31 May, 2008

Jika Cina Malaysia Macam Tibet

Nampaknya blog Che Det panas semacam sehingga saya terpaksa keluarkan gong toncang saya. Ada satu dua Cina kaum saya cuba mengecam Tun Mahathir. Yalah, mereka tu ada yang kelulusan Oxford jugak kot. Saya ini maklumlah, universiti hidup dan alam Allah. Ada yang mengecam bloggers lain kerana tidak membuat perbandingan dengan UK atau Australia atau Singapura. Oklah, biar saya buat perbandingan terus menerus dengan China, barulah paling adil.

Saya ingin buat perbandingan Cina di sini dengan Tibet di China. Tibet merupakan wilayah asli turun menurun beribu tahun di China. Tetapi ia tidak dapat hak dari China sebagai negeri bebas atau hak saksama maupun kuasa autonomi. Ia menuntut kemerdekaan. Apakah ia dapat? Jawabnya, 'tidak'. Mengapa mereka tidak puas hati sebagai sebahagian dari negara China? Entahlah. Tanyalah kat Dalai Lama dan orang Tibet. Jika kita orang Tibet, kita akan sama-sama memberontak dan menumpah darah orang China di sana. Setuju ke tak? Entahlah. Awak beritahulah saya.

Berbanding dengan kita Cina di Malaysia, kita tidak pun menjadi wilayah kecil dalam Malaysia. Kita pun bukan turun-menurun sama lama atau separuh lama pun tempoh duduk di Malaysia. Lebih lama ribuan tahun usia Tibet dari kita Cina Malaysia yang rata-rata pun 400 tahun. Apakah kita rasa puas hati menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia? Entahlah. Awak beritahulah saya.

Orang British campak kita di sini lebih kurang 4 keturunan dulu. Bapa saya dari Fukien terangkut oleh British nenek moyangnya ke P. Pinang sehingga saya susah payah bertanya kat datuk saudara saya yang kelima berkali-kali dia masih tak boleh jawab mana asal usul saya di Fukien. Dia pun macam tak minat layan pertanyaan saya. Dia pun hairan apasallah saya ni nak sangat balik ke Fukien apasal.

Emak saya pula asal usulnya dari Shanghai dan turun menurun beberapa generasi di Singapura. Dia lagi tak ingin tahu mana suku sakatnya di Shanghai. Emak sekarang duduk di Setapak Jaya. Jangan kata Shanghai. Singapura pun dia tak minat balik. Katanya mahal duduk.

Saya banyak bersyukur British campak kita kat sini 4 generasi dahulu. Jika tidak saya mungkin tertimbun di bawah bangunan kelas ketiga yang dibuat secara rasuah dan tipu dalam bahan binaannya yang mudah rapuh dan runtuh disebabkan oleh gempa bumi baru-baru ini.

Apakah patut saya membuat perbandingan sedemikian rupa dimana Cina di sini harus meletakkan diri mereka sebagai orang Tibet di China sebelum meletakkan diri mereka sebagai minoriti di Malaysia? Entahlah. Awak beritahulah saya.

7 comments:

Zaki Of Malaysia said...

Red1

Aku kurang arif tentang sejarah yang beratus ratus tahun, tetapi dari apa yang aku dapat tahu dari bahan bahan bacaan, orang orang Melayu (aku pun tak berapa tahu siapa yang dikatakan betul betul pure Melayu?)dari dahulu memang terkenal dengan sikap lemah lembut, baik hati, kesian kat orang lain, tak kisah, biarlah, tak apa attitude dan "kurang bijak". Mereka cukup dengan secupak tak kan jadi segantang, rezeki ditangan Tuhan, biar lah orang buat kat kita, Tuhan membalasnya. Mereka merasakan tidak akan tergugat hinggalah Mei 13, Melayu mula sedar tetapi rebung dah menjadi buluh, tentu lah keras dan boleh mencucuk mata dan hati. Ketika inilah pemikir pemikir Melayu mula serius mencari formula untuk menjaga kepentingan Melayu,(tetapi silap nya bukan semua Melayu)dan bangsa lain mula merasa takut kepada bayang bayang sendiri. Orang Cina berdiam sekejap, memperlahankan gerak geri mereka, tetapi mengatur strategi lain dengan menjadi kan orang Melayu Ali Baba! dan segelintir orang orang Melayu pula mula menjadi rakus,sombong,tamak,meyapu bersih peluang yang ada untuk kepentingan diri sendiri-saudara mara, kroni kroni dll.Melayu mula lalai dan hanyut dibuai kesenangan yang tak pernah dikecapi dimasa dulu. Orang orang Cina pula, setelah lama berdiam diri dan rasa terpinggir, mula menyuarakan ketidakadilan orang orang Melayu yang mendapat "semua" dan mempertikaikan istillah bumiputra kerana pada mereka anak anak, cucu mereka juga dilahirkan disini.Entah lah aku pun kurang faham istilah tu, sebab aku pun tak pernah dapat manafaat darinya !

Pada aku bangsa Cina dan bangsa lain perlulah bersyukur kerana diterima disini sebagai warga negara, mendapat peluang yang sama rata, dan in control dalam ekonomi, hidup mewah dibandar bandar besar dan tidak ada sekatan langsung.

Negara negara lain pun pernah bertanya dan kagum macam mana kita boleh hidup aman damai seperti sebuah keluarga walaupun berlainan bangsa dan agama. Cuma yang tak faham adalah orang orang politik yang "sempit" otak sahaja.
Di negara lain mereka langsung tak punya suara !

Ada betul juga peribahasa " Dah beri betis nak peha, dah dapat peha nak ..... apa? (Ko ni, bukan itu lah !) Itu yang gila seks !

Apa apa pun mujur ko faham tentang Melayu sebab dah masuk....! Islam


Mohd Zaki @ ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

Nevada said...

encik wan,

walaupun saya keturunan melayu (melayu kelate), namun saya agak tidak bersetuju tentang slogan ketuanan melayu... apa sibuk2 dengan ketuanan, ni dah tahun 2008dah. dan, saya berpegang teguh bahawa semangat ketuanan ini muncul selepas 13 mei dan dijadikan propaganda umno utk terus memerintah.. sebelum merdeka, walaupun semangat nasionalis melayu itu membara, namun lebih kpd penyatuan kearah merdeka..dah merdeka, cukuplah tu, kita patut membina kearah nasionalisma malaysia pula..

saya lebih suka bersatu itu dibawah panji2 islam, bukan semangat kebangsaan (tak kira melayu atau cina atau india atau DLL..).. kerna bersatu di bawah islam itu penuh dengan ukuwwah islamiyyah yg universal, dan penuh dengan hak-hak keatas bukan islam dan manusia secara umumnnya (hablu mina 'nnas)..

lagipun bersatu melayu dibawah umno penuh kemunafikan kerana saya tahu org2 vip umno suka kata macam2 kat org cina time ceramah politik, belakang jual projek yg gomen bagi kat org cina juga utk dapat fast money.

apapun, affirmative action ini sebenarnya tak sesuai utk kemajuan dan mencapai wawasan 2020 itu sendiri, sebab utk membina bandar, kita perlukan semua org berada di sana tak kira bangsa...

Gelombang Rakyat said...

Red1, masyarakat kita masih lagi ditakuk ras. Aku dah lama bersara daripada ini semua. Sebaiknya kita semua Rakyat Malaysia.

SiR KinG TiGeR said...

Red1

Tau tak pe? Melayu, Cina, India dll dah hidup aman damai di Malaysia. Tetapi sejak kebelakangan ni, timbul rasa tidak puas hati, bukan apa mungkin disebabkan golongan yang berkuasa dah mula rasa tamak dan bekerja untuk kepentingn sendiri, suku sakat dan kroni kroni sahaja, bukan orang Cina, india sahaja tak puas hati, orang Melayu pun sama.

Kita semut merah , tak setanding gajah gajah ! Tapi jangan biarkan semut semut mengamuk, sakit telinga gajah didigitnya nanti !


Mohd Zaki @ ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

Gelombang Rakyat said...

Memanglah, jika rakyat nak dapat gaji sebulan, minima RM 700 pun susah sangat, mengapakah ada pemimpin yang menangis kerana untuk hanya RM 2 juta sahaja, umpamanya, RMK kali ini.

Seri said...

kalau semua suku bangsa bersikap seperti teman sepertinya negara kita, Malaysia tidaklah seperti sekarang sentiasa hangat kerana perasaan perkauman.

Kalau dibandingkan dengara lain tak ada yang melayan rakyatnya yang berasal dari negara luar seperti Malaysia.

Lihat saja dari segi pendidikan ada sekolah cina, melayu dan india. Cuba cari di negara lain kalau kita boleh jumpa seperti di Malaysia ini?

Tapi ada setengah masyarakat di Malaysia masih tak berpuas hati, ibarat di bagi betis nakkan peha.

KAMI :) said...
This comment has been removed by the author.