Menjadi fitrah manusia supaya inginkan seorang idola, nabi, ikutan atau khalifah. Kerana manusia diletakkan sebagai khalifah, semestinya tersirat dalamnya juga erti kepimpinan atau keinginan untuk dipimpin oleh seseorang.
Semasa saya sebagai atheis dahulu, yang memecahkan belenggu dan kedegilan saya ialah keinginan untuk mencari satu manusia itu yang saya boleh percayai. Orang itu akhirnya tertimbul apabila saya kembali kepada Kristian pada tingkatan enam rendah selepas meninggalkan Kristian pada tingkatan 2 sekolah saya.
Pada tingkatan empat, saya sudah mula percaya kepada fahaman Tao dan Zen. Tetapi kerana fahaman tersebut tiada tokoh yang boleh dirujuk saya kembali kepada Kristian yang boleh diletakkan Nabi Isa (a.s.) sebagai tokoh untuk menjadi ikutan. Baginda mampu memecah belenggu persoalan bahawa memang wujud seorang pemimpin dunia wa akhirat.
Nabi Isa a.s. pernah ditanya oleh ahlul kitab tentang kepada siapa harus kaum Yahudi yang dijajah oleh Rumawi waktu itu bayarkan cukai (zakat) mereka kepada. Apakah mereka harus berikan kepada Caesar iaitu maharaja Rum sekali gus mengakui kekuasaan mutlak penjajah itu ke atas mereka atau membayarnya kepada Tuhan.
Nabi Isa a.s. pun meminta sekeping syiling untuk ditunjukkan kepada baginda. Masa itu ada juga kehadiran tentera Rum di situ kerana inginkannya ditahan di bawah akta hasutan kerajaan Rumawi sekiranya Isa a.s. menjawab "Tuhan". Jika Isa a.s. menjawab "Caesar" maka terbuktilah bahawa Isa a.s. itu adalah palsu kerana takut kepada kuasa selain Allah S.W.T.
Mereka ahlul kitab pun memberikannya sekeping syiling, lalu Isa a.s. memeriksanya dan menanyakan mereka kembali,
"Wajah siapa yang ada pada syiling?"
Mereka pun jawab, "Caesar".
Isa a.s. memalingkan syiling itu kembali kepada mereka lalu bersabda,
Give unto Caesar what is Caesar's and give unto God what is God's.
(Kembalikan kepada Caesar apa yang dimiliki Caesar, dan kembalikan kepada Tuhan apa yang dimiliki Tuhan).
Ramai ulama Islam menafsirkan kisah tersebut sebagai hukum Sekularisma agama Kristian padahal pada pendapat saya tidak. Pernah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam tahun 1985 semasa saya mula-mula berjumpa beliau di suraunya selepas solat subuh, Tuan Guru bertanya saya tentang kisah itu lalu bertanya apakah ia benar itu sebagai bukti sekularnya agama Nasrani?
Saya menerangkan kepada beliau bahawa jawapan Nabi Isa a.s. itu sebenarnya menyeru kaum Yahudi supaya membebaskan diri daripada kuasa Rumawi. Isa a.s. menyuruh kaum Yahudi supaya kembalikan semua wang yang dicetak oleh kerajaan Rumawi, dan tetap kembali kepada Allah serta bayar hanya kepada Allah. Dalam ertikata lain sistem kewangan Rumawi adalah asing dan harus ditinggalkan dengan mengembalikan syiling buatan mereka.
Saya merasakan banyak tempat dalam Al-Bible tidak terganggnu oleh perubahan golongan Nasrani melainkan bab yang mengiakan konsep dosa asal dari Adam a.s., anak tuhan dan kuasa gereja. Banyak lagi tempat yang terdapat rahsia tersirat untuk mereka yang melihat dengan pandangan yang berbeza.
Apabila saya yakin yang Isa a.s. adalah benar kerana inginkan satu idola yang boleh memimpin, saya memisahkan kisah yang saya boleh pegang dengan kisah yang saya anggap tidak releven atau bukan kata-kata Isa a.s. dalam kitab Bible. Setahun kemudian saya terjumpa Al-Quran dan maka terbentuklah pegangan yang lebih kuat kepada konsep kerasulan dari Allah. Dengan mengenali pula Nabi Muhammad s.a.w. saya dapat menyambung kasih kepada pimpinan yang paling sesuai untuk memimpin diri saya.
Kejayaan baginda s.a.w. memimpin manusia sehingga terturunnya keratan ayat, Antum Khairatullah Ummah (Kamu kalian sebaik-baik manusia) di Madinah al Munawwarah, merupakan pencapaian yang tidak boleh dinafikan sampai bila-bila. Kini tertinggal usaha kita untuk kembali kepada apakah hakikat di Madinah waktu itu. Apakah mereka ada lampu mentol yang terang-menerang atau senjata canggih? Tidak, mereka ada satu model muamala (tingkah-laku) yang diiktiraf Allah dan oleh ramai ulama.
Semua manusia tengah mencari formula atau model tersebut. Selagi mereka tidak menjumpainya selagi itu mereka rugi dan terumbang-ambing. Bagi saya keyakinan saya telah melalui perjalanan yang agak jauh. Apabila pencarian sudah sampai, tentu sekali saya tidak akan tinggalkannya, malah belajar seberapa yang boleh tentang model tersebut.
1 comment:
Salam Red1
Satu tulisan yang baik. Tapi bak kata anta di tulisan yang terbaru jangan ada mentaliti kagum, maka ana terpaksa mencampakkan sebahagian rasa kagum ke dalam tong sampah.
Apapun terima kasih, kerana mmberi pencerahan terhadap maksud Nabi Isa a.s( Jesus) yang berbunyi :Give unto Caesar what is Caesar's and give unto God what is God's.
Selama ini, ramai sarjana muslim termasuk ulamak Islam ,mahupun setengah sarjana kristian yang menganggap ucapan Nabi Isa a.s itu sebagai permulaan kepada fahaman secularisme di barat yang menular ke seluruh dunia.
Tulisan anta mengenai ucapan Nabi Isa a.s, mungkin hasil pemikiran tersendiri yang bersandarkan fakta sejarah yang kuat.
Tak mahu menjadi seorang yang bermentaliti kagum, ana sekadar ucapkan "it was difinitely a genuine thinking of yours. Congratulation, Wan!".
Post a Comment