Bersambung lagi al-kisah nya kitab-kitab masyur lagi berukun bagi kita ialah bagaimana sebenarnya dengan adanya Al-Quran itu maka lebih terpiliharalah status 3 kitab wahyu sebelumnya iaitu Torah, Zabur dan Injil.
Ketiga-tiga kitab itu kini dikatakan termaktub di dalam bentuk Al-Bible. Namun termasuk juga dalam Al-Bible itu banyak surat dari Paul dan pihak lain selepas zamannya yang tidak dikira wahyu tetapi teks inspirasi. Teks tersebut tidaklah dirujuk dalam tulisan saya ini. Yang saya maksudkan dengan Al-Bible hanyalah wahyu Allah semata-mata.
Adapaun kita sudah sedia maklum bahawa ada beberapa ayat yang terubah dan ini tidak lagi saya ingin menyentuh di sini. Yang saya hendak sentuh adalah bahawa keimanan saya kepada Al-Bible lebih terpelihara dengan adanya Al-Quran.
Kisah Nabi Isa Al-Masih, anak Maryam kini adalah dikira sahih dan amat diyakini saya selepas saya muslim. Begitu juga kisah para anbiya yang lain. Seterusnya saya yakin tentang mesej sepanjang zaman bahawa Allah senantiasa hadhir dan tidak terputus dalam penguasaanNya yang mutlak.
Saya kini lebih teryakin tentang soal malaikat, mukzijat, dan banyak lagi kisah-kisah masyur kaum-kaum Firaun, Ad wa Thamud dan peristiwa penting dalam sejarah.
Sifat Al-Quran mempertahankan Al-Bible bukan sahaja termaktub dalam banyak ayat Al-Quran tetapi sifat dan sikap Rasulullah s.a.w. menjaga hak kaum Yahudi dan Nasrani juga cukup jelas. Baginda mempertahankan hak mereka dalam Piagam Madinah. Tabiat baginda terbawa-bawa sehingga zaman Islam selepas wafatnya baginda s.a.w telah diamati dan diteladani begitu baik terutamanya di Sepanyol dan di Darussalam, Palestin.
Zaman Islam Al-Murabit Sepanyol di Andalusia dengan Cordoba dan Al-Hambra begitu masyur dengan keamanan ketiga-tiga agama samawi itu dimana umat Islam hidup harmoni dan aman dengan umat Yahudi dan umat Nasrani. Apabila tentera Eropah dari utara menyerang dan memusnahkan kerajaan Al-Murabit itu, berakhir lah kerharmonian tersebut.
Begitu juga zaman Islam di Palestin dan ibukotanya, Darussalam atau Jerusalem. Selepas kuasa Kristian Eropah mengambil alih Palestin, hilanglah bandar aman itu sehinggalah kehari ini tiada satu hari yang aman baginya.
Sifat Islam sedemikian harus tertanam dalam sanubari setiap negara yang diduduki umat Islam termasuk Malaysia. Hendaklah kita di sini menjadi pelindung semua agama lain tidak kira Katholik, Protestan, Hindu, Buddha dan Tao. Biarlah mereka lihat betapa tinggi dan mulianya peradaban kita sebagai umat peninggalan Muhammad, Rasulullah s.a.w.
Sebelum kita ingin meroboh kuil atau tokong mereka, kita rujuklah secara sopan kepada pihak mereka, dan biarlah mereka merobohkannya dengan tangan mereka sendiri supaya tidak terbangkit sentimen keagamaan yang tidak sihat.
Sebuah perpustakaan keagamaan harus dibina untuk menyimpan kitab-kitab semua agama. IKIM harus mengeluarkan syarahan tulisannya kepada yang lebih memberi impak kepada masyarakat berbilang agama dinegara ini kepada lebih menerima Islam sebagai suci dan amat menyokong kebebasan beragama secara terhormat.
Tradisi fobia-memfobia serta sangsi-menyangsi antara satu sama lain adalah lucu dalam konteks sejarah yang kita boleh merujuk sebagai bukti bahawa ia bukanlah keadaan sebenar zaman kegemilangan Islam dahulu seperti zaman Salahudin Al-Ayubi yang kita pun dapat lihat dalam wayang masyur dari Hollywood bertajuk 'Kingdom of Heaven'.

3 comments:
Salam sdr Red1,...
Memang salah satu rukun iman ialah bahawa seseorang itu percaya dengan kitab2 (wahyu2) Allah yang diturunkan terdahulu dari Al-Qur'an. Al-Baqarah ayat 4 jelas tentangnya.
Ini membuktikan keselanjaran mesej yang satu dari Tuhan semesta alam.
Maslahnya ialah bahawa ramai yang tidak mahu mengerti apakah implikasi di sebalik rukub itu.
Jangan kata nak baca Al-Bible, Al-Qur'an sendiri pun ramai umat Islam tidak membacanya, apatah lagi nak memahami kandungan2 dan mengetahui rahsia2nya.
5 - 10minit pun bakhil untuk diberinya bertadabbur dengan Al-Qur'an. Tetapi 1 hingga beberapa jam untuk hal duniawi tidak keberatan baginya.
Setiap perkara perlu pengorbanan untuk memperolehinya. Tenaga, masa, dan harta perlu dikorbankan. Begitu juga soal ketuhanan.
Sekian, wassalam.
Salam Red1,
Saya beranggapan begini sahaja.
Rasulullah di dalam khutbah terakhir menyatakan bahawa tidak akan seseorang itu sesat selagi dia memegang kepada dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Itulah yang ditinggalkan sebelum baginda wafat.
Oleh kerana itu, pada pendapat saya, tidak perlu seseorang Islam itu mempelajari bible melainkan setelah khatam dan memahami 100% keseluruhan kandungan Al-Quran. Ini hanya untuk memudahkan umat kerana , nak faham Al-Quran itu ambil masa, sempat ke pula nak belajar tentang bible ?
Lagipun, daripada bacaan saya mengenai bible yang sedia ada, terdapat lebih daripada 100 kontradiksi di dalam bible. Maksudnya, benarlah bahawa Al-Quran menyatakan bahawa bible yang sedia ada telah pun di ubah oleh pendeta-pendeta Yahudi, manakala bible yang asli telah hilang dari muka bumi.
Jadi kepercayaan kepada kitab yang terdahulu tu kena specific, maksudnya kitab yang original dan bukan kitab yang telah diubah.
Saya ada satu persoalan kepada saudara, sekiranya sepanjang kehidupan, saudara mempunyai masa untuk mendalami satu kitab sahaja, kitab mana yang akan saudara pilih , Al-Quran atau Bible ?
Yes Sdr Razlan,
Saya memang menyatakan tentang konteks wahyu sahaja dalam tulisan saya. Memang, surat dari Paul adalah cuma surat2 shj, dan terdapat percanggahannya tetapi yang saya soalkan semasa dengan padri dulu adalah percanggahan pokok iaitu tentang kaedah masuk syurga dan Tuhan sebenar yang kita doa kepada apakah nabi, ruh qudus etc.
Maksud saya sebenarnya adalah untuk membuka minda masyarakat kepada keintiman dan keterbukaan Al-Quran itu. Hari ini ia tidak sedemikian malah hanya disanjug tanpa dibaca.
Maka soalan sdr tentang kesuntukan masa dan had memikir shj tentang Al-Quran, saya minta maaf saya tidak nampak persoalannya.
Itu soalan catch-22. Jika kita ada masa mendalami yakni patut lama masanya, dan selalunya cendiakawan Islam dulu2 kaji jauh lebih dari kitab yang terjumpa hari ini maupun dalam bahasa sehingga Yunani pun.
Saya berpendapat umat kita hari ini terlalu defensif dan apolojetik. Menurut kata2 (Allahyarham) Dr. Ismail Faruqi semasa beliau berucap dalam majlis anjuran ABIM dimana Anwar turut hadir, Dr. Faruqi menyatakan,
"The muslims behave as if they are sitting on fire, when challenged. They should be on ice, for Islam is Haq. It is unassailable".
Anyway syukran for your tots.
red1
Post a Comment