16 May, 2008

Mujur Kamu Lahir Islam

Saya tengah bersembang dengan seorang sahabat yang merupakan seorang insignieur handalan bahagian geoteknik yang senior yang bumiputra yang muslim dan yang amat sedar tertarik dengan soal cabaran kepada umat Islam hari ini.

Kami berbincang tentang soal masalah murtad dikalangan mereka yang dikatakan masuk Islam kerana kahwin dan tidak kerana keikhlasan kepada Allah. Lalu saya terunggap kepadanya,

"Mujurlah orang Melayu kita ini lahir Islam!" Maksud saya ialah begitu senang nampaknya bagi kaum Melayu kerana tidak perlu peluk Islam kerana sudah lahir dalam keluarga Islam.

Tetapi soalnya apakah kita yang lahir Islam tidak perlu belajar, mengenal, mendalami hatta 'memeluk' Islam dengan pelukan yang kuat atau sekali lagi peluk Islam sekiranya tidak pernah faham sebelum ini?

Apa sekiranya kita ditentukan Allah yang bebas dalam pilihannya dimana Allah menentukan kita dilahirkan sebalik apa keadaan sekarang? Bagaimana sekiranya kita tidak dilahirkan dalam keluarga beragama Islam? Atau kita dibesarkan oleh kaum kufur? Apakah kita sendiri boleh mencari jalan kembali kepada agama Allah yang sebenarnya?

Bagaimana sebagai seorang yang lahir sebagai seorang beragama Kristian atau Buddha atau tidak beragama anda mungkin sampai kepada kebenaran tersebut? Apakah anda akan tafakur sedalam-dalamnya tentang kejadian anda? Atau anda akan menunggu sahaja kilat hidayah daripada langit. Buat masa ini biarlah saja dulu. Entah apa hendak jadi kepada anda itu.

Hari ini kita menganggap diri kita sudah selamat kerana lahir-lahir saja sudah dengar azan. Apakah kita menurut Islam yang wajib kita pelajari terutamanya apabila akil baligh kemudiannya? Apakah ada sedikit sayang dan kasih dalam hati kita kepada kekasih Allah dan seterusnya kepada yang Al-Wadud, Yang Maha Mengasih?

Apakah kita ada rasa terpegun dan cukup insaf tentang hakikatnya kita ini dimasukkan Islam atau kita ini sebenarnya masih belum Islam tetapi tengah diuji atas keislaman kita? Dan selagi kita tidak mengorak langkah kepada ilmu Allah itu maka tidaklah dikira kita ini Islam lagi?

Apakah anda mendirikan solat sembahyang siang dan malam dan berdoa kepada Yang Maha Pencipta tanpa menyekutukanNya dengan mana jua perkara lain seperti tangkal dan manusia? Mereka itu semuanya bersifat wahm yakni ilusi! Apakah dalam hati anda tiada sedikit pun ingin berjumpa denganNya?

Akhir sekali apakah kita yakin seyakin-yakinnya bahawa di Padang Masyar Allah esok kita tergolong sebagai muslimin yakni tunduk kepada Allah dan hukumnya atau kita ini sebenarnya adalah Islam hanya pada label dan ritual dan tidak sebenarnya ada apa-apa yang dikatakan dalam jiwa yang lekat Islam atau spiritual yang sebenarnya? Tentu sekali kami berlindung dengan Allah dari semua keadaan seumpama itu dan mengharapkan hidayahNya yang senantiasa ke atas kami hamba-hamba yang tidak mengetahui melainkan sedikit yang Allah kurniakan.

Sesungguhnya kepada Allah lah segala pengembalian itu dan kepada Allah segala kebenaran itu. Amin!

(gambar hiasan - solat berjemaah oleh saudara kita di Jerman yang telah memeluk Islam
gambar 2 - mereka berdoa ditengah-tengah pasar Jerman untuk melakukan dakwah memanggil manusia kepada Allah wa Rasul demi menjadi khairatul ummah fi Madinah Al-Munawwarah. Semoga Allah mengabulkan doa mereka dan mengolongkan mereka dalam kalangan mereka yang salihun)

3 comments:

yindanyan said...

Red1,

Maaf tuan, gaya tulis tuan dah mula nak jadi macam orang tabligh sikit? Persoalan orang lain kurang terpegun macam tabligh komplen orang lain kurang iman aje.

Raise people up like what you have been doing before this.Thank you for enlightening us in many issues that you raised.

wassalam
Yin & Yan

Redhuan D. Oon said...

Helo bro,
Kena dikit-dikit Yin jugakla, takkan asyik Yang je.

Tetapi apakah cara Tabligh itu sama? Terbaru ini saya lama tak mengunjung ke Masjid Petaling. Semalam saya dengar ramai lagi jemaah sana. Tukang guntung rambut saya (semalam saya suruh dia potong pendek lagi kepala saya kerana dah malas menyikat rambut) lalu Basri barber ana tu kata anaknya kuat tabligh dan apakah ok tanyanya kat saya,

"Ok... asal dia tu jangan lupa tanggungjawab dan jaga akhlaknya kepada mereka yang tidak sehaluan dengannya."

Jadi apakah saya di sini menghentam orang lain? Jawapan, "Ya, saya menghentam tetapi dengan berita amaran tanpa kompromi".

Saya tidak kata kita ni lemah iman macam tabligh duk kata. Saya kata yang ada antara kita yang mungkin sudah murtad. Hendaklah disisihkan sekiranya ada.

Mereka yang tidak bersolat terus menerus tanpa sedar hendaklah ketahui bahawa hukum kafir boleh jatuh ke atas mereka nanti.

Sekarang saya sudah lepaskan tanggungjawab saya, percayalah saya tidak akan tulis begini lagi. Tidak suka saya malah saya lebih suka berdepan dengan isu bukan muslim yang lebih dinamis dan mencabar dan disuruh, bukan looking inward into decadence upon decadence.

Sudah ramai muslim yang lepas beranak kafir tetapi kafir yang beranak muslim. Ini adalah tanda akhir zaman. Tsunami, Banjir, Taufan, Gempa Bumi, Harga Barang Naik, Dajjal menerusi Google.

Waktu sudah hampir, Alhamdulillah!

yindanyan said...

Red1,

Ade ke yang 'mujur' dalam Islam?

Yin dan Yan