Saya tidak dapat mengelakkannya. Pihak Pejabat Pendafaran minta saya mendapatkan surat dari Pejabat Agama mengesahkan saya sudah berkhatan atau bersunat baru boleh diberikan kad pengenalan dengan nama Islam baru saya.
Saya diberitahu bahawa hukum sunat itu adalah Sunat dan tidak Wajib. Tetapi kerajaan waktu itu atau peraturan yang digunapakai telah menentukan bahawa ia adalah 'Perlu' dan tidak boleh dimaafkan bagi saya.
Saya pun bertanya dengan seorang Ustaz semasa kelas kuliah ceramahnya di Masjid Negara pada satu malam. Saya tulis soalan pada kertas kerana ramai jemaah waktu itu termasuk kaum wanita juga ingin bertanya pelbagai soalan agama. Jadi mereka menulis pada kertas dan menghantar masuk 'queue'. Maka saya pun teruslah hantar soalan bertulis saya ke dalam 'queue' tersebut.
Apabila sampai giliran kertas saya, Ustaz itu pun membacanya menerusi pembesar suara yang dipasang dekat lehernya.
"Apakah Sunat itu Sunnah atau Sunat?"
Ustaz itu terdiam sekejap cuba berfikir. Nasib baik saya tidak letak nama dan umur saya. Habis kedengaran nanti butir sulit saya sehingga belakang Masjid Negara nanti.
"Ini macam ... hmm..", Ustaz itu tiba-tiba menjawab seolah dia faham,
"Sunnah Nabi itu memang sunat hukumnya. Sudah jawab sebelum ini, buat dapat pahala, tak buat tak apa."
Tidak terjawab juga soal saya secara sepesifik yang diingini itu. Sepatutnya saya gunakan istilah 'berkhatan' dan bukannya 'sunat'. Baru lebih jelas. Tetapi jelas sangat, takut pula nanti Ustaz itu bertanya pula siapa yang menulis ini - dah sunat ke?
Saya pun dapat surat dari Pejabat Agama untuk dibawa ke Hospital Besar. Saya pergi dengan Osman Chua (yang kini Dr Falsafah dari UIA). Masa itu saya berumur 18 tahun. Osman pula lagi tua iaitu 37 tahun.
Para doktor yang menjadi tok mudim 3 orangnya mengelilingi saya yang berbaring di atas katil dalam bilik pembedahan. Ada yang memberikan komen yang saya tidak sanggup menceritakan di sini. Cukuplah menyatakan mereka amat simpati dengan saya dan berlawak supaya saya tidak cemas atas apa yang mereka terpaksa melakukan.
Saya pun merasa agak loyah dan pening-pening kerana ternampak darah. Nasib baik mereka tersedia dengan menghidangkan saya secawan milo. Saya cukup tidak bermaya buat beberapa ketika sehingga Osman Chua yang sanggup keluar ke jalan raya memanggil teksi untuk membawa kita berdua pulang ke IDP.
Saya masih teringat keadaan Osman yang memegang kain pelekat dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi menahan teksi.
Sekembalinya ke asrama IDP saya mengikuti segala pantang larangnya. Kena guna minyak kelapa. Kena pakai kayu letak ditepi katil. Kena bangun sebelum ia bangun. Tidak boleh berlari. Tidak boleh makan telur dan udang.
Selepas beberapa hari saya rasa agak kering dan macam agak sembuh. Bosan pulak rasanya kerana terlalu banyak tidak berjalan keluar dari bangunan asrama. Satu petang kawan-kawan bermain bola di padang belakang bangunan dan saya pula gatal ikut bersama.
Satu keputusan yang kurang bijak dan berlawanan dengan perintah berkurung. Terlanggar sedikit kawan lain ada yang bagi tahu saya yang darah merah tengah keluar. Terpaksa pula saya diusung kembali masuk dalam dan naik lif ke tingkat 3 tempat katil.
Makin panjang pula hukuman penahanan. Kali ini tidak berani bergerak sehingga benar-benar pulih. Itulah ingatan saya, yang lebih-lebih lagi saya tidak ingat atau buat-buat tidak ingat. Tolong jangan tanya soalan tambahan. Komen pun tidak digalakkan.
Sekian terima kasih,
wasalam!

4 comments:
Assalamualaikum
Saya takkan komen tajuk ni..tapi pasal lain. Saya terbaca dalam tranungkite tentang tulisan saudara terhadap berlakunya rasuah dalam PAS ketika saudara bersama dgn wadah ini dahulu. Saya pasti ramai akan cuba menghubungi saudara terhadap isu tsb.
Wa alaika salam!
Akan ade ke Jawatankuasa Penyiasatan nanti?
Ridhuan,
Ana bukan nak komen... just nak bagitau... ana & orang rumah ketawa.. Ha! Ha! Ha!
macamana boleh terfikir nak tulis pengalaman nih...?
HzY
Saya buat blog ini selalu ikut gerak hati. Maklumlah line senantiasa 'on' dan unlimited. Sebelum itu tengah tersembang dengan kawan-kawan lalu tercerita pengalaman dulu2 yang ingin dimanfaatkan, lalu, 'teng' ada lampu menyala dalam kepala.
(Sebenarnya boleh komen dan soal - saya suka dan galakkan. Saja saya letak nota caveat supaya orang tidak mempersoalkan taraf kemaluan 'shamefulness factor' saya sejak kebelakangan ini).
Post a Comment