02 May, 2008

Apabila Che Det Menulis

Dengan termunculnya blog Che Det, mantan PM kita kembali dengan nama pena-nya yang masyur.

'Che Det' merupakan nama samaran beliau mula menulis semasa zaman universiti beliau di Singapura. Mahathir kuat menulis. Tetapi beliau menulis bukan sebagai jurnalis (yang saya tengah buat untuk topik ini). Che Det tajam berfikir dan kuat membaca serta lagi berani mencabar menerusi pena.

Bukunya 'The Malay Dilema' dan penulisannya sepanjang zaman turut membuka minda saya tentang anjakan paradigma. Ini kerana Che Det menanam satu sikap yang serasi dengan budaya fikir keCinaan saya.

Mengambil iktibar iklim budaya Cina, saya kurang suka duduk diam-diam dan asyik mengutuk sahaja. Cina minat bangun bertindak, samada untuk cari ketuntungan ekonomi atau keuntungan politik. Tidak kira walaupun untungnya sekupang sekupang. Yang penting senantiasa ada untung.

Che Det buktikan beliau boleh jadi PM, boleh memimpin Malaysia dengan segala keceramukan uniknya maju bukan sahaja ke depan tetapi memotong negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan hampir-hampir memotong Singapura kalau tidak kerana Pak Lah bersifat lemah lembut memotong projek Jambatan Bengkok.

Che Det mengantungkan pena-nya pada tahun 1981 apabila menaiki tahta kerajaan. Sebagai PM, beliau cuma perlu berdehem untuk projek dan ide bergerak tanpa halangan. Kini beliau sudah tidak lagi berkuasa, dan maka beliau mencari kembali pena yang masih ada kuasa saktinya yang terhad tetapi tetap tajam.

Sama seperti Anwar Ibrahim sebagai pemimpin pelajar dahulu. Suara langtangnya adalah sakti buat beliau. Apabila masuk kerajaan suara itu terhenti 17 tahun, tidak lantang maupun berdehem seperti dahulu. Tetapi apabila beliau dipecat oleh Che Det, kembalilah Anwar sebagai suara keramat sekali lagi. Tak tukar-tukar nadaaa dan mudaaa-nya.

Politik tanah-air semakin menarik. Apakah kita duduk diam sebagai pembaca dan penonton sahaja, atau kita turut mencakar pena masing-masing?

1 comment:

Zeq said...

Red1

Biarkan chedet menulis. Aku dah bagi tau tadi kat blog dia. Sekarang dia dah ada aura macam Mawi, Raja SMS. Tun sekarang Raja Blog, 1 juta dalam masa sebulan padahal aku start 1 bulan awal dari dia. Aku baru nak belajar menulis cerita cerita kosong !

Ada lapang datang la jumpa aku wwww.zeqviews.blogspot.com

Selamat menulis lagi !

Mohd Zaki @ZeQ
Kelana Jaya, Selangor