16 May, 2008

Kelemahan Sistem Pendidikan

Bagi saya yang berpendidikan Inggeris sama dengan Razak Baginda semasa di SRJK Jalan Kuantan dulu dan kemudiannya bersambung ke Victoria Institution yang bahasa pentadbirannya juga dalam bahasa Inggeris, adalah begitu bernasib baik untuk saya dapat menguasai Anglais sehingga orang putih Ireland pun takut mau edit tulisan saya dalam projek ADempiere yang saya jadi pemimpin globalnya.

Saya turut mampu berbahasa Melayu sepertimana yang saya menulis ini walaupun dengan sedikit cacat-cela (sering dikoreksi oleh sahabat dari Paya Jeras) kerana terdapat beberapa subjek dalam bahasa Melayu semasa sekolah rendah lagi iaitu subjek Tawarikh, Ilmu Alam dan Bahasa Malaysia.

Selepas Peristiwa Mei 13 dasar kerajaan mengambil kaedah nasionalis negara lain seperti di Jepun, Thailand dan Indonesia yang berpegang kuat kepada satu bahasa satu bangsa. Secara umum dasar satu bahasa nasionalis masih mampu bersaing sekiranya cerdik pandainya menguasai bidang sains dan teknologi berperingkat dunia.

Namun sejak kebelakang ini tahap pencapaian dunia makin melonjak terlalu pantas kedepan dan bahasa Inggeris itu menjadi bahasa yang terlalu universal dan termaktub sebagai bahasa zaman Internet. Jepun dan Thailand yang tidak berbahasa Inggeris masih mampu bersaing diperingkat antarabangsa, tetapi kawasan Nusantara ini mengalami ancaman kerana generasi barunya tidak petah dalam bahasa komunikasi termasyur ini.

Malaysia ini kira mujur ada PM sebelum ini seperti Mahathir yang mampu membawa Malaysia ke pentas peringkat dunia pertama (first world) dan dihormati ramai sehingga orang Indonesia pun ada tegur saya semasa saya musafir di sana,
"Dulunya negara bapak datang ke kami untuk menuntut kedoktoran. Kini kami pula yang pergi Malaysia untuk belajar itu. Sudah terbalik!"

Dengan tiadanya Mahathir, arkitek sebenar Malaysia moden, negara kita mula mengalami zaman kejatuhannya. Bahasa Melayu yang sepatutnya maju tidak mencapai tahap yang disegani. Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) tidak mampu mengeluarkan buku yang mencukupi untuk mengejar perkembangan sains dan tekonologi dunia.

Kita tidak cukup penulis maupun penterjemah untuk mengalih-bahasakan ilmu yang sedia ada dari Inggeris, Jerman atau Perancis ke dalam Bahasa Melayu. Akhrinya rakyat kita yang berbahasa Melayu tidak mampu bersaing dengan kuasa luar dan asing kerana kandungan ilmu yang ada dalam bahasa kita tidak setaraf atau sehebat yang ada pada mereka.

Saya pernah dengar sasterawan negara, A. Samad Said pernah naik bengang dengan DBP kerana masalah royaltinya. Saya terbaca isunya lagi di sini. Ini adalah keadaan yang amat sedih sehingga Mahathir sebelum beliau meletak jawatan sudah melakukan tindakan yang drastik iaitu mengarahkan subjek Sains dan Matematik ditukar kepada bahasa pengantara Inggeris dan bukan lagi Bahasa Melayu yang berlaku sejak 1970 lagi.

Selepas 30 tahun dasar bahasa kebangsaan tertanam dalam sistem pendidikan dan dengan tiba-tiba dicabut sahaja atau dikembalikan kepada zaman sebelum ini adalah amat mengejutkan dan kini ramai NGO Melayu meminta supaya kembali kepada menggunakan Bahasa Melayu untuk subjek-subjek tersebut.

Saya rasa tidaklah jadi masalah bertukar balik tetapi apakah cukup buku dan majalah sokongan dan menarik dalam bahasa Melayu yang menarik kepada para pelajar kita? Yang menjadi masalah lebih besar sebenarnya ialah generasi baru kita terutamanya yang luar bandar dan berpendapatan rendah tidak mampu menguasai perkembangan dunia yang kebanyakannya dalam bahasa asing dengan baiknya.

Kelemahan dalam bahasa Inggeris begitu ketara bagi masyarakat luar bandar yang kebanyakannya masih bangsa Melayu meletakkan satu tembok penghalang untuk mereka maju ke peringkat dunia yang menggunakan bahasa Inggeris.

Negara membangun yang lain seperti India, benua Afrika, Filipina dan Singapura menggunakan bahasa Inggeris dengan lumrahnya. Mereka sudah jauh memotong kita dari segi kebolehan menyediakan modal insan yang berbahasa Inggeris.

Kini raksaksa baru Asia seperti China, Vietnam dan Thailand mula menguasai Inggeris disamping mempunyai penterjemahan yang mencukupi dalam bahasa tempatan. Indeks kebolehan kita akan makin meleset dan mundur.

Ada seorang kawan akauntan bertauliah memberitahu saya bahawa semua ini adalah salah DBP. Kepada saya tidak adil juga meletakkan semua kesalahan ke atas DBP. Apakah sekiranya DBP keluarkan banyak jodol hebat-hebat akan terbacakah rakyat kita?

Apakah rakyat kita suka membaca secara semula jadi? Kepada saya tidak secara relatif dengan bangsa lain. Maka apakah mereka itu akan menjadi masyarakat yang berfikir? Tentu sekali tidak secara purata berbanding masyarakat lain. Apakah kita membaca subjek sekolah saja? Jangan kata baca subjek yang luar dari kurikulum sekolah. Yang ada dalam kurikulum pun tidak terkejar.

Ada seorang kawan bekas BBMB dengan saya dulu pernah ambil Masters di UK dan kembali beritahu saya yang beliau nampak kedai buku di England penuh sampai beratur dan supermarket berkeadaan lenggang, terbalik pula dengan keadaan di sini. Perpustakaan Negara kita yang terletak di Jalan Tun Razak pun dalam keadaan yang tidak sehebat British Council yang terletak di Jalan Ampang.

Itu sebabnya saya merasakan kurikulum kita terlalu banyak dan tidak bermutu akhirnya. Hendaklah lebih kepada konteks bertafakur dan tidak membuang masa menghafal semata-mata. Akhirnya pelajar kita menjadi ulat dan sayur - jumud dan lesu dibuatnya minda mereka.

Sistem pendidikan kita juga adalah hasil peninggalan sistem penjajah. Perlu ada kaji-semula dan dilihat kehebatan kaum Melayu yang lebih kepada pertukangan berasaskan tangan seperti automotive, pengkomputeran dan eksperimen. Semasa saya berada di Cape Town, Afrika Selatan saya kagum dengan kehebatan Melayu disana yang rata-rata maju dalam bidang pertukangan halus masing-masing.

Tetapi sistem vokasional kita membazirkan tenaga muda-mudi kita dengan memulakan kurikulum teknikal pada peringkat selepas PMR dan bukan semasa sekolah rendah. Begitu juga kandungan vokasional kita tidak menjurus kepada subjek yang menarik dan tersendiri seperti pertukangan seni halus, fesyen, masakan, dan semestinya bidang kesukaan saya iaitu Epistemology dan Metaphysics.

Akhirnya saya meninggalkan alam persekolahan semasa umur 19 tahun dan mengendalikan sistem pendidikan sendiri iaitu The University of Life yang tidak henti-henti sehingga akhir hayat.

(gambar hiasan suasana di gedung buku kesukaan saya kerana boleh duduk selesa baca tanpa membeli)

8 comments:

Letting the time pass me by said...

Bro Red1, saya setuju sistem pendidikan Malaysia kita mmg tak tip-top and very exam oriented...

Sampai Profesor kat Universiti nie pun masih lagi ade mentaliti exam oriented.. Bila presentation yg dirisaukan ialah takut orang tanya dan tak dapat defend...

Kita lupa bahawa yang lebih penting ialah macamana nak selesai masalah.Problem solving skill tak pernah diberi keutamaan...

Bab tak minat membaca nie lebih kepada budaya ilmu.. sebab ramai yg berpendapat membaca hanya untuk exam, maka tak ramai yg membaca utk menambah ilmu...

Mungkin negara kita sentiasa beriklim santai, jadi orang lebih gemar bersantai kat luar rumah...

Maybe kat Europe iklim kadangkala sejuk, dan bila sejuk diorang cuma duduk rumah layan buku...

Saya rasa Malaysia kena adakan sistem yg flexible dalam pendidikan dan boleh ubah dari exam oriented kepada problem solving oriented. Jadi kita boleh lahirkan manusia yg berfikiran dinamik dan tidak bersifat defensif.

yin & yan said...

Red1,

You came out successful through a system of no system (no Uni)and yet you are being very particular about the need of a system.

Why?

System of No System.
Yin & Yan

red1 said...

Yes your point is very valid. Sebenarnya saya turut memikirkan apakah janin polynesian ini ada kelemahan pada DNAnya.

Tetapi di Cape Town cuacanya sejuk gila jugak. Tetapi Melayu sana maju hanya dalam bidang pertukangan tangan seperti buat rumah, jahitan dan masakan dan bukannya hardware, gedung atau lebih. Tetapi orang putih sana bagi tahu saya mereka percaya kat Melayu lebih dari mana-mana kaum lain di sana.

Yang kita sedia maklum disini adalah tentu sekali Allah menjadikan Melayu itu dengan keistimewaannya yang tersendiri. Kita harus teroka secara unik tanpa acuan orang lain yang bukan untuk kaum ini.

Saya rasa Melayu ini boleh jadi aprentis yang hebat. Banyak contoh dari kawan saya sendiri apabila pergi belajar dengan orang luar dia cepat tangkap.

Yang menaikan semangat saya dan tentu sekali semangat sdr ialah kaedah baru diberi peluang menjadi nyata. Yang malasnya apabila gomen kita cakap, "tak payahlah..".

red1 said...

YinYan,
My last post was to LTTPMB but you posted in between instead!

So ok i answer u now here. I left school not that i hated school. I love school but its system was bad. I wish i can go to a school where its like Montesorri or Lao Tze style from the Shaolin Kungfu days.

My interests are not to sit and watch the time pass by (no pun intended bro) but to do my bit to change the world around for the better. It is also Allah given as amanah for us to do something or else. That is why Allah say that He give us this Amanah. We ask outselves what Amanah is vis a vis other jinn and malaikat. They cannot change as they are in different alam. We are made for this alam.

Ok some food and off to the masjid with my sons!

Peace!

yin & yan said...

Red1,

Still it seems that you are trying to force a system upon others while you did not need one.

A no system man wanting a system?

Nak gi sejid dulu.


wassalam
Yin & Yan

Long said...

Bro Redhuan,

Sebenarnya bukanlah sebab utama NS yang 3 bulan tu dan bukanlah juga sebab utama penggunaan bahasa dalam pembelajaran yang boleh membentuk buruk baiknya generasi kita. Sistem pendidikan kita dari mula sampai ke menara gading baik di rumah maupun di sekolah dan menara gading yang seharusnya diperbaiki.

--------------------------------
Izinkan saya memetik artikel dari buletin Global Ikhwan siri 1 untuk renungan kita bersama:

Ikhtibar dari Kisah Sufiah

Perkara yang menimpa Sufiah Yusuf, pelajar pintar matematik atau bekas kanak-kanak genius telah menggemparkan masyarakat Islam di dunia termasuklah umat Islam di Malaysia.

Apa yang berlaku kepada anak-anak remaja kita hari ini, termasuk Sufiah, sebenarnya adalah teguran dari Tuhan untuk kita semua. Kita telah cuai akan tanggungjawab pendidikan generasi penerus bangsa ini. Selama ini kita membuat sistem pendidikan dengan tidak merujuk kepada Tuhan. Kita tidak mencontohi Rasulullah walhal baginda adalah pendidik teragung yang telah mampu menjadikan bangsa Arab jahiliah menjadi bangsa yang agung yang menjadi rujukan dunia hanya dalam tempoh 23 tahun. Baginda membawa satu sistem pendidikan yang telah melahirkan anak-anak dan remaja yang matang dan tedidik di usia yang masih belia.

Dalam ajaran Islam, target pendidikan bukanlah hendak melahirkan orang pandai saja tapi apa yang diharapkan adalah lahirnya manusia-manusia yang berakhlak mulia, bersungguh-sungguh dalam beribadah, benci dunia, boleh berkasih sayang, bantu-membantu, maju dalam pelajaran dan lain-lain.

Tuhan tidak marah kepada orang yang tidak genius, tapi Tuhan sangat marah kepada orang yang sombong, bangga diri, kedekut, cinta dunia, cinta harta dan tidak tidak boeh berkasih sayang, sama ada dia genius ataupun tidak.
---------------------------

moga kita semua sama-sama mendapat hidayah dan pimpinan dari Nya.

yin & yan said...

Dear Red1,

Just responded supporting your post in Che Det this afternoon.


wassalam
Yin & Yan

red1 said...

YY,
Alhamdulillah, hmm.. quite a good combination you and me. But it seems that you stole the thunder. Good words! Jika mau saya belanja Secret Recipe bagi tahulah. Saya pun tidak pasti anda ini siapa. *garu kepala*

Long,
Apa sdr menyatakan adalah amat benar dan saya sering tertanya mengapa dan bagaimana Arab selepas Islam itu begitu menawan ilmu dunia satu ketika dahulu. Apa rahsia mereka?

Memang saya tidak tahu dan tidak berani utarakan apa jua sistem yang boleh dikenalpasti baik bagi umat kita menjadi terhandal seperti itu.

Yang saya ingin anjurkan adalah satu open system yang meletakkan fitrah masing-masing kepada potensi diri yang sebenar dan bukan untuk acuan yang memperhambakan anak-anak kita dalam kancah ekonomi fahaman consumer-production viscious cycle.

T.k. atas pandangan sdr.