06 May, 2008

Anak Ku Liyana

Pagi tadi solat subuh, seperti biasa saya berjemaah dengan ahli keluarga. Dua anak lelaki hampir sebaris dengan saya dan anak perempuan di belakang kerana sempit sikit rumah saya dalam hutan di Kuang ini.

Saya ternampak anak perempuan kedua saya senantiasa berkejar waktu. Dialah yang paling tekun, paling memanggil saya yang waktu sudah sampai, dan paling tekun belajar dan paling tinggi markah (walaupun average dalam standard hari ini). Yang lain tak yah cakaplah, ada ciri kemalasan dari ayah mereka.

Liyanalah yang paling tekun juga dalam sukan renang, kini tengah berlatih di bawah Cindy Ong, iaitu pemegang rekod Malaysia yang lebih pantas dari NurulHuda Abdullah. Ameera iaitu anak sulong tidak berapa minat walaupun pernah dapat tempat dalam pasukan renang Wilayah Persekutuan. Namun lebih baik dia fokus saje dalam peperiksaan SPM yang menjelang tiba tahun ini.

Liyana masih tingkatan empat SMK Bukit Rahman Putra.

Balik kepada cerita tadi selepas solat, saya ambil sedikit masa berkuliah kepada si Naquib, si Nasem dan si Liyana. Yang lain (Ameera dan ibunya) off duty. Tetapi saya tuju kepada Liyana (dialihbahasakan):

"Wahai anak ku Liyana. Tahukah anda siapa yang mencipta masa? Siapa yang mencipta sekolah anda? Siapa yang mencipta kelajuan kita berjalan, berenang?"

Saya menunggu Liyana menjawab tetapi dia hairan sedikit tentang perkara 'sekolah'. Soalan trick lagi ke?

Nasem yang darjah 3 sekolah cina (paling dinamis) cuba jawab dulu, "cikgu yang jadikan sekolah". Naquib yang tingkatan 1, pula tak larat buka mata (dialah yang memang pemalas, kira nasib baiklah dia boleh berada di situ dan bukan atas katil).

"Ayah dulu macam awak juga. Nak laju sini sana. Nak semua orang ikut kata kita. Satu hari ayah sedar, yang jika Allah mahu dia boleh bagi kita segala-galanya tanpa diminta. Jangan kata 35 saat untuk 50 meter, 10 saat pun boleh. Allah bagi kita dolphin punya ekorlah."

Mereka tertarik sikit tetapi Naquib masih tertutup-tutup matanya. Liyana pula memandang kat jam dinding yang menyatakan 6.40 pagi kerana 6.45 adalah masa dia kena masuk kereta untuk dibawa ibunya ke sekolah sebelum terlambat. Padahal SMK itu 10 minit sahaja dah sampai. Tetapi macam dah kata tadi, dia ini cukup tekun dan disiplin waktunya. Segala mahu dulu.

"Sekejap, kejap...masa sudah diberi... ini perkara penting. Lihatlah Ayat Seribu Dinar tu yang ada di atas dinding sebelah lagi. Apa dia kata? Jika kita bertakwa kepada Allah dan bertawakkal kepadanya, segala-galanya beres. Allah jadikan kaki awak cukup-cukup untuk jalan selaju itu dan tidak lebih kerana ada sebab. Nak sampai sekolah kini 10 minit kerana Allah jadikan kita teknologi kenderaan. Tangan awak boleh berenang selaju itu kira cukup tepat. Otak awak boleh belajar setakat itu dah cukup. Cara kita boleh bergerak dan berada dah tepat kerana Allah kehendaki sedemikian.

Segala-galanya adalah Al-Kamil - sempurna. Jangan kita risau apa-apa pun. Apa-apa yang akan terjadi sudah ditakdirkan dan dengan Qadha (penentuan) dan Kadar (susunan).
Ameera kakak awak tu tak suka belajar tetapi suka musik dah tepatlah kerana di Berlin itu memang ibukota musik. Nanti ayah bawa dia sekali. Boleh duduk dengan keluarga angkat Jerman muslim di Potsdam. Sama Yaya Schroedder tu.

Allah jadikan awak cukup disiplin ada sebab, yang lain tidak sangat ada sebab. Masa itu memang berjalan. Tetapi perhati yang awak diberikan secukupnya. Yang tak terbuat itu bermakna tak perlulah. Buatlah yang penting."

Kerana kuliah ringkas saya pun menyedarkan diri saya, maka saya pun mengajak isteri saya supaya bersarapan bersama apabila hantar anak keluar sekolah nanti. Dia pula kata tak ada masa.

"8 pagi nanti adalah. Apabila hantar si Naquib yang sesi petang tetapi dia ada program awal 8 nanti."

"Oklah" saya pun kata. Bolehlah saya ambil masa sikit buat blog ini. Saya pun cepat minta Liyana duduk sebelum lari keluar supaya saya dapat tangkap gambarnya. Itulah yang atas saya tampalkan.
Semoga Allah ingatkan saya tentang apa yang Allah sudah kurniakan kepada saya.

"Maka apa diantara nikmat-nikmat Tuhan mu yang engkau dustakan?" - Al-Quran.

6 comments:

Nurfirdaus said...

Salam,... sdr Red1,

saya antara pengunjung yang akan melayari laman web anda 'in the first top five' sebelum ke laman2 lain.

Saya suka cara anda berhujah dan pada masa yang sama mendidik pengunjungnya.

Jika tidak keberatan, saya mahu sdr Red1 memperincikan sikit tentang konsep Qodho' dan Qodar dengan bahasa dan contoh2 yang mudah difahami oleh orang2 'biasa'.

Sekian. TQ.

Redhuan D. Oon said...

Qodho + Qodar ini amat menarik perhatian saya. Ia penting kerana menjadi satu rukun Iman. Selalunya saya diberitahu bahawa terjemahannya ialah
"Segala yang berlaku adalah penentuan Allah, baik buruk, masa depan, destiny, etc".

Jika diteliti perkataannya yang kedua - Qodar adalah Kadar atau ukuran spt yg sering disebut sebagai 'segalanya disusun, diatur rapi, cantik, kemas, tepat' ternyata soal fizik, metafizik pun.

Bermaknanya Allah adalah Penyusunnya yang Maha Sempurna, tiada yang manusia dapat memahami melainkan kagum terbisu atas betapa tepatnya. Baik. Jika kita lihat bagaimana manusia boleh hantar pesawat mendarat di Marikh pun, sebenarnya tidak mungkin, kerana kita hamba bukan Allah. Tetapi Allah memberikan ilmu quantum fizik yakni yang mengira jarak, masa dan hukum ukuran sehingga sesiapa yang dapat mengukur dengan ilmu Allah maka ditentukan lah Qodha atau 'penentuan'. Maknanya kita tidak boleh menentukan dengan luar KadarNya.

Ini amat penting kerana Ukuran dan SusunanNya berlaku dimana-mana dan disekeliling kita.

Contohnya, seorang disini kerana ayah dan ibunya bertemu, mereka bertemu kerana ada orang miss flight, dan seterusnya semua ada perkiraan yang kemas tetapi nampak macam tidak sengaja pada awalnya.

Tidak ada apa-apa yang bersifat kemalangan - No such thing as an accident, its all pre-destined.
Segala-galanya termasuk internet ini adalah kehendakNya yang wajib berlaku. Ini adalah satu sains ilmu alam sunnah Allah yang amat tinggi dan tidak mudah memahami.

Ramai yang bergaduh dan tidak kurang yang berbunuh kerananya. Saya lebih suka teruskan sekiranya sdr bertanya soalan atau masalah lebih spesifik, baru saya faham mana yang sebenarnya sdr perlu fikirkan. :-)

Redhuan D. Oon said...

Kerana tercetus minat kembali ketopik ini saya pun google dan cari apakah perbalahan mengenai hukum ini, dan terlintas satu persoalan,
"Apakah manusia itu ada peranan ke tidak sekiranya segala-galaNya adalah Penentuan Allah?"

Jawapan yang akrab saya berikan ialah kisah dalam Ayat Seribu Dinar itu. Ya! Kita masih ada peranan yakni peranan mengejar Takwa dan Tawakal, iaitu dwi-peranan yang amat aktif dan tidak langsung pasif.

Saya hairan mengapa apabila kita kata Allahlah segala2nya terus kita pasif? Malah saya bertambah aktif. Saya terasa tiada lagi ketakutan kepada soal dapat sijil, dapat periuk nasi, dapat kerja dan dapat bini pun (ya, ada masalah mula2 tak jumpa sama tinggi dengan saya, itu cerita lain nanti).

Apabila tiada belenggu dan hantu psikologi ke atas bahu dan minda saya, baru bernai saya keluar menjelalah dan membantu orang lain sehingga meninggalkan rumahtangga saya dan pernah tertahan oleh polis sekejap (bbrp jam di balai kerana kes Maryanne tahun 1990).

Saya pernah musafir sehingga terkutip ramai teman perjalanan yang hebat2. Saya teringat pula ramai menunggu saya di kepulauan Bintan, Jawa dan Sumatera.

"Kapan Bapak kembali untuk memajukan bumi kita?" masih terdengar dalam telinga saya. Mereka tawarkan lahan nyaman dan pesanteren untuk saya berkhidmat secara gratis demi ilmu komputer dan niaga yang saya sangat suka berkongsi dengan umat yang memerlukannya.

Semua itu mendatangkan lagi rezeki dan rahmat ke atas saya dan keluarga saya yang agak ghaib yang saya sendiri nampak, kemudiannya.

Malah apabila saya jatuh bisnis dan hilang wang saya anggap rahmat dan pengajaran amat tinggi. Kesusahan melatih jiwa dan keluarga saya. Merapatkan kita sesama kita. Itu rahmat.

Ikut hati saya, lebih baik hidup faqir dan senantiasa insaf dan berjiwa besar dan bebas. Tetapi Allah tidak benarkan. Ada sahaja peluang datang menimpa. Kita lari pun dia kejar. Orang tipu kita, menjadi syarat kita terberi peluang lebih besar.

Saya menulis blog ini kerana terlalu banyak kisah bertembung dengan manusia yang saya anggap ada sebab dan salasilahnya. Jika mendatangkan kebaikan, maka terlalu jadi kebanggaan saya.

Saya juga tidak suka berdakwah kosong tanpa sejarah amalan yang berdepan dengan apa yang didakwahkan.

Kerana Allah tidak suka mengatakan apa yang kita tidak buat atau mengalami.

Maka jika sdr mengalami kesusahan, ingatlah dan sebutlah "Alhamdulilah!" barulah sebut apa-apa yang lain.

Nurfirdaus said...

Terima kasih di atas response sdr Red1.

Saya suka bicara ini berlaku di ruangan ini. Mungkin ada ramai lagi yang boleh manafaat darinya.

Saya masih samar2 tentang hakikat bertawakkal 'alalLah dan bertaqwa. Ya, Allah janji untuk memenuhi segala keperluan orang yang bertawakkal padaNya sepenuhnya.

Tapi persoalannya bagaimanakah caranya kita hendak bertawakkal yang betul? Bagaimana hendak meningkatkan tingkatan taqwa?

Memadaikah dengan usaha dan doa dengan menyebut BismilLahi tawakal....?

Apakah jalannya untuk kita bertawakkal dan membina At-Taqwa?

Khatib ada menyebut... bertaqwalah dengan melakukan semua yang diperintahkan Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Tapi iman saya masih tak 'steady'. Adakalanya seolah2 menyalahkan apa yang berlaku (atau menyalahkan Allah, a'ghuzubilLah) kepada diri sendiri. AstaghfiulLah.

Redhuan D. Oon said...

Sdr,
Alim ulama pun ada mengatakan,
"Mahu dunia perlu ilmu. Mahu akhirat perlu ilmu. Mahu kedua2perlu ilmu.
Sebaikbaiknya kita pergi menghadiri kelas pengajian yang lebih formal, serius dan menyeluruh tentang bab yang kita ingini.

Oleh kerana saya bukan ulama, saya berikan di sini sebagai pendapat sahaja.

Tawakal itu secara teknikal adalah mudah. Cuma mengenal Allah itu yang perlu dan menjadi kunci.

Contohnya katakan puasa itu secara teknikal adalah mudah difahami. Jangan makan minum waktu siang. Habis. Tetapi mengenal Allah itu membantu kita mendalaminya. Contohnya guru saya, Shaykh Abdal Qadir bagi tahu jangan menunggu azan maghrib untuk berbuka. Tunggulah Allah kerana itulah tujuan anda.

Mengenal antara janjiNya ialah:
1) Kita akan diuji, spt tekanan jiwa, lalu hendaklah bersabar. Jangan mengeluh, dan sebginya.
2) Kita akan diuji dengan kesenangan maka perlu bersyukur.

Ada bbrp tingkah kita boleh ambil:
a) Berkawan dengan orang yang kita ingin jadi. Jika mahu jadi baik, dgn org baik lah. Sebaik-baiknya mengikuti jemaah yang baik.

b) bertafakur atas kejadian alam sebagai makhluk Allah. Dan lebih dari itu tafakur tentang afal adan sifat Allah sptmn sebut dalam Al-Quran.
c) musafir Lillahi ta'Alaa sebanyak mungkin untuk mengutip pengalaman hidup. Dan membuka hati kepada apa Allah inginkan untuk kita.
d) Jangan terlalu tepi kiri atau kanan di atas jalan. Itu nasihat nabi yang penting.
e) Banyak membaca pun amat membantu saya.

Pendek kata ia mungkin bagi orang lain bab lain yang lebih sesuai. Bgi saya

SiR KinG TiGeR said...

Red1

Anak ko tu sama nama dengan bakal isteri aku. Aku ni duda tapi dah jatuh hati dengan Liana ni, umur baru 19 tahun. Mak bapak dia pun tak kisah dapat menantu tua macam aku. hairan dunia ni. Dulu sebelum bercerai bekas isteri kedua aku umur baru masuk 25 tahun. Aku kahwin masa dia umur 18. Rezeki anak anak dari bekas isteri pertama aku la tu ! he! he !

Aku pun dah hari2 datang tempat ko ni. Sesekali jengok la aku kat www.zeqviews.blogspot.com

Walau apa pun teruskan lah menulis sebab akal ko begitu panjang, banyak ilmu aku dapat bila aku baca semua tulisan ko.

Salam blogger

Mohd Zaki @ZeQ
Kelana Jaya, Selangor