Jika kita tanya masyarakat kaum saya sendiri yang bergenerasi terbaru atau warga kota yang serba moden hari ini yang jauh ketinggalan apa-apa falsafah hidup yang hakiki, tentang apakah falsafah atau agama mereka, akan biasa kedengaran bahawa mereka adalah Free Thinkers - bebas dalam pegangan atau pemikiran mereka yakni 'bebas dari agama'. Itu sahaja. Hanya pada bibir tetapi tidaklah benar mereka itu sekali-kali bebas atau mempunyai matlamat hidup yang panjang melainkan samada berpoya-poya atau terperangkap dalam bilik gelap diri yang sempit.
Apa yang mereka maksud dengan 'bebas dari pegangan agama' ialah mereka itu tidak ingin cari lagi sejak meninggalkan agama ibu-bapa mereka yang jauh tidak releven dalam hidup mereka yang dianggap terlalu progresif. Padahal ia cuma hidup yang amat menghambakan minda maupun kerjaya mereka. Mereka tiada pilihan melainkan mengikut logik semata-mata yang terhad dan sering reaktif dan berjangka-masa pendek dalam perkiraan mereka terhadap kesemua perkara.
Maka hidup mereka penuh dengan kesengsaraan jiwa dan sering menggunakan dadah dan arak untuk mencari kelegaan sementara. Mereka terperangkap dalam badan yang menuntut mereka menurut kehendak luar dan bukan kehendak fitrah yang semula jadi.
Falsafah hidup ini sudah menular kepada sebahagian masyarakat keturunan dari segi mereka tidak perlu mengkaji semula pegangan hidup mereka dan taklid sahaja semata-mata atau turut sahaja apa yang diturunkan kepada mereka. Apabila ditanya di akhirat kelak mengapa mereka mengikut apa yang menjadi amalan mereka, jawapannya hanyalah kerana orang lain atau ibu-bapa mereka sudah begini dan begitu.
Suasana pasif setiap insan akan merugikan insan itu sendiri. Mengapakah ktia hari ini terima bahawa hanya dengan sekeping ijazah baru kita boleh hidup? Bukankah ia seolah mengamalkan sesuatu cara hidup yang baru dan jumud? Banyak adat moden hari ini tidak dapat dipersoalkan malah diterima macam agama yang baru. Contohnya bank - itu tak boleh tolak. IC dan paspot tak boleh tolak. Wang kertas adalah sebahagian dari taboo (adat kuno yang tak boleh disoalkan lagi).
Lelaki dan wanita tidak harus fikir tentang kahwin sehingga mereka selesai pendidikan dan mendapat kerja tetap yang kepada saya hanyalah penghambaan diri yang cukup sedih kerana hanya boleh tinggalkan apabila sudah mencapai umur 56! Padahal lelaki dan wanita digalakkan berkahwin apabila mencapai akil-baligh yakni disekitar antara umur 13 ke 15 tahun.
Maka kita dapati hidup remaja hari ini cukup merungsingkan dan di luar kawalan sesiapa. Jenayah dan penyelewengan tingkah-laku seks menjadi-jadi disebabkan fitrah manusia sudah songsang dan tidak diikuti lagi sepertimana Allah telah jadikan bagi kita. Manusia sudah berani menyoal apakah anak-anak mereka boleh hidup terjamin rezeki sekiranya kahwin muda tanpa sekeping sijil dari 'kuil universiti' dengan 'padri kedoktoran' yang tidak boleh disoal keprofesoren mereka.
Saya seringkali memberi sedikit kuliah kepada anak-anak saya selepas solat berjemaah dengan mereka. Ada kalanya mereka gagal dalam peperiksaan di sekolah mereka. Saya akan tidak marah mereka malah memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka hanya gagal dalam kad lapuran dunia tetapi tidak dalam kad lapuran Allah atau ayah mereka. Kepada saya, pendidikan yang sebenar adalah menerusi alam ini sepertimana saya telah melalui. Saya memberi jaminan kepada mereka bahawa jika mereka kehendaki selepas SPM nanti ikut sahaja ayah mereka ke alam siber maupun mengembara seluruh dunia dengan bebas dan bertawakal penuh kepada janji Allah S.W.T.
Lebih-lebih lagi hari ini kebanyakan siwazah kita tidaklah hebat mana malah payah untuk mendapat kerja yang memuaskan atau mampu mendirikan perniagaan mereka sendiri tanpa pertolongan dari sistem subsidi atau kuota. Jika mereka dapat kerja pun gaji mereka terlalu rendah dan dengan cepatnya mereka terperangkap dalam pinjaman bank untuk membeli kereta dan rumah yang mengikat mereka sehingga pencen.
Saya tidak memasuki pendidikan formal selepas umur 19 dan telah dapat menikmati hidup yang penuh dramatik yang tidak perlu risau tentang rezeki saya datang dari mana kerana sudah yakin dengan janji Allah. Itulah kebebasan yang sebenarnya.
2 comments:
Salam Red1,
Kita lupa sekejab tentang masyarakat china di Malaysia yang berbangga menyatakan 'I am a free thinkers' kerana ianya telah ujud sejak tahun 70an lagi atau lebih awal dari itu. Ana tahu, sebab kebanyakan kawan baik ana di sekolah ialah ' Chinese'totok.
Sebentar saja, ana ajak anta untuk meninjau masyarakat Melayu, terutama anak muda di zaman abad baru ini, yang namanya islam, tetapi pemikiran mereka dikepit oleh faham 'simpan agama dibawah katil. Nanti bila dah tua dan hampir dijemput maut ,baru ambil semula dan gunakan'.
Akibatnya, mereka mengetepikan agama dan bertindak bagai seorang 'free thinkers'. Lalu, terjadilah apa yang patut terjadi iaitu, keboborokan sosial yang amat parah dan sukar dibendung.
Golongan 'Melayu' ini terus dibiarkan kerana pihak pemerintah mungkin secara sengaja atau dirancang mahukan golongan ini menjadi jahil. Mendidik golongan ini supaya sayang pada agama dianggap sebagai satu langkah merbahaya kerana orang yang mencintai agama akan menolak sekularime, nasionalisme dan umnoisme
Sekian sahaja pandangan yang serba daif ini, supaya sheikh teluk intan yang bukan sheikh dan tidak menetap di Teluk Intan walaupun ada perkataan 'Teluk Intan' dihujung 'nicknamenya', tidak dianggap menjadi penonton kaku dan bisu terhadap fenomena yang amat berat mata memandang dan berat bahu untuk memikulnya.
Saya faham maksud ante ya sheikh dari teluk bernama intan.
Jika saudara perhati tulisan2 ana selama ini dan akan datang, ana amat berhati-hati dan tidaklah menyebut melayu secara direct apabila bersikap kritis. Ini kerana setiap kaum ada sensitiviti.
Dengan itu, kerja saya senang je. Saya biarkan kerja mengutuk kaum Melayu kepada antelah. Saya nak kutuk kaum Cina saya pun cukup susah dah.
Biar kita masing-masing fokus mengutuk kaum masing-masing. Lu jangan campur hal wa punya kaum, wa pun tadak campur hal kaum lu.
Nanti kaum lu mahu tembak lu, biar mereka tembak lu seorang saje. Ana selamat.
Jika kaum lu mau tembak sama saya, saya lari kat Cina. Jika Cina mau tembak sama saya, saya lari kat Teluk Intan ler.
Nampak tak kebijakan saya yang teramat SunTze ini!? :-)
Post a Comment