Kali ini saya paling banyak komen sehingga 3 kali berturut-turut di Dr Mahathir Mohamad: THE RULE OF LAW dan di sini sekalli lagi ingin menyentuh tentang 'gunanya undang-undang' atau dengan lebih tepat lagi 'tiada gunanya undang-undang'.
Dalam pembacaan saya mengenai sejarah, ada satu teori tentang tekanan sosial dimana sekiranya rakyat mengalami terlalu sangat kesusahan menyara hidup maka mereka akan cari apa jua alasan untuk memberontak dan mengulingkan kerajaan.
Dalam sejarah Mesir misalnya, Presiden Gamal Abdel Nasser menghadapi rusuhan rakyat apabila subsidi roti ditarik menyebabkan kenaikan harga roti. Dalam zaman Anwar Sadat pun sama. Naik saja harga roti, presidennya kena tembak mati oleh pelampau gerakan Islam.
Kini harga barangan sedang naik dan terus naik seolah-olah tiada apa kuasa yang dapat menghalangnya. Bukan naik sedikit tetapi naik mendadak. Bukan naik satu dua barangan tetapi naik hampir semua barangan. Minyak naik menyebabkan semua kos pengangkutan dan harga barangan yang diangkut turut megalami tekanan untuk naik. Kenaikan harga beras dan tepung menyebabkan banyak kos makanan turut ikut naik.
Apa jua kawalan oleh kerajaan tidak akan berkesan kerana tekanan dan kuasa bekalan dalam pasaran akan menyebabkan sumber kekurangan atau berlakunya pasaran gelap nanti. Suka tidak suka isu harga makanan adalah amat kritikal sehingga undang-undang macamana ketat pun tidak akan membendung tindakbalas sosial nanti.
Ambil contoh kes jenayah. Undang-undang cukup ada tetapi kes jenayah mengunakan senjata api, merompak, mencolek, dan menipu secara terancang berlaku jua seolah-olah pihak berkuasa tidak berkuasa.
Penguatkuasaan tidak cukup berkesan sekiranya tekanan untuk melakukan jenayah lebih tinggi daripada kawalan yang terhad terhadapnya.
Sekarang apakah pihak berkuasa merasakan lebih mudah untuk mendakwa Mahathir misalnya? Saya rasa tidak kerana Mahathir sudah menyatakan dalam blognya yang nampak jelas adalah beberapa peluru darinya yang diatur siap menunggu pembicaraan.
Satu adalah mengenai kes lobi yang termasuk juga oleh para hakim kepadanya semasa menyandang jawatan PM dahulu. Maka sekiranya adalah benar hampir semua hakim besar adalah hasil tangan atau pilihan Mahathir apakah mereka sanggup berdepan dengannya di mahkamah nanti?
Mereka ingin mendakwa Mahathir sebagai termakan lobi Lingam tetapi mereka sendiri akan dihujah olehnya sebagai turut menjadi bukti hasil dari lobi.
Peluru lagi satu ialah tentang 'spirit of the law' kerana 'rule of law' yang Mahathir maksudkan dalam blognya adalah lebih utama sekiranya dituju kepada PM dan bukan mantan PM yang sudah tidak berkuasa dan tidak mampu melakukan rasuah terbesar waktu ini.
Semangat perundangan adalah untuk menjaga keharmonian dan kemajuan negara dan maka Mahathir boleh berhujah apakah tidak maju negara semasa pentadbirannya? Apakah sekarang lebih maju atau lebih tertekan?
Mahkamah ada satu prinsip yang bermaksud "Mischief Rule" atau 'apa permasalahan yang patut diselesaikan oleh perundangan?'. Law tidak boleh bertujuan untuk diikuti secara tersurat semata-mata tanpa memahami tujuan tersirat sebenarnya, yang semestinya membawa kebaikan dan bukan keburukan nanti.
Seorang mantan PM yang sudah banyak berjasa malah menggunakan sistem untuk memajukan keadaan dengan pantas sekali dan menaikkan kerajaan yang ada hari ini adalah merugikan masa dan dana negara sekiranya dibicarakan. Setiap hujah Mahathir nanti akan membongkar setiap kaedah dan tindakan yang dia lakukan yang tidak menuruti hukum tetapi menguntungkan hampir setiap ahli kabinet yang ada sekarang.
Itu sebab saya mati-mati percaya yang tiada siapa yang berani memanggil Mahathir ke mahkamah. Tempoh hari itu yang Mahathir menjawab, 'tidak ingat' adalah taktik pura-pura beliau. Mahathir memasang perangkap. Dengan namanya tersenarai untuk disiasat adalah berita gembira baginya.
Mahathir sedang berusaha menjatuhkan kerajaan yang sedia ada tahun ini, bukan tahun depan atau PRU13. Dengan memberi nafas dan ruang untuk namaya disebut-sebut dalam media perdana akan menguatkan pengaruhnya.
Dengan tidak menyebutnya lagi akan menutup jalan dan ruang baginya kembali beraksi dalam arena politik. Tetapi anda tidak dapat berbuat demikian. Mahathir ada lagi beberapa bom tangan buatan sendiri bersiap sedia.
Dulunya semasa kes isu Raja Melayu 1983 saya terdengar satu analisa yang dihadapkan kepada Raja-raja Melayu,
"Tuanku mahu tahan 5 bulan atau 5 tahun? Sekiranya setuju dengan Mahathir maka 5 tahun. Sekiranya tidak maka 5 bulan!"
4 comments:
good ones Red1.
teruskan komen dalam blog DR M dan dalam blog tuan sendiri.
Yin & Yan
Di situlah terserlahnya kebijaksanaan kepemimpinan Tun Dr. Mahathir. Seorang pemimpin adalah untuk memimpin rakyatnya bukan dipimpin rakyatnya..Rasanya kalau pemimpin kena pimpin sesiapapun boleh memimpin ....itu sebabnya kerajaan le ni banyak ikut kemahuan pembangkang.. nak suruhanjaya ikut ..tak fikir tentang masa,wang dan pembaziran serta implikasinya pd negara konon lebih telus...tapi negara sendiri musnah ....perkara atau peristiwa yg dah 20 thn berlaku masih hendak dipertikai.Pada pandgn saya keadaan masa itu memang relevan dengan tindakan apa yg PM masa itu ambil,kerana kebijaksanaannyalah yg menyebabkan keadaan kini adalah seperti apa yg kita nikmati sebagai sebuah negara maju, aman, damai dan bermaruah.Keadaan sekarg amat berbeza seolah maruah dah hilg entah kemana,kedaulatan negara pun seolah tiada siapa hendak pertahankan,suara-suara nasionalis yg lantang dulu kini semua dah tenggelam dan hanyut .. adakah ini yg kita semua rakyat Malaysia mahukan kini?Keadaan negara yg tunggang langgang dan bercelaru..... fikir-fikirkanlah.........
Red1
TDM bukan mau menjatuhkan Kerajaan sekarang tetapi mau ditukarkan pemimpin sahaja. Sepatutnya dia dilantik Penasihat Kerajaan duduk dirumah sahaja sambil bagi nasihat kepada pemimpin sekarang kan itu lebih baik !
Teruskan menulis, aku malas nak cari fakta fakta, ko cari aku baca
Serupa aje ! I trust you.
Mohd Zaki @ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
saya setuju dengan kamu... Anjing pun kalau biasa di bagi makanan tetiba tak di bagio makan seminggu akan bertindak memakan tuan nya sendiri.... Sebelum kita jadi macam anjing yang saya contohkan tu... apa perlu kita buat... tak kan nak diam saja... Tuan punya blog ni kena lah bagi cadangan,... bior berapi skit baru smangat....
Post a Comment