04 May, 2008

Islam Releven Tanpa Muslimuun

Ada satu nas yang menyatakan walaupun semua manusia engkar kepada Allah, tidaklah kurangnya Allah itu walaupun sekecil biji sawi pun, dan sebaliknya walaupun semua manusia tunduk taat kepada Allah, tidaklah bertambah diriNya walaupun sebesar biji sawipun.

Islam itu releven walaupun PAS tidak majoriti atau Cina tidak fahamnya. Yang kita perlu faham ialah dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Inilah masalah yang tertimbul dari absolute democracy. Sekiranya Cina berada di Tanah Besar Cina, mereka tidak menyoalkan dasar komunis yang atheis. Jika Cina berada di San Francesco, mereka tidak soalkan dasar disana yang tidak benarkan bahasa Cina. Jika Cina berada di Jerman, mereka tidak risau tak nampak Tok Pekong.

Di Malaysia mereka juga pada asalnya tidak timbulkan persoalan tentang hak mereka kerana mereka kaya raya dengan agak mudahnya berbanding dengan Cina di China atau Cina di Amerika. Cukup mudah berniaga dan mengaut keuntungan di sini.

Yang menjadi masalah ialah politik tanah-air mengeksploitas sentimen mereka supaya menyokong fahaman baru yang menjanjikan hak baru kepada mereka. Ada Cina yang tua yang sedar bahawa mereka sudah cukup hak. Yang mereka inginkan bukan nak jadi Perdana Menteri. Yang mereka nak ialah jangan ganggu sekolah Cina mereka, periuk nasi mereka dan tarian Singa mereka.

Islam releven tanpa demokrasi kerana Islam itu fitrah. Jika China dan Thailand boleh terima Buddha yang berasal dari Hindu India, atau komunis yang berasal dari Karl Marx Jerman, mengapa mereka tidak boleh terima satu sistem yang dikatakan amat fitrah bagi mereka sebagai sistem politik semata-mata?

Islam menurut ayat 13 dari Surah Al Hujarat menyatakan penciptaan semua manusia sebagai pelbagai kaum dan bahasa demi untuk pengenalan dan muafakat seterusnya sehingga mencapai ketakwaan itu. Ia satu proses evolusi manusia.

Dalam dunia ada parti politik komunis atau sosialis atau buddha bagi kaum luar tanah asal keujudan mereka, mengapa tidak ada parti politik Islam bagi kaum yang asalnya tidak muslim?

Di Amerika sudah boleh ada seorang wanita atau seorang berkulit hitam boleh angkat sumpah mempertahankan cara hidup barat yang kapitalis dan komersilistik.

Dahulunya seorang raja Kristian dari Habsah boleh memberikan perlindungan dan hormat kepada pelarian Islam dari Mekah yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Mereka muslim hidup bebas dan sanggup taat dan mengharapkan perlindungan dari seorang raja Kristian daripada penindasan pentadbiran Quraish di Mekah.

Saya agak satu hari seorang padri boleh mengangkat sumpah sebagai PM dengan taat setia kepada perlembagaan kesultanan Islam yang berpandu kepada Al-Quran dan Al-Madinah yang berpiagam pelbagai agama. Kita boleh menonjolkan sedemikian sekiranya kita memisahkan agama dengan faham perkauman kepada faham sunnah-alam.

Sekali lagi kuasa Allah yang luhur dan bebas dari tanggapan manusia yang cetek dan bersentimen egoisma.

3 comments:

DNA said...

Salam tuan..sekadar bertanya..
Paderi mana yang tuan maksudkan??
adakah paderi yang bakal menjadi PM itu sudah maksum?
Knp? Muslim sudah tidak layak lagi menjadi pemimpin?
Adakah anda sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Melayu Islam?

Redhuan D. Oon said...

Ini adalah satu idealisma yang tercetus semasa berbincang dgn Ir. Dr. Mustafa Kamal Shahrom.

Kita berbincang tentang apa yang harus bagi sebuah Daulah Islam dalam konteks dunia pebagai kaum dan pegangan kepercyaan.

Dia lontarkan ide bahawa yang nampaknya saksama adalah perlembagaan yang semua bersumpah kepada.

Yang menjadi isu (spt sdr tersebut juga) adalah bagaimana sekiranya seseorang muslim yang ada tidak lebih baik dari yang bukan?

Apabila kita letak dalam perlembagaan bahawa sesiapa ju yang layak jdi PM selagi dapat sokongan ramai dan kelulusan satu Diwan Fuqaha yang terdiri dari ketua agama masing2 maka rakyat bukan muslim akan kagum dengan keesaan Islam dan tidak lihat kepada kepentingan manusia melainkan menjalankan amanah kebaikan semata-mata.

Dan kita juga berbincang bahawa institusi diperkuatkan dan pemimpin itu digilirkan dengan cepat (satu penggal sahaja) maka ia akan diramaikan dan memakmurkan politik secara lebih sihat dari apa yang ada sekarang.

Alan Ghani said...
This comment has been removed by a blog administrator.