19 May, 2008

Peluang Terakhir Pak Lah

Dengan perginya Mahathir dari Umno, dan kebimbangan lebih ramai lagi akan turut mengikut langkahnya, ini merupakan tindakan pukulan paling hebat kepada pentadbiran kerajaan hari ini. Ini juga merupakan peluang terbaik Pak Lah untuk menamatkan pengaruh Mahathir dengan berdepan dengan semua keahlian Umno dan mencari jalan mempengaruhi mereka supaya jangan meninggalkan Umno.

Tetapi apakah ahli Umno ingin dengar kata-katanya? Pak Lah mestilah melakukan sesuatu yang paling betul kali ini. Sekiranya tidak, maka exodus keahlian Umno akan memaksa beliau hilang kekuatan pengaruh politik dan mengajak lagi banyak kritikan terbuka kepada pentadbirannya.

Tindakan Mahathir itu tidak membantu Pak Lah malah memaksa Pak Lah untuk tidak senang dan tidak boleh berdiam diri membiarkan begitu sahaja. Bagaimana jika keahlian Umno keluar Umno secara berduyun-duyun sebagai taktik protes terbaru yang diperkenalkan oleh Mahathir?

Sebagai langkah lawan balik atau reaktif Pak Lah cuma dapat mengetatkan lagi jentera kerajaan untuk mengasingkan tindakan Mahathir sebagai tidak siuman dan tidak baik bagi negara. Sekali gus mengambarkan tindakan Mahathir itu sebagai membawa kepentingan diri sendiri yang bertujuan untuk mencetuskan huru-hara dalam Umno. Jentera media perdana perlu pula memadamkan berita mana-mana ahli Umno keluar sebagai tidak penting dan berita remeh.

Pak Lah mungkin tidak perlu bertindak sekiranya dia masih mempunyai jiwa yang dapat dirasai oleh seluruh keahlian Umno yang berjuta itu. Sebagai seorang PM, dia amat berkuasa, dan boleh kekal mengharungi sedikit jeritan dari sudut jauh nun di Kedah sana.

Cabaran sebenar kepada Pak Lah sebenarnya adalah cabaran ekonomi yang melanda negara. Jika harga barang keperluan asas kekal tinggi dan terus naik maka mana-mana kuasa politik boleh tumbang. Dalam keadaan sedemikian seseorang pemimpin yang ingin berkuasa hendaklah melakukan kekejaman politik atau kejutan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada memikirkan bencana ekonomi tersebut.

Mengikut maklumat luar, harga tetap akan naik termasuk harga minyak yang sudah tidak dapat bertahan sesaat lagi pada angka sekarang. Rakyat akan hilang daya ketahanan dengan kuasa membeli yang menyusut. Sekiranya berdiam sahaja akan memaksa kerajaan memberi konsensi lebih banyak yang akan melemahkan kedudukan dan tabungnya sendiri. Jangkaan masa panjang negara tidak nampak sihat.

Keadaan boleh menjadi lebih teruk dan dengan tiba-tiba. Samada Pak Lah ada jawapannya atau lepaskan saja jawatan kepada Timbalannya. Lepas itu Najib boleh memikirkan jalan samada ajak dan pujuk Mahathir masuk balik Umno dan menjadi penasihatnya. Selepas itu biarlah Mahathir memerintah secara belakang tabir. Itu saja jalan nampaknya. Najib atau sesiapa tidak boleh duduk senang dalam keadaan ekonomi negara begitu rapuh dilanda krisis sedunia yang seakan-akan sama teruk zaman kejatuhan nilai duit kertas 1997 dulu.

Mereka perlu seseorang yang pernah mengharunginya dengan berjaya iaitu Mahathir.

4 comments:

Letting the time pass me by said...

With these kind of political situation, what is more alarming is its impact on the economy that may trigger an economy instability...

Well with the high inflation rate and the current high rice prices, there will be a rough ride ahead..

Redhuan D. Oon said...

Yes, the saddest is how can low income rakyat survive? Many will turn to petty theft and cheap scams. We as middle income group are more fortunate as we always have resources to live by. Those who are in their depths will lose all their savings.

Dah lah inflasi ciptaan pembuat duit kertas menarik hak kita. Kini faktor ekonomi amat genting.

Satu lagi ialah dengan Mahathir tiada dalam Umno, dia boleh buktikan bahawa politik tidak perlu kepartian. Ada baik juga kita menuju kepada PEMILU yang memilih Presiden/PM secara langsung. Baru pemimpin itu merasakan betul-betul bertanggungjawab kepada rakyat dan tidak sembunyi di belakang parti sendiri.

HzY said...

RedOne,

1.Saya menerima berita keluarnya Tun dari UMNO jam 12.50tgh semalam melalui pesanan ringkas akhbar The STAR yang dilanggani. Lalu reaksi awal saya, tidak terkejut kerana 16/05 saya telah menjangkakannya, cuma saya fikir Tun akan berbuat demikian dalam sebulan dua lagi.

2. Sekitar jam 8.05 malam, anak ketiga (baru Darjah 5) saya yang baru balik bersama ibu dan neneknya dari mencari-cari sayur di Cameron Highland [just 50 minute drive from Ipoh] terus menonton berita di TV1 (separuh jalan) terus menerpa saya di TV di dalam bilik (melihat saluran lain TV3), bertanya kepada saya `Abah! Mahadey dah mati ker?' Barangkali laporan TV1 seperti demikian yang memaparkan catatan sejarah Tun semasa memimpin dahulu. Saya kata `bacalah Fatihah...' Dalam ketika dia membaca Fatihah, saya berkata `dia tentu akan mati'.... `abah nii...!!!.

3. Ibu mertua saya yang datang dari K. Bharu, hanya berkata `apa nak jadi dengan UMNO. Pak Lah pun tidak nak letak2 jawatan. Saya ulas lebih kurang begini.

Apa nak hairan, bukan budaya Melayu apabila berlaku musibah angkara diri akan dengan mudah meletak jawatan. Apa nak hairan, Dato' Onn yang antara individu tubuhkan UMNO, pun keluar UMNO bila idea me`multiracialkan' UMNO dipandang sepi. Apa nak hairan, Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan, khabarnya mati pun bukan sebagai ahli UMNO, terkeluar sebab ahli kehormat Semangat 46, tak mahu masuk UMNO (Baru/Mahathir)selagi Mahathir jadi Presiden.

[Membetulkan fakta Anwar Ibrahim keluar UMNO, Anwar tak pernah menarik diri dari UMNO, beliau dilucut dan disingklirkan, bila beliau dibebaskan dari penjara, bagai batu jemala menghalang beliau untuk diberi peluang kot-kot nak masuk semula]

Jadi apa nak hairan Tun Mahathir keluar UMNO. Shahrir Samad dulu pun keluar parti. Jadi Menteri balik. Ramai fanatik UMNO mengkesampingkan atau mensinonimkan UMNO dan Melayu. Kalau keluar UMNo macam tak jadi bangsa Melayu, lebih teruk lagi keluar UMNO macam keluar agama. Tun telah membentuk dimensi keterikatan baru orang-orang UMNO. Rasa tak puas hati kritik, tak jalan juga, keluar. UMNO harus berdiri dan popular kerana meritnya bukan kerana ketaksuban melayunya.

Tahniah Tun, saya lebih suka kalau Pak Lah juga keluar UMNO [bukan Pak Lah tak baik], tinggalkan UMNO, bagi peluang orang lain, kalau Najib kotor, Muhyiddin ada, kalau tidak Muhyiddin ramai lagi yang ada. Rakyat memerlukan sesaorang disandarkan keyakinan... becoz manusia hidup dengan `keyakinan' without hope people `begin to die'

HzY- Prepaid AlFatihah untuk Tun, kerana pastinya Tun akan dikalungkan dengan title Allahyarham.. macam semua mereka yang telah mendahului.

Letting the time pass me by said...

Bro... berapi you pun tulisan dalam blog Che Det ...

I think you know a lot of things about Tun, Anwar and Pak Lah... Why not publish a SWOT analysis between the three people, or better still add another one or two potential candidate, maybe Lim Guan Eng and TGNAA ....

This may give some lights on the leaders... But from my point of view, UMNO have many bright leaders but unfortunately these leaders are mainly sitting at the branch level....

It is pity that in UMNO now, money is the driving force for political advancement... Even approval of being an UMNO member need money and an introduction by "party leaders" to make sure the new member is well accepted by the existing members...

In terms of economy, I think there are a good balance between demand and supply, only some unforseen sources are reshaping the economy by taking advantage of the human weakness.. The danger of using fiat currency is the failure to understand of its concept and the exessive manipulation of the system to create wealth which will start to pile-up the credit problem.

It is very hard for any system with a credit background to be rejunavate or reengineer to return to the debit account... A credit account may enable wealth to be created at a faster pace using the democratic capitalism concept, but in the long run, well how do we know exactly what will happen? It has not happen yet... But a simple rule of thumb is negative things promote negative results and positive things promote positive results....