23 May, 2008

Singapore Kiasu

Hari ini dalam sejarah pada pukul empat petang akan disiarkan secara langsung keputusan International Court of Justice dari The Haque (ntah mana tu) tentang isu tuntutan bertindih antara Malaysia dengan Singapura terhadap beberapa pulau yang duk dekat dengan Johor tetapi jauh dari Singapura. (Ntah apa nama pulau-pulau tu tetapi yang wa ingat peta tu la.. tak dekat pon dengan Singa-pura-pura tu. Pulau dia konon).

Yang saya tahu dan terbaca ialah asalnya Pulau itu Johor punya, tetapi zaman British dulu Singapura minta izin untuk letak Rumah Berapi sana kerana takut kapal-kapai tengah lalu tak nampak Singapura lalu terlanggar dia atau terlanding kat Pulau Batam atau Pulau Bintan yang jauh lagi besar dari Singapura.

Kini Singapura mempunyai penduduk yang majoriti bangsa saya yakni Cina. Satu penyakit Cina ini (mengutuk bangsa sendiri tak apa, jangan kutuk bangsa orang lain. Tak baik) ialah mereka akan ada satu jenis sikap 'kiasu' atau dalam bahasa hokkien bermakna 'takut kalah'.

Itu tak apa. Asal jangan 'kiasi' - takut mati. Kiasu itu amat masyur dilabelkan ke atas orang Singapura mungkin kerana mereka itu ramai tetapi terperuk dalam satu pulau kecil lalu mesti bersaing hebat demi untuk survival mereka. Lebih-lebih lagi kerajaan mereka lagi diktator daripada kita. Cubalah kutuk Lee Kuan Yew sikit kat sana. Tak sampai Pulau lain kannn.

Pernah sekali (saya jarang pergi sana) selepas berbelas tahun pada awal 2000an saya mengunjungi sekejap sehari balik dan kat stesen MRT (macam LRT la tu cuma lebih sikit) saya perhati seorang nyonya tua mau masuk ke dalam gerabak koc MRT tetapi ditolak-tolak sehingga terkeluar oleh orang-orang lain dengan kasarnya. Sungguh kesian dan menjerit-jeritnya marah terhadap yang sama bangsa dan kerakyatan dengannya. Padahal koc gerabak sampai setiap 10 minit atau lebih kurang. Jika kat Malaysia dah mula dah perangai tu berleluasan tetapi tidak sampai tahap menolak seorang nyonya keluar dari koc.

Kat Indonesia saya perhati Cina apabila jadi minoriti hanya 5% cukup baik dan sopan. Sebiji teloh percakapan macam orang tempatan Indon dengan bisa dan gambangnya. Cukup tiada terasa perbezaan ras atau warna kulit dan budaya bangsa. Begitu juga di Kelantan. Murtad habis tulisan dan bahasa Cinanya.

Kat pantai barat Malaysia, Cina yang tidak terlalu minoriti, kiasu mereka adalah mengikut nisbah penduduk. Kiasunya 30% sahaja.

Jadi saya rasa yang Allah memang berkati tanahair kita dengan nisbah penduduk yang memang sempurna. Melayu 60%, Cina 30%, India 8%. (maaf jika silap nisbah poin poin decimalnya). Cukup cantik dan seimbang kerana Melayu itu ramai-ramai dengan perangai releks steady dan slow tetapi biar selamat amat penting bagi kesejahteraan dan kestabilan negara. Yang Cina pula dengan berkejar macam lipas kudong sini sana menguntungkan sumbangan tabung cukai negara tetapi tidak sampai terbalik dibuat ahlong nanti. Yang India dengan warna ungu dan merah jambu keretanya cukup menghiburkan dan memberi kelainan rasa. Tetapi sekiranya terubah nisbah itu iaitu lain-lain bangsa dengan lain nisbah, ntah apa akan berlaku, mungkin lain budaya kita. Ntah jadi kiasi, atau kiapra nanti.
(gambar 1 - jauhnya Pulau itu dari Singapura berbanding tanah Johor tetapi ditukar pula namanya kepada Pedra Banca macamlah orang tak perasan.
gambar 2 - Lihatlah Singapura dari seberang. Kecik sesak kan?)

7 comments:

Lil_Mom said...

Salam Bro..

Sekarang saya baru memahami apa maksud kiasu..:))

Pasal "kemurtadan" bahasa dan tulisan cina penduduk bangsa Cina di Kelantan- saya teringat guru subjek Kesusasteraan Melayu saya Cikgu Gan-langsung tidak dapat berbahasa Cina tetapi bahasa Melayu dia cukup indah dan puitis.

Mohd Radzian said...

Bila Lil mom menulis berkenaan penduduk Cina Kelantan, saya teringat rakan-rakan saya dari keturunan "baba" dan "nyonya" di Melaka.

Mereka amat fasih berbahasa Melayu dan tidak dapat berbahasa Cina. Apabila berkawan dengan mereka, saya merasakan mereka seolah-olah mereka ni Melayu. Apabila pergi ke rumah mereka, yang lelaki pakai kain pelikat, auntie-auntie pakai baju kebaya dan kain batik .

Saya rasa amat bertuah lahir di Melaka kerana di Melaka saya dapat rasakan polarisasi kaum amat kurang.

Kerana fasih berbahasa Melayu, penduduk Cina di Melaka kelihatan amat ramah. Inilah indahnya Bahasa Melayu.

Seorang rakan Cina saya daripada JB, apabila berpindah ke Melaka atas urusan kerja menyatakan , penduduk Melaka secara am; dan baba dan nyonya secara khusus amat baik hati. Kalau ada satu masalah atau ditanya satu ayat, akan dijawabnya 100 ayat, atau lebih tepat sehingga masalah tersebut selesai. Penduduk berbilang bangsa di Melaka tidak memomokkan satu sama lain , malah boleh tinggal berjiran sebelah menyebelah. Tidak ramai yang memainkan peranan mengapi-apikan hak kaum.

Kerana penduduk Cina Melaka fasih berbahasa Melayu, masalah dapat diselesaikan atas dasar persefahaman dan perbincangan. Kurang perselisihan faham dan juga kurang tension.

Ini juga memudahkan urusan perniagaan mereka. Kedai runcit pada kebiasaannya mampu menarik ramai pelanggan daripada keturunan Melayu. Urusan perniagaan pula bukan sekadar jual dan beli, tetapi lebih kepada gelak ketawa bercerita dan bertanya khabar apabila lama tidak berjumpa.

Saya juga mengenali seorang uncle "baba" yang berkahwin dengan Serani India. Katanya, dia telah melepasi batasan perkauman. Tapi anaknya pula berkahwin dengan Melayu, dan katanya lagi, anaknya lebih hebat kerana melangkau batasan agama dan geografi - Indonesia.

Inilah untungnya orang Melayu yang tinggal di Melaka .. bangsa Cina terutamanya Baba dan Nyonya telah assimilate ke dalam budaya Melayu .

Sementara itu, di Kuala Lumpur, kita dapat lihat hubungan antara kaum amat terbatas. Semua sibuk bekerja. Anak-anak pula dari kecil telah diasingkan melalui sekolah khusus untuk bangsa. Saya merasakan ini adalah satu kekurangan. Tambahan pula, saya tidak dapat merasakan ciri-ciri kemelayuan Cina Baba di dalam diri Cina di Kuala Lumpur. Walau pun tidak wajib tetapi ianya amat berkesan di dalam konteks hubungan kaum di Malaysia, terutamanya apabila Melayu adalah majoriti di negara ini.

red1 said...

Baru mengikuti keputusan mahkamah ICJ di Belanda. Kami kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu putih tetapi memang Middle Rocks. Saya cari-cari kat Google Maps tak nampak-nampak apa-apa pun.

Terlalu kecil pun orang rampas. Tetapi ini soal maruah politik. Dulunya Temasik Singapura di bawah Nusantara semuanya. Kini kita tiada hak. Mereka nak panggil kapal nuklear AS bersinggah ke pun boleh.

Ini menyedihkan. Teringat saya semasa kita nak berhenti buat Jambatan Bengkok. Itu di bawah bidang tanah dan kuasa kita. Tetapi kita takut dengan Singapura yang akan saman kita.

Mahathir kata, "mengapa kowtow kat singapura? Ini saya tak boleh terima".

Kepada saya, 'Kamu menyebelahi mana? Kenape Singapura? Kan kita ada negara berdaulat sendiri? Saya berada dipihak Malaysialah. Saya tetap dengan hak saya untuk besarkan Jambatan saya sehingga tinggi dan bengkok itu saya punya pasal. Saya mampu buat baik dan cantik sepertimana saya telah buat KLCC. Eh.. kenape nak terangkan ini? Hak saya sudahlah.' :-)

yin & yan said...

salam Red1,

you are an arab by virtue of your tounge. if you are able to speak arabic well then you are an arab even though you may be born a malay.
i've met people originally from malay families but raised in makkah and madinah - i won't accept them as malays because they don't have a word of malay anymore.

likewise we have people born in arab families but can't speak arabic anymore. i don't think of calling them an arab anymore.

bahasa jiwa bangsa.
berbudi bahasa.
berbudi lagi berbahasa.

ini baru cerita berbangsa kerana berbahasa...seperti baba melaka dan cina kelantan.
belum cerita tentang Red1 gila budu lagi?
bukan susah jadi melayu. makan minum dan berbahasa seperti orang melayu. lengkap melayu kerana islamnya...apatahlagi kahwin pula dengan gadis yang ayu....tentu lelaki jadi layu kuyu kaku.

Yin & Yan

yin & yan said...

sharing with you Red1

-petikan tulisan dalam Malaysia Waves-


yin & yan said...

MALAYSIA - AN ISLAMIC STATE OF UNITED SULTANATES.

TQ for your posting. This opens up new readings of the sultaniyyah/islamic state.

Malaysia is
an islamic state based on united sultanates.
This is not based on a 5 year system of choosing using boxes. Islam is not to be voted in or out.If one is in power, protect it fisabilillah.

But when you fall like melaka 1511, then move on to another place to regroup. That is why melaka restrategised by moving to johor, riau, aceh, pahang and so on.

Islamic amirates/sultanates historically have always been on the move and dynamically. It is organic. Creating new madinahs, decay but regrow in another place. Hence the centres of the muslims have always been on the move. We had it in madinah, iraq, egypt, spanish-andalusia, turkey etc

By tradition and salasilah the sultanates have been around since early melaka until now.In fact the salasilah is even BEFORE Parameswara. Meaning islam came to enhance and continue the hindu/buddhist sultanates but now in the name of islamic sultanates. The good thing is that when the sultans became muslims, the rakyat became muslims too.So there was no need for the rakyat to overthrow the raja based on different religions. Bukankah raja dan rakyat berpisah tiada?

Hence this means kedaulatan kesultanan for thousand of years BEFORE MELAKA is then continued by Baginda Parameswara in the name of Allah and His Rasul saw until now.

Thus the sultan and rakyat chose to continue the contract between the ruler and the ruled - the raja and the rakyat.

So malaysia is not exactly a nation state.It is a united sultanates. Raja berperlembagaan is not the same as the british monarchy and the christian secular state. Christians under pressure from the 'priestly scientists' separated or secularised. In islam the worldly affairs is also an islamic affair.

Again if there is no such thing as a non islamic affair, it means the sultans have always the kedaulatan to rule in ALL affairs in malaysia.

Alhamdulillah we saw it more clearly after PRU12 in Kedah, Perak, Selangor, perlis and terengganu.

As the gist of what Raja Nazrin used to say - raja bukan sekadar simbol negara(maknanya mereka bukan patung negara tapi tunjang negara). Mereka bukan benteng terakhir untuk orang islam dan orang melayu tetapi merekalah tunjang negara yang sebenar.

Raja Nazrin said that sultanates is part of the khaliphate.

To call one is a rakyat then one must have a Raja/Sultan.
At Federal level the united sultanates have the Agong and at state level we have the sultans and raja.

The sultans are authorities of islamic affairs and malay adats.

Is there anything in this world NOT an islamic affair? Hence the sultans with the rakyat together is still perpetuating the sultanates/amirates for the khaliphate in waiting.

Malaysia is special as an islamic state due to the united sultanates and not due to the ballot boxes.

wassalam
Yin & Yan

Muhammad Azli Shukri said...

kita sama-sama berdoa, agar Malaysia selamat daripada pelbagai ancaman..

Zeq said...

Red1

Pulau batu putih ni sebesar separuh padang bola sahaja.Pada yang tak tau mungkin hairan mengapa berebut pulau sebesar itu, tetapi menurut kajian, kawasan pulau itu banyak gas dan petroleum tetapi tak dihebahkan. Middle rocks pula selalu tenggelam bila air pasang ! Jadilah.. tetapi keputusan ICJ ini kekal selagi tidak ada bukti baru dalam masa 10 tahun. Kita bantu bantu lah Kerajaan kalau ada apa apa bukti dimana mana.

Aku tak kisah sebab dah ada "Batu" sendiri

Mohd Zaki @ZeQ
Kelana Jaya, Selangor