22 May, 2008

'A Pain In The Ass'

Dalam blog Dr Mahathir Mohamad: "Duri dalam daging" saya terfikir juga apa makna peribahasa itu dalam bahasa Inggeris.

Saya rasa ia mungkin bermakna 'A pain in the ass' yang membawa makna nakal. Apabila kita mengungkapkan begitu kepada kawan-kawan ia bermaksud perli dan bukan mengutuk. Kita berkata begitu secara seloroh dan biasanya dalam senda gurau. Sekurangkurangnya itulah cara saya akan berkata kepada kawan dalam percakapan.

Tetapi dalam bahasa Melayu, oleh kerana ia bukan bahasa utama saya maka saya kurang pasti apakah ia bersifat perli semata-mata atau membawa erti yang lebih mendalam atau menyakitkan. Maklumlah duri dalam daging.
Saya ada terbaca seorang pengkomen di sana menyatakan ia membawa maksud hiprokrit atau munafik. Jika begitu maka tuduhan itu cukup berat terhadap seorang mantan PM yang membawa perubahan kemajuan terbermakna kepada Malaysia yang tidak patut dan tidak kena.
Negara selamat dari bencana hari ini kerana Mahathir. Umno selamat hari ini kerana Mahathir. Umno menang besar dulu kerana Mahathir. Umno dapat PWTC dan sapu kontrek besar-besar kerana Mahathir. Kroni-kroni sakan habis sehingga Zahid dan Anwar dulu pun tersenarai sebagai benefactor utama juga adalah kerana Mahathir.

Beliau membawa kebaikan kepada semua sehingga tiada Cina yang saya kenal yang tidak sukanya. Kini Melayu pula yang membencinya amat menghairankan saya. Dan tidak ramai suara lain dalam Umno yang menyokongnya juga amat pelik. Jika dalam MCA dah baling chopsticks dan cawan teh cina. Jika dalam MIC sudah baling kerusi dan meja.

Mungkin DNA kita berbeza. Saya bimbang sampai bila saya tidak mungkin memahami jiwa orang Melayu. Saya berharap mereka sekurang-kurangnya masih bersaudara dengan saya tanpa kira perbezaan kaum. Saya berdoa prinsip agama itu mengalahkan segala-galanya.

Mengikut Islam, seseorang yang mengkritik itu adalah digalakkan. Banyak hadis tentang nabi berdebat dan berhujah dengan lawan walaupun duri dalam daging. Nabi tidak censorkan mereka. Yang berpuak-puak selepas itu adalah golongan pengikut yang nabi sendiri pun sudah ramalkan.

Dalam Malaysia kita, jiran dan lawan kita yang cemburu dengan kejayaan kita duk menyaksikan cerpen dan kempen politik kita. Mereka mesti turut tertanya-tanya bagaimana the great Mahathir Mohamad can be considered as a Pain In The Ass by his own party he saved through miraculous deeds.

2 comments:

Unknown said...

Salam,

Saranan untuk mengajak Tun M, Pak Lah dan Dato' Seri Anwar berdebat agak bagus.

P.S Saya membaca tulisan saudara bertajuk "Umur Israel 60, Kisahnya Bukan", sungguh menarik.

P.S.S Saya pernah terbaca perihal Yakjuj dan Makjuj di www.e-bacaan.com tetapi sudah lupa linknya. Mungkin saudara boleh cuba cari disana.

SiR KinG TiGeR said...

Unggapan duri dalam daging sudah keluar, mungkin agaknya seloroh spontan Tun Musa pada "kawan" lamanya, tapi kita diluar yang mengsensasikan nya dan jadi gempar seluruh "Malaya" hingga melukakan Tun Mahathir

Sebenarnya, memang ramai duri dalam daging dalam mana mana organasasi, parti politik, UMNO, PR, PAS dll tidak terkecuali. Mereka ni ibarat cancer yang kecil tapi mungkin akan membesar kalau tidak di ubat.Tetapi "duri" ini tidak mau menunjukan diri sahaja, menunggu masa untuk merayap keurat urat seluruh badan. Pada saya Tun Mahathir bukan lah duri tetapi sebutir berlian yang tidak ternilai harganya.

Sepatutnya ayat Tun Musa mestilah berbunyi " Sebutir belian telah keluar" Duri yang sebenar dalam UMNO dulu adalah Tun Musa sendiri?
tetapi Tun Mahathir tidak berdendam padanya malah dilantik pula sebagai wakil kePBB bertaraf Menteri untuk meneruskan kehidupan nya setelah tidak "bekerja" Sekarang "kutuk" Tun Mahathir !!

Ini A Pain in The Ass !!!