22 May, 2008

Polarisasi Kaum

Dikatakan sekolah jenis Cina dan jenis swasta menyebabkan berbezaan kaum makin ketara di negara kita. Kita tidak boleh buat apa-apa terhadap SRJK Cina kerana ia adalah hak orang Cina yang amat sensitif yang amat mempertahankan keujudan mereka. Tetapi kita boleh lakukan beberapa perkara untuk memperbaiki keadaan.

Langkah pertama yang sudah diambil oleh ramai keluarga bukan Cina iaitu menghantar anak-anak mereka ke SRJK tersebut. Saya dan abang angkat saya hantar semua anak kami ke SRJK Cina. Lepas itu kami hantar ke SMK biasa. Cuma langkah ini perlu ditekankan dengan lebih serious supaya lebih banyak SRJK Cina dan besar pula nisbah bukan Cina dalamnya. Ini akan merapatkan jurang perbezaan antara Cina dan bukan Cina. Kaum Cina juga amat mengalu-alukan kehadiran kaum-kaum lain dalam sekolah mereka. Juga sebagai SRJK, subjek agama sudah pun boleh diambil kira diadakan untuk mana-mana SRJK yang terdapat pelajar muslim. Dengan lebih perhatian dari kaum muslimin, akan lebih prihatin sama sendiri. Dengan itu berkuranglah polarisasi kaum diperingkat akar umbi.

Langkah kedua ialah menjadikan satu syarat kepada masyarakat Cina supaya mengambil bahagian dalam aktiviti dan kerjaya yang kini hampir tiada langsung masyarakat mereka. Contohnya dalam pangkat rendah polis, tentera, bomba dan lain-lain perkhidmatan awam. Dengan meletakkan ini semua dalam satu rangka dasar akan mengekalkan kepelbagaian warna budaya tanpa menghilangkan hak masing-masing serta menjadi kekuatan unik negara kita. Pada masa yang sama keharmonian kaum makin terjalin.

Kini keadaan amat serius kerana sudah ada beberapa tempat persekolahan swasta yang menggunakan habis bahasa bukan Malaysia dan setiap kaum campur hanya sesama mereka sahaja. Hendaklah diadakan aktiviti yang membuka setiap mereka untuk berganding dan bersaing secara terbuka yang memperkayakan masing-masing.

Kaum Melayu harus terbuka dan menguasai bahasa-bahasa asing serta memasuki bidang yang dikuasai kaum lain secara alibaba tetapi secara rasmi. Iaitu secara terancang dan bukan main lepas tangan sahaja macam alibaba sebelum ini. Jika lembaga pengarah boleh campur ali dan baba mengapa wokshop, kebun dan industri bawahan tidak boleh turut dialibabakan?

Saya rasa cukup baik jika orang Melayu semua boleh faham bahasa Mandarin. Akan bertambah kebolehan mereka berurusan sehingga ke negeri China. Berbalik kepada SRJK Cina, ikut hati, kalau boleh diwajibkan semua anak-anak kita pergi SRJK Cina sahaja. Terus diperkuatkan SRJK Cina dengan beberapa subjek pilihan agama dan diajak anak Cina turut pilih jika mahu. Buatlah rangkaian pembekalan makanan halal yang lebih teratur serta tempat solat khas disediakan memandangkan nisbah tinggi anak-anak muslimin di dalamnya.

Ini cuma ide saya kerana ada ide lain yang mengatakan baik tukar saja SRJK semua kepada Sekolah Wawasan. Itu saya setuju juga tetapi ia mungkin mengambil masa lama dan kaum Cina amat takut ia akan membunuh hak mereka untuk berbahasa ibunda mereka pada peringkat SRJK.
(gambar anak lelaki bongsu saya, Mohamad Nasem Oon di SRJK Cina Kuang)

5 comments:

dfs said...

Totally Agree with you, there is so much conflict between racist, education is one of the factor that the government need to tackle.. and the chinese should understand what is the real meaning to be a malaysian and dont just mix with their own race.
finally, malay should remember malaysia is a multicultural country , its fine that you understand chinese language. BECAUSE WE ARE MULTICULTURAL COUNTRY, not satu bangsa , satu bahasa althought malay its our national language :)

Ashaadi said...

Saya tertarik hati dengan cadangan supaya orang Melayu turut belajar bahasa Cina seperti bahasa Mandarin. Ada tak cadangan bagaimana saya boleh melaksanakannya diperingkat individu? Di mana? (Saya tinggal di Setapak, sudah berkeluarga, kerja di Ampang dlm bidang kejuruteraan & sekarang tengah sambung belajar part-time plus tengah ambil subjek Hubungan Etnik). Tk.

pelangi said...

Pelagi setuju! cadangan molek sekali.Very innovative and down to earth suggestion and a visionary one.

Zainal said...

Takde ke dikalangan masyarakat Cina Muslim nak buka tadika Islam medium Mandarin?

Azmi said...

En Redhuan, mohon diberi laluan.

Bahasa Mandarin: Kepada anda yang berminat untuk mempelajari Bahasa Mandarin Express sila hubungi En Aziz Taufik di azmandarin(at)yahoo.com - h/p:013-7703829 (pasir gudang, johor).

Beliau telah berjaya mencipta kaedah khas untuk menguasai Bahasa Mandarin Asas (percakapan) dalam masa yang singkat. Sila hubungi beliau jika berminat.