Akhirnya Parlimen telah bersidang pada minggu yang lalu. Ujian pertama yang tergenting tidak mendatangkan ramalan yang diharapkan oleh Pakatan Rakyat (PR) iaitu sejumlah Ahli Dewan Rakyat (ADR) BN memberi undi isyarat 'melompat' kepada PR.
Malah dalam pengundian untuk jawatan Speaker, wakil BN memperolehi 157 undi iaitu 17 undi lebih daripada angka 140 undi yang sedia ada pada bilangan ADR BN. Maka terbukti 17 undi lebih itu datang daripada pihak pembangkang! Itu satu isyarat yang berlawanan dengan semangat 'Govt In Waiting'.
Jawatan Timbalan Speaker, wakil PR mendapat 81 undi iaitu satu undi kurang daripada bilangan ADR PR seramai 82 wakil. Tentu sekali seorang dari pembangkang juga sudah memihak kepada pemerintah.
Ini adalah satu bencana politik kerana sepatutnya undi protes boleh dilakukan secara tertutup tetapi jelas ia tidak berlaku. Maka mana pergi 30 kerusi yang ingin melompat itu? Apakah mereka lebih bersedia untuk melakukan sedemikian pada masa akan datang dan secara lebih terbuka. Tidak nampak kemungkinan langsung.
Seperti yang saya ramalkan dalam tulisan awal, Anwar tidak akan bertindak tetapi menunggu bola lambung atau gol terbuka. Bola sudah dilambung, dan gol sudah terbuka, tetapi tiada yang ingin menyambut atau menyumbatnya.
Satu lagi kemungkinan iaitu memberikan satu kerusi ADR kepada Anwar juga saya meramalkan tidak akan berlaku. Kini dengan satu gol terbuka berlalu begitu sahaja tanpa insiden mari kita beramai-ramai menganalisa apakah satu kerusi untuk Anwar itu akan berlaku dalam masa terdekat ini.
Ini tidak mungkin berlaku kerana sebab dan keadaan yang jelas pada perkiraan kemungkinan semata-mata. Katakan yang calun Bandar Tun Razak yang dipegang wakil PR mengosongkannya untuk Anwar. Kemungkinan pengundian nanti adalah terbahagi kepada 3:
1) Anwar menang dengan majoriti lebih besar,
2) Anwar menang dengan majoriti lebih kecil,
3) Anwar kalah.
Sekiranya perkara (3) berlaku, ia akan membunyikan semboyan bahawa PRU13 boleh menghabiskan PR kali ini.
Sekiranya perkara (2) berlaku, ia akan melemahkan semangat penyokong dan jentera PR sehingga pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti wakil PR melompat pula kepada BN.
Sekiranya perkara (1) berlaku, akan memberi peluang bersorak yang besar kepada PR tetapi itu sahaja. Tidak lebih dari peluang bersorak. Bilangan ADR PR masih pada angka 82. Tiada sesiapa yang boleh melompat sekiranya menang balik kerusi yang sama. Lainlah ada kerusi baru dari BN yang diberikan kepada PR. Itu juga kurang mungkin.
Ketidak-sediaan mana-mana wakil BN untuk memberi sekurang-kurangnya satu undi pun kepada pembangkang dalam soal yang begitu mudah ujiannya minggu lepas menunjukkan bahawa samada mereka tidak berani atau pimpinan BN sedang mengawasi mereka. Sekiranya ada undi yanglebih memihak kepada PR, maka jelas ada musuh dalam selimut BN, dan musuh itu akan dicari sampai dapat. Mesti ada parti komponen atau suspek yang terhidu, dan mungkin hilang beberapa janji yang mereka harapkan sebelum ini dari kerajaan.
Tentu sekali pembelot yang berpontensi tidak yakin dengan keadaan dan lebih baik kekal status quo dan jangan mengugat kejayaan setakat ini. Atau mungkin mereka saja tidak yakin peluang dengan PR. Beralih kepada PR bukan bermakna mereka dapat imbuhan atau kedudukan yang lebih baik dari sekarang.
Dengan keadaan (1) di atas hanya bermakna Anwar memasuki Parlimen dan apakah ia sanggup duduk sebagai Ketua Pembangkang yang De Facto? Ini akan secara tidak langsung bermakna Anwar sanggup menahan satu penjara jiwanya selama beberapa tahun lamanya sehingga PRU13.
Bermakna tiada perubahan yang bermakna sangat dengan percubaan menukar tuan kerusi itu.
Jadi bahaya risiko adalah jauh besar sangat untuk diberikan percubaan begitu sahaja. Kalau berlaku perkara (2) atau (3) akan bermakna penamatan zaman Anwar buat selama-lamanya. Beliau tidak akan dapat isyarat yang lebih besar dari PRU12 yang lalu.
Kemungkinan perkara (2) itu boleh berlaku adalah agak nyata. Dua golongan pengundi iaitu yang Melayu dan yang bukan Melayu ada sebab untuk kurang menyokong PR kali ini.
a) Melayu sudah rasa cukup menghukum Umno yang jelas sudah cedera parah. Mereka akan membiarkan pemulihan balik. Juga faktor kebimbangan akan lebih terhakis kedudukan mempertahankan hak istimewa Melayu adalah lebih terbangkit kali ini. Sebelum ini pengundi Melayu hanya ingin memberi sedikit peringatan kepada Umno. Bukan untuk menghapuskan Umno atau membiarkan keadaan Umno hidup melarat.
b) Bukan Melayu turut merasakan keadaan lebih jelas dengan iklim politik terkini dimana PR masih tidak nampak boleh pergi lebih jauh daripada keadaan sekarang. 82 adalah angka maksima yang tidak mungkin diulangi mahupun dikekalkan begitu sahaja. Jadi mengapa mahu mengekalkan satu angka yang tidak mengubah nasib mereka? Wakil-wakil bukan Melayu disebelah BN begitu berkurangan dan harus diberikan isyarat yang positif kali ini untuk mereka dikembalikan.
Maka pilihan bagi Anwar untuk menjadi PM adalah amat terhad. Sebagai tidak memegang jawatan dalam PKR menunjukkan kemungkinan beliau lebih sayang keahlian dalam Umno. Tetapi tembok besar Umno begitu kebal menanti pemulangannya. Mana-mana kumpulan dalam Umno begitu takut jika dia kembali. Lebih baik mereka berdepan dengan 'dara' yang ada di dalam daripada mencuba 'duda' yang kembali kepangkuan.
Sebagai PM In Waiting tetapi di luar kerajaan yang sah adalah keadaan yang tidak memberi makna melainkan sebagai seorang Opposition Chief in Waiting. Itu sebabnya Anwar sudah mengambarkan keadaan ini sebelum ini dan memberikan dirinya sehingga 2011 untuk peluang sekali lagi iaitu dalam PRU13 barangkali. Dengan keadaan sidang parlimen yang lepas yang mempamirkan aksi terbaik dari PR, keadaan dijangka tidak banyak berubah dari yang ada sekarang.
Seterusnya drama politik yang tertinggal adalah samada akan berlaku kehancuran tersendiri (self destruction) Umno secara tanpa faktor dari luar. Ini masih tidak nampak akan berlaku dengan mudah walaupun menjelang Disember nanti. Umno nampaknya bertindak balas seperti apa jua organisma yang mengalami penyakit teruk. Ia akan cepat-cepat cuba menguatkan kembali keadaan dan mengelakka bencana tersebut.
Hanya faktor lain dari luar sepertimana yang saya pernah tertulis iaitu faktor pengaruh dan ancaman dari Che Det sahaja yang boleh dikira sebagai benar-benar mengancam. Selain dia, tiada politikus yang lebih matang dan bijak berfikir. Apakah fikirannya? Siapa yang dia hendak sokong, perlagakan? Pendamaian atau peperangan? Pena menunggu ditangannya.
5 comments:
Saudara,
Masa depan kita tak tahu, tapi yang pastinya, sejarah dah tercipta. Belum pernah gabungan pembangkang memenangi kerusi sebegini banyak. Pada saya saudara mungkin betul, tapi saya berpendapat bola seterusnya adalah dikaki pihak pemerintah, UMNO dan BN. Bagaimana ia mengurus "kekalahan" ini. Jika kerajaan dapat membaiki pentadbiran, lebih telus, prihatin terhadap masalah rakyat, tiada persepsi bahwa berlaku rasuah pada pemimpin kerajaan, lebih adil serta tidak mementingkan kroni, maka peluang Anwar akan semakin tipis. Anwar akan menjadi tidak relevan.(Malangnya, perlantikan bekas MB selangor sebagai menteri kabinet sbg contoh, tidak byk membantu, imejnya buruk) Masalahnya bukan Sdr. Anwar, tapi kelemahan kerajaan. Yang Berbahgia Tun hanya berminat untuk menjatuhkan Pak Lah sahaja, bukannya UMNO dan kerajaan!!! Beliau masih penyokong UMNO no wahid.
Kesimpulan saya, peluang Sdr Anwar hingga ke saat ini bukan semakin tipis tapi semakin tebal, sebab kerajaan seolah-olah tidak belajar dari "kekalahan" ataupun lambat membaiki keadaan.
Irfan
Berlin. Germany
p/s buat masa ini menetap di berlin, mungkin boleh kita bertemu jika Sdr ke berlin nanti.
Saya menganlisa bahawa BN tidak kalah. Maka tidak timbul ia perlu 'belajar'. Malah BN makin kukuh terutama Malaysia Timur kerana dasar PR akan turut mengugat pribumi sana.
Saya akan berangkat ke Nigeria bulan ini. Bulan depan ke Manila. Harap musim sebelum sejuk sangat ke Berlin.
kita hanya merancang, Allah juga merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancang. wallahu 'alam.
impressed!
although honestly i don't understand everything you wrote, for a newbie who'd never cared a damn about politics, quite impressed with your analysis.
perhaps you can consider highlighting a few points by BOLDING some statements so it wouldn't confuse readers or bore them when the article is too wordy. just a suggestion. coz personally i love to read your articles but i couldn't focus all the way through, too wordy without highlighting main points to ease readers to skim read.
but then again i rather agree with irfan that BN did indeed "lost" over the last poll. no doubt about that. it may be wise as a campaigning means to say "kalah" is not the word to describe the past poll by replacing it with many excuses and reasonings which yes i do agree makes a lot of sense.
but at the end of the day, the result is evidently showing that BN has LOST profound number of votes compared to the history.
then again, we can say that the rest of the minority political wings lost too. and that sounds even more evident, without even having to compare, coz they didn't take control of the nation but just the major states.
just my humble opinion. i'm sure there are loads of loopholes 2 be criticized against. and i'm ready to listen to your critics to learn more! thxs.
sincerely,
my visions my ideals
ps: sekiranya terdapat apa-apa yang tersilap tulis, harap maaf. =D
Thanks Chrisshee for your comments. Nutin to marah, its all fair comment!
I will be mindful of wordy chops in future. You re not the first one to blast me on that!
cheers!
Post a Comment