Mengapa kebebasan bersuara dikatakan terhad di Malaysia? Dari mana puncanya tanggapan bahawa bebas bersuara itu akan membawa anarki atau kekacau-bilauan? Saya percaya ia datang dari zaman penjajahan british dulukala dimana jika rakyat yang dijajah itu bebas bersuara maka akan terbongkar rahsia penjajahan mereka.
Jika rakyat boleh bersuara, maka mereka akan bertanya kemana sedang dibawa semua bijih timah dan getah asli itu dan apakah wajar dan setimpal pampasannya? Malah banyak lagi yang akan ditanya seperti sewaan dan cukai kerana menduduki negara kita secara percuma, pampasan kerja 'outstation' dari negara asal India dan Cina sehingga ke Malaya ini di estet dan lombong timah, pencennya, gratuitinya, tiket penerbangan balik ke negara asal, serta kerakyatan sepenuhnya.
Semua tuntutan itu akan terjelma apabila ada kebebasan bersuara. Maka adalah jelas kebebasan itu bukan sahaja tidak ada malah didatangkan perundangan yang menyekat apa jua cabaran politik kepada kesewenangan penjajah dari terus menjamah dan menjajah tanah-air kita.
Kebebasan bersuara adalah fitrah manusia dan dianggap sunnah dalam alam ini oleh Allah SWT sekali pun (terutama sekali kerana ini adalah alamNya). Allah memberi manusia ilmuNya serta hak menyoal sekali. Syaitan pun bebas bertanya, malah bebas menolak. Padahal saya tidak menganjurkan bahawa manusia bebas menolak sewewenangnya. Kita tidak boleh 'equate' atau persamakan lagi hak bersuara dengan hak bertindak.
Islam meletakkan bahawa kita ada hak memasang niat buat jahat pun tetapi malaikat tidak akan rekodkan apa-apa dosa sehingga jelas berlaku amalan dosa itu. Kebebasan bertindak boleh mendatangkan mudharat dan sudah sedia ada hukum-hakam melarangnya seperti Akta Hasutan, Akta Polis dan Akta Berkhalwat.
Negara yang peninggalan penjajah British masa dulu yang gagal menyelesaikan kemerdekaan tanah-jajahannya sehingga berlaku penumpahan darah seperti Amerika Syarikat, Kanada, Indonesia (semasa berdepan dengan Belanda terpaksa bertukar tangan selepas penyelimbihan di Ambon) India (yang paling dasyat dalam sejarah semasa 'Partition Plan'), Malaya dan kepulauan seperti Singapura yang digunapakaikan Akta ISA.
Ini kerana penjajah apabila merampas satu jajahan akan memusnahkan khazanah asli anak jajahannya sehingga hak masing-masing di dalamnya akan terancam dan anak-anak jajahan terbiar berebut cebisan peninggalan nanti.
Kebebasan bersuara dalam Al-kitabun senantiasa diajak dengan seruan "Qul!" - Katakanlah! Kebebasan ini tidak terhad kepada kaum Yahudi atau para anbiya sahaja. Apa-apa yang pihak lain berkata, Al-kitabun semua akan dengan telus dan ikhlas menyiarkan kembali bagi renungan semua Insan sehingga akhir zaman. Malah Al-Quran merupakan akhbar yang paling terbuka kerana tidak saja disiarkan ucapan penentangnya malah yang tersembunyi dalam dada sesiapa sekalipun.
Contohnya ayat 'Abasa watawallaa' - yang Nabi memalingkan mukanya dari seorang tua, pun disiarkan ke dalam saluran perdana ini. Jika di Malaysia, tentu sekali akan ujud Akta Menghina Nabi dan Malaikat Jibrail dikenakan writ saman!
Apabila kebebasan akhbar itu kembali tanpa lesen, maka rakyat akan makin matang dan kepuasan secara fitrah kerana terlepas konkongan didada mereka, lalu proses penghayatan sebenar pembangunan modal Insan akan benar-benar bermula. Kerajaan boleh mengujudkan satu lagi "Commission for Freedom of Expression" tanpa segan pilu supaya teratur proses pembebasan tersebut.
Ini kerana terdapat adat dan adab yang perlu dikenalpasti dan dituruti supaya suara kita boleh didengar dengan jelas dan saksama. Cuba bayangkan keadaan apabila 27 juta rakyat ingin bersuara menjerit sekali gus!
Namun kebebasan itu akan mendatangkan lebih ramai tokoh yang bertanggungjawab ke hadapan untuk mengimbangi keadaan. Kita tidak harus risau dua tiga kerat suara yang akan menghasut. Pasti akan lebih ramai suara yang siuman dan budiman lagi beriman meratakan keadaan
Sekiranya Hindraf mahu berarak kelak saya percaya orang Melayu dan Cina yang akan melebihi mereka berarak nanti kerana mereka pun ada lagi banyak tuntutan terhadap British seperti London Metal Exchange itu harus kembali kepada Kuala Lumpur. Ini akan terbongkar apabila rakyat mengetahui dan berbincang secara bebas dan teratur dan menghalusi tentang isi memoranda Hindraf nanti.
No comments:
Post a Comment