01 May, 2008

Kalimah Tauhid Dalam Al-Bible

Dalam Al-Bible ada cerita mengenai memperolehi hidup kekal abadi di akhirat (gain eternal life).

Satu hari salah seorang pemerintah cukup terasa bimbang yang ajaran Nabi Isa a.s. itu mungkin benar dan golongan Yahudi sendiri adalah sesat. Dia pun mendekati Isa a.s. dan bertanya,

"Wahai Guru Baik, apakah yang saya perlu lakukan untuk mendapatkan hidup yang abadi diakhirat besok?"

Isa a.s. pun menjawab dengan,

"Mengapa awak panggil saya 'baik'. Tiada yang baik melainkan Tuhan".

Itu adalah dari Injil versi Luke bab 18, ayat 18 - 19

Kitab Injil versi Mark bab 12, ayat 28 - 33 pula:

"Maka seorang ahlul kitab datang kepadanya (Nabi Isa a.s.) lalu bertanya, 'Manakah hukum paling utama sekali?"

Dan Isa (a.s) menjawab kepada mereka, 'Yang utama sekali ialah, Dengarlah wahai Bani Israel, AlRabbi Tuhan kita adalah Satu.

Dan kamu hendaklah menyayangi Rabb mu, Tuhan mu dengan segala ruh, minda dan kekuatan. Inilah hukum utama. Yang kedua ialah untuk menyayangi jiran kamu sepertimana kamu menyayangi diri sendiri.

Ahlul kitab itu berkata kepadanya, 'Betul Guru; Anda telah menyatakan bahawa Dia adalah Satu, dan tiada yang lain melainkanNya.' "

Lalu ahlul kitab itu mengulangi hukum kedua itu. Selepas itu Nabi Isa a.s. menyatakan kepadanya bahawa dia tidak jauh dari hidup kekal abadi disyurga.

Dari ayat-ayat seperti ini yang saya berpegang semasa dalam Kristian sebagai cukup jelas dan mudah mendapat akhiratul hasanah. Tetapi ia menjadi payah dan keliru dibuatnya saya apabila percanggahan tertimbul dari ayat-ayat tulisan pihak lain terutamanya Paul (seorang pegawai tentera Rumawi) di dalam Al-Bible.

Ayat-ayat di atas jelas menerangkan bahawa formula adalah mudah dan tidak ada kena mengena dengan konsep Trinity iaitu Tiga tuhan atau Anak tuhan yang kemudiannya dipercayai terpunca dari fahaman Rumawi Yunani yang menyembah tuhan matahari Apollo yang mempunyai tarikh lahirnya pada 25hb Disember, yang kini dianggap sebagai Hari Krismas dan hari kelahiran Nabi Isa a.s. yang tidak disebut dalam kitab ini maupun hadis.

Mujur dan untung besar kita di dalam Al-Quran segala kecelaruan dan percanggahan sedemikian tidak ujud malah kalimah tauhid dan shahadah adalah jelas dan konsisten.

5 comments:

Mohd Radzian said...

Exactly Red1, you hit the target precisely.

Years ago I said to some christians, that some part of bible is right and some part of bible is wrong.

They ask me, how do you know that this is wrong or this is right.

I told them, you cant know from reading the bible alone, because you know the bible that you have now is written 70 years (official record) after the dissapearance of Isa a.s. , there is a gap of 2 generation of which the knowledge is only kept in one's brain. How much a brain can do, since it forgets many things in a short time.

So, for you to know which is right in the bible, read Al-Quran. for anything that Al-Quran mentioned is in the bible , it means that this part of bible is correct .

Why ? Because Al-Quran is written down on wood and leaves since Muhammad saw is alive and what we have now is the compilation of the "Wahyu" traced from the time of Muhammad.

I pity the christian who has not been given the hidayah. I feel there is a need for outreach, because you know some are just too busy to seek information themselves.

red1 said...

I admire your bravery. Usually sch debates doesn't go further than 2 words - The Quran.

It is not so much the datings or human recordings. It is more of the apparent present day versions which are so clear it jump out of their leaves so to speak if we care to read with an open heart.

The story of Jesus is known to millions of people but the truth of it not so. Why? It is all due to blind fanaticsm. Something i will write about next. Cos it happens to us muslims too.

Morni said...

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakattuh
Sdra. Redhuan

Please allow me to share some interesting sites with your readers.
VIDEOS
1 )yusha haneef evans videos - catalog
http://www.youtube.com/results?search_query=yusha+haneef+evans&search_type=
2) Joshua Evans' Conversion to Islam - TheDeenShow 1/3
http://www.youtube.com/watch?v=9sP83LKHjsw
3) How The Bible Led Me To Islam - Part 1
http://www.youtube.com/watch?v=s8b3wNXEyPA
4) Truth About Jesus Christ, Bible, Christianity - Yusha Evans
http://www.youtube.com/watch?v=G-wQNEu0BaI


ARTICLES
ISLAM TOMORROW ( website of Yusuf Estes )
http://www.islamtomorrow.com/yusuf.asp


May Allah s.w.t. Bless you in your effort of Dakwah Islamiah.

Wassalam.

Zakariya said...

Bro.. Tolong jawab sikit pasal dialog Islam-Kristian kat Tranungkite..

Saya tengok bebudak kat situ cam payah aje nak jawap.

So.. bagi sikit peluru kat diorang..mudah-mudahan hidayah Allah hinggap di jiwa para musyirikin Kristian tu.

Thanks.

red1 said...

Saya sudah imbas dialog panjang di tranungkite dan nampaknya keceramuk juga dibuatnya. Maksudnya kita nak balas akan jadi lebih emosi dan tidak tercapai hasrat bersifat adil, terutamanya kepada yang Hak.

Apakah yang berdebat itu ikhlas dan ingin ilmu kebenaran? Atau ingin debat kerana menang?

Sekiranya ikhlas adalah lebih baik mereka tanya soalan yang spesifik di bawah blog saya ini supaya saya boleh cuba beri perhatian khusus secara tenang :-)

T.k. atas maklumat ini.

Peace!