Islam meletakkan prinsip bahawa sesuatu tugas atau jawatan hendaklah diberikan kepada yang ahli atau pakar yang berpengalaman dengannya.
Al-amanul lil ahli - Amanah itu kepada yang ahlinya
Masalahnya saya anggap terdapat banyak jawatan penting dalam negara kita yang tidak diberi kepada mereka yang ahlinya. Contohnya orang Cina adalah yang terpandai dan tercekap dari segi perniagaan. Mengapa wakil Cina tidak diangkat sebagai Menteri Kewangan? Dahulunya Tan Siew Sin diangkat sebagai Menteri Kewangan yang pertama. Selepasnya tiada lagi wakil Cina untuk jawatan tersebut.
Mungkin kerana peristiwa Mei 13 merugikan Cina sehingga hilang wakil untuk jawatan tersebut. Mungkin jawatan itu tidak diurus dengan baik oleh mereka. Tetapi dengan keadaan sekarang dimana terlalu banyak jawatan penting hanya dipegang oleh wakil dari bangsa Melayu itu sendiri akan melemahkan keadaan negara dan Melayu juga kerana negara akan mengalami brain-drain atau kehilangan kepakaran dan kepandaian dari kaum Cina yang kian tidak percaya dengan taraf mereka sebagai rakyat Malaysia. Mereka kini anggap diri mereka sebagai rakyat kelas kedua selepas Melayu.
Ini perasaan yang turut saya rasai. Tetapi selepas saya masuk Islam, orang Melayu sendiri yang beritahu saya yang mereka kebanyakannya pun rasa mereka turut menjadi rakyat kelas kedua bersama-sama dengan rakan-rakan Cina yang lain! Ini kerana kebanyakan jawatan yang penting dan berpengaruh diduduki oleh kroni tertentu yang selalunya tidak berapa cerdik dalam tugas dan tanggungjawab mereka.
Misalnya dalam MDEC itu yang dahulunya MSC, saya tidak tahu dari mana kebanyakan pakar-pakar itu didatangkan. Mengapa tujuan MSC asalnya begitu murni iaitu untuk mencipta barangan buatan sendiri dari segi innovasi ICT seperti 7 aplikasi induk flagship kini tinggal sebagai badan pasif yang hanya mengagungkan satistik berapa banyak mat salleh dan mat india mereka ambil bekerja dari luar negara?
Nama MSC pun bertukar secara aplojetik kepada MDEC. Slogan MSC yang begitu mengumbeerakan saya iaitu "Malaysia's Gift To The World" (Hadiah Malaysia Kepada Dunia) sudah bertukar kepada yang lain yang cukup tidak mengumbeerakan.
Saya begitu tertarik dengan konsep mencipta ide sendiri dan ekspot kepada dunia sebagai hadiah sehingga saya terangkat sebagai ketua projek global yang membuktikan kini saya mampu menghadiahkan kepada dunia. Tetapi apabila perkara ini disampaikan kepada pengurus besar dalam MDEC, tiada satu dari mereka yang mengendahkan cadangan saya supaya diujudkan sebuah Universiti Open Source atau Universiti Redhuan Oon supaya mengimbangi Universiti Lim Kok Wing yang tidak sebenarnya menjadi hadiah kepada dunia kerana masih memperagungkan subjek dan produk dari luar negara.
Ada satu kali saya sepatutnya ada mesyuarat dengan seorang pegawai kanan MDEC tetapi kerana PM atau Bill Gates nak jumpa mereka, maka dengan pantas mereka hilang kerana puak-puak tu lebih penting daripada seorang kerdil dari Kuang.
Itu sebabnya apabila saya perhati bahawa keanggotaan projek saya dari Jerman menjadi bertambah kuat saya telah mengesyorkan kepada mereka untuk menubuhkan Persatuan ADempiere Jerman terus dengan pejabat dan taliannya supaya saya boleh berpindah kepada sana secara rasmi secepat mungkin:
ADempiere Deutschland e.V.
Nahmitzer Damm 32
12277 Berlin
Germany
Phone: +49-30-69203854-0
Fax: +49-30-69203854-9
Saya tentu sekali lebih berbangga berpusat di CyberJaya secara rasmi. Tetapi dengan jawatan MDEC itu di isi oleh mereka yang tidak kedepan dalam perkembangan terbaru dunia saya rasa kezaliman akan berlaku kepada para innovasi seperti saya.
Itu sebabnya saya rasakan rasuah itu boleh berlaku secara perjawatan. Sekiranya pegawai di situ bukan saja amat arif tentang perkembangan terbaru malah kekal semangat asal kejadiannya iaitu untuk memberi keutamaan kepada hasil kerja tempatan daripada bangga dengan Oracle, Microsoft atau IBM, tentu hasil kerja saya tidak akan terus terhampa dan akan diambil oleh negara asing.
Ini adalah contoh yang saya cukup terasa dari yang terkena kat tubuh badan saya sendiri. Saya memang tidak ada ijazah kedoktoran atau termasuk Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang kuat dengan jaringan rangkaian kroninya. Atau saya ini mendapat biasiswa kerajaan atau mempunyai talian keluarga dan persahabatan dengan orang yang memegang jawatan berkenaan dalam kerajaan.
Itu sebabnya saya kini setuju pula dengan kawan-kawan saya yang bumiputera, cerdik dan berwibawa tetapi tidak mendapat peluang menduduki jawatan penting dalam institusi kerajaan, bahawasanya mereka itu pun tertindas.
Dengan memberi jawatan kepada mereka yang rapat sahaja dengan pemerintah tetapi bukan atas kepakaran dan ketepatan pencapaiannya adalah satu rasuah yang lebih besar. Rasuah wang makan sekali. Rasuah jawatan makan selama jawatan itu dipegangnya.
Jika mereka rasa tidak cukup melayu yang ada untuk memegang jawatan sedemikian penting kepada alam siber yang jauh lebih kaya buat kita, maka adalah lebih baik serahkan MDEC itu kepada orang MCA atau DAP.
Itu sebabnya saya secara peribadi bersuka apabila dengar yang JJ itu tidak lagi menjadi menteri disitu. Orang Sarawak pula. Lagi saya tidak kenal. Tetapi pegawai kanan MDEC saya masih kenal dan mereka masih asyik melayan tokoh-tokoh luar negara dan pembesar-pembesar lebih daripada rakyat sendiri yang jauh lebih memerlukan khidmat dan kehormatan mereka.
Saya menaip di sini supaya harap-harap mereka terbaca kepedasan kata-kata di sini yang cukup tidak berdiplomatik tetapi tetap bertanggungjawab sampai bila-bila.
Hari ini saya sudah tidak perlu anda. Saya akan keluar negara. Bukan kerana durhaka. Tetapi untuk membuktikan bahawa bumi Allah itu luas dan rezeki berada dimana-mana.
Sudah cukup hidup kita asyik mengharapkan pemberian kerajaan dan hidup secara subsidi. Mana pergi kemaluan kita? :-)
5 comments:
Mereka memang pening nak mengukur prestasi MSC/MDEC,
Dulu mereka menggunakan bilangan syarikat berstatus MSC, amat tidka praktikal.
mengapa status MSC tidak diberi kepada individu penggodek sumber terbuka tempatan, supaya macam-macam inovasi boleh dilakukan.
sebagai contohnya, status MSC kepada diri saya :)
Hi Sebol,
Memang poin baik. t.k. Saya ada lawat blog2 sdr, nak bagi pujian kekaguman saya terhadap hasil online sdr tetapi tak jumpa kotak untuk komen di blog Hasbullah Pit maupun yang sewaktu dengannya.
Tak pe la. Harap di sini anda terbaca komen saya yang orang kita cukup mahir dan cekap dalam mencetuskan komuniti yang sihat, berfungsi dan beraksi. Semoga kita ni semua akan dapat membawa bermuafakatan di bawah pimpinan orang seperti sdr kerana semangat sdr yang sibuk sini sana lalu terjalin networking yang baik.
Keep up the good work bro!
.saya kurang 'arif bab kalau kita beraksi dari luar negara Malaysia,..tapi kalau perlu 'berhijrah' demi "to maximise the God-given potentials", why not?..demi untuk memanfa'atkan sepenuhnya 'ilmu Allah swt...bro mungkin ada 'sentimental value' tinggal di Malaysia...tapi mungkin untuk seketika...manusia ni (termasuk org Melayu ke..org Cina ke..org India ke...org Jerman sekali pun)mahu "tengok bukti" - physical evidence first! Org yang Berjaya - Successful people - ambil risiko...based on "intellectual evidence"...a Muslim who is successful also takes intellectual evidence and....the Ultimate Help of Allah swt...and that takes a lot of 'iman and 'ilmu to swallow!
So bro,...just keep writing even if u r in Ulan Batur!
assalamualaikum...
mmg betul, ramai bumiputera yg merasakan diri sebagai rakyat kelas kedua walaupun berkebolehan dan pakar dalam bidang masing2. sebagai seorang pelajar dalam bidang bioteknologi, pakcik saya seorang saintis terkemuka negara sekarang telah memberi amaran awal kepada saya tentang jalan yg berliku dlm bidang ini. telah banyak hasil kajian bernasnya yg dicuri oleh orang atasan tanpa memberi sedikit pengiktirafan pun kepadanya. royalti apatah lagi. projek2 dan research dibuat olehnya yang telah berjaya mendapat bermacam2 anugerah antarabangsa semuanya hasil beliau sendiri pergi mendapatkan research grant dr badan antarabangsa yang mengiktiraf cetusan idea bernasnya yg dpt memberi pelbagai kemudahan dan keuntungan kpd mereka2 yg celik dan bijak untk mengambil kesempatan dan peluang tersebut. walaupun ayah saya kerja dgn JJ, sikit pun beliau tak mengharapkan apa2 pertolongan dr link tersebut. alhamdulillah la JJ tak jd menteri lg. takde la ayah saya kerja mcm org gila lg. tak semua yg ada link dgn org besar yg mengambil kesempatan atas hubungan itu. (ya, godaan itu pastinya ada). semua kwn2 ayah saya dah at least perpangkat dato' tp setiap kali JJ atau sesiapa (bahkan sultan pahang sendiri) nak senaraikan namanya, seringkali ditolak sbb sedar tiada apa2 sumbangan kepada negara yg telah dibuat. ramai lg yg layak diberi pengiktirafan. bahkan ayah saya sering didiskriminasi kerana linknya dgn JJ. lebih2 lg skrg bila JJ hanya sekadar ahli parlimen. tp kami redha. itulah occupational hazard yg perlu ditanggung oleh ayah saya kerana bekerja dgn ahli politik. alhamdulillah ayah saya akan meninggalkan kerjanya ini tidak lama lg dan mencari rezeki Allah di tempat lain..iA.
Adalah lebih praktikal dirasakan buat masa ini "menswastakan" diri sendiri iaitu kurangkan/tidak bergantung dengan kerajaan yang saya rasakan amat tidak praktikal. Lihat sahaja bagaimana sistem pembelajaran tinggi yang menjerat pelajar kekancah hutang lagi berbunga. Bukankah itu satu keperluan negara demi untuk memiliki tenaga manusia yang mahir dan dengan itu kebergantungan kepada pihak luar semakin berkurang.Saya lihat sistem pendidikan negara begitu lemah dan kurang kesannya ke arah masyarakat berilmu.
aktivitionline.blogspot.com
Post a Comment