17 May, 2008

Umur Israel 60, Kisahnya Bukan

Baru-baru ini Israel meraikan ulangtahun penubuhannya yang ke 60 tahun sejak tertubuh pada tahun 1948. Umur dan sejarah Israel sebenarnya adalah jauh lebih lama iaitu 3,400 tahun yang merangkumi zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak yang merupakan bapa kepada Bani Israel atau lebih dikenali dengan Yahudi. Nabi Ismail adalah anak pertama Nabi Ibrahim merupakan bapa kepada kaum Arab pula.

Dengan itu Yahudi dan Arab itu adalah bersaudara dan bangsa sepupu. Tetapi akhirnya merekalah yang paling berperang antara satu sama lain kerana Yahudi itu merampas sekeping tanah dari Palestin dan namakan dirinya Israel dengan pertolongan semua kuasa Barat masa itu yang sebelum itu menghancurkan kekhalifahan Islam Turki untuk laluan mudah hasrat tersebut.

Mengapa Israel perlu ditubuh secara rampas dan dalam abad yang lepas ini? Mengapa Israel tidak bernegara padahal sejarahnya cukup mantap, panjang dan bersejarah? Jika orang Melayu, mereka ada negara bernama Tanah Melayu. Orang Indonesia pun ada negara sendiri. Begitu juga orang Cina atau orang India. Masing-masing ada negara yang berdaulat yang tidak perlu dituntut dari tanah orang atau negara lain.

Sebenarnya puncanya bermula dari perhubungan istimewa Bani Israel dengan Allah itu sendiri. Bani Israel dianggap sebagai kaum pilihan Allah dan senantiasa dijanjikan dengan The Promised Land atau Bumi Suci Yang diJanjikan. Bani Israel cukup lain disisi Allah sehingga mereka didatangi para anbiya dan rasul yang tercatat dalam kitab wahyu Allah. Bani Israel cukup lain dari yang lain sehingga Allah menyelamatkan mereka dengan memisahkan satu Lautan Merah bagi mereka. Cukup special sehingga Allah turunkan tiga kitab kepada Rasul Yahudi dan dalam bahasa mereka iaitu Musa, Daud dan Isa (alaihi salatul wasalam) dengan kitab Torah, Zabur dan Injil.

Jika orang Melayu mengelar diri mereka bumiputera, orang Yahudi boleh mengelar diri mereka sebagai Syurgaputra. Janji Allah kepada mereka paling hebat sehingga akan dijanjikan The Promised Land. Di sinilah masalah Israel tercetus dan berpunca.

Bani Israel ini apabila mengetahui yang Allah membuat janji tersebut, mereka mula cuba mentafsirkannya dengan cara sendiri. Mereka bertanya,

"Aina al-Arḍ ul-Muqaddasah?" - Dimanakah tanah suci tersebut? Apakah tempat ini yang mereka tengah duduk itu iaitu Palestin sekarang Tanah Suci yang dijanjikan? Mereka merasakan tidak. Malah mereka sangka mestilah apa yang Allah janjikan itu pasti lebih hebat dari apa yang ada sekarang. Apakah tanah itu bukan di atas bumi ini atau lebih merujuk kepada Akhirat? Entah apa yang Yahudi itu fikirkan tetapi mereka pun rasa tidak.

Maka mereka pun berpindah pergi mencari mana Tanah Suci tersebut. Mereka merasakan mesti kawasan di lembah Sungai Nile yang amat subur dan hijau itu. Mereka sampai saja sana, Firaun yang berkuasa di sana terus menangkap mereka dan jadikan mereka hamba.

Sehinggalah Nabi Musa dilahirkan dan dibesarkan dalam Istana Firaun barulah mereka berpeluang melarikan diri menerusi Lautan Merah itu dan kembali kepada tanah asal mereka di Palestin. Tetapi mereka ini degil masih tidak puas hati yang tanah bumi dipijak tetapi hasil kurniaan Allah juga. Mereka ingin menyerahkan tanah itu dan pergi mencari yang lain. Mereka pergi ke Jerman. Hitler menyepak dan mencincang mereka.

Akhirnya mereka rasakan macam neraka duduk di atas bumi ini dan ingin kembali kepada tanah Palestin. Tetapi sudah terlalu lambat, negara mereka sudah tidak ujud sepertimana negara lain ujud. Maka itulah punca sejarahnya mereka terpaksa merampas balik tanah itu dari Palestin seolah menyesal tidak mengakunya dari dulu lagi malah seolah perlu memperkosa anak orang lain untuk mendapatkan keturunan sendiri yang mereka sendiri hilangkan.

Bukan sahaja itu yang mereka dustakan dari Allah. Mereka juga mendustakan janji Allah mengurniakan mereka seorang Al-Masih atau Messiah. Apabila Nabi Isa a.s. datang dan mengistiharkan dirinya sebagai Al-Masih mereka juga menolak hakikat itu. Sampai hari ini jika kita tanya Yahudi mereka kata Al-Masih masih belum menjelma.

Tetapi apabila kita tanya mereka apakah tanah yang mereka duduk itu dari Allah ke secara rampas, mereka akan kata bukan. Malah mereka akan kata tanah suci mereka sebenarnya dari Sungai Nile di Mesir sehingga Sungai Tigri di Iraq! Itulah Israel sebenarnya. Kata merekalah.

Jadi apa orang Islam buat terutamanya orang Arab yang tanah mereka ditengah-tengah itu dirampas oleh kaum luar? Mereka berperang tetapi asyik kalah. Sehingga satu hari Dr Mahathir terjumpa Yasser Arafat dan bertanya dengannya,

"Sudah berapa lama awak berdepan dengan Israel?"

Yasser menjawab, "50 tahun"

Mahathir, "Apakah anda berjaya mengusir mereka?"

Yasser, "Tidak. Sudah cuba macam-macam secara kekerasan pun tetapi tidak mampu".

Mahathir, "Berapa tahun lagi awak rasa perlu cuba sehingga dapat?"

Yasser, "50 tahun lagi kot. Saya pun sudah mati masa itu".

Mahathir, "Sesungguhnya jika awak guna taktik yang sama 50 tahun yang lepas untuk mengalahkan mereka dan gagal, awak dengan taktik yang sama masih akan gagal untuk 50 tahun lagi!"

(sumber semasa Mahathir membuat ucapan bersama Fahdil Nor Presiden PAS dalam satu majlis khas yang saya saksikan menerusi TV 10 tahun dulu).

Mahathir pun memberi ide dan pendekatan yang baru untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Negar-negara begitu menghormati pandangan Mahathir dan saya merasakan beliau betul dalam pendekatannya yang lebih pragmatik dan menyoalkan kepunahan cara lama yang terbukti gagal berturut-turut seperti meletupkan diri dan mengganas. Tetapi sayangnya kuasa yang didalangi Yahudi menentang Mahathir secara halus dan menjatuhkannya.

Kini Mahathir bukan berdepan dengan Pak Lah atau Anwar sahaja. Beliau diawasi oleh Bani Israel. Mereka tidak akan membenarkan mana-mana negara mengamalkan muamalah Madinah dengan kekhalifahan umat sejagat maupun wang emas serta perdagangan terbuka.

Malah semalam saya tertonton dari Al-Jazeera yang memaparkan perancangan jahat kuasa besar menguasai semua produksi makanan dan melimpahkannya ke India contohnya untuk membankrapkan petani kecil di sana supaya terpaksa menerima program IMF dan FAO yang menawarkan benih janin diubahsuai (genetically modified food) yang kononnya lebih berkhasiat dan cepat. Sebenarnya mereka mengawal dunia dalam satu program Genome DNA menerusi Google.

Siasatlah siapa kuasa belakangnya. Tetapi yang mencetuskan fikiran dalam saya ialah 2 hari lepas saya mencari maklumat tanda-tanda besar akhir zaman dan terjumpa ayat Gog dan Magog atau Yajuj dan Majuj yang seakan-akan nama Yahoo!, Google dan Microsoft. Dajjal dikatakan semacam Google yang mata satu yakni nampak seluruh dunia sekali gus.
Dan yang menangkap minda saya ialah tentang taktik Allah nanti menaikkan Mahdi untuk menyelamatkan dunia. Akan diberikan kepada Mahdi itu satu perkara dalam satu malam dan keesokan hari kuasa Mahdi itu tersebar luas ke seluruh dunia menghancurkan Dajjal itu.
Selama ini saya sudah mengesyaki taktik itu adalah virus dan alam terakhir nanti adalah alam siber. Ia seolah-olah magic kisah-kisah ini tetapi bukan. Allah tidak mencipta semua ini untuk main-main atau tanpa Haq dan Ilm. Sesungguhnya Allah atas segala itu setiapnya amat berkuasa.

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Wah ini satu artikel yg menarik dan menggerak minda. Dah lama tak de orang mengupas tentang peristiwa akhir zaman nie... Memang dalam hal Yakjuj Makjuj dan Dajjal, ade bermacam-macam pendapat dan bermacam-macam huraian yg dibuat oleh ulama-ulama yg mengambil pendekatan sains dan teknologi...

Tapi kisah Israel dan Palestin nie kisah yg sejarahnya dah lama sejak zaman tentera Thalut, Nabi Daud David Vs Goliath atau mungkin lebih awal lagi... (kena tengok balik buku sejarah la kalau nak huraikan sepenuhnya)...

Dalam Al-Quran pun memang banyak cerita pasal Bani Israel nie, dah demandnya kepada Allah...

Dalam bab peristiwa akhir zaman, kemunculan Imam Mahadi dan turunnya Nabi Isa, maka banyak ulama pun cuba mengupasnya... Tetapi kupasan-kupasan nie bersifat kemungkinan sahaja dan tidak exact... Contohnya.. kalau Nabi Isa diturunkan... adakah dia kan turun dengan teknologi zaman Al-Masehi, atau dia akan turun dengan teknologi Siber, Internet, atau turun dengan teknologi yg lebih moden?

Tapi ini semua kupasan berdasarkan hukum akal, dan bukan ketentuan Allah, jadi sudah tentu akal manusia tidak mampu untuk mengupas teka-teki oleh Allah SWT... Dan manusia pun diberi ilmu sekadar yang termampu difahami akalnya...

Dan sesetangah orang juga tidak yakin 100% dengan kesahihan hadis-hadis yg berhubung dengan sesetengah peristiwa akhir zaman tersebut.. mungkin diluar penerimaan hukum akal...

Tapi kalau selalu sembang dengan geng-geng tabligh nie, ade banyak kisah-kisah yg menarik.. contohnya macamana orang Yahudi nie lebih percaya dengan hadis Rasullullah sehingga mereka membuat persediaan untuk menghadapi saat akhir zaman berbanding dengan orang islam sendiri...

Wallahu'alam....