18 April, 2008

Menangani Politik Wang

Semua politik perlukan wang. Pemilihan Presiden Amerika Syarikat perlu wang. Walaupun AS jauh disebalik bumi ini namun saya di sini lagi tahu menahu tentang politik wang mereka daripada sini. Cara mereka kutip wang adalah telus. Mereka kutip dari derma orangramai. Calun demokrat Hillary Clinton menerima derma daripada ahli lobi syarikat gergasi yang tentunya inginkan dasar mereka dituruti oleh White House nanti.

Barack Obama enggan terima wang dari ahli lobi. Beliau hanya terima dari derma orang ramai. Namun Obama menerima lebih banyak wang daripada Hillary.

Kedua mereka walaupun politik berbeza membawa politik wang yang sama:
1) Mereka perlu wang untuk berpolitik
2) Mereka dapat wang dari penyokong yang menderma.
3) Dari pihak mana mereka dapat wang itu diketahui ramai
4) Pihak media adalah penting bagi mereka untuk membantu menyampaikan perjuangan mereka serta mengkhabarkan derma mereka.
5) Pihak media amat bebas dan berkecuali

Penghuni White House nanti juga tidak boleh menduduki jawatan Presiden melebihi dua penggal berturut-turut.

Balik kepada tanah-air. Pimpinan kerajaan amat berkuasa. Mereka boleh mengarahkan dana dipindahkan dari satu pihak ke pihak yang lain, jawatan dari seorang ke seorang yang lain, syarikat dari seorang ke seorang yang lain. Tetapi diri mereka punya kerusi tidak mahu dipindahkan. Apakah itu salah mereka atau salah sistem?

Jawapannya saya berpendapat adalah lebih kepada salah sistem. Jika salah orang, takanlah orang yang tidak Islam seperti Obama dan Clinton mengamalkan politik lebih telus dari kita.

Sistem kita di sini ialah apabila mahu menarik seseorang pemimpin kita akan menawarkan jawatan yang berdana kepadanya. PM akan memberinya jawatan Pengerusi PNB dan ini akan merosakkannya kerana beliau ada kuasa meluluskan projek berjuta-juta. Jika mahu selamatkannya patut berikannya jawatan Pengerusi MBK (Majlis Basmi Kimiskinan) yang fokus kepada orang miskin.

Sistem politik wang yang tertanam dalam status quo sedia ada telah menjejaskan imej begitu ramai pemimpin yang baik terutama Mahathir, Daim dan Anwar.

Sistem kenegaraan perlu kepada institusi yang kukuh dan bebas dari campurtangan tangan secara tidak menuruti tata-tertib. Institusi yang penting yang perlu bebas adalah Kehakiman, BPR dan Media yang akan menjadi matang secara sendirinya.

Contohnya BBC iaitu media rasmi UK tidak langsung tertakluk kepada perlunya taat kepada negaranya tetapi semata-mata mencari berita yang bermakna dan releven. BBC juga banyak menimbulkan debat yang telus dan bebas seperti Hard Talk.

Sekarang kerajaan baru di Penang dan Selangor merupakan kerajaan yang duduk di atas khazanah rakyat yang besar. Mereka akan memasuki dan mengambil alih banyak syarikat kerajaan negeri. Ramai penyokong dan ahli mereka akan diberi jawatan ahli lembaga ini dan ahli lembaga itu. Siapa yang akan memantau mereka dengan berkesan?

Memantau adalah kaedah reaktif. Macam kita roiyak sebelum ini lambat laun mereka cari cara untuk memintas sistem itu balik. Hendaklah sistem yang lebih telus dari yang ada sekarang. Dan ia mesti melibatkan mekanisma periksa dan seimbang seperti yang ada pada AS.

Mula-mula jawatan no. 1 mesti bertukar dan bergilir. Tidak boleh seorang tu saja sampai bila-bila. Kedua, institusi lain mesti bebas dan mempunyai majlis syura masing-masing yang terdiri dari pemikir, pejuang, pentindak dan terserlah peribadi akhlak dan cara politikingnya tidaklah kepada budaya kagum dan bodek.

Kaedah sedemikian akan mendorong golongan muda dan yang berjiwa tinggi untuk berkecimpung dalam alam politik secara lebih sihat kerana perlu lebih berdedikasi, diperiksa senantiasa dan terpaksa bersaing secara terbuka dengan calon yang terbaik tanahair. Bukan macam sekarang, calon katak pun boleh menang.

Akta ISA patut dimansuhkan atau dihadkan skopnya. Akta Percetakan harus dimansuhkan dan tidak perlu akhbar itu kepada permit untuk menyiarkan sesuatu. Jika ia siar yang bukan-bukan ia akan didakwa atas perkelakuan sumbang.

Paling penting juga adalah pihak legislatif parlimen dipisahkan dari pihak eksekutif kabinet. Ini bermakna jawatan PM patut dilantik secara PRU PM. Walaupun BN menguasai Dewan Rakyat tetapi jawatan PM itu tidak boleh daripada mereka dan harus dari PRU lagi satu secara berasingan bagi calon-calon yang sanggup bertarung sepertimana di AS. Mungkin PM itu adalah Wan Azizah atau Ezzam. Tetapi beliau akan dipantau secara tertinggi oleh Parlimen yang boleh veto beliau.

PM juga boleh veto Parlimen dalam keadaan tertentu. Agung juga boleh bersuara dan bertindak dalam keadaan tertentu. Tetapi keadaan tertentu itu hendaklah bersifat makro dan jangan mikro. Tak makan kan rakyat nanti asyik menonton TV Agung bertekak dengan parlimen yang bertekak dengan PM.

Parti MCA sudah mula mengamalkan salah satu langkah iaitu pemimpin dihadkan penggal perkhidmatannya. Dengan ide-ide sedemikian akan memangkinkan proses kematangan kita berpolitik.

4 comments:

Letting the time pass me by said...

Ini semua sistem peninggalan zaman British, tapi kat Britain ok pulak politiknya....

Kadangkala, kalau buat bisness, orang Europe atau US lagi telus & transparent.. Tak de la nak kelepet duit tepi... Kerja no.1, sebab tu diorang berani make decision and take responsibility, sebab memang diorang tak de rasuah...

Kat Malaysia nie kalau tak de rasuah macam tak sah jual beli pulak.. ade aje tak kena.. tu tak kira little napoleon yang jaga projek, selagi tak karaoke, memang tak lulus la.. inspection asyik tak pass aje...

Maybe culture kita yang menyebabkan sistem tu jadi parah..

Kekadang frust jugak buat bisness kat Malaysia nie, sedih sebab teknikal merit dah tolak tepi.. semua main kabel aje..

Macamanana kita nak jadi maju kalau asyik main kabel aje?

TRALAYAN said...

Assalamualaikum.

Banyak yang saya bersetuju dengan anta melalui tulisan ini.

Hilary dan Obama bukan sahaja telus dari cara mereka mendapatkan wang itu, tetapi juga telus dalam menggunakan wang tersebut.

Di Malaysia, semua ahli politik menafikan mereka memancing pengundi dengan wang ringgit, tetapi semua orang bercerita dan dengan bangganya melaporkan jumlah yang mereka terima daripada si anu dan si anu. Memanglah bukan ahli politik tu sendiri yang hulur, tetapi tukang hulur tu siap bagi tahu, orang tu orang ni kirim salam. Pesan suruh pangkah lagi. Habis macam mana BPR nak cekup. Sapa nak mengaku depan mereka. Tukang ambil tu pun tak kan mengaku, apatah lagi tukag hulur dan tukang supply.

Teruskan menulis.

Kamal said...

Assalamualaikum Bro Red1, LTTPMB, tralayan...

Ana punya pendapatlah...mungkin tak betul...maaflah....

Yang penting hari ini, kita ramaikan individu yang take 100% responsibility for 'going forward'...bak kata LTTPMB "Kerja no.1, sebab tu diorang berani make decision and take responsibility"..these type of people have RESOLVED that for things to change....THEY must change...

It will take time for individuals with such philosophy and attitude will make a big number....may be we have to bring a "HENRY FORD" style...mass production!...then more and more of such individuals will be in companies, organisations, families, schools, colleges, universities, on the streets, on the farms, in the factories, in the mosques, and finally in government, in parliament etc etc...Ya Allah, kami mohon Engkau bagi ilham untuk buat dan produce individu2 macam itu..

Bro Red1, keep writing...there is "SOMETHING" in you from Allah swt...

Redhuan D. Oon said...

memang LTTPMB, agak malu kita kerana mereka tidak islam kononnya tetapi agak separuh islam dalam etika dan budaya mereka. Ada yang pertahan sehingga maut untuk orang hitam dan muslim padahal mereka padri dan putih.

Mother Theresa misalnya begitu disanjungi sehingga pada waktu meninggalnya diperarakan oleh semua kaum dan agama ke pengebumiannya.

Yang mengejutkan dan menyedihkan saya sering dengar nama menteri kabinet kita dikaitkan dengan permintaan hulur sehingga 2 juta sekiranya mau diluluskan projek yang memang berfaedah bagi rakyat dan masa depan.

Saya tak mau namakan ahli kabinet yang nama dia dah tak naik dalam kabinet terbaru. Mungkin ada yang terdoa dia jatuh kot. :-)