Pensyarah Islamic Finance di Multimedia University, Melaka, Ustaz Abdul Halim Abdul Hamid, memberikan kebebasan kepada kelas sesi-nya yang terdiri daripada 120 pelajar Fakulti Business & Law yang kebanyakan berbangsa bukan Melayu supaya memilih samada mahu mengikuti syarahan kelas atau melaksanakan projek yang berbentuk seminar dan expo untuk memperkenalkan subjek konspirasi pembankan terbesar dunia.
Tentu sekali mereka memilih untuk menjayakan program Seminar & Exhibition Week - Dinar & Dirham, The Real True Money yang bermula semalam sehingga esok, yang dirancang dengan kawasan pameran serta siri syarahan oleh jemputan dari luar. Pada esok hari Umar Fernando Vadillo dari Sepanyol yakni tokoh yang membawa dinar kembali ke dunia akan menyampaikan ucapannya.
Suasana dalam dewan besar MMU adalah cukup rancak dan riuh-rendah yang tidak boleh dibayangkan oleh saya yang tidak pernah suka duduk dibangku universiti kerana kebosanan yang dibimbangi bakal menimpa saya. Tetapi kaedah kreatif ustaz tersebut cukup memeranjatkan saya yang hampir give-up dengan sistem pendidikan tanah-air.
Ada juga persembahan tiga kaum terbesar iaitu dari Melayu, Cina, dan India. Yang dari India pula mendapat sorakan terbanyak kerana Bollywood pulak dibuatnya.
Rupa-rupanya ada juga pensyarah yang kreatif cuba lain dari yang lain, lalu memberi semangat dan empowerment kepada pelajarnya mengalami perkara yang mungkin pelajar lain tidak perolehi sebelum ini - iaitu merancang dan menjayakan satu program yang terpenting bagi perjuangan Islam abad ini iaitu penghapusan sistem riba wang kertas menerusi wang emas.
Saya terbeli 3 dinar emas buatan Jakarta pada tahun 2002 yang berharga RM140 sekeping yang kini berharga RM550 sekeping. Saya tercicir satu dinar semasa musafir kat Kuala Lumpur. Dengan 2 dinar tertinggal maka kini ia bernilai RM1100 dengan modal pembelian asal sejumlah RM420 = wa ala untung RM680.
Kesedaran dinar yang tercetus secara senyap oleh gerakan Murabitun sedunia Shaykh Abdul Qadir As-Sufi menjadi lebih rancak pada tahun 1993 apabila Fernando Vadillo, seorang pelajar ekonomi Sepanyol memeluk Islam atas ajakan Shaykh tersebut dengan nama Umar lalu mencetak dinar pertamanya di Sepanyol. Kemudian ia tercetak di Dubai dan kemudian di Jakarta dan akhirnya selepas beberapa kali kunjungan Umar ke Mahathir dan Anwar Ibrahim (yang tidak menerimanya), krisis mata wang 1997 menyedarkan Mahathir tentang kebenaran mesej Shaykh itu.
Umar Vadillo pernah cerita ke saya yang sudah berapa keping dinar emas diberi kepada pimpinan negara begitu sahaja tanpa balasan. Sehingga ke Nik Abdul Aziz yang menolaknya dengan, "Jika orang 'Chin' terima maka mudah kita laksanakan".
Umar Vadillo juga beritahu saya yang ucapan Shaykhnya mengenai "La HauLaa Walaa Quwwata'illa Billah' adalah benar, kerana puas dia mengelilingi seluruh dunia dari tahun 1993 atas arahan Shaykhnya yang hanya berkata, "Bawalah dinar kembali kepada dunia!" tanpa memberikannya apa-apa bekalan selain ilmunya.
"Akhirnya pertolongan Allah itu datang dengan krisis matawang Asia!", ujar beliau yang menasihati saya supaya jangan melihat apa-apa yang berlaku dalam alam ini sebagai bencana atau kemalangan. Tetapi tunggulah nasrullahi wal fath - pertolongan Allah dan pembukaan besar.
"There is no accident. Allah planned it all, kulli syain qudraa" (atas segala setiap satu itu amat berkuasa).
Semoga para pelajar kelas ini yang sungguh mesra dengan tetamu mereka mendapat kecemerlangan dan kebaikan dalam hidup mereka yang terbentang luas di depan.
3 comments:
Saya terima beberapa panggilan menerusi telefon sebaik sahaja blog ini diposkan. Maka saya ingin melakukan nota kaki di sini:
0) Sumber berita adalah mutawatir dari beberapa teman yang selama ini mengusahakan dinar iaitu Umar Vadillo dan rombongannya di Malaysia,
1) Penolakan dinar oleh Mahathir - masa itu Mahathir merujuk kepada Menteri Kewangannya iaitu Anwar.
2) Anwar memberi komen yang tidak memihak kepada gerakan dinar (maaf, tak yah secara detil sangat, cukup sekadar it was a negative answer
3) 1997 semasa ringgit Malaysia jatuh mencecah 4.8 to the dollar, Mahathir mengkaji balik tentang politik matawang dan merujuk kepada sumber sehingga dapat menyedari tentang kebenaran mata wang intrinsik seperti dinar dan dengan itu dapat mengorak langkah pembetulan yang tidak pernah difikirkan dunia mangsa sebelum ini.
Masa itu Anwar dikatakan ingin menerima formula IMF yang berjaya mengambil alih sistem kewangan Indonesia waktu itu.
4) Kisah tentang Nik Aziz ini adalah sahih waktu awal 1990an. Kemudiannya di bawah ArRahnu dan Datuk Husam Musa telah menerima baik ide dinar tetapi masih tidak dapat menjadikannya sebagai matawang kerana sekatan dari IMF dan Bank Dunia ke atas semua ahli Perjanjian Bretton Woods yang Malaysia salah satu ahli yang tidak relanya.
Saya memang setuju dengan sistem dinar emas, lebih fundamental, lebih stabil dan lebih transparent.
Sistem duit dulu bukan berasaskan dinar emas ke? At least guna sandaran emas. Kalau tak silap, 1971 yang diorang tukar jadi float/fiat ...
Sistem duit nie memang ade pro dan kontranya... Tapi inilah sistem yang ade... Dulu ade sandaran emas, sekarang sekadar fiat money aje yang diniagakan.. Saya bukanlah sarjana ekonomi, jadi saya tak tahu secara medalam tentang ekonomi dan currency ...
Cuma secara kasar,saya berpendapat kebanyakan masalah ekonomi banyak berpunca daripada fiat money and wealth creation yang tak balance...
Sistem ekonomi yang ade berasaskan central bank yang hasilkan duit dan yang mengawal kadar faedah banyak mempengaruhi ekonomi kita.
Berapa banyakkah nilai-nilai yang imaginary dan nilai speculative yg dijanakan melalui sistem ini? Berapa banyakkah peruntukkan yang terpaksa diberi untuk mengadakan sistem akaun untuk memantau sistem wang ini?
Penyelesaian ekonomi perlu kepada imbangan supply dan demand yang stabil dan yang fundamental.. Jadi saya rasa untuk memulihkan sistem ekonomi, kita perlu mengukuhkan nilai-nilai asas dan nilai-nilai fundamental...
Mungkin kita kena mulakan dengan perkara asas dalam kehidupan dan selepas itu dikembangkan dalam sistem lain.
Masalah ekonomi sekarang ialah terlampau banyak wang yang perlu digunakan untuk membeli nilai-nilai imaginary dan seterusnya membuatkan orang-orang yang berada dihujung tali ekonomi yang susah.
Imbalance ini menjadikan satu situasi yang menyebabkan manusia pun mula membuat sistem manupulasi yang memberikan nilai imaginary dan dibeli dengan wang fiat money yang juga imaginary....
Saya sebenar kadangkala pelik bila tengok sistem ekonomi yang ade, contohnya macamana satu Syarikat A boleh beli syarikat B yang lain yg menggunakan asset syarikat B yang dibeli itu untuk bayar hutang syarikat A... Tak tahula apa undang-undang yg ade, tapi memang nampak pelik... Lepas tu, orang boleh untung atas angin sampai bermillion-million...
Well that is the system..... Saya ingin, jika kita bersembang untuk judiciary reform, kita kena minta juga economic and currency reform.
Usaha berterusan membaiki sistem dinar dalam pelbagai aspek agar pelaksanaannya nanti menjadi mudah. Daripada menunggu ianya menjadi satu currency, langkah-langkah awal haruslah diambil seperti kajian-kaijan ilmiah, kajian-kajian perbandingan beserta fakta agar ianya dapat membuka mata bankers.
Post a Comment