29 May, 2008

Mahathir Pimpin Parti Bebas

Pagi ini saya tiba-tiba sudah dapat firasat perkiraan Mahathir seterusnya. Dia begini. Mahathir tengah syok round dunia dan dalam negeri serta perhati blog ialah untuk membina dan mengukur sokongan moral dan fizikal kepadanya. Beliau ingin mencuba senjata paling muktamad dalam sistem politik tanah-air iaitu sistem demokrasi menerusi PRU.

Katakan PRU13 nanti beliau dan satu barisan penyokongnya yang tersendiri menyertai sebagai satu rangkaian yang terdiri dari calon-calon bebas. Tidak berparti tetapi semua pakai lambang yang satu, mungkin Padi (atau payung atau kunci tetapi Padi sesuai dengan usia Mahathir - lagi tua lagi berisi).

Otak Tun Mahathir macam ni. Tun akan set satu target atau perancangan dalam otaknya dan membuat perkiraan kemungkinan dulu apa akan berlaku. Baru lepas itu Tun akan test rancangannya dengan ujian soalan tersendiri.

Satu-persatu. Mula-mula, apakah kemungkinan seterusnya? Pak Lah tidak akan turun. Itu bukan kemungkinan itu pasti. Pak Lah tidak akan turun melainkan ahli-ahli parlimennya atau MKTnya suruh dia turun secara berdepan. Itu pun tidak mungkin. Najib taubat berani lawan bos. Dia orang taat setia.

Ahli-ahli Umno serta orang bebas makin tertarik dengan Tun supaya naik kembali sebagai hantu yang mereka sudah kenal mampu dan berjaya menangkis segala cabaran dan halatuju negara selama 22 tahunnya. Rekod itu adalah cemerlang. Ada yang tidak setuju, tetapi saya guna kacamata sendiri dan bukan kacamata demokrasi atau Bulan Sabit Merah.

Orang biasa menunggu isyarat dari atas atau Tun. Apabila ramai yang bertenaga dan bersedia untuk menjadi calon bebas maka Mahathir akan mengumumkan pendirian beliau memasuki kembali menerusi PRU13. Mukhriz tentu sekali mesti tidak dicalonkan oleh BN. Dengan itu Mukhriz bebas untuk bertanding sebagai calon bebas. Beliau boleh mempertahankan Jerlun. Jelas keputusan yang lepas menunjukkan yang pengundi yang fras dan protes tidak begitu terhadapnya. Seluruh Kedah dan P.Pinang tetap tunjuk undi protes tetapi ada keputusan bebas sendiri untuk memilih menyokong anak Mahathir atas dasar inginkan suara Mahathir kembali.

Sanusi boleh jadi calon bebas kawasan parlimen Langkawi. Mahathir pula boleh menjadi calon untuk kawasan Kubang Pasu. Mahathir cuma perlukan 1/3 bilangan kerusi untuk menjadi kuasa penentu secara trump card dalam PRU13. Atau paling minima 30 kerusi.

Dengan mengumumkan rancangan sedemikian dengan barisan 30 calon bebas, ramai akan terkejut seronok tetapi tertunggu-tunggu lega dan menyertai menjadi calon bebas dalam hampir semua kawasan. Saya pun mahu turut sekiranya begini caranya. Kawasan Sg Buluh sudahlah.

Dasar demokrasi membenarkan mana-mana barisan calon yang menang majoriti nanti untuk menyatakan sokongan kepada seorang calon untuk menjadi PM. Kemudian watikah DYMM YDP Agung akan diserahkan ikut senarai teramai.

Saya percaya senario di atas kerana juga beberapa perkiraan yang sejenis Mahathir mampu lakukan.
1) Memang Mahathir mampu dan sanggup fikirkan untuk dilakukan. Ia juga merupakan tindakan yang paling mudah dilakukan tanpa kos dan usaha ini tidak luar biasa dan mudah sangat diterima penarik beca pun.
2) Ia tindakan yang menjurus kepada satu keadaan muktamad iaitu mengubah kerajaan secara sah dan dapat diterima akal.
3) Ia mesti bergerak pantas macam kilat kerana perlunya taktik yang semacam ini pantas baru berkesan sebagai strategi perang.
4) Semua kemungkinan lain tidak mungkin diterima.
5) Mahathir ingin sangat selesaikan perjuangannya. Geram lalu Singapore Causeway dengan muka monyok je.

Walaupun senario ini tidak berlaku tetapi perkiraannya tetap mesti ada dan secara rahsia tersimpan dalam hati Mahathir sekurang-kurangnya. Tetapi sekiranya PRU13 berlaku sedemikian kejutan lain masih boleh berlaku. Pak Lah boleh tiba-tiba menyerahkan kuasa kepada Najib atau Muhyiddin dan Mahathir istiharkan masuk balik Umno. Atau KJ dan Ezam ajak Anwar masuk balik. Matlamat menghalalkan cara. Terutamanya dalam politik.

(gambar dari http://angah316.fotopages.com/ )

7 comments:

Unknown said...

Pelangi rasa red 1 mendahului masa dan cuba menjadi nujum Pak Belalang politik. Kalu jadi pun betul kalau tak jadi pun betul.red 1 dalam win -win situation.

TRALAYAN said...

Salam.

Saya Suka pemikiran yang macam ni. Berlaku atau tidak, tidak jadi masalah. Memang semuanya ketentuan Allah. Namun, sekurang-kurangnya menjadi buah pemikiran untuk dikongsi bersama orang lain. Keep on going Red1.

Cik Lee said...

Wamakaru wamakarallah, wallahukhoirul makhirin. Ditakdirkan Allah, Tun meninggal. So, semua perancangan di atas menjadi kenang-kenangan sahaja.

Dalam masa yang sama, sukar untuk saya menolak pada masa Tun berkuasa dulu. Penghinaan pada nabi, perolok-olok hukum hudud. Dalam masa yang sama masih ramai yang mengkagumi Tun. Dunia akhir zaman.

Suhaimi Said said...

Redzuan,

Aku tengok kamu masih ada sting politik.

Masih dalam PAS ke?

Apa khabar Kamal Koh?

Ingat tak aku, Man Kadir? Kami sekarang dlm PKR.

Ke sudah hijrah ke BN?

Kalau ada masa lawatilah blog aku -- http://lubokkawah.blogspot.com, Email aku lksuhaimi@gmail.com.

Man Kadir pun ada blognya sendiri: http://rp-semantan.blogspot.com; emailnya: ngahkadir@yahoo.com.

Kalau masih dengan PAS atau still with the Opposition, I would like to request you to come to Kuala Krau for a ceramah.

Tolong jawab ya?

SiR KinG TiGeR said...

Red1

kita pakat ramai ramai suruh TDM tubuh parti baru aje.Dia bukan tak mampu dari segi ilmu, wang ringgit, tenaga,penyokong dll.Nak tunggu PR13 lambat ! Sekarang pun campur ko dah lebih 10 orang, campur bloggers dia lagi? sejuta lebih. Aku mampulah derma RM100 tiap tiap bulan, "ciput" la tapi itu aje aku mampu untuk menaik kan TDM jadi PM kali kedua berlainan parti. TDM ko tau lah mesti buat sejarah !!! tapi aku suka gitu.

Aku pun dah hari hari tengok ko ni, sebab aku baru sebulan lebih jadi bloggers ni !

Salam blogger

Mohd Zaki @ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

Tok Li said...

A great leader indeed...

Born2Reign said...

Mahathir the Racist
Mahathir is a leader. A leader is someone who is able to persuade others to do what HE WANTS, and make them think that is their own idea anyway.

He is a dictator.
He just wants to oppose others.
He opposes the Jews, the non-Bumis, Anwar, the opposition, now he's "opposing" UMNO President, and will continue to criticize anyone not doing according to his will.
He loves to oppose. His passion is to oppose.
He feels great that he is not following others' footsteps and
he thinks he is the only strategist worthy in Malaysia.

Rakyat are just his instrument, his tools to achieve his goals. To be as rich as the Jews, as rich as the Chinese and Indians and the Westerners. Underlying all his goals, his foundation is insecurity and fear.

A person who is insecure of his position with others and God, will put others down to "feel better" in other words, inflate his ego. You can always tell if a spouse is insecure, he/she will say that the spouse is untidy, stupid, airhead, etc so that they appear better. If a father is insecure, he will sneer at his children if he does better, compare his children with others, for if his kids are worse off then he appears better off.

Of course Satan is not so crude, so he, being an angel made beautiful and artistic and eloquent, wears designer Armani suit, has Doctorate, debates with passion and logic and wow the poor simpletons with his fine words. Remember Adolf Hitler? The crazed dictator that has encaptured the ENTIRE German citizens to the "rights of Germans" and the "evils of Jews", how the Jews are always robbing the Germans of their livelihood?

So how do we make wise decision on selecting a good leader? First evaluate his values, are they good?

If God the Creator did not create Adam as a Malay and Eve as an Indian, so that their offsprings are called Mamak, why are we so concerned with race? When our bodies rot in the coffin, our souls reach God, will He ask why we did not bring along our skin so that He can identify us and hence stamp on our heads "Bumiputera" or "Immigrant"?

2nd, what are his fruits?
Mahathir's fruits are corruption (stealing from the poor to feed his greed),
instilling fear and division,
unarming one race (Malays) so that they are fully dependent (hands out, spoon feeding, feeding on milk) on UMNO for survival, and arming other races to be independent (survival skills, resourceful, creative, chewing on meat and bones),
yes, he will always control then dependent race. Easy strategy. Marketing strategy, he shall label it as NEP, Bumi rights, etc...

Yes, it is not Mahathir's fault that he sins and pass that on to his generations. We can blame Satan, or we can say "The buck stops here" ie evil stops here.
Evil shall not be allowed into my home and my heart.
Evil is not allowed to enter my children's hearts.

To be a Chinese is neither good or bad. God put be in this lineage, I shall not question Him why my parents are "Chinese"? To Him, it must be a silly question, as it just mean which soil your ancestors were born in.

In my God-given life, I prefer to learn good values and wisdom. From the Malays, I learn gentleness and humbleness, Chinese-trading skills and money management, Jews-business strategy and generational wealth management, Caucasians-loving life and good manners.

I believe, when we are at God's feet, He shall not ask us the colour of our skin. He shall ask us:
How well did you treat my daughter, whom I gave to you as your wife?
How well did you treat my son, whom I gave to you as your neighbour?
How well did you treat my son, whom I gave you as your boss?
How well did you raise my daughter, whom I gave to you as your biological daughter?

What is our answer to God then?