09 May, 2008

Mahathir Selamatkan Raja

Dengan Mahathir telah bertindak prihatin kepada institusi Raja dengan menghadkan tingkah laku mereka terutamanya dalam soal yang melanggar tata-susila atau kes jenayah, beliau telah menyelamatkan jemaah Raja itu daripada dipandang makin rendah dan dianggap zalim.

Mengikut sejarahnya, Raja pun ada melakukan kezaliman dan jenayah. Tetapi sepatutnya ia diperbetulkan oleh Majlis Raja-raja sendiri. Namun al-kisahnya keadaan itu tidak berlaku. Maka reformasi terhadap keadaan telah dipaksakan semasa Dr. Mahathir.

Hari ini apakah Majlis Raja-raja ingin membalas dendam atau mengembalikan keadaan kepada dahulu-kala? Saya rasa tidak kerana hari ini kita lihat tindakan mereka yang agak terhad dan tidak melebihi batas. Apakah mereka tengah menguji batas? Wallahu aklam saya tidak tahu kerana saya bukan Raja.

Dengan meneliti Revolusi Perancis dari sumber wikipedia yang mengakhiri pemerintahan feudal berRaja dengan hukuman pancung kepala ke atas Raja Louis XVI dan ratunya pada tahun 1793. Menurut sejarahnya, Raja pada mulanya agak popular tetapi siri peristiwa menyebabkan keadaan menjadi teruk. Faktor yang penting dalam sejarah itu adalah tentang soal bertolak ansur dan menyelesaikan kehendak rakyat yang cukup payah.

Selepas Revolusi Perancis, berlaku pula satu 'Reign Of Terror' iaitu keganasan ke atas rakyat yang mengorbankan sehingga 40,000 jiwa sehingga orang yang mula-mula menjatuhkan Raja turut dihukum bunuh. Yang sedihnya, pada akhir segala revolusi dan French_Counter-Revolution, rakyat yang manjadi paling mangsa. Yang untung adalah golongan pertengahan atau atasan samada mereka itu bijak berpolitik atau berkomplot mengambil kesempatan. Yang menarik ialah antara hasil revolusi dan revolusi semula menentang revolusi awal (!) adalah kenaikan harga makanan secara mendadak.

Yang lucu sekali ialah akhirnya naik pula sistem monarki yang baru di bawah Napolean Bonaparte 7 tahun selepas hilangnya Raja. Pemerintahannya menyebabkan cukup banyak kesengsaraan kepada Eropah kerana dasar peperangannya.

Ini keadaan yang dibimbangi banyak negara sehingga mereka banyak mengkaji Revolusi Perancis dengan mendalam dimana banyak institusi bertukar tangan dan tentu sekali tangan pembikin wang kertas turut mengambil kesempatan samada mengapikan keadaan atau menanam bank pusatnya.

Secara analisis perbandingan kepada keadaan kita di Malaysia, intitusi Raja masih mendapat markah yang tinggi buat masa ini, tetapi di situ lah persamaan yang amat ketara dengan keadaan Raja Perancis semasa Revolusi Perancis. Kini ada pihak yang cuba menampakkan bahawa Mahathirlah yang zalim yang membelakangkan Raja padahal beliaulah yang melindungi Raja dari fitnah yang lebih besar dengan melakukan cantasan teknikal terlebih dahulu.

Yang akan membawa mudarat nanti ialah apabila mana-mana pihak cuba menukar status quo sistem yang ada sekarang. Tidak kira samada dari pihak royalis, pihak sosialis atau pihak agama. Semua pihak ini ada tercatat peranan mereka dalam sejarah revolusi dunia. Dinamika terkumpul menyebabkan hasilnya jauh terkeluar dari hasrat mana-mana pihak.

Hendaklah diketahui jua bahawa Revolusi Perancis cukup dengan pakar pemikir, cendiakawan dan sasterawan yang hebat-hebat dan tidaklah mereka itu bodoh atau naive tetapi kerana terlalu cerdiklah yang umat manusia terkorban sengsara buat seketika.

Pengamatan saya ialah revolusi lambat laun akan berlaku, secara terang maupun halus. Apabila kita menganalsa kita menganalisa dari kacamata yang lebih luas dan tentunya meliputi soal sistem fitrah bertentangan dengan sistem gelap seperti dinamika Yin dan Yang.
Saya juga ingin mengajukan topik sejarah Revolusi Perancis sebagai topik penting dalam pendidikan tingkatan 4 sekolah menengah anak-anak kita.
(gambar di atas menunjukan persitiwa hukuman mati ke atas King Louis XVI secara penggal kepala dengan guillotine)

7 comments:

Ahmad Ramly said...

Wah, dua pos tidak sampai 20 minit. Tetapi, seperti biasa double entendre.

Sebab itulah saya katakan, perjuangan mencari keadilan perlu diadili dengan perbuatan.

Saya ulangi kembali, kuasa mutlak membawa kepada penyalahgunaan kuasa. Check and balance adalah amat penting. Tidak kurang pentingnya adalah bermuzakarah, tak guna kondem mengondem menaikkan amarah orang lain melalui provokasi. Kita adalah masyarakat bertamadun, atau mungkin saya silap faham ke?

Bila fikir-fikir balik, masuk akal juga ye. Mungkin Mahathir selamatkan Raja, tapi cara beliau menimbulkan seribu satu persoalan. Niat tidak menghalalkan cara kan?

Amzari Zhahir said...

Assalamualaikum Tuan Red1 D. Onn,

Ada kesamaan dan ada kelainan. Sistem beraja Perancis dahulu lebih dekat kepada Absolute Monarchy sebelum berubah kepada Republic, walhal, sistem di Malaysia lebih kepada Constitutional Monarchy. Di Malaysia, Yang Di-Pertuan Agung (First Among Equals Supreme) bersilih-ganti setiap 5 tahun, dan ini membezakan sistem monarki di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain.

Apa yang saya ingin katakan, tidak semua raja itu zalim. Ambil contoh, sultan Melaka, Sultan Alauddin Riayat Syah yang mengambil pendekatan Khalifah Umar Abdul Aziz. Malah, Khalifah Muhammad Fatih, yang membuka kota Constantipol adalah sebaik-baik raja di mana tentera beliau adalah sebaik-baik tentera.

Insya-Allah, apabila kita meletakkan sesuatu sesuai dengan tahap kompetensinya dan kelayakkannya; maka segalanya akan berjalan lancar berlandaskan Sunattullah.

wassalam

Sekadar komen dari saya,

Amzari Zhahir

red1 said...

Sdr,
Revolusi Perancis menyebabkan kerajaan melalui tiga fasa:

1) Feudalisma
2) Raja Berpelembagaan
3) Republik Demokratik

Perkara (2) tahan sekejap sahaja. Hendaklah ingat golongan atasan itu masih berkuasa dan bertukar tangan sini sana.

Yang penting di sini adalah tentang sistem fitrah iaitu Feudalisma yang memberi keamanan dari percaturan kelas, dan sistem demokrasi yang membenarkan pergelutan dan bencana berpanjangan serta memberi laluan kepada kuasa luar mencengkam ekonomi.

Akan dibahaskan lebih lanjut kemudian nanti.

Amzari Zhahir said...

Buat Tuan Red1 D. Onn,

Selain itu, saya juga ingin mempertikai pandangan tuan berkenaan Tun Dr. Mahathir. Pada pendapat saya, seseorang yang sanggup menghina baginda Nabi Muhammad S.A.W yang dikasihi dan sangat disayangi, adalah orang yang tidak boleh dijadikan contoh. Saya tidak nampak dimanakan kejujuran Tun Dr. Mahathir dalam isu ini.

Tuan Red1 bolehlah rujuk ke tautan berikut, untuk lebih lanjut:

MALAYSIA : NEGARA ISLAM??

Namun begitu, saya menghormati pandangan Tuan Red1 dalam hal ini.

wassalam

Amzari Zhahir

yin & yan said...

Yin: Amzari Zhahir pertikaikan DrM atau Red1?

Yan: Tak pasti! Sebab Red1 tulis hal "Mahathir Selamatkan Raja" bukan berkenaan "Mahathir sebagai contoh".

Yin: Betul ada beza tu! Lagipun Red1 tulis tajuknya dalam inverted commas. Maknanya apapun peribadi DrM, beliau secara sengaja atau tak sengaja memang 'selamatkan raja'.

Yan: Suka atau tak suka dia dah selamatkan raja atau sultan. Tapi Yan lebih ingat tentang DrM promosi dinar dan lawan hantu riba IMF dengan bank dunia.

Yin: Jadi DrM dah 'selamatkan' kesultanan dan perjuangkan dinar yg sebenarnya asas sistem zakat yg betul dan bukan duit dolar atau ringgit. Orang lain sampai la banyak yang tak faham pun tentang dinar dan tak faham pun musuh Islam
pada hantu2 riba tu. Bukankah dalam khubah terakhir ada pesanan Rasulullah s.a.w tentang bahaya riba? Khalifah Othmaniyyah dulupun jatuh sebab terima pakai sistem bank luar dan buang dinar kemudian mulalah dolar bermaharajalela.

Yan: Betul Yin! Raja Nazrin pun pernah sebut, kesultanan adalah sebahagian dari kekhalifahan Islam.
Kesultanan melayu ni dulu memang bernaung bawah khalifah di Turki. Jadi maknanya kita di sini masih pegang obor2 atau kunci khalifah walaupun khalifah di Turki dah tiada.


Yin: Baru saya nampak Yan kenapa kesultanan tu penting diselamatkan. Memang dulu heboh tentang DrM dengan Raja, Yan ingat lagi tak? Masa tu memang banyak cerita tentang kesalahan Raja. Nasib baik selepas episod DrM dengan Raja banyak raja dan sultan jadi semakin baik. Semoga kuasa Islam menurut fitrah ini terpelihara apabila Sultan diberi kebijaksanaan oleh Allah dan para ulama diberi keberanian menasihati Sultan.

Yan: Takkan nak harap Islam timbul dari tong undi demokrasi pula. Yang Haq timbul dari yang batil? Sesetengah so call ulama tu Yan nampak depa pula yang gila undi. Undilah aku! Semua dah gila kuasa. Depa pula suruh kita sembah tong demokrasi.

Yan: Bagus juga ada 'krisis politik' kali ni. Baru nampak betapa pentingnya kesultanan.

Yin: Yelah kali ni Karpal pun terperangkap. Ingat dia hero. Tengok-tengok tak dak sapa pun nak sokong dia. Orang dari tong DAP pun tak mau bergeng dengan dia. Lim Kit Siang dah awal2 minta ampun. Nik Aziz pun tak mau komen bab ini.Katanya nanti kena balik kepala sendiri.

Yan: Baguslah depa dah mula sedar had tong demokrasi ni.



yin & yan
http://yindanyan.blogspot.com/

Ahmad Ramly said...

Hmm, demokrasi pada saya ada yang baik dan buruknya. Tetapi, demokrasi lebih menjaminkan kebaikan daripada keburukan. Kesemua negara yang berada di tangga 30 ke bawah dalam Corruption Perceptions Index adalah bukan islam termasuk negara yahudi. Negara 'orang Islam' muncul tempat 31. (wikipedia)

Kesultanan atau tidak, pendapat saya power corrupts, but absolute power corrupts absolutely. Kalau betullah Kesultanan itu adalah contoh terbaik Islam, kenapa Dynasty hanya wujud selepas kematian Khulafa Ar-Rasyidin? Ahli Politik terlibat dalam perancangan strategik negara, oleh itu mereka tidak boleh mempunyai kepentingan dalam banyak benda (menghindarkan penyalahgunaan kuasa). Tapi bolehkah kita subjekkan Kerabat kepada status yang sama?

Mengenai IMF, apabila saya bertanya tentang kandungan perjanjian IMF, tiada siapa pon boleh menjawabnya. Alasan yang paling digemari adalah IMF adalah Amerika, Amerika adalah yahudi dan yahudi bunuh orang Palestin. Sungguhpun saya bersetuju bahawa bukan semua terms and conditions daripada IMF adalah bagus, sebahagiannya adalah kukuh bertujuan menguatkan fundamental kewangan dimana Malaysia tidak ada pada pra-1997 (sekarang pon masih lagi rapuh). kalau betullah IMF itu 100% buruk, kenapa semua negara yang menerima bantuan daripada IMF menunjukkan recovery rate lagi tinggi dari Msia? http://www.nationmultimedia.com/2008/04/18/opinion/opinion_30070962.php
(Thailand, Philippines, South Korea:
negara yang mengambil bantuan IMF dan menunjukkan recovery lagi tinggi dari Malaysia.)Di sini, penting kita merungkaikan isu secara terperinci, bukan menghentam kromo.

mengenai dinar pula, ia berkongsi parallel yang sama dengan sistem Bretton-Woods. Untuk mengatakan sistem dinar adalah lebih bagus daripada sistem yang ada sekarang, pakar masih lagi mengkaji perkara ini. Tetapi suka saya nyatakan, secara teorinya banyak masalah daripada sistem kewangan sekarang dapat diselesaikan melalui sistem dinar. Cuma, kalau boleh saya ingin membaca lagi kertas kajian terperinci mengenai sistem ini. Buat sementara waktu, semuanya masih lagi dalam kajian...

Mengenai yang gila kuasa, asalkan kita nampak mereka tu gila kuasa, buat apa kita nak pilih mereka? cuma, saya berharap let actions speak louder than words. Sekarang ramai 'ulama' dah menang, kita tengok sama ada dia orang akan buat onar seperti mereka yang sebelumnya.

At the end of the day, lengkapkanlah diri dahulu dengan ilmu pengetahuan kerana pengetahuan yang dapat menyelamatkan kita dari prejudis (prejudis bermakna pendapat tanpa fakta, salah satu prejudis adalah perkauman). Not everything is as it seems.
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_84fb36d0-c0a85062-13e6f830-7f1a627e

Oh ye, ulama bermakna orang berpelajaran. Dalam apa? semua perkara. tak semestinya orang yg pergi sekolah pondok lebih berpelajaran dalam bidang ugama daripada orang yang tak, atau pegi al-azhar lebih arif dalam islam daripada yang tidak. cuma di malaysia, kita hanya boleh pilih salah satu, sama ada belajar islam atau belajar bukan islam. Kenapa tidak boleh belajar kedua-duanya, pandai dalam islam, dan pandai juga dalam hal2 yang lain. Bukan menuntut ilmu itu adalah tuntutan dalam islam?

Nik Aziz tak nak komen sebab dia takut komen dia diputarbelitkan. Bandingkan dua berita di bawah:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/National/2234649/Article/index_html
http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/17571

Bandingkan pula dengan di bawah:
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-07052008.pdf
diambil dari hansard. Ms 73-83.

Banyak perkataan Datuk Anifah 'ditapis' ye. Masa dia 'hentam' orang semenanjung, tak pulak diulas.

Ahmad Ramly said...

Lupa nak cakap, Utusan Malaysia tak ulas isu tersebut. Freedom of information pada saya adalah penting.