22 May, 2008

Debat Chedet, Pak Lah dan Anwar

Saya telah memberi komen kepada blog terkemuka dan terpanjang dalam sejarah kita iaitu blog http://www.chedet.com/ pada topik pengumuman keluar dari umno sebanyak dua kali.

Kali yang kedua baru tadi selepas subuh ialah untuk mencadangkan Tun berdebat terbuka dengan Pak Lah dan Anwar Ibrahim supaya rakyat dapat mencari kesefahaman politik dan tidak terumbang-ambing dalam keadaan 'stalemate' yang ke sana pun tidak, ke sini pun tidak.

Tentu sekali ia akan merupakan debat paling agung dalam sejarah tanahair, satu-satunya yang menentukan hidup mati mana-mana pihak maupun hala-tuju yang lebih jelas selepas ini. Tetapi bukankah Islam ajak kita bermuafakat? Jadi tidak semestinya satu menang yang lain mati. Harus setuju untuk tidak setuju. Kemudian buatlah penyelesaian di atas pentas bersama. Barak Obama boleh memuji melangit Hilary Clinton 2 hari lepas kenape kita tidak boleh? Rakyat akan dapat bermuafakat dengan lebih telus dan jujur.

Apakah kita menyokong status quo yang ada dengan tidak cuba sabotaj sehingga PRU13? Atau kita melakukan BERSIH 'etnik Umno' yang lebih besar sehingga Umno jatuh kedebuk dan izinkan PR mengambil alih buat sekarang sehingga PRU13? Atau kita menyatakan sokongan untuk Mahathir kembali ke Umno jadi PM tetapi dengan syarat?

Rakyat perlu penjelasan dan dah terlalu tension dibuat semua orang. Kepimpinan negara semacam satu Trinity. Bapa pun tidak, anak pun tidak, emak pun tidak. Kita perlu ada tauhid jua dalam pengnakhodaan kapal ini.

Rakyat juga ingin melakukan satu analisa SWOT - Strength, Weakness, Opportunity, Threat terhadap ketiga-tiga tokoh yang ada sekarang. Lebih-lebih lagi negara kita juga harus lakukan SWOT terhadap dirinya.

Kita sudah tidak berada ditahap yang sesihat pada tahun 2003 semasa Mahathir meletakkan jawatan dalam kerajaan serta menyerahkan kepada PakLah dalam keadaan terbaik masa itu. Yang sedihnya Mahathir dilabelkan sebagai penyebab segala apa bencana yang berlaku dalam maupun luar negara untuk tahun 2008.

Semasa Mahathir menjadi PM, kami dilanda krisis dunia lebih teruk dari kejatuhan nilai matawang kertas pada tahun 1997 sehingga Indonesia, Thailand dan Korea sengsara seketika. Tetapi kita pantas mengatasinya. Saya percaya sekiranya Mahathir ada, beliau dapat mengatasinya lebih baik lagi kerana sebab yang jelas iaitu beliau sendiri sudah meletakkan beberapa program negara yang tidak diteruskan. Beliau tentu sekali akan teruskan kembali malah menambah dengan beberapa lagi ide baru yang tentu sekali beliau akan sibuk mengkaji kembali daripada duduk pertahan kerusi.

Mahathir semasa pentadbirannya dikenali sebagai seorang yang kuat membaca, berfikir dan membincang dan yang sekelilingnya pula terkenal dengan kuat berlobi, mengampu dan meraba punggung.

Inilah analisa awal SWOT saya yang diminta salah seorang pembaca blog saya. Untuk berlaku adil kepada pihak lain, saya tidak dapat memberi analisa terhadap PakLah atau Anwar. Yang penting kepada saya, ialah rekod yang telah tercapai. Kini Pak Lah pun sudah rasa, Anwar belum lagi. Apa salahnya selepas debat secara sihat ini kita semua pakat-pakat biar Anwar juga rasa sekejap tetapi jua dengan syarat yang sama:

1) Kebebasan akhbar mesti diberikan sepenuhnya tanpa lesen atau arahan campurtangan dari KDN dalam apa jua keadaan pun. Biarlah pembaca menilai sendiri dan tidak membeli atau membacanya tanda protes dan biar dia tutup sendiri tanpa berita.

2) Gantung sementara Akta yang mengancam keselamatan rakyat individu yang ikhlas berjuang untuk politk tanah-air. Akta seperti ISA dan AUKU terutamanya menggembalikan aktiviti perdebatan terbuka dalam kampus supaya penjernihan semula minda politik generasi muda boleh dipulihkan.

3) Saling hormat-menghormati antara parti lawan dengan tidak membenarkan bahasa menghasut atau menfitnah tanpa fakta dikemukakan secara afidavit atau aduan polis terlebih dahulu.

4) Teruskan balik Projek Jambatan Bengkok. Dengan Singapura tiada kompromi. Apatah lagi dengan kuasa lebih besar.

5) Jangan robohkan mana-mana institusi orang lain dan biarkan mereka runtuhkan sendiri. Termasuk kuil Hindu. Biarlah orang hindu robohkan sendiri. Kita cuma ajak dia berbincang secara budibicara baik. Saya amat percaya mereka akan faham sekiranya mereka menghalang pembangunan atau kemudahan awam. Jika tidak biar saya berunding dengan mereka. Saya pernah perjuangkan kes orang India yang dianiaya iaitu kes Kanaperan-Maryanne dan tentu sekali saya dengan mereka dapat berunding tanpa prejudis.

Ia termasuk juga jangan cuba melakukan pembersihan etnik terhadap Umno itu sendiri oleh puak Anwar. Saya dengar yang Anwar masih tidak mengisi borang Keadilan dan tidak mahu menjadi Presiden Keadilan yang mungkin bermakna beliau masih mengharapkan kembali kepada Umno. Ini tidak boleh. Biar BN menjadi pembangkang sementara tetapi tiada katak sperti Ibrahim Ali dibenarkan melompat. Mahu berpolitik lanjut biarlah tunggu sehingga PRU13.

Islam meletakkan satu peradaban yang amat tinggi yang terbukti zaman murabitun di Kordoba dan Andalusia di Sepanyol dan juga Sallahudin Al Ayubi di Darussalam. Kini adalah peluang bagi kita menggunakan kaedah Islam untuk membuktikan kepada rakyat jelata betapa indah dan selamatnya Islam serta mempertahankan keamaman semua kaum dan agama lain yang tidak sama dilakukan oleh pihak lain.

Saya amat malu sebagai seorang Cina mualaf menyaksikan Melayu lawan Melayu tak habis-habis. Sudah, sudahlah.. lu olang mau galuh, pi galuh mampuslaa. Olang Cina tada masuk campur, tapi wa olang muslim wa manyak sakit hati.
Ini adalah peluang sekali lagi yang amat baik dan besar dari Allah SWT sendiri. Tetapi ia harus bermula secara sivil, dan bukan tohmah-mentohmah. Bola terletak dikaki PM yang memerintah sekarang.
My dearest beloved most honourable Prime Minister. Please do the right thing. Make us proud as the previous PM has done. Go in peace or hold a debate and fight like a true leader.

Amen.
But if you ask me, i think Pak Lah will have to call for PRU13 soon and go for it.
(graphics - top, during happier days; bottom, showing unofficial popularity trend among the big 3).

2 comments:

Gelombang Rakyat said...

Niat anda sememangnya baik sekali Red1. Seandainya debat ini berlaku, maka ada tiga kemungkinan. Seorang berhujjah dengan tenang tersusun fakta dengan mesej yang jelas. Seorang lagi berhujjah dengan lantang namun bila perkataan akhir disebut ayat mula jadi terlupa audiens apakah ia. Manakala lagi seorang berhujjah tidak setenang dan tidak selantang, hadnya sederhana sahaja, dan ketika berhujjah dia pun tidak tahu apa yang sedang dihujjahkannya.

Gelombang Rakyat said...

Red1, kemungkin itu ada. Jika ketiga-tiga tokoh AMA - Abdullah Ahmad Badawi, Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, dengan sendirinya masing-masing bertemu, secara tertutup atau terbuka, lambat lagi rasanya ianya menjadi kenyataan. Namun anda atau saya atau kita berdua boleh mengusahakannya. Pun begitu, saya mungkin terlalu kecil untuk usaha ini. Anda, saya jangka boleh melakukannya, dan ini boleh menjadi kenyataan. Pun begitu, cadangan saya ialah, ada seorang tokoh veteran yang UMNO yang boleh menjadikan ini suatu kenyataan, lebih segera dan efektif, seorang tokoh yang kedudukannya lebih tinggi dari segi protokol, namun mempunyai jalinan yang baik dengan ketiga-tiga tokoh ini. Siapakah tokoh ini? Dia bukan Sultan. Dia bukan menteri. Dia masih berperanan dalam negara, dan jika diberi peluang, dipujuk, atau diusahakan, dia sudah boleh mula bergerak ke arah ini, sekarang.