Kerajaan Malaysia telah melarang Gereja Katholik menggunakan nama Allah lalu dijadikan satu isu oleh mereka sebagai menidakkan hak mereka dan terus disamannya kerajaan semalam. Isu ini agak baik untuk kita olah kerana terdapat peluang berdakwah yang baik.
Pertama, orang-ramai bukan Muslim akan hairan siapakah 'Allah' itu sebenarnya sehingga terlarang disebut oleh mereka. Apakah ia adalah Tuhan yang mereka juga sembah selama ini atau ia membawa maksud yang lain? Jadi sekiranya Allah itu Tuhan mereka juga, maka selama ini orang yang melaung 'Allahu Akbar!' adalah menggunakan nama Tuhan mereka jua.
Saya berspekulasi bahawa kerajaan melarang penggunaan istilah Tuhan dalam bentuk Allah (saya berspekulasi kerana saya bukan kerajaan), ialah mungkin kerana kebimbangan bahawa kitab Al-Bible yang tidak asli dari sudut Islam akan diterjemah dan disebar ke masyarakat Melayu untuk terbacanya lalu terpengaruh dengan makna Allah di dalamnya, lalu mereka memeluk agama Katholik.
Kita hendaklah sedar kita disuruh Allah supaya wajib beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran lalu kitab Al-Bible adalah antara sumber yang dimaksudkan itu. Cuma Al-Quran telah memperjelaskan dimana silapnya tangan yang mengubahsuai ayat-ayat di dalam Al-Bible itu.
Namun kerajaan tetap bimbang dan ingin menjaga keimanan umat Islam supaya tidak dipermudahkan usaha Katholik memesong sesiapa. Kerajaan juga membuat larangan sebelum ini sekian lama iaitu tidak dibenarkan sesiapa dari agama lain berdakwah kepada umat Islam tentang agama mereka.
Saya turut prihatin bahawa kerajaan berniat bersih dan murni untuk menjaga keimanan umat Islam. Tetapi apakah tindakan kerajaan itu baik atau sebaliknya bagi umat Islam? Soal ini payah dijawab kerana kita tidak ada data tentang sejauh mana ketebalan iman umat Islam dan juga keilmuan umat Islam tentang perkataan 'Allah' itu.
Jika dilihat dari segi amalan orang Arab di Timur Tengah, mereka yang beragama Kristian Arab menggunakan nama 'Allah' dan frasa 'Allah mahaba' - Tuhan itu Kasih-Sayang. Malah dalam Al-Quran pun sering berdebat dengan mereka yang bukan muslim dengan istilah 'Allah' yang sama.
Ada satu ayat dimana Allah berfirman supaya Rasulullah s.a.w. bertanya dengan orang musyrik tentang, "siapakah yang menjadikan semua ini, waya qulluun Allah - lalu mereka menjawab, 'Allah'".
Juga dalam surah al-ikhlas yang amat masyur, "..Allahu Ahad.... lam yalid walam yuulad.." - Allah itu Satu, .. tidak beranak atau diperanakkan.. Ini adalah 'Allah' jua yang digunakan oleh Allah sendiri untuk memperjelaskan maksud 'Allah' sebenarnya, dan tidak melarang hak musyrik menggunakan sebutan 'Allah' sebagai anak Tuhan mereka. Jika dilarang maka Al-Quran akan menghadapi masalah teknikal yang besar kerana rata-rata musyrik di dalamnya asyik sebut 'Allah'.
Yang menjadi isu kepada Al-Quran adalah persepsi 'Allah' itu silap dalam pengertian orang yang tidak sahih ubudiyahnya kepada Allah. Maka kebimbangan kerajaan terhadap silap faham tersebut adalah terselesai oleh Al-Quran itu sendiri. Maka yang tinggal sepatutnya disuruh umat Islam supaya mengerti kembali maksud Al-Quran.
Larangan berdakwah kepada umat Islam juga membawa masalah teknikal kerana sifat Rasulullah itu antara yang 4 besarnya adalah sifat 'tabligh' iaitu 'menyampaikan'. Maka sering terdapat interaksi nabi dengan golongan penentangnya serta perdebatan berlaku antara mereka tentang siapa yang benar dan hujah pro dan kontra. Maknyanya tabligh berlaku secara aktif diantara mereka. Itu sifat Islam asliyah dan juga menjadi sifat selama-lamanya Islam itu - sentiasa berdebat dan bertabligh. Dan selalunya ramai lagi dari golongan lain masuk Islam daripada yang sebaliknya.
Memanglah akan ada orang Islam yang terpengaruh untuk masuk Katholik, dan sebaliknya. Itu sebabnya Nabi telah bersetuju dengan perjanjian Hudaibiyah yang mengambil kira hakikat bahawa sekiranya sesiapa yang lari dari Mekah ke Madinah (masuk Islam) maka hendak dikembalikan kepada Mekah (keluar balik), dan sekiranya ada yang lari dari Madinah ke Mekah (keluar Islam) maka tidak perlu dikembalikan.
Saya bukanlah suruh diujudkan balik Perjanjian Hudaibiyah yang sudah luput itu zaman Nabi tetapi sekadar membuktikan bahawa begitu aktifnya soal dakwah mendakwah diantara golongan Islam dengan yang bukan Islam. Cuma hasilnya senantiasa Islam yang menang.
Kini kita pula mendatangkan pelbagai hukum dan taktik politik untuk mempertahankan Islam apabila berdepan dengan bukan Islam tetapi hasilnya tidak jelas apakah umat Islam boleh menang.
Dengan melarang umat Katholik yang tidak ramai di sini supaya jangan guna nama 'Allah' adalah mendatangkan fitnah halus secara tidak langusng kepada semua kerana akan tersangka bahawa Tuhan mereka dan Tuhan kita adalah berbeza padahal tidak. Atau sumber kitab mereka dengan kitab kita berbeza padahal tidak. Yang berbeza dan silap adalah tafsiran dan persepsi. Dan penyelesaiannya adalah cukup mudah, yakni bagi tahu sahaja yang benar yakni maksud Suratul Ikhlas tadi. Dia beriman ke tidak terpulang kepadanya, menurut Allah, Dialah yang mengetahui dan akan menghukum mengikut itikad hati dan bukan pakaian luar.
Maka yang kita sepatut risau adalah apakah betul fahaman dan pegangan kita tentang siapa itu Allah atau apakah ia rapuh selama ini sehingga hendaklah dibendung dari tafsiran yang lain? Apakah boleh dibina tembok tinggi untuk menghalang orang kita terbaca atau terminum makna yang ganjil dan haram disekeliling kita pada bila-bila waktu? Apakah jika bekas Menteri Kabinet lari keluar negeri kerana dilarang meraba punggung wanita sini, dia tidak dapat memegang punggung wanita luar negeri? Gambaran bahasa je.
Sepertimana saya sudah sebut dalam blog awal saya, bahawa banyak lagi fahaman dan adat umat Islam kita hari ini yang agak songsang dan ketinggalan sehingga merugikan umat Islam itu sendiri dalam mencapai dakwah dan syiar yang sebenarnya.
Kita harus tahu bahawa sepertimana Al-Quran itu begitu suci kepada kita, begitu juga Al-Bible itu begitu suci kepada Katholik sehingga mereka tidak akan membenarkan istilah yang songsang di dalamnya. Maka dengan memanggil Tuhan dalam bahasa Melayu dengan bunyi arabi nya yakni 'Allah' adalah satu tindakan yang tinggi dan suci (bagi mereka). Ini akan merapatkan lagi mereka kepada Islam. Sepertimana sekiranya mereka menggunakan nama Isa, Musa, Yakub, Yahya, Yusuf, Ibrahim daripada Jesus, Moses, Jacoob, John, Joseph dan Abraham adalah lebih merapatkan mereka secara psikologi kepada Islam.
Apabila umat lain mendengar laungan azan atau istilah arab yang kita sering pakai selaku umat Islam mereka akan memahami maknanya lalu cahaya Allah mampu meresapi hati-hati mereka sepertimana Allah memerintahkan Nabi supaya disampaikan kepada semua walaupun satu ayat pun.
Dengan melarang penyampaian sedemikian saya khuatir adalah baik bagi umat Islam sedia ada tetapi boleh mendatangkan kemurkaan Allah subhanahu wata alaa. Kita harus sedar dan insaf bahawa Islam itu bukan hak kita tetapi hak Allah.
Banyak lagi polemik sosio-politik Islam yang tidak menjejak kaki kepada kebenaran yang dimaksudkan Allah wa Rasul tetapi cukuplah sekadar saya mempenakan di sini yang saya kira cuba mengeksploitasikan isu tersebut. Tulisan saya di sini mudah disalahtafsirkan dan boleh diambil tindakan. Tetapi sebaik-baiknya diberikan ruangan berdialog kepada saya kerana saya bertanggung jawab dan berniat suci demi bebaikan dakwah dan bukan berniat mengugat keimanan sesiapa. Jika tersilap saya akan menarik balik dan digantikan dengan hujah yang lebih baik. Tetapi saya kira rugi jika berdiam sahaja padahal peluang terbuka luas untuk kita berdakwah. Tidak kira isunya hijab ke, kahwin lebih ke, raba punggung ke, Guan Eng masuk syurga kerana mahu jadi Umar A.Aziz ke, tak kira apa, kita guna semua peluang yang ada.
Pada ayat selepas Ayatul Kursi disebut, "Tiada paksaan di dalam Ad-Din (Islam), yang terang adalah jelas mengalahkan selainnya (kegelapan kepalsuan).
Wallahu aklam!
Redhuan D. Oon

6 comments:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakattuh.
Sdra. Redhuan
Saya amat setuju dengan pandangan saudara.
Adakah kita takut kepada NYAMUK kerana MALARIA dan DENGI ?
Yang penting,kita pastikan sekitaran kita bersih dan terhindar dari air bertakung yang boleh jadi penyebab pembiakan nyamuk dan menjalani gaya hidup selamat.
Begitulah juga halnya jika berisi ILMU dikepala dan kebal IMAN di dada,INSYALLAH, MUSLIM akan TERHINDAR dari menjadi MURTAD.
Masyarakat Islam perlu muhasabah diri dan mempertingkatakan daya tahan ( immune sistem ) diri supaya dapat menangkis virus-virus yang senantiasa ada di sekitaran mengintai-ngintai peluang untuk merusakkan sel-sel tubuh kita .
Kita perlu mempertingkatkan DAKWAH ISLAMIAH kepada saudara-saudara non - Muslim ( bukankah kita semua dari keturunan Adam dan Hawa ).
Amatlah sedih sekali jika hanya retorik - retorik sahaja yang di sampaikan tanpa penampilan perilaku dan ahklak mulia yang sepatutnya di amalkan kepada Muslim dan non-Muslim.
Bukankankah penampilan AKHLAK MULIA saperti yang ditunjukkan oleh RASULULLAH s.a.w. merupakan satu ciri DAKWAH ISLAMIAH ?
Ada baiknya jika kita menyelami pengalaman para misionaris yang kembali ke fitrah - ISLAM ,saperti Gary Miller, Yusuf Estes,Khadijah Watson dan lain lagi lagi sehingga mereka terpaut dengan ISLAM dan terus mendapakapnya erat-erat.
Semoga, kita semua insaf kelemahan diri dan bertindak kearah yang lebih baik.
Manusia merancang,
ALLAH juga merancang
sesungguhnya
se BAIK - BAIK RANCANGAN ada-lah milik ALLAH s.w.t.
Wassalam .
Assalamualaikum Bro,
I am writing while in Sydney..
I believe we Malaysian Malays Muslims (3Ms!)have this problem of not successful yet economically and at the same time 'trying' to defend and spread Islam. So we come up with all sorts of 'creative' ideas to do the two things...
May be we need a paradigm shift? Seven (7) is less than ten (10)...and seven is more than five (5)...BUT seven (7) may not always be less than ten (10)...
..an idea after walking around Sydney for three days...
Wallahu 'alam.
Assalamualaikum,
Reduan, anta tidak keseorangan dalam isu ini. Disini saya letakkan separagraf tulisan Dr. Mohd Asari Zainal Abidin, Mufti Perlis, berkenaan hal ini.
Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?
Untuk membaca tulisan beliau sepenuhnya, anta dan para pelilau blog yang lain, bolehnya pergi ke www.drmaza.com.
Semoga Allah memberkati usaha kita semua.
Wassalam.
T.k. Tralayan,
Link yang amat berfaedah dari seorang Mufti yang bertauliah lagi peka dan aktif tentang tuntutan semasa!
Assalamualaikum,
I was just thinking. Last time there was an ice cream/biscuit with the cross in the middle and people were crying about it. why was it a big deal? were your iman shaken when u look at the cross on the biscuit? did u feel like converting?
Then we always hear His name printed on cups, shoes, shirts. If the thing were placed on disgracing scenario, ie shoes, i definitely object. however, i saw the print on the cup and it was hard to convince me that it was His name. btw, u have to turn it upside down to see it. aint it funny?
we should really decide, which one we dont wanna see in everyday life.
Allah hu akhbar!
Dear Redhuan, FYI, i'm not a muslim but after reading what u write in "ISLAM - Muafakat Dan Bertanggungjawab", i dont understant why the goverment can come out with the 'Allah' ban for the catholic. Actually u are a true muslim than the goverment are. Indonesia is the largest muslim populated nation in the world, but they are more liberal than us. After all this should'nt be an issue because its the way human being comunicate with God whether they are muslim or not.
Peace n Respect..
Post a Comment