengar saya kena berpuasa sebulan lamanya tanpa makan minum semasa siang dari subuh sampai maghrib. Pada mulanya memang susah nak dibayangkan macamana nak mencapai keadaan sedemikian kerana dalam masa beberapa bulan sahaja selepas saya masuk Islam perlu start puasa. Rasa semacam memikirkan tentang persiapan untuk sukan Olimpik.

Amir Hamzah, saudara angkat saya pun berkata yang saya boleh testing dulu sehari ke sekali kala sebagai puasa sunnat dulu. Saya pun membuat keputusan, oklah cuba dulu lah ya? Maka satu malam saya berniat mahu puasa sunnat pada keesokan harinya. Tetapi sayangnya saya terbangun lambat sudah waktu subuh dan saya terus gunakan handicap minum secawan air dulu dan teruskan puasa saya. Itupun tak dapat saya lengkapkan puasa saya pada hari itu. Kena tiup wisel sebelum waktu maghrib.

Tak apa, boleh try lagi lain hari. Yang hari itu nak datang masa itu saya pun sudah berada di ILP. Saya cuba sekali lagi. Tetapi sayangnya sewaktu selepas saja solat zohor saya dah bertanya dengan Ustaz Kamal,
"Jika dah tak tahan berpuasa sunnat macamana?"

"Ah, boleh berbukalah", jawab Ustaz. Sekali lagi tiup wisel.

Risau pulak saya. Macamana nak puasa sampai 30 hari ini? Sehari pun tak lepas wisel separuh masa. Menjelang hari ramadhan saya yang pertama, akal saya kosong macamana nak mendekati soal berpuasa wajib ini.

Tetapi pada saur pertama saya, Syukri Yeoh sudah mengejutkan saya dan dia ini memang orang dapur. Habis dia dan lagi seorang rakan tak tidur pun sepanjang malam duk sok sek sambil memasak bagi kita satu bilik asrama. Dapatlah kita bersaur dan lepas itu berpuasa dan yang peliknya kali ini dapat pula melalui sepanjang ramadhan tidak tertiup wisel sekali pun. Cukup hairan saya seoalah ia satu kemustahilan yang terjadi.

Selepas bulan ramadhan saya dapat tahu bahawa jika diamalkan puasa sunnat 6 hari pada bila-bila sepanjang bulan syawal dapatlah ganjaran setahun markahnya. Saya pun cubalah. Yang lagi pelik ialah tidak dapat saya berbuat demikian. Aik! Sebelum ini sebulan penuh no problem. Apasal baru lepas pulak ada problem?

Setiap tahun memang begitu. Tak pernah dapat tunaikan puasa 6. Paling kuat pun puasa 5 hari saje. Rasa-rasanya psikologi la tu. Bila diberitahu ia wajib, segala minda dan badan bersedia. Apabila sebut saja ia sunnat, ada kod yang tak kasi override.

4 comments:

TRALAYAN said...

Salam.

Seronok juga baca kesah anta ni. Katanya pernah terlibat dengan UMNO. Boleh cerita sikit? Lepas tu, nak tahu juga macamana mula kenal dengan Akhi Hasni Mohamad. Kalau tak silap, anta datang dengan Kamal Koh. Mana dia sekarang?

Redhuan D. Oon said...

Hasni Institut ke? Kena bagi tarikh dan trigger baru kekadang ingat.

Kamal Koh ni cerita panjang. Lama bertahun tak jumpa dia, baru-baru ni telefonnya bulan lepas.

Kisah dalam UMNO tak lama. Kisah dalam PASlah yang lama dan banyak kisah.

Cuma sekarang rasa ingin cuba yang baru, lebih dinamik dan individualistic.

TRALAYAN said...

Salam,

Red1 said,
'Cuma sekarang rasa ingin cuba yang baru, lebih dinamik dan individualistic'.

Mungkin boleh jelaskan, apa yang baru dan lebih dinamik tu. Kedengarannya amat menyakinkan espcially yang belakang tu!

Redhuan D. Oon said...

Dalam pengamatan saya terhadap keadaan fitrah manusia dan Islam, saya percaya yang ide tentang individualisma dalam Islam agak dilupai. Islam membenarkan kemenangan satu pihak walaupun pihak itu satu undi sahaja dan tidak dominan.

Lagi satu ialah Allah jadikan kita semua setiap individu secara unik dan tersendiri. Ada rahsia yang selalunya tidak disedari masing-masing yang tidak perlu tiru orang lain.

Juga alam ini ujud kerana individu itu ujud. Bila mati, maka qiyamatlah bagi individu itu.

Dan slogan saya, "Anda tidak ditanya tentang orang lain, anda ditanya tentang diri sendiri".

Saya secara diri sendiri sekarang ingin bertindak, mencipta fenomina baru (tajdid hadhari) dalam arena sosio-ekonomi Islam.

Saya ingin menyumbangkan sesuatu seperti blog pengalaman, cetusan fikrah, akhbar mingguan tersendiri dan gerakan sukarelawan tersendiri. Saya pernah menjadi antara pengasas Al-Hunafa, Macma, dan PAS-CCC. Semua itu dikira berjaya. Lepas itu saya uzlah buat seketika untuk mencipta sesuatu gagasan baru dalam Open Source yang juga telah berjaya. Kini saya sudah kembali ke tanah air dan perjuangkan apa yang saya tinggalkan. Saya akan buat apa saya terdaya. Yang tidak terdaya saya akan tinggalkan untuk orang lain barangkali.